Walaupun dalam serba kekurangan, guru ini tetap cuba yang terbaik untuk para pelajar

Menjadi seorang guru bukanlah sesuatu kerjaya yang mudah, memikul tanggungjawab mendidik anak bangsa tambah lagi sekiranya mengajar ditempat yang agak terpencil.

Namun bagi seorang guru Fazri Hassan itu tidak mematahkan semangatnya untuk berikan yang terbaik. Sering mengikuti perkembangannya mengajar di sebuah sekolah di Sandakan, Sabah, ternyata beliau seorang yang sangat kreatif untuk menarik minat para pelajar. Beliau mengajar di Sekolah Kebangsaan Gas, Sandakan.

Malah beliau juga akan pergi mengajar kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang berdaftar di JPN. Memang mulia apa yang beliau lakukan. Apa yang menarik, kanak-kanak tersebut sangat teruja untuk belajar.

Baru-baru ini dilaman twitter miliknya, beliau memuat naik video di mana para pelajar sedang bergembira belajar dalam subjek Pendidikan Jasmani untuk tajuk Akuatik Asas. Menurutnya, walau pun tiada kemudahan kolam, para guru cuba yang terbaik untuk merealisasikannya kepada para pelajar.

Status tersebut mendapat reaksi dari warga twitter yang rata-rata terharu dengan semangat para guru dan pelajar yang ingin terus belajar. Walaupun dalam serba kekurangan mereka masih lagi mampu bergembira.

Tiada kolam tiada masalah…Pendidikan Jasmani: Akuatik Asas.

Terima kasih kepada semua rakan sekerja…

Terima kasih pinjamkan kebahagian ini bersama semua

#perpisahanitupasti

 

Memang ‘salute’ dengan guru-guru macam ni.

Semoga lebih ramai lagi orang yang mengikut jejak langkah seperti Encik Fazri.


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..