Walaupun gaji aku 3x ganda dari isteri, aku masih kurang duit dan tak mampu sara dia

Isteri aku buat keputvsan untuk berhenti kerja sebab nak duduk dekat dengan aku. Tapi aku tak mampu nak sara dia kalau dia berhenti. Tiap kali dia call, aku marah, aku t3ngking. Satu hari aku pergi rumah mertua, aku tengok kereta isteri takde..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, terima kasih sekiranya luahan aku disiarkan. Aku lelaki yang sudah berkahwin, berumur 32 tahun. Kisah yang ingin aku kongsikan ini adalah mengenai perkahwinanku sendiri. Aku telah berkahwin dengan wanita pilihanku sendiri.

Kami berkenalan di facebook, dan pertemuan kami adalah untuk mendirikan rumahtangga yang mana tidak dating, tidak bercinta sebelum diijabkabul. Wanita yang menjadi isteriku namanya Sarah. Sarah seorang wanita yang berdikari. Namun begitu, dia juga seorang yang sangat degil dan berpewatakan kasar.

Katanya, mungkin per4ngainya jadi begitu sebab dia dah lama berdikari, kena kentalkan hati untuk menghadapi hari – hari mendatang. Selama kami berkenalan sebelum berkahwin, dia tidak menuntut apa – apa. Tidak minta dibelikan apa pun.

Aku memang senang dengan sikapnya. Cuma satu yang aku curiga. Pernah aku berg4duh dengannya seminggu sebelum hari bahagia kami. Puncanya, dia tak dapat menjawab soalanku sama ada sanggup ke untuk hidup susah denganku.

Oleh kerana dia gagal menjawab persoalanku, aku ugvt untuk membatalkan perkahwinan aku. Sekarang bila fikir semula, aku rasa menyesal sebab melalui ahli keluarganya, Sarah pengsan sejurus selepas menerima SMS ugvtan aku tu.

Maafkan abang Sarah. Perkahwinanku tetap berlangsung pada hari yang ditetapkan. Itu cerita tahun lepas. Sekarang hampir setahun kami berkahwin. Belum dikurniakan anak. Aku dan Sarah tinggal berasingan atas faktor kerja dan kewangan.

Aku tak mampu menyewa rumah untuk kami tinggal dan tak mampu menyara isteriku sekiranya dia tak bekerja. Jadi kami tinggal di rumah keluarga masing – masing. Ada juga aku bagi duit belanja dan rumah walaupun tidak banyak.

Aku tak pernah tanya samada duit itu cukup atau tidak. Kadangkala isteri aku itu merungut duit tak cukup, tapi apa boleh buat, aku pun tak dapat bagi sebab duit yang aku ada cukup makan. Isteri aku seorang pekerja swasta yang gaji minimum saja.

Dia pun menanggung hutang ptptn dan bermacam lagi bil. Setahu aku, Sarah banyak buat kerja parttime bagi menampung hidupnya sendiri dan dia tak merungut dengan aku penat lelah kerja siang malam. Kadang – kadang bila aku kurang duit, dia bagi duit dia.

Ini peng0rbanan isteri aku yang kasar tu tapi aku tak nampak. Walaupun aku kerja bergaji yang 2,3 kali ganda banyak daripada dia, aku masih kurang duit dan tak mampu sara dia. Maafkan abang Sarah. Selama hidup berumahtangga, satunya perkara yang selalu dia soalkan padaku, “Bila kita dapat hidup bersama abang?”, dan tak pernah aku beri jawapan yang membahagiakan.

Mungkin hal ini jadi tekanan pada dia. Siapa yang nak hidup asing? Tapi dengan ekonomi sekarang, aku tak mampu. Sikap Sarah ketika itu m4kin tidak memuaskan hati aku. Dia m4kin kasar, biadap, cepat marah dan suka prov0k aku dengan perIi dan sindiran.

Sampai satu masa, kami berg4duh dan bercerai taIak 1. Masa tu aku betul marah dan nekad untuk menceraikan wanita yang kasar, biadap, dan tidak hormat pada aku suaminya. Sarah ketika itu, dia tak dapat terima dirinya diceraikan, merayu dan pujuk aku supaya rujuk semula.

Tapi aku lelaki, aku tak termakan pujuknya walaupun jauh dalam hatiku, aku sayangkan Sarah. Dari berhari jadi berminggu. Sarah kerap menghubungi ibu aku tanpa pengetahuan aku. Dan aku? Terperap dalam bilik seharian sampailah suatu hari..

Pintu bilik aku dik3tuk oleh ibu. Bila aku buka pintu, wanita yang aku ceraikan tu berdiri didepan. Ya Allah, aku benar rindu pada dia. Mata dia berkaca dan mulutnya tak jemu mengatakan maaf. Bermacam janji Sarah taburkan untuk lembutkan hatiku.

Dia janji tidak akan degil, keras kepala dan tidak akan menyusahkan aku. Akhirnya, pada hari itu kami berbaik semula. Alhamdulillah, setelah kami rujuk semula Sarah banyak berubah. Dia jadi lembut, tidak kasar atau marah – marah.

Dia tidak meIawan kata aku dan perubahan terbesarnya, aku nampak Sarah banyak habiskan masa di tikar sembahyang. Tidak kira waktu. Hidup aku jadi m4kin mudah, rezeki aku bertambah sejak berbaik dengan isteri aku. Isteri aku pun m4kin kuat bekerja siang dan malam agar tidak menyusahkan aku.

Ketika itu aku rasa senang hati tapi sekarang aku rasa macam aku suami yang tak bertanggungjawab. Maafkan abang Sarah. Perkahwinan aku diduga lagi. Isteri aku berhenti kerja. Bila Sarah maklumkan padaku, ada rasa kecewa dalam hati ini.

Aku jadi susah hati, adakah aku mampu sara hidup dia.? Macam – macam aku fikir. Tanpa aku sedar, ketika itu aku banyak meIukakan hati Sarah. Tiap kali dia call aku, aku marah, t3ngking dan jerkah jadi kebiasaan. Aku pun bingung kenapa aku berubah jadi macam tu.

Sarah cuma diam. Menangis ke dia? Aku tak peduli. Berkali dia whatsapp aku, pujuk aku agar jangan susah hati, dia akan cari duit untuk bayar komitmen dia sendiri. Sebulan lepas, dia balik ke rumah keluarga aku, untuk berjumpa aku setelah hampir sebulan tidak berjumpa.

Nampak aku, Sarah tersenyum tapi senyumannya tak seindah dulu. Apa yang sdia sembunyikan dariku? Tapi peduli apa aku. Seperti biasa, aku menuntut dia menjalankan tugasnya. Pada mulanya, Sarah agak keberatan kerana letih memandu 3 jam sebelum tu.

Tapi aku tetap eg0 dan tak nak mengalah. Akhirnya isteriku akur. K3jamnya aku Ya Allah! Setelah tiga hari di rumah aku, dia pulang ke rumah keluarganya semula, lepas tu kami ada berg4duh. Dari perg4duhan itu, aku block dia di whatsapp, phone dan mesej.

Aku panas hati. Aku rasa dia buat salah pada aku. Bagi aku kesalahannya besar. Dan aku biar tak berhubung selama berhari. Sarah pada mula pujuk aku agar tidak besarkan hal ni. Tapi aku eg0. Aku diam selama aku mau. Apa jadi pada dia lantaklah.

Ulangtahun perkahwinan aku tinggal lagi sebulan ketika itu. Kami masih tidak berhubung. Dulu pernah dia menyuarakan hasrat untuk menyambutnya tapi aku bantah. Aku tak nak sambut. Buang duit. Membazir. Mendengar kataku, dia diam.

Apa perasaan isteriku ketika itu? Aku tak pernah ambil tau. 3 hari lepas, aku ambil keputvsan untuk pulang ke rumah mertua aku untuk menjenguk Sarah. Bila dah tak berhubung, perasaan rindu ni menggiIa tapi kerana eg0, aku tetap block Sarah.

Sampainya aku di rumah mertuaku. Kelihatan kereta isteriku tak ada di garaj. Aku tak rasa hairan sebab Sarah selalu juga keluar ambil angin. Tambah – tambah time dia str3ss dia akan pergi termenung di pantai atau di tasik tak jauh dari rumah.

Aku masuk ke rumah. Parent Sarah sambut aku dengan baik. Aku menapak ke bilik Sarah, bilik kami. Pintu aku buka. Bilik Sarah kelihatan sangat kemas dan rapi. Macam tak ada orang duduk. Ada kain yang menutup katilnya, pakaiannya tak ada.

Aku perasan tu sebab sarah tak banyak pakaian, kalau dia ke mana – mana memang nampak lah pakaian tak ada dalam almari. Hati aku cuak. Mana pergi isteri aku? Aku keluar dari bilik. Di ruang tamu ada mertua aku. Malu aku nak tanya, nanti apa kata mereka suami tak tau isteri ke mana?

Tapi aku kena tanya juga. “Sarah dah tak duk sini, dia dah dapat kerja luar negeri.. Sarah tak bagitahu kamu ke?” Ini jawapan parent Sarah. Ya Allah aku malu. Aku malu jadi suami yang terlalu lama membiarkan isteri bersendirian. Sarah aku kembali berdikari.

Kerja apa, di mana dan tempat tinggal dia pun aku tak tahu. Mungkin sekarang dia bahagia bersendirian dan lupa pada aku suaminya yang tak bertanggungjawab ni. Aku malu, aku menyesal. Sekarang aku betul rindukan dia. Pujuk rayu Sarah pada aku dulu sudah tiada.

Aku menyesal sia – siakan hidup dia. Kalau lah aku beri perhatian, tak berkira beri makan pakai dan menyara hidup dia, tak buat dia rasa aku terbeban, tak marahkan dia. Tentu Sarah masih ada untuk aku. Adakah dia dah lupa tentang aku.

Mana dirimu sarah, isteriku. Pada reader, aku mohon beri aku nasihat agar aku dapat selamatkan hubungan ini kali yang ketiga. Aku tak sanggup kehilangan Sarah. Kalau nak kecam, aku tak kisah. Aku tahu aku salah. Sarah.. Abang tahu sarah suka baca confession macam ni.

Sarah tolonglah hubungi abang semula. Sarah minta semua orang sorokkan sarah dari abang. Abang menyesal. Maafkan abang. Abang tunggu Sarah. Maafkan abang Sarah. Tolong hubungi abang semula. Maafkan abang. – Suamimu, Mr H.

Komen warganet :

Wan Aini Ashikin : Bang… oo.. .bang… Pelikkan kenapa gaji 2, 3x ganda dari isteri tapi tak cukup? Isteri yang gaji sikit pulak menghulur. Sebab Allah dah bagitau siapa – siapa yang menjaga isteri dengan baik (nafkah dan sebagainya), Allah akan mencukupkan rezeki suami itu nak je berharap Sarah tu tak balik kat dia ni tapi macam tak baik pulak.

Juwairiyah Aisyah Mohd Razif : Kesiannya Sarah. Wanita ni walau berdikari mana pun dia. walau hebat mana pun jawatan dia. Bila di hadapan suami dia tetap menjadi seorang kanak – kanak yang manja dan inginkan kasih sayang daripada suami.

Bila berkahwin, isteri cuma ada suami sebagai tempat dia meluahkan perasaan dan melepaskan lelah bekerja. Bila isteri terlalu berdikari dia akan terbiasa hidup bersendiri tanpa harapkan orang lain even suami sendiri pun.

Muhammad Sulaiman : Bro umur 32 dan saya umur 23. Satu je impian saya, apabila saya kahwin saya mampu menyara isteri walaupun dia tak kerja dan terlebih mampu bagi duit pada ibu bapa saya dan ibu bapa si isteri inshaAllah. Saya rasa tugas cari nafkah ni adalah tugas lelaki, kalau lelaki dah terbiasa makan duit isteri nanti lelaki akan jadi malas dan mengalah.

Diqq Rezaly Said : Buang eg0, ubah sikap, yang utama nye jaga solat fardhu lepas tu pergi jumpa mak dan bapak mertua awak mohon maaf atas apa yang awak dh buat pada anak dia. Aah lepas tu buat solat hajat mudah – mudahan lembut hati isteri tu untuk kembali ke pangkuan awak.

Setiap orang buat silap tapi kalau lepas ni sarah kembali dan awak ulang lagi per4ngai buruk ni memang awak jantan nak makan peny3pak. Kita ni bila ada depan mata memang tak reti nak hargai dah tak de baru nak meraung golek – golek mengalahkan cerita hindustan. Belajar dari kesilapan..

Nur Liyana Abdul Rahimi : Ikutkan eg0, memang binasa badan. Setinggi – tinggi eg0 laki, tak sepatutnya diIemparkan pada seorang isteri. Isteri untuk disayang dan dimanja. Allah dah janjikan rezeki untuk pasangan yang berkahwin.

Tak perlu nak kedekut dengan isteri. InsyaAllah Allah akan mencukupkan rezeki masing – masing. Cume perlu percaya dan yakin dengan Allah. Follow la ustaz ebit lew. Banyak yang awak boleh belajar tentang menghargai isteri dan perkahwinan di samping perkara – perkara lain. Belajar jugak tanggungjawab sebagai suami dan lelaki. Tambah la ilmu di d4da. Ilmu akan mematangkan minda dan menundukkan hati

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?