
Suami dah mula body sh4ming badan aku. Sebelum kahwin berat aku 45kg, sekarang dah 67kg. Aku memang takde masa untuk diri sendiri. Lagi – lagi sekarang aku seorang je yang bekerja. Suami dah 2 tahun tak bekerja. Bila nak duit dia puji aku cantik..
#Foto sekadar hiasan. Salam admin, mohon hide profil aku. Usia perkahwinan dah 10 tahun. Husband dah mula body sh4ming badan aku. Sebelum kahwin berat aku 45kg je. Sekarang dah 67kg. Aku kahwin umur 28 tahun dan sekarang dah ada 4 orang anak.
Kadang – kadang memang tak ada masa untuk diri sendiri. Lagi – lagi sekarang aku seorang je yang bekerja. Suami dah 2 tahun jaga anak dekat rumah dan tak bekerja. Masalahnya suami pun naik badan sama. Bila aku cakap, awak pun dah tak kecil lagi, semua dah besar, dia tak boleh terima.
Dia cakap aku malas nak bersenam, tak ada masa tengok diri sendiri. Bila pergi kerja pakai baju kurung je. Rutin aku tiap hari, bangun k3jut anak jam 6 pagi, siapkan anak – anak ke tadika, buat susu anak, masak pagi untuk makan tengah hari suami dan anak – anak, selang seli masak dengan mak mertua.
Lepas tu basuh baju dan masukkan dalam dryer. Kemudian k3jut suami untuk hantar anak ke sekolah pagi. Aku masuk kerja jam 8.30 pagi dan balik kerja jam 5.30 petang. Jam 6 petang dah tunggu anak depan sekolah rendah. Balik rumah dah kena standby makan malam.
Lauk tengah hari tadi bagi anak sekolah petang makan sebelum mereka mandi sebab lepas Maghrib nak ajar mengaji. Jam 7 petang baru aku mandi petang. Jam 7.30 malam solat dan ajar anak – anak mengaji. Jam 8 malam teman anak – anak buat kerja sekolah, ulang kaji dan hafal sifir sampai jam 9.30 malam. Jam 10.30 malam anak – anak masuk tidur.
Rutin suami pula tiap hari bangun pagi, hantar anak ke tadika, kemas rumah, ambil anak dari tadika dan hantar anak sekolah petang. Bagi anak makan tengah hari dan basuh pinggan mangkuk. Selama ni aku diamkan je sebab aku anggap tu tanggungjawab aku sebagai ibu.
Sekarang aku dah tak boleh nak ambil tanggungjawab sebagai isteri. Aku nak letak jawatan sebagai isteri. Aku rasa penat. Aku rasa marah. Tapi aku tak boleh nak luahkan. Aku nekad nak pisah, lagi pun ni kali kedua aku mohon cerai.
Sebelum ni masa anak sulung umur 9 bulan, dia pernah ceraikan aku sebab nak tunjuk dia ada kuasa cerai dekat tangan dia. Lepas tu kami rujuk balik. Hari – hari dia cerita pasal duit simpanan aku. Masalahnya tu duit aku, bukan duit dia.
Suami sibuk beli barang sana sini, ShopeePay dan macam – macam lagi. Duit r0kok pun minta dekat aku. Selama 10 tahun kahwin ni aku rasa macam kena tipu hidup – hidup je bila dia asyik kata nak berhenti r0kok. Bila nak duit memang dia layan aku baik.
Aku yang berisi ni pun masih nampak cantik. Bila dia tak ada mood, mula lah cakap, awak sebenarnya dah tak cantik macam dulu. Ya Allah, rasa tertipu sangat dengan apa yang dia cakap tu. Suami macam tak pandang cermin. Dia sendiri pun perut buncit. Kata nak kurang makan tapi nasi ambil selambak juga.
Bab kerja pula, suami selalu perli. Katanya aku makan tengah hari dekat tempat sedap, makan hotel, buat majlis office, buat dinner dan macam – macam lagi. Aktiviti makan hotel ni pun cuma tiga kali setahun je, end year dinner, breakfast dan dinner biasa. Majlis raya pula setahun sekali.
Dulu rajin juga aku update makan apa masa lunch. Sekarang dah tak lagi sebab bila balik rumah dia akan perli. Kalau tak pun dia akan tanya makan apa. Aku jawab je nasi ayam atau nasi goreng. Kalau dinner dengan office dan aku update apa – apa, dia tak reply langsung, cuma seen je.
Sejak tu aku dah tak mesej langsung apa yang aku buat atau apa yang aku makan masa dinner office. Suami selalu cakap, awak ni ada masa nak makan dinner dengan office tapi untuk anak – anak macam mana? Aku jadi serba salah. Betul ke salah aku?
Bila aku ajak makan dekat tempat tempat yang aku pernah dinner, suami cakap tu tekak kau je, aku mana makan steamboat, grill – grill ni semua. Hmm, tak tahu lah aku. Bukan aku tak nak bawa dia tapi tengoklah reaksi suami bila aku ajak makan luar. Padahal bayar pun pakai duit aku.
Aku nak tender sebagai isteri. Pada masa yang sama aku nak dia bertanggungjawab terhadap anak – anak. Aku nak berikan hak jagaan pada suami. Macam mana aku kena penuhi keperluan bulanan anak – anak selama ni, macam tu juga dia kena sediakan nanti lepas aku resign sebagai isteri.
Aku dah rancang nak mula diiet dan sayang diri sendiri. Nak masuk gym dan sebagainya. Waktu jadi isteri ni banyak je rintangannya. Yuran gym mahal, yuran coach fitness lagi. Kalau dengan gaji aku sekarang memang sangat mampu sebab aku tak ada sebarang komitmen loan. Rumah dan kereta semua dah selesai bayar.
Tapi sepanjang kahwin ni suami serba serbi tak bagi. Yuran mahal, jangan pergi gym nanti ada skandal, jangan berkawan dengan lelaki nanti aku curang. Aku memang sedar pasal kes – kes macam ni tapi aku tahu jaga diri. Tak pernah pun terfikir nak melayan lelaki lain. Semoga aku diberikan jalan penyelesaian yang sebaiknya.
Ulasan Pembaca :
Fazilah : Aku baca dalam satu nafas pun dah semput. Aku tahu kerja rumah memang letih walaupun jadi suri rumah sepenuh masa, tambah pula kalau bekerja juga, lagi lah penat. Sebenarnya kita happy je dengan apa yang kita buat. Tapi bila tak ada moral support daripada orang penting dalam hidup kita, semua terus jadi down dan mula lah berkira dengan apa yang kita dah buat dan dah beri. Bila suami sendiri dah mula perli, dah kata macam – macam dan dah buruk sangka, semua tu perlahan – lahan jadi t0ksik dalam diri kita. Jadi sis, teruskan sayang diri sendiri.
Siti Masitah : Pelihara lah biawak hidup yang tak sedar diri tu kak. Kalau akak rasa akak nak fikir pasal diri sendiri, jadilah cerdik dan pergi mahkamah mohon fasakh sebab suami tak bagi nafkah zahir dan tak bekerja. Akak memang layak sangat. Lepas tu akak siapkan diri akak semula. Tengok lepas cerai nanti suami akak tu boleh hidup atau tak tanpa kerja tu. Tolong jadi cerdik akak.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.