Ya, saya anak luar nikah, tp saya xminta dilahirkan begini. Saya bagaikan hidup dlm ner4ka

Saya merupakan anak angkat tapi sejak dari kecil ibu selalu sahaja memarahi saya. Setiap kali marah, ibu cakap dia menyesal jaga saya anak har4m. Saya tak dibenarkan bersekolah dan sehinggalah saya jumpa dengan suami dan kami bernikah. Balik saja dari majlis nikah, Dah nampak beg saya, ibu letak dekat luar pintu dah tahu memang itu baju saya. Ibu cakap saya dah boleh ber4mbus keluar ikut suami.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin minta tolong hidekan profile saya ye. Terlebih dahulu saya nak mohon maaf, saya cuma ingin meluahkn sedikit bebanan yang saya tanggung. Saya seorang anak angkat kepada ibu.

Ibu selalu saja memarahi saya. Dari saya kecil sampai saya dah berkahwin ibu masih tak berubah. Setiap kali marah, dia mesti akan cakap menyesal beIa anak har4m macam saya ni. Ya puan – puan, saya anak har4m, anak luar nikah tapi saya pun tak minta dilahirkan dalam keadaan begini.

Ayah cakap ibu kandung saya dah meninggaI dunia manakala ayah kandung pula tak tahu siapa. Saya tanya ayah, kenapa beIa saya kalau ibu benci betul dengan saya. Ayah cakap ada sebab tertentu dan saya tak perlu tahu. Ayah dan ibu ada 2 anak kandung.

Saya yang sulung. Saya tak dibenarkan untuk pergi ke sekolah. Ibu cakap saya sekolah pun bukan ada guna. Besar nanti mesti jadi perempuan murahan macam arw4h ibu. Sedih sangat, hanya tuhan saja tahu apa saya rasa. Pernah sekali sewaktu ibu marah.

Saya menjawab kerana tidak tahan dih1na, berdar4h kepala saya sebab dibaIing pinggan oleh ibu. Ayah pula tak berani kalau ibu dah meng4muk. Adik beradik lain pun selalu mengh1na saya. Saya bagaikan hidup dalam nerak4 puan – puan.

Setiap hari ibu sumpah saya supaya m4ti cepat. Saya cakap kat ibu. Kalau benci betul dengan saya. Bunvh la saya. Jangan saya siksa sampai begini sekali. Ibu cakap kalau boleh bunvh, dah lama dia bunvh. Allahu, apabila saya dah remaja, saya bekerja dekat kantin.

Dapat gaji yang cukup – cukup je tapi satu sen pun saya tak ambil. Saya bagi dekat ibu. Rasa nak juga lihat ibu gembira sebab saya mampu bagi sedikit duit untuk dia. Walaupun dia selalu marah sump4h saya. Saya tetap akan hormat.

Buruk – buruk pun dialah yang pelihara saya. Ibu terima duit saya beri. Tapi ibu mesti akan menh1na juga. Katanya duit ni dari hasil anak har4m. Tak juga seberapa. Saya cuma diam. Dari kecil saya tak dibenarkan makan bersama mereka di meja.

Ibu cakap nanti takut berjangkit siaI saya. Saya cuma akan makan setelah mereka selesai makan. Tapi saya bersyukur masih di beri nasi dan lauk untuk makan. Ibu tak memukuI saya. Ibu cuma kuat mengh1na saya. Semasa bekerja saya berkawan dengan sorang lelaki.

Niat memang nak kahwin sebab umur sem4kin meningkat. Apabila saya cakap dekat ibu hal kahwin. Ibu mengh1na lagi. Buat apa nak halal. Buat je anak tak payah kahwin. Murahan macam mak kau dulu. Dan akhirnya kami cuma nikah dekat masjid.

Keluarga saya seorang pun tak ada. Suami anak tunggal. Ayah da meninggaI dunia dan mak dia pun uzur sangat. Balik je dari nikah. Dah nampak beg saya ibu letak dekat luar pintu dah tahu memang itu baju saya. Ibu cakap saya dah boleh ber4mbus keluar ikut suami.

“Semoga h4ncur rumahtangga kau,” ibu cakap.. H4ncur hati saya dengar puan. Maka bermulalah kehidupan dengan suami. Hidup kami kais pagi makan pagi. Satu hari tu suami saya kemaIangan saya pula baru juga melahirkan anak, dengan mak mertua pula uzur suami tak dapat kerja.

Hidup kami sangat – sangat tersepit saya minta tolong ibu nak guna duit sikit, ibu meng4muk mem4ki hamun meIudah saya. Dia tak akan pernah bantu saya. Saya tak ade sapa – sapa puan. Saya cuma ada seorang kawan. Fb ni pun dia yang punya.

Saya cuma minta tolong siarkan. Mohon doakan saya ya puan – puan. Sekarang saya rasa s4kit sangat lepas bersalin. Sampai kadang – kadang rasa nak bunvh diri je. Tapi saya ingat suami, ingat anak.. Saya cuba tahan. Jangan la saya dikecam.

Bukan mohon simpati. Cuma saya h4mba Allah yang dalam kesusahan. Kalau tak dapat bantu, doakan saja pun cukup. Perkongsian yang dibuat telah mendapat pelbagai komen dan reaksi dari para pembaca yang rata – rata sangat bersimpati tentang apa yang berlaku. Malah ada ramai yang ingin membantu penulis untuk mengurangkan beban yang ditanggung.

Komen Warganet :

Azlyna Azlyna Mohd Said : Bertabahlah wahai penulis.. Tiada seorang pun manusia yang lahir di dunia tiada masalah. Malah ada ramai lagi lebih teruk dari situasi kamu, berdoa la kepada Allah semoga pintu hati ibu awak tu dilembutkan. Semoga ibu awak tu mendapat hidayah dari Allah. Aminn.

Mazlina Inaz MJ : Sabarla dik, anak hara4 pun lahir tak ada d0sa.. Mak awak tu tak patut ungkit – ungkit kisah silam dan buka a1b arw4h mak kandung awak. Saya doakan awak dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala – galanya.

Banyakkan berdoa. Cuba la ikhtiar, pergi pusat zakat terdekat atau pusat jabatan kebajikan masyarakat. Mana tahu mereka boleh tolong sedikit sebanyak sis sekeluarga.

Cik Malieya Abdullah : Semoga Allah kuatkan jiwa dan iman sis untuk ujian yang berat ni. Semoga dipermudahkan segala jalan yang sukar, aamin. Dalam pant4ng kena sentiasa ingat Allah dan berzikir. Itu adalah benteng dari bisikan sy4itan.

Tambah – tambah kita tengah kotor dan tak boleh solat. Lagi satu, Allah Maha Mengetahui, doa – doa yang tak baik dari mak angkat tu, belum tentu Allah angkat. Jika sis h4mba Allah yang taat.

Flora Mojuning Sabah : Pertama sekali bila mengharap pertolongan, kena minta tolong dengan Allah dulu. Jangan harapkan pertolongan manusia. Akan tiba masa Allah akan buka pintu – pintu rezeki dan peluang untuk sis. Betul, percayalah, sis boleh rasa itu. Semoga Allah permudahkan urusan sis.

Moley MY : Semoga terbuka pintu keinsafan pada ibu kamu berdoa dan sabar banyak – banyak. Terima kasih kerana meluahkan segala kesedihan dan kisah awak. Semoga jadi pngajaran buat semua orang. Yang baik jadi pengajaran yang buruk jadi sempadan.

Moga terbuka pintu keinsafan pada insan – insan yang lain… Percaya setiap ujian yang datang ada hikmahnya. Sabar dan redha, janji Allah pasti.

Mawar Jingga : Sabar sis Allah bagi ujian yang cukup besar. Bukan salah sis dilahirkan sedemikian hanya Allah yang dapat menghukvm manusia. Percayalah sekecil kuman d0sa kita kat orang baIasannya tetap ada.

Teruskan perju4ngan sis menghadapi ujian yang berat ini. Percayalah sis dalam kesabaran itu nanti Allah akan bagi hikmah yang cukup besar buat insan terpilih seperti sis.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?