10 tahun kahwin, anak nak masuk 6 orang. Suami lebih suka PJJ supaya lebih senang berIagak bujang

10 tahun kahwin dan anak nak masuk 6 orang, aku akui sangat rendah diri berbanding wanita itu. Aku dah tua, dah beranak pinak semua. Wanita itu masih muda, bijak pandai juga, dan aku rasa dia hebat sebab mampu buat suami orang mengaku depan isterinya yang sah bahawa hatinya berbahagi pada yang lain.

#Foo sekadar hiasan. Assalamualaikum. 1000x saya fikir perlukah saya share cerita ini, tapi harini saya tergerak hati untuk share. Tidak minta untuk kec4m siapa – siapa, cuma minta jasa baik pembaca doakan yang terbaik untuk saya. Andai ada yang pernah lalu, share ape yang patut saya buat sebenarnya.

Menjangkau usia perkahwinan sedekad, dengan anak bakal masuk yang ke-6. Aku diuji pada puasa 2 tahun lepas. Alkisah bermula apabila, instinct isteri rasa ada sesuatu yang disembunyikan.

Kami berpjj sejak mula kawen. Offshore. Sampai lah pada satu tahap, dari kami tak punya apa – apa harta, dia pun saya terima dari zero, hingga dia punya segala harta dunia. Kereta mewah, rumah besar, duit banyak, makan sedap – sedap.

Dipendekkan cerita semua bermula bila suami tidak lagi kene offshore dan menetap di suatu negeri tapi tidak pula berniat untuk ajak anak isteri tinggal bersama.

Hidup macam orang bujang lagi selesa. Tiada yang kawal, tiada yang boleh cek HP segala, buat apa pun bini tak nampak sebab jauh. Balik bila rasa nak balik. Kadang sampai 2 bulan baru balik 1-2 malam je, kemudian pjj smula.

Bulan demi bulan, tahun demi tahun, desakan keje yang menimbun dan jarak jauh yang makan masa separuh hari perjalanan menghalang dia untuk selalu balik walau disaat anak diwadkan atas sebab kesihatan.

Sebagai isteri yang setia dan cuba faham suami yang “sibuk” memberi keselesaan dan kemewahan serta mencukupkan keperluan kami sekeluarga, pasrah terima bila suami tak bersama beri sokongan m0ral saat anak diwadkan.

Hinggalah puasa tahun lepas Allah bongkarkan segala. Bahawa suami sebenarnya ada kisah lain di sebalik semuanye.

Tanpa menangis, tanpa meng4muk, aku cuma terdiam sekaligus merasakan ini semua Allah turunkan asbab untuk menghapus d0sa – d0saku yang lalu.

Aku jua pernah lalui zaman jahiIiah, dari free hair berbaju ketat masa bujang dulu, jadi aku rasa “Allah, banyaknye d0sa aku hingga begini sekali ujian patut aku lalui”. Tapi siapa aku untuk menolak? Terima atau tidak smua ini telah Allah takdirkan untuk aku. Aku kena telan, kena lalu..

Saat aku terima berita suami sebenarnya ada cinta hati baru, kawan sekerja jauh lebih muda dari aku, cantik elok perwatakannya. Aku rupanya baru tahu yang aku juga sedang mengandung anak kami yang “unplan” yang ke-5.

Kami tidak merancang untuk dapat anak dalam masa terdekat memandangkan saya baru lepas bersalin tapi siapalah kami bila Allah kata itu rezeki kami lagi.

Aku terima dengan hati terbuka dan berharap miracle happen bila aku bersalin nanti. Bermula saat aku terima berita dia mengkhabarkan yang dia sedang menyayangi perempuan lain dan telah tekad untuk berkahwin selepas aku bersalin nanti.

Aku amek langkah tiada siapa pun boleh tolong aku kecuali Allah. Semua ini juga datang dari Allah. Semua ini akan jadi nyata bila mana Allah mengizinkan ia jadi.

Maka, apa aku buat sejak tahu hingga kini, belajar dan terus belajar tingkatkan amal ibadahku.

Kalau dulu banyak Iompang – Iompang solat aku, sekarang segala sunat aku buat. Dulu tahajud tu apa pun aku tak tahu. Sekarang time tahajud automat1k badan aku bangun dari tidur yang lena.

Kalau dulu terawih aku rasa “eleh.. next ramadan pun ada lagi” tapi sekarang “Ya Allah andai ini Ramadan terakhirku. Penuh aku terawih tahun itu”.

Aku tahu tak baik mghebohkan amal ibadah tapi apa aku cuba bagithu kat sini, aku banyak improve dekatkan diri pada Allah.

Apa aku cuba buat lagi lepas dapat ujian ini, dalam menggaIas tanggungjawab surirumah dan tengah sarat, aku jaga anak – anak sendiri s4kit demam semua.

Bila suami balik aku tetap layan suami dengan baik seperti tiada apa yang berlaku walau dalam hati aku sering juga dihantui luahan suami mengenai apa yang dia dah buat dengan kekasihnya.

Tapi aku cuba dan terus cuba jalankan rutin aku macam biasa, yang beza dulu aku buat aku sorang je isteri dia tapi sekarang aku buat dengan hati yang s4kit dicuranginya.

Hari aku dibayangi perempuan tu. Aku rasa sangat rendah diri. Aku dah tua, dah beranak pinak semua. Dia masih muda, bijak pandai juga, dan aku rasa dia hebat sebab mampu buat suami orang mengaku depan isterinya yang sah bahawa hatinya berbahagi pada yang lain.

Biasanya tak ramai suami yang berani mengaku kisah cinta mereka tapi tidak suami aku. Hebatkan perempuan tu? Dan suami cuma bagi aku yang pilih. Either aku nak terima atau aku yang blah kalau tak boleh terima perempuan tu. Sebab keputvsannya tetap takkan berganjak.

Hari demi hari aku lalui tiada setitik pun airmata aku menitis walau hati aku s4kit dir0bek – r0bek saat suami depan mata tapi sibuk bermesej dengan dia.

Allah tu Maha Besar. Tak lama lepas dia mengaku, Allah uji dia tiada pendapatan. Lama. Before PKP lagi. Bukan tak usaha cari tapi tak de satu company pun yang respon. Sampai lah PKPP.

Bayangkan Allah Maha Baik. Beberapa bulan tu kami hidup seperti pasangan suami isteri lain yang tinggal serumah walaupun kadang aku tetap makan hati kerana diorang masih contact sepanjang tempoh tu.

Hinggalah aku dapat berita aku mengandung lagi anak ke-6. Allahu.. aku tak tahu nak nangis atau hepi. Disaat ujian belum berakhir aku mengandung lagi. Aku terima dan serah pada Allah. Ada rezeki aku adalah anak ini.

Tiada apa istimewa aku mengandung atau tidak, dia kekal sama hatinya tetap tidak berganjak. Apa semua peng0rbanan aku buat ibarat “transparent” dia tak nampak. Aku sendiri ibarat halimunan baginya.

Aku dari surirumah kini seorang yang bekerjaya. Allahu akhbar. Tidak Allah itu menzaIimi h4mbanya kan? Kalau tidak melalui aku, macam mana 4 – 5 mulut anak-anak kami nak makan, susu, pampers segala.

Setiap kali aku kecewa dengan suami, yang tidak mengendahkan aku, sibuk dengan hp dengan perempuan tu siang malam.

Aku cari jalan solat dengan mengaji. Setiap kali aku sedih, aku kecewa aku cari Allah. Aku solat, aku ngaji. Tak kira pukuI berapa atau bila. Aku dengar tazkirah – tazkirah di fb sharing ustazah dan sengala macam positif word untuk kekal ingat “ni semua keje Allah”

Aku tak mampu buat apa – apa kecuali SABAR dan DOA. Selama dia tiada pendapatan aku lah yang mencari nafkah untuk keluarga. Sehinggalah suatu hari, aku cuba praktikkan sebelum tido ,”aku maafkan semua, aku redha dengan ketentuanMu Allah”

Akhirnya dia dapat kerja. Ya kami pjj smula. Dan dia kini bebas kembali hidup bagai orang bujang tanpa ada bini yang ala detektif conan boleh cek trace semua aktiviti dia walau macam mana hebat dia sorok segala.

Dan kini, sudah 2 tahun aku hidup dalam keadaan dicurangi dan semua ini masih dan sedang aku lalui. Kerana apa? Kerana aku belum lulus ujian ini. Allah, aku cuba. Tapi betullah tak senang.

Aku tahu Allah itu Maha Besar bila – bila masa Allah boleh twist hati suami kepada aku. Tapi hingga kini aku masih rasakan yang aku sebenarnya dah lama tak wujud di hati suami sejak suami ada dia.

Aku masih mencari kasih sayang Allah dengan tambah baik segala ibadah. Topap dengan sunat, zikir sentiasa, hafal beberapa surah fav. Apa tips ustzah asma ajar semua aku praktik. Aku cari kekuatan dengan cara itu. Tapi tipulah aku ok sentiasa. Tambah tengah sarat, em0si aku turun naik.

Ada kala aku rebah dalam airmata aku sendiri kerana tidak mampu keluar dari kebod0han sendiri yang masih mengharap kasih sayang dan perhatian suami.

Aku beri dia sepenuh hati, cinta, kesetiaan kasih sayang tak berbeIah bagi. Tapi ini yang aku dapat atas segala peng0rbanan yang telah aku buat selama sedekad perkahwinan kami.

Benarlah Allah Maha Tahu di mana kelemahan h4mbaNya. Tidak Dia uji melainkan dengan hal atau benda yang paling kita sayang supaya kita terduduk, menangis meratap hanya padaNya.

Aku masih tidak tahu apa sepatutnya aku harus buat. Adakah teruskan bertahan atau aku yang pergi kerana jelas suami juga sikit pun tidak peduli andai aku yang pergi..

Aku tak minta banyak, aku cuma mohon semua yang baca confession ni, doakan yang terbaik Allah aturkan untuk aku dan aku lulus ujian ini dengan jayanya.

Semoga Allah berikan yang baik – baik juga untuk kalian smua.

– Aku masih isterinya (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Liyana Mohmad

Awak.. Allah akan tunjuk kan hikmah terbesar di sebalik ujian yang awak terima di sebalik kesabaran awak tu. Percaya lah dan terus bersabar. Carilah bahagia sendiri bukan lagi menag1h bahagia pada yang tak sudi. Bahagia mencintai Allah dan mencintai anak – anak. Sayang kan diri sendiri dan anak – anak akan lebih menyanyangi dan menghargai awak bila depa besar nanti. Jangan cari apa yang disembungi suami kerana akan lebih meny4kitkan hati biarkan Allah bongkarkn semua untuk awak secara perlahan – lahan bila tiba masa yang sesuai.

Fuza Eisy

Puan, mungkin Allah nak puan faham ape yg puan tak nampak selama ni.

First, pjj. Puan jauh dari suami bertahun- tahun, sepatutnye kene ada di sisi suami. Puan amek inisiatif sendiri pun tak apa memandangkan suami dah mewah time tu. Kenapa tak pindah duduk dekat – dekat?

2. Puan tak layan suami sepatutnye. Puan cuma jadi isteri tapi bukan s0ulmate. Puan cuma buat tugas. Tapi puan tak jadi life partner.

3. Asyik beranak. Ye betul anak tu rezeki. Tapi Allah bagi pilihan. Kenapa tak pilih merancang? Macam mana nak ada quality time dengan suami kalau asyik sibuk dengan urusan anak jek tak menyudah. Bila pregnant lagi la terbatas. Masalah kebanyakan isteri ialah banyak fokus kat anak, abaikan suami. Dah tahu suami jenis tak membantu, please la stop jadi kilang.

4. Tak bercinta dengan suami. Bercinta bukan maksud yang kat bilik tu. Tapi feeling – feeling bercinta macam orang tengah coupIe2 tu. Tu dia cari feel tu kat luar.

5. Puan terlalu independent. Suami takde peranan dalam urusan anak – anak dan rumahtangga selain hanya sponsor perbelanjaan. Jadi suami ambik kesempatan berIagak macam bujang sebab tak rase ‘belonging’ pada tanggungjawab tu.

Memang semua ni bukan salah puan. Takkan isteri jek yang nak wat semua kan? Habis ape fungsi suami? Tak perlu nak komplen pasal ni, sebab dah memang peranan isteri kena g0da suami, sebab Allah jadikan lelaki tu besar nafsunya pada prempuan. Kalau isteri tak g0da, perempuan lain yang akan g0da.

Maaf andai ada guris perasaan puan. Semoga puan tabah dan dapat pengakhiran yang bahagia dari ape yang puan putvskan. Aminn.

Ainaz Hanikha Abdullah

Somb0ngnya suami awak. Peng0rbanan isteri melahirkan dan membesarkn anak – anak macam remeh sangat baginya. Kuatkan semangat, InsyaAllah, Allah nak awak dekat dengan Dia, Allah nak ringankan beban – beban awak masa mengadapNya di Padang mahsyar nanti. Dan sesuatu yang awak kena ingat, orang yang mengani4ya orang lain tak akan senang. Kalau senang material sekalipun, hatinya tak senang. Semoga awak berani dan kuat cipta kebahagiaan awak dengan anak – anak.

Amira Azman

Maaf, paling tak boleh terima kalau pasangan curang. Lain orang lain ujiannya. Tapi andai saya diuji begini, memang tiada lagi peluang saya akan bagi. Tak boleh bayang bersama dengan orang yang kita sayang tapi sanggup curang belakang kita. Itu KHIAN4T. Saya pun ada suami dan anak. Faham situasi tu. Tapi awak kuat, ujian ini setanding dengan kekuatan awak.