
Masa keluarga mertua buat majlis makan makan, aku keluarkan duit RM400 sponsor. Tapi aku terk3jut bila mertua minta bayar duit kek RM6. Aku dah keluar duit banyak, mereka langsung tak nampak. Siap suruh bayar lagi..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, mohon hide profile aku. Aku cuma nak meluahkan perasaan dan berharap ada komen komen positif untuk beri aku semangat. Aku mengenali suami selama enam tahun sebelum berkahwin, dan usia perkahwinan kami kini sudah mencecah enam tahun.
Sepanjang tempoh itu, kami dikurniakan dua orang cahaya mata yang kini berusia tiga tahun dan lima tahun. Aku dan suami sama sama bekerja dalam sektor kerajaan. Kami menetap di Pantai Timur, manakala ibu bapa aku dan mertua pula tinggal di Utara.
Kebiasaannya, kami akan pulang ke kampung sekurang – kurangnya setiap tiga hingga empat bulan sekali, berg4ntung kepada cuti dan keadaan kerja. Dari segi kewangan, gaji suami aku sebenarnya tak mencukupi. Selepas membayar bil – bil bulanan dan ditolak perbelanjaan r0kok, baki wangnya tinggal beberapa ringgit sahaja.
Selebihnya, semua perbelanjaan harian seperti makan minum, minyak kend3raan dan keperluan anak – anak sehingga hujung bulan ditanggung menggunakan gaji aku. Aku tidak pernah mengeluh dan tidak pernah berkira walau sedikit pun kerana aku sangat menyayangi rumah tangga yang dibina ini.
Aku percaya rezeki boleh dicari bersama, asalkan ada persefahaman. Setiap kali kami pulang ke kampung, aku akan mengeluarkan duit sendiri untuk membeli barang – barang keperluan rumah mertua sekitar RM300 hingga RM400. Aku buat semua itu dengan ikhlas kerana aku anggap itu sebagai tanggungjawab menantu.
Namun begitu, adik beradik suami aku kerap meminta duit daripada suami aku untuk pelbagai tujuan. Yang benar – benar susah tidak pernah meminta, tetapi yang lain sering meminta dengan alasan kami bekerja kerajaan dan dianggap lebih senang.
Suami aku pula kerap memberi dengan alasan itu adalah duit dia, dan aku akui memang betul itu duit dia. Namun perkara yang membuatkan aku terkilan ialah, duit suami dianggap untuk keluarganya, manakala duit aku pula digunakan sepenuhnya untuk menampung kehidupan keluarga kami sendiri.
Sedangkan kehidupan kami pun masih tidak cukup dan terp4ksa berjimat setiap bulan. Aku jarang membeli barang untuk diri sendiri, jarang bergaya, dan lebih mengutamakan keperluan anak – anak. Dalam masa yang sama, suami aku lebih mengutamakan keluarganya dengan alasan hanya dia yang bekerja kerajaan dan perlu membantu mereka.
Pada Hari Raya pertama, aku memberanikan diri meluahkan semua perasaan yang lama terbuku di hati. Aku bercakap dengan tenang, tanpa meninggikan suara. Suami aku meminta maaf dan berjanji akan mengutamakan aku serta anak – anak terlebih dahulu.
Namun, janji itu hanya tinggal kata – kata kerana perkara yang sama masih berulang. Apabila aku meluah dan menyentuh tentang adik beradiknya, suami akan meminta aku diam dan tidak memanjangkan isu tersebut. Aku rasa suara aku tidak didengari.
Aku sering meluahkan perasaan kepada ibu dan adik aku supaya aku tidak memendam rasa dan tertekan sendirian. Alhamdulillah, keluarga aku sangat menyokong aku. Mereka juga sangat menyayangi suami aku kerana suami aku seorang menantu yang baik dan menghorm4ti ibu bapa aku.
Dari segi tanggungjawab rumahtangga, suami aku juga seorang ayah dan suami yang baik. Dia tidak pernah mengeluh jika diminta membantu mengurus rumah dan anak – anak. Itu antara sebab aku masih bertahan sehingga hari ini. Cuma kekurangan suami aku yang paling ketara adalah dalam hal mengutamakan adik beradik berbanding isteri dan anak – anak.
Pada awalnya aku cuba berfikiran positif dan mengikhlaskan semuanya. Aku pujuk hati sendiri dengan ayat sabar itu pahit, tapi buahnya manis. Namun ada satu kejadian yang benar – benar membuatkan aku terkilan. Dalam satu majlis keluarga, adik beradik suami berkira dan meminta suami aku membayar RM6 untuk membeli bahan masakan dan kek, sedangkan sebelum itu aku sudah mengeluarkan RM400 untuk membeli keperluan dapur tanpa berkira.
Dari situ, aku rasa peng0rbanan aku langsung tidak dihargai. Sejak kejadian itu, aku benar – benar rasa adik beradik suami menjadi faktor besar yang memberi tekanan dalam hubungan aku dan suami. Pada Hari Raya pertama juga, selepas beraya di rumah keluarga aku, kami terus pulang ke rumah mertua.
Aku membeli kipas menggunakan duit sendiri kerana kipas di rumah mertua tidak mencukupi dan anak – anak aku tidak selesa. Namun apabila aku pulang ke kampung, biras aku telah mengambil kipas tersebut dan menukarnya dengan kipas lain yang kurang berfungsi dengan baik.
Setiap kali pulang ke kampung, aku terp4ksa membeli kipas baru menggunakan duit sendiri. Perkara kecil, tapi sangat meIukakan hati. Aku terlalu menyayangi hubungan dua belas tahun bersama suami sehingga sering mengiyakan semuanya dan akhirnya meIukakan perasaan sendiri.
Aku pernah mengajak suami untuk mendapatkan kaunseling di pejabat agama supaya ada orang ketiga yang boleh menasihati kami, namun suami enggan. Dia menganggap perkara ini remeh dan boleh diselesaikan sendiri, sedangkan aku semakin penat menanggung semuanya.
Aku cuma ingin meminta pandangan yang positif. Apakah tindakan yang perlu aku lakukan dalam situasi ini. Jika aku yang salah, aku mohon nasihat yang baik baik daripada semua. Aku tidak mahu rumah tangga ini runtuh, tetapi aku juga tidak mahu terus terIuka dalam diam. Terima kasih kerana sudi membaca luahan aku.
Ulasan pembaca :
Sitijamilah Jamilah : Pada pandangan aku, gaji sis sepatutnya guna untuk diri sendiri dan anak – anak sahaja. Kalau balik rumah mentua, biarlah suami yang keluarkan belanja. Sis jangan terlalu berlebihan membeli barang dapur, cukup makan sudah, bukan nak duduk sebulan. Kalau beli kipas, bawa balik semula. Adik aku setiap kali balik rumah mentua mesti bawa kipas sendiri dan toto sendiri.
Liza Namaku : Tak perlu lagi keluarkan belanja untuk keluarga di sana. Bawa kipas balik dan simpan dalam kereta. Pekakkan telinga bila orang cakap apa – apa. Duit kita, kita yang bekerja, bukan mereka. Tak perlu bersusah payah bekerja untuk orang lain menikm4ti hasil titik peluh kita.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.