Mertua pinjam duit aku tak bayar, guna kereta aku sebulan tak pulangkan. Bila aku tanya suami, suami naik tangan dekat aku. Aku fikir nak curang

Ada suami pun macam takde suami sampai aku kena makan ubat sebab terlampau penat. Badan aku naik mendadak, mak mertua selalu ejek aku gendut. Baru ni dia malukan aku depan sedara mara. Bangga dia kutuk aku depan-depan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan warga FB. Aku tak tau pada siapa nak meluah. Aku terlalu ingin meluah. Tapi aku tak nak orang tau siapa aku. Maafkan aku meluah di sini. Harapnya yang baik dijadikan pengajaran, yang buruk dijadikan sempadan

Aku sedang SWOT analysis jika kiranya aku perlukan bantuan pakar. Doktor dah sarankan “u need help”. Ya, aku mengalami kemurungan setelah lama aku dalam fasa denial phases. Kali ni aku mengalah. Aku mengaku kalah. Aku dah tak mampu nak bendung perasaan aku.

Aku rasa sepi, hidup dalam tekanan. Selama ni aku la sorang – sorang meredah hujan dan panas, siang dan malam, bleeding mengandung pun gagah pikul anak 2-3 pagi bawa anak kecil ke hospital. Suami? Entah la. Sejak kahwin kami tak serumah sebab dia kerja buat jalan raya.

Dia tidur pun di rumah yang disediakan company. Semua sakit pening anak, even diri aku, aku hadap sorang sorang. Itu tak mengapa, sebab amanah dan tanggungjawab. Aku pikul dengan hati yang rela dan InshaAllah aku redha. Makin lama, setelah 7 tahun perkahwinan, aku dapati suami aku tak pernah dahulukan kami, anak dan isteri yang dia pilih untuk jadi teman hidup hingga akhirat, dalam semua hal.

TAK larat aku nak senaraikan. Cuma cakap semua bil anak aku tanggung. Bila raya, aku keluar duit, aku la sorang – sorang beriya cari baju anak waktu lunch, ambil cuti beli. Macam takde suami. Sabtu Ahad selama ni asyik kena balik rumah mak mertua. Jadi kami tiada privacy.

Itu belum lagi mulut mertua yang tiap kali suka jatuhkan maruah aku depan saudara mara dan menantu yang lain. Ialah aku ni tak sehebat menantu yang lain dan secekap menantu yang lain dalam memasak. Aku diejek gendut dan sebagainya sebab dalam menantu aku la yang paling tinggi. Besar pula tu.

Tapi alangkah kau tahu aku begini sebab aku banyak makan ubat. Ya, aku tak sihat. Tubuh aku pun doktor banyak inject steroid sebab sudah haus dalam menjalankan tanggungjawab pikul anak sorang – sorang. Seluruh badan aku sakit sakit.

Belakangan ni aku makin tak sihat. Aku on medication. Berat badan aku turun mendadak, aku tak cukup tidur, pagi berkejar siap dan hantar anak, aku rushing ke tempat kerja. Petang berlari aku balik kerja ambil anak. Jarak rumah dan tempat kerja dalam 50km sehala. Aku tempuh jam dan sebagainya, sorang – sorang. Dalam keadaan aku tak sihat.

Tahun ni suami dah start duduk dengan kami, kerja company baru tapi on and off outstation, seminggu 2 hari. Sepanjang puasa hari tu aku hari – hari muntah, bukan mengandung tapi sebab tak sihat. Aku kerap kena vertigo, rasa pusing kepala 360, low BP, jalan terhuyung hayang.

Start bulan puasa kami pergi kerja 1 kereta. Boleh kata hari – hari aku muntah tepi jalan. Minta suami berhenti tepi. Dia berhenti sambil main telefon. Tak terasa nak tolong aku. At least bagi la tisu atau sekadar “awak ok”. Hari – hari aku makan ubat, ubat migraine. Ubat tidur je aku tak dapat makan sebab takut tak boleh bangun.

Doktor bagi MC 1 minggu untuk aku makan ubat tidur waktu siang sebab katanya aku chronic fatigue. Tapi sebab kebetulan anak tak sihat, suami aku tak nak jaga anak, biar aku yang terhuyung hayang ni jaga. Jadi aku memang takde rehat. Dan suami aku tak kisah even aku dah bagitau aku sangat tak sihat.

Suami tak pernah ambil tahu akan aku. Tak pernah nak dengar masalah aku. Jangan kata masalah, aku bergurau pun tak layan. Aku sakit tak pernah tanya. Yang dia tau buat rumah macam hotel. Mungkin di mata dia aku ni tak laku. Mak mertua pun kerap kutuk fizikal aku.

Baru – baru ni mertua aku buat onar. Dia mengata aku depan saudara mara, kutuk aku dengan bangga. Makin susut badan aku, aku jadi murung. Hari – hari dah dekat 2 bulan aku menangis dalam bilik air. Kat office pun aku kerap ke tandas menangis.

Di office aku tutup sedih aku dengan bersembang happy – happy dengan kawan. Aku cuba positive. Bila dah terlalu lama suami abaikan, tak hormat perasaan isteri, pukul isteri kerana mertua. Mertua hutang tak bayar. Bila tanya suami, aku kena pukul.

Mertua pakai kereta aku sebulan tak pulang. Bila tanya suami, kena pukul. Dah la tiap kali beranak dia tak keluar 1 sen pun. Beli rumah pun muka aku keluarkan dengan cara jual rumah lama aku. Sebab duit yang patut dia dahulukan muka rumah, dia tabur kat mertua untuk meniaga.

Risau adik beradik dia yang dah berbulu dan bulu keluar anak ramai tu tak makan. Sayang sangat adik ipar dia tak makan jika tak modalkan mereka meniaga. Aku stress dari pelbagai sudut. Aku dibuli mertua dan aku tak dapat kasih sayang seorang suami.

Tiada tempat untuk meluah dan seperti tiada tempat untuk berlindung. Kalau aku susah, suami bukan orang yang hulur pertolongan. Dah 2 bulan hari – hari aku menangis. Tapi aku tetap kerja seperti biasa dan Alhamdulillah kerja on target.

Sejak akhir akhir ni, aku macam nak move on. Aku alihkan sedih aku dengan cara mencantikkan diri aku. Aku tak mau cakap lebih. Dengan pekerjaan dan rupa aku, senyum aje gagap lelaki nak bercakap. Kalau perempuan boleh kahwin lebih. Dah lama dia aku madukan.

Terlintas juga hati aku nak curang. Tapi aku masih ada malu, aku sayang anak – anak aku. Cumanya aku sunyi. Sunyi yang tak tertanggung. Anak – anak la tempat aku tumpang kasih. Baru aku faham kenapa zaman sekarang banyak isteri derhaka. Antaranya sebab suami suami macam ni la. Aku dalam perkiraan jika perlu untuk jumpa pakar psikiatri. Sebab kata doktor aku perlu dapatkan nasihat. Tapi aku tak nak ada rekod. HR sure report pada bos aku. Sebab HR rajin monitor kos perubatan.

Komen Netizen:

Sabariah Haikal : Jangan terlalu memikirkan. Semuanya di tangan anda. Ikut kehendak suami dan mertua sendiri yang susah. Sedangkan mereka seronok melihat kebodohan anak. Tegas bukannya salah. Anak yang bertanggungjawab dalam keperluan A to Z.

Keluarga anak ada minta bantuan, jangan malu dengan ibu bapa sendiri, luahkan perasaan. Solat berdoa pada Allah menjamin ke akhirat. Allah akan bersama orang yang dizalimi. InsyaAllah anak akan maju. Jika keluar dari cengkaman suami dan keluarganya. Tolonglah jangan siakan kehidupan dengan orang yang tidak menghargai.

Sri Aliyah Eliyana : Minta cerai je la. Huhhhh aku tak sanggup baca ada mak mertua perangai serupa setan, ada laki perangai pun serupa tenuk. Haaa kan dah mencarut. Apa guna sis kemurungan disebabkan jantan macam tu. Sis boleh bahagia.

Sis please la sis seorang yang ada kerjaya. Sis bangun dari mimpi buruk tu please. Sis bangun dan kuatkan semangat demi anak sis. Jangan fikir jantan tak guna tu lagi. Jangan fikir mak mertua yang dah tua tapi bodoh nak mampus tu. Haaaa aku marah ni. Sis boleh bahagia dengan lelaki lain. Percayalah, ada kebahagiaan kat depan sana untuk sis dan anak.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :