Lepas kahwin suami tak pernah sekali pun ungkit pasal hal aku terlanjur. Aku berusaha jadi isteri yang baik. Selepas 4 tahun baru ada rezeki dapat anak. Masa dalam pantang aku perasan suami selalu balik lambat. Suka block aku dekat whatsapp. Pada malam suami tak balik, aku sujud.. doa. Selang 2 hari Allah makbulkan doa aku
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, nama aku Ela (bukan nama sebenar). Aku nak share tentang hal rumahtangga aku. Allah tak tidur dan Allah pasti ada rancangan yang terbaik untuk kita, walaupun mulanya ia sangat meny4kitkan.
Ceritanya macam ni… Masa aku dan suami bercinta dulu, aku pernah curang sekali dengan dia, sampai terlanjur dengan orang lain. Bila suami dapat tahu dia kecewa, ingatkan sampai situ saja lah hubungan kami. Tapi dah namakan jodoh tak kemana kan.
Terus dia bawa aku kahwin, sebab dia tak nak lelaki tu datang ganggu aku lagi. Aku pun setujulah nak kahwin dengan dia sebab memang aku sayang dekat dia. Pasal curang tu saya pun tak tau, saya mula selesa nyaman dan selamat dengan lelaki tu, perasaan cinta tu takde lah cuma rasa nyaman.
Dan kami pun tak bercinta macam pelik je boleh terlanjurkan. Betullah kalau, lelaki dan perempuan berdua – duaan akan ada orang ketiga sy4itan yang gigih menghasut. Kami gagal dengan hasutan tu. Lepas je kahwin suami tak pernah sekali pun ungkit pasal kejadian aku curang tu tapi aku tahu dia kecewa,
Dari mula kahwin aku cuba buat yang terbaik, jadi isteri yang baik, tak pernah lagi aku terfikir nak curang, aku tak nak ulang benda yang sama. Masa dah pun berlalu 4 tahun kemudian, aku mengandung, Alhamdulillah rezeki anak pertama.
Waktu dalam pantang, terlalu banyak perubahan suami yang aku nampak. Masa habis kerja sepatutnya dia balik, tapi tak balik biasanya dia bagitau nak ke mana, tapi pelik tiba – tiba tak balik, siap block whatsapp aku secara tiba – tiba tanpa sebab. Aku tak tahu salah aku.
2 hari selepas tu baru dia balik. Aku tanya dia pergi mana, tapi dia marah tengking aku. Dan begitu lah berulang – ulang, dan itu juga lah punca kami beg4duh besar. Pada malam suami tak balik lagi, aku sujud.. doa, Ya Allah seadainya suami aku ada buat tak baik di luar sana, kau permudahkan lah untuk aku untuk tahu semua kebenaran.
Selang 2 hari Allah makbulkan doa aku, masa ni lah aku percaya Allah makbulkan doa orang teraniaaya. Ya… dia ada perempuan lain, perasaan yang susah nak diceritakan, badan aku semua rasa panas, menggigil rasa nak marah ke nak nangis dan jantung berdegup laju, macam tak sangka sebab kita terlalu percayakan dia.
Aku pun lari dari rumah biarkan dia kat rumah seorang diri. Aku biar je kereta dia tanpa minyak kereta, tanpa duit sebab belum gaji, tanpa makan. Sebab sebelum ni aku yang banyak keluarkan duit kalau gaji dia tak masuk, duit deposit kereta tu pun duit aku sendiri.
Tak pernah bebankan dia kalau pasal duit. Aku lari duduk menyewa dekat bilik berdekatan dengan kawasan rumah. Baru 3 hari aku tak balik rumah, dia tak habis – habis ganggu mak dia (mak mertua saya) sebab hanya mak mertua yang tau aku dekat mana.
Semua tu atas cadangan mak mertua jugalah untuk aku lari rumah tu. Sebab masa berg4duh tu, depan mak mertua, dia halau aku. Sebab tu mak mertua tolong. Dia ganggu – ganggu mak dia, tanya pasal aku, tapi mak dia langsung tak layan kena bluetick je.
Aku tak block dia kat whatsapp, cuma apa saja chat dari suami, aku tak layan. Pagi subuh tu, aku doa Ya Allah seandainya dia bukan terbaik untuk ku, Allah permudahkanlah perpisahan kami, tapi jika sebalik nya Allah permudahkan kami berbaik.
Allah makbulkan lagi doa aku, suami call nangis – nangis, dia call cakap nak jumpa anak. Dalam hati aku, masa curang tak ingat anak pulak, dah berjauhan baru tahu kan tak tahan tak jumpa anak. Masa call tu aku tanya dia, kenapa curang?
Katanya sebab mulut aku. Waktu tu barulah aku sedar dekat mana kesilapan aku. Aku ni mulut laser, suka tuduh dia yang bukan – bukan, suka bebel. Aku akui salah aku tapi tu bukan alasan untuk dia curang. Lepas kejadian tu aku balik rumah, sebab aku ingat dulu aku pun pernah curang dengan dia dan dia maafkan aku dan cuba lupakan.
Sampai sanggup ambil aku jadi isteri dia lagi. Sebelum kejadian ni semua, aku banyak kongkong suami aku. Kalau dia nak pergi jumpa kawan – kawan dia akan minta izin dengan aku, tapi aku selalu tak izinkan. Aku suka tuduh dia yang bukan – bukan, hampir semua apa yang dia buat negative bagi aku, semua buruk.
Sebab aku tak nak hilang dia. Betul lah kata – kata tu satu doa. Dah 2 tahun berlalu, banyak sangat berubahan aku dan suami sampai hari ni, hubungan kami sem4kin lama sem4kin erat, urusan semua Allah permudahkan.
Apa yang ubah diri aku adalah, aku dah tak fikir negative dah, ke mana je suami pergi aku izinkan, bila dia lewat balik ke apa aku tak call. Bila sampai aku tak tanya pergi mana tadi, semua tu aku dah tak buat, dia sendiri yang cerita pasal apa dia buat hari ni dengan siapa.
Dia pun takde nak ambil kesempatan nak balik lambat ke apa. Saling memahami. Begitu lah. Aku bagi dia kebebasan, Dan aku mula sayang Allah dari segala – galanya. Dan itu lah hikmah di sebalik kejadian. Jadikan pengajaran dengan apa yang berlaku dalam rumahtangga aku ni ye.
Manusia tak sempurna, kita cubalah bagi peluang, mana tau dia akan jadi terbaik dari sebelum ni. Dan suami aku hari ni jauh lebih baik dari yang dulu. Nak pasangan kita berubah, ubah diri tu dulu insyaallah. Aku juga pend0sa satu masa dulu dan sampai sekarang masih banyak lagi d0sa. Apa – apa pun jodoh itu di tangan Allah, pertaahankan jika boleh. Dan jangan lupa doa itu senj4ta dari segala – galanya. – Ela (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Song Beenie : Semoga terus suami isteri istiqamah ye. Allah tengok pengakhiran. Semoga terus perbaiki diri. InshaAllah Allah permudahkan.
Zuliyana Zakaria : Jalan terus dik, jangan pandang kisah lama. I doakan semoga rumahtangga yang dibina dikurniakan sakinah dan semoga jodoh kalian kekal hingga ke jannah. Aamiin yra
Amrin Fadli Adnan : Suami tak perlu minta izin isteri nak pi mana pon. Cukup sekadar bagitau ja tapi suami pon jangan la dok melahu kat luar sampai tak lekat kat rumah langsung tu dah jadi mangkoq ayun.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.