Walaupun saya hanya isteri kedua, tapi saya membantu dari segi kewangan tak macam isteri pertama hanya suri rumah

#Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum… Aku nak bercerita tentang kisah yang tak seberapa ini. Nak cerita di FB dan blog sendiri tak bolehlah. Nanti dim4ki dan dic3rca orang. Jadi aku abadikan cerita peribadi ini di sini. Cerita aku ini agak unik sebab cerita aku ini adalah dari sisi seorang isteri kedua sejak 27 tahun yang lalu.

Aku katakan unik sebab aku tak merasakan aku adalah isteri kedua kerana suami sentiasa ada dengan kami sekeluarga. Tapi suami juga tidak pernah mengabaikan makan pakai, tempat tinggal dan segala keperluan isteri pertama. Buktinya isteri pertama hanya seorang suri rumah sepenuh masa dari dulu kini dan selamanya.

Berbanding aku yang pada awal perkahwinan bekerja di pejabat dan setelah mendapat anak pertama berhenti kerja. Tapi aku tetap mencari nafkah membuat pelbagai kerja dari rumah. Buat, kuih, menjahit, menyulam dan zaman ini berniaga online pula.

Semua aku lakukan demi mencari rezeki.

Pendek kata setakat belanja dapur, pakaian aku dan anak – anak, kelengkapan rumah semuanya dari duit aku. Suami hanya bayar sewa rumah, air, letrik dan mencukupkan apa yang selebihnya saja. Berbanding dengan isteri pertama dan anak – anaknya yang segala keperluan mesti dipenuhi. Kalau lambat atau tak dapat apa kehendak mereka, boleh jadi g4duh dan huru hara hidup di buatnya.

Diawal perkahwinan, setiap kali suami pulang ke sana pasti ada kekec0han tak puas hati berlaku. Pernah diadukannya ke pejabat agama, nak perbelanjaan diberi secara tunai, tak nak beli barang – barang. Jadi, atas perintah mahkamah, duit perbelanjaan diberi tunai tetapi sewa rumah, letrik dan air masih tanggungan suami.

Selepas perkara itu dibawa ke mahkamah, suami sudah tak balik ke rumah isteri pertama lagi tapi masih tetap menghantar dan mengambil anak – anak isteri pertama ke sekolah dan memberi duit belanja sekolah.

Ada aku tanyakan sebab apa tak nak balik ke sana. Tapi kebiasaannya dengan aku tak dijawab. Puas aku risik dan pujuk tapi dia hanya jawab acuh tak acuh iaitu tak mendengar kata. Sepupu suami aku pernah bertanya kalau tak nak balik, kenapa tak diceraikan. Dia jawab kalau isteri pertama tu minta dia akan bagi. Tapi, dia tak nak jauh dari anak – anaknya. Jadi perkara ini tinggal terg4ntung macam itu sajalah sehingga kini. Anak – anak mereka pernah bertanya pada suami tapi hanya dik4takan oleh suami adalah tanyalah ibu mereka sendiri. Aku sendiri tak faham. Cuma yang aku tahu mereka ada berg4duh besar sebelumnya.

Apapun yang aku tahu selepas itu isteri pertama tak pernah memujuk atau merayu suami untuk pulang ke rumahnya sehingga ke sudah. Malah dari sumber yang dipercayai dia pernah mengatakan suami kami nanti yang akan meny3mbah dan merayu meminta maaf untuk kembali kepada dia dan aku akan ditinggalkan sehelai sepinggang. Keringnya hati dia, nau’zubillah

Dari sumber dipercayai juga dia gaIak ke merata tempat masa tu jumpa bom0h, dukvn dan paw4ng kononnya mengatakan suaminya diguna – gunakan oleh aku. Disebabkan aku berasal dari utara, ada bom0h mengatakan aku menggunakan bom0h Siam.

Itu sebab benda – benda yang dihantar kepada aku tak berkesan.

Yang sebenarnya aku dan suami hanya berserah dan bertawakkal kepada Allah. Tak pernah sekalipun aku mendekati dan melakukan perkara syir1k yang diIaknat Allah. Minta dijauhkanlah Ya Allah. Alhamdulillah, tiada apa – apa mus1bah berlaku kepada kami sekeluarga.

Yang paling aku tak percaya yang aku boleh rapat dengan adik – beradik dan saud4ra mara suami berbanding isteri pertama. Isteri pertama ini sejak awal perkahwinan diorang dik4takan tidak menyukai keluarga suami yang kurang berada berbanding keluarganya. Takut mereka nak menumpang senang agaknya.

Aku jenis yang mudah mesra dan agak peramah jadi adik – adik dan sepupu sepapat suami semuanya baik – baik belaka dengan aku. Dari situ macam – macam cerita yang aku dengar tentang isteri pertama yang tak menyukai mereka. Anak – anak buah suami semua akhirnya jadi geng dengan aku.

Di majlis perkahwinan anak – anak buah suami, aku biasanya menjadi pembantu tuan rumah menguruskan majlis. Isteri pertama hanya akan hadir sebagai tetamu jemputan saja. Awal aku kahwin nampak janggaI apabila aku diperkenalkan pada saud4ra mara. Sekarang aku sudah tak kisah pandangan orang.

Ini disebabkan suami dan isteri pertama berasal dari kampung yang sama di selatan tanah air. Masa anak – anak kecil dulu kalau balik beraya suami akan hantarkan diorang dulu ke rumah mertuanya lepas tu ambil aku anak beranak pula bawa ke rumah keluarganya pula, apabila giliran raya di kampung suami. Sesekali giliran aku dan suami ke kampung aku beraya di utara pula.

Setelah sekian lama begini, anak – anak isteri pertama 2 orang itu sudah pun habis sekolah. Seorang saja menyambung pelajaran dan berkerjaya besar. Apapun suami masih menanggung keperluan rumah isteri pertama seperti biasanya.

Anak – anak aku seramai 4 orang juga sedang meningkat dewasa. 2 orang sedang melanjutkan pelajaran ke universiti dan 2 lagi di asrama penuh. Alhamdulillah mereka amat memahami situasi kami dan apabila cuti semester dan cuti sekolah rajin membuat kerja sambilan untuk membeli kelengkapan persekolahan dan pelajaran sendiri. Selain itu tak Iokek menghulurkan duit gaji pada aku dan suami.

Anak – anak isteri pertama pula jangan haraplah nak merasa duit gaji mereka. Ada tidak dihulurnya duit pada suami pada Hari Raya Puasa sahajalah. Kami redha dan faham pada situasi ini. Tak jadi hal langsung.

Satu perkara yang tak pernah aku cakap dan suruh adalah menceraikan isteri pertama sebab aku redha menjadi isteri kedua. Dari dulu ku amat menjaga adab iaitu takut terambil apa yang bukan hak aku. Jadi aku berusaha mencari pendapatan sendiri.

Alhamdulillah berkat ini, rezeki untuk apa yang aku buat secara sambilan ini walau tak sebanyak mana cukup untuk segala keperluan aku anak beranak malah sesekali membantu suami dengan isteri pertama bila keperluan mend3sak.

Pernah sesaja berbual dengan suami kalau tak berkahwin dengan aku, mungkinkah dia akan hidup bahagia suami isteri macam orang lain. Jawapan yang diberi adalah tak mungkin sebab isteri pertama itu adalah seorang berhati kering, per3ngus, kepala angin dan tak mendengar kata. Entahlah, di luar pengetahuan aku hal ini.

Sepanjang aku bermadu, apabila bert3mbung di majlis kenduri saud4ra – mara, setakat bersalam tu ada sesekali. Pernah aku cuba bertegur sapa tapi tak dilayan. Sekali itu ajelah aku memberanikan diri.. huhu!

Mesti ada yang bertanya bagaimana suami boleh berkahwin dengan isteri pertama? Ceritanya, suami ditunangkan dengan isteri pertama tanpa pengetahuannya. Mereka tak mengenali pun antara satu sama lain. Pada mulanya dia tak mau dijod0hkan tapi dia dan keluarganya di pujuk berm4ti – m4tian oleh orang tua pencari jod0h di kampung mereka. Akhirnya suami akur dan menerima perjod0han ini.

Pada awal perkahwinan lagi suami telah berusaha menerima setiap perangai isteri pertama dengan sabar. Sehingga mereka mempunyai 2 orang anak dan dalam tempoh itu hanya kemarahan yang sering suami rasakan disebabkan perangainya. Itu seperti yang diceritakan oleh suami.

Cara dia melayan keluarga dan sanak saud4ra suami, cara dia membawa diri ke majlis dan sering berg4duh dan somb0ng dengan jiran tetangga kerap menjadi kemarahan suami. Juga cara dia menjaga anak – anak juga membuat suami marah sebab anak sering menangis dan demam sewaktu kecil.

Pernah suatu masa mak saud4ra suami cuba menjod0hkan suami dengan seseorang kerana tak tahan dengan perangai isteri pertama. Entah kenapa tetiba tak menjadi. Mungkin tak ada jod0h. Isteri pertama tahu tentang hal ini tetapi ia tak langsung menginsafi diri dia. Ini cerita suami dan juga mak saud4ra suami yer!

Jadi apabila mengenali aku, suami tak teragak – agak memperkenalkan aku kepada saud4ra – maranya dan seterusnya meminta mereka masuk meminang kerana tahu mereka memang akan merestui perkahwinan keduanya. Itulah rent3tan cerita perkahwinan suami dengan isteri pertama dan aku seIaku isteri kedua.

Sikap suami setelah berkahwin dengan aku berubah 360 darjah kata saud4ra mara, adik beradik dan anak – anak buahnya. Dari seorang yang tak banyak cakap menjadi seorang yang ceria dan mesra dengan mereka. Suami yang aku kenal memang seorang yang tegas tapi penyayang sangat dengan anak – anaknya. Bukan jenis yang r0mantik tapi suka bercerita dan bergurau asalkan ceritanya tu jangan dip0tong. Kita boleh tahu isi hatinya dari penceritaannya itu. Sepanjang perkahwinan kami tak pernah berg4duh besar. G4duh – g4duh manja sikit – sikit saja. Perasaan cemburu ada tapi aku dah c4mpak jauh – jauh ke laut dalam, tau..!

Apabila anak – anak sudah besar, hidup aku sem4kin tenang senang dan aman bahagia. Tapi aku tak tahu sampai bila dan bagaimana nak menyelesaikan masaalah yang satu ini iaitu mendamaikan suami dengan isteri pertama. Tak nampak berg4duh tapi tak pernah benar – benar berbaik.

Bila di fikirkan, siapalah aku yang nak mencampuri urusan suami dan isteri pertama. Apapun kalaulah aku, sekiranya seorang suami, seorang lelaki, mengatakan tiada rasa cinta, kasih dan sayangnya untuk seorang isteri dan hanya sekadar tanggungjawab, aku tak akan tunggu lagi. dan berlalu pergi mencari kehidupan sendiri. Aku juga ada hati yang perlu dibelai dan aku pasti akan merasakan aku juga berhak mendapat kasih cinta sejati.

Isteri pertama sewajarnya cermin kekurangan diri dan isteri kedua, ketiga dan seterusnya pula mesti pandai membawa diri. Barulah aman dunia p0ligami. Apapun terpulanglah pada anda untuk menilai cerita ini dari persepsi masing – masing.

– Rima Melati

Komen Warganet :

Ezza Mysara

Kalau nak jadi isteri kedua yang baik, contohilah Zarina Zainudin. Dia sedar dia menumpang kasih. Sikit pun dia tak burukkan madu dia. Siap puji dan sedar diri lagi. Tapi niiii… Pffttt.. Nak bagi tau ya yang nafkah seorang suami pada isteri bukan kewangan semata mata. Harap isteri pertama baca confession ni dan buat confession jugak.

NI Izzatie

Isteri yang baik tak cerita buruk pasal madu dia and tak mengaku baik pun kat orang ramai. Simpan sorang – sorangla sebab hang tu amek kebahagiaan org lain. Tak malu ke confess kat public. Suami tak balik rumah bini no 1 tu berd0sa tahu x. G4ntung isteri tak bertali ingat selamat ke dekat akhir4t?

Aziha Nuril

Pada aku, tak wajar ko memburukkan madu ko kat sini apatah lagi status dia tu isteri yang pertama. Dan cerita ko kat sini, 100% buruk tu datang dari isteri pertama. Langsung takda cerita buruk dari sisi suami n sisi ko sendiri.

Cik kak, kita tak tahu apa yang ada dalam hati org. Dia member0ntak, kita tak rasa apa yang dia rasa. Even satu keluarga suami ko cerita hal buruk berkenaan isteri pertama pun, bagi aku, lebih baik ko jauhkan diri je dari isu – isu mereka suami isteri.

Dorang boleh burukkan isteri pertama, tak must4hil dorang pun ada burukkan ko kat belakang.

Dalam isu ni, aku memandang suami yang salah. Sebab isteri tu cerminan suami. Kalau rasa dah tak sanggup nak bentuk, selesaikan. Bukan g4ntung biarkan perkara tu macam tu sebab tanggungjawab tetap tanggungjawab. D0sa tetap perlu ditanggung. Allah tetap akan tanya nanti.

Sebab status dia masih isteri yang sah. Kita memandang yang di sana yang eg0, kepala angin, per3ngus, etc. Tapi pernah tak kita tanya kenapa dia jadi macam tu? 

Eka Sri Silvani

Dah la makcik. Anak – anak dah besar.. dah dah la tu cite buruk pasal orang. Biarlah dia dengan suami dia yang uruskan. Makcik uruskan rumahtangga makcik je. Stoplah membawang dengan saud4ra mara tu. Ntah – ntah depan makcik diorang c1te lain. Belakang makcik cite lain. Makcik je kang syok sendiri rasa diri tu favorite orang ramai.

Zieyla Aida

Dah kau ambik hak dia, pastu kau pertikai pulak apa yg dia minta dari suami.. Eh cik kak.. Kau kerja tu kau punya pasal, tanggungjawab suami pada anak isteri tetap kena bagi. Laki kau tu tak mampu tapi sibuk nak nikah lain.. Sorry, tak payah la nk cerita pasal masalah isteri pertama sebab apa pun kau tetap orang kedua yang hadir dan penyebab kepada semua masalah yang disebut tadi.

Apa kata anda?