
Dalam eddah aku tetap nak tinggal dengan suami. Aku nak baiki hubungan kami tapi suami tetap tak balik. Kami takde peluang nak bincang, Di hujung eddah aku bagi izin suami kahwin lain asalkan kami rujuk semula tapi suami dah taw4r hati dengan aku..
#Foto sekadar hiasan. Jodoh adalah cerminan diri kita. Mustahil lelaki yang alim, solat berjemaah di masjid, faham al quran, menjaga diri dan pandangan dari maksi4t mendapat isteri yang berpeleseran di jalanan, yang solatnya tidak taat.
Itu kisah khayalan dunia. Selama kita yakin pada rahsia takdir Allah, Allah akan menurunkan kebaikan pada kita. Lalu kenapa kita diuji sedangkan kita sudah solat, puasa dan sedekah? Nama aku A Zahirah. Selepas habis diploma, rezeki aku mendapat pekerjaan tetap seawal usia 22 tahun.
Aku berkahwin pada usia 23, sepuluh tahun yang lalu. Aku terima lamaran suami aku kerana aku yakin dengan jodoh yang Allah beri. Aku tahu suami aku pernah berz1na dengan bekas tunangnya, mereka hampir berkahwin dahulu. Suami berjanji tidak akan mengulangi d0sa lama.
Aku pernah mempersoalkan dalam istikharah aku sebelum aku bernikah, kenapa Allah menakdirkan lelaki ini pada aku. Dan akhirnya aku percaya, jika Allah sudah menetapkan jodoh kami terjadi, maka ia akan jadilah. Aku tidak layak menilai masa silam seseorang. Mungkin dia sudah bertaubat.
Aku bukanlah muslimah yang sempurna. Berfesyen sana sini mengikut aliran zaman. Moden juga dan tidak kolot di media sosiaI. Untungnya aku tidak pandai bermekap. Maka aku tidaklah secantik mana. Solatnya terkadang culas.
Membaca al quran bukan lah rutin harian. Hanya apabila ada masa lapang dan terluang walau aku tahu kelebihan dan kebaikannya, tetapi jiwa muda itu sentiasa lalai. Hidup kan masih panjang! Aku mula berhijrah merubah kehidupan dan penampilan aku seharian apabila aku rasa jika salah seorang dari kami tidak berubah, rahmat Allah akan hilang.
Aku ada dengar kuliah dan taa’lim dalam kewajipan menuntut ilmu agama. Sebenarnya, hijrah bukan pada penampilan sahaja. Tetapi perlu secara total. Dengan memperbaiki percakapan, perilaku dan amal ibadah. Ibadah bukan sekadar solat, puasa dan sedekah.
Juga hubungan baik kepada ibu bapa dan orang lain. Aku mulai sedar batas seorang muslimah. Aku ada bertanya pada suami, adakah dia malu punya isteri yang sudah tidak terlihat moden. Aku ceritakan pada dia, aku takut kerana d0sa aku, suami aku terheret ke ner4ka.
Dia cuma tersenyum dan aku tahu dia setuju. Walaupun suami tidak tahu baca al quran kerana sudah lupa cara bacaannya, dia tidak lupa solat. Cuma hijrahnya tidak setotal aku. Sepanjang 10 tahun perkahwinan, kami berjauhan. Suami tinggal dengan orang tuanya dan aku pun tinggal dengan orang tua aku.
Aku tidak risau kerana sekurang – kurangnya suami aku terjaga. Pekerjaan yang berlainan menyukarkan urusan perpindahan. Kami berjumpa sebulan sekali. Dan 3 tahun terakhir penikahan, Allah izin kami tinggal bersama. Gembira tidak terkata.
Hidup kami bahagia. Pendapatan bulanan kami memang cukup menampung hidup berdua. Kami ada rumah yang sangat selesa dan kend3raan sendiri untuk kegunaan masing – masing. Suami juga ada motosikal berkuasa tinggi yang aku hadiahkan.
Cumanya, kami mash tidak dikurniakan zuriat. Semua ikhtiar telah kami lakukan dan akhirnya, kami cuba kaedah IVF. Dan hampanya, tidak berhasil. Tiada angin dan ribut, hujan melanda. Tiba – tiba suami aku menghilangkan diri dan minta berpisah.
Keluarga kami juga terk3jut kerana selama ini kami tidak ada perselisihan. Bukan tidak ada masalah tapi tidaklah semua perkara itu perlu dikongsikan. Kita bukan selamanya sempurna. Aku ada merisik cerita dari rakan sekerjanya.
Khabarnya suami sedang dilamun cinta dengan seorang janda beranak 3. Aku tidak label status janda itu sebagai pengacau rumah tangga, tetapi tetamu tidak akan masuk ke rumah jika tidak ada orang yang membuka pintu. Iya bukan?
Mereka mungkin bijak menyembunyikan kisah mereka sehingga tiada siapa percaya. Aku bukan tidak mahu ambil kisah, tapi aku masih percaya pada suami. Aku tidak perlu percaya pada orang luar kerana aku tahu kebaikan dan keburukan dia selama kami bernikah. Apabila aku bertanya, dia tidak mengaku.
Aku hormat suami dan tak mahu berg4duh. Biarlah, lama – lama akan terbukti jua. Aku tidak ada jalan lain untuk berbincang kerana suami tidak mahu berjumpa dan mengugvt untuk menceraikan aku di hadapan orang ramai, jika aku mencarinya.
Atas nasihat kakak ipar, aku tidak berani bersemuka dengan suami kerana bimbang suami terlafaz talak. Yang aku lakukan adalah menunggu dan berdoa. Akhirnya, kami bercerai juga tanpa aku rela. Aku merayu pada hakim mahkamah supaya kami tidak bercerai.
Hakim mengatakan, penceraian tetap sah walau aku tidak setuju. Talak itu hak suami. Aku tidak boleh terima alasan selamba suami di mahkamah yang kami tidak sehaluan. Aku cuba berbincang secara baik tapi dia seolah – olah melarikan diri bila aku ingin bersemuka dan minta penjelasan.
Dia menutup pintu perdamaiaan dengan mem ‘block’ aku di semua akaun media sosiaI dan nombor telefon. Aku punya daya apa? Aku menjalani tempoh eddah di rumah kami. Mak abah ada mempelawa aku pulang ke kampung. Tapi aku memilih utk tinggal di rumah kami. Lagi pun aku bekerja.
Aku cuba berlagak biasa. Cerita penceraian kami tidak dapat dihidu oleh rakan sekerja ku sehinggalah setahun selepas aku berhenti kerja. Aku tidak mahu orang mengh1na sesiapa. Aku kira Allah memberi ujian pada kami. Aku tidak punya ramai kenalan kerana daerah ini adalah tempat tinggal suami.
Aku berpindah ke tempat suami selepas permohonan aku untuk berpindah diterima selepas 7 tahun. Suami tidak tahu. Aku sebenarnya ingin menyambung pelajaran dahulu sebelum kami tinggal bersama. Aku berniat untuk kerja yang lebih selesa selepas menyambung pelajaran selepas penat bekerja syif.
Aku mahu bekerja waktu normal 8 pagi hingga 5 petang sama seperti suami aku. Aku bertahan berjauhan dan berk0rban kerana mahu lebih kualiti masa bersama akan datang. Segalanya utuh menjadi memori, perkara yang tidak pernah suami aku tahu.
Aku kebingungan apabila suami tidak pulang berhari – hari dan meninggaIkan aku tanpa pesan. Dia hanya pulang ketika aku pergi bekerja. Dia ada pulang untuk menyiram tanaman pokok bunga kesayangannya yang ada di halaman rumah kami dan membawa baju kotor untuk aku basuh. Kami tidak pernah berpeluang untuk berbincang.
Eddah adalah tempoh untuk bertenang dan muhasabah diri. Terkadang ada penyelesaian akan hadir. Bukan sibuk mencari bukti kecurangan dan membuka keaiban masing – masing. Serahkan pada Allah untuk menilai. Kita tidak punya kuasa dan daya.
Hati manusia dalam genggaman-Nya. Seminggu sebelum, habis tempoh eddah, aku r0bohkan ego seorang isteri dengan memberi keizinan pada suami untuk bernikah jika dengan cara ini aku dapat menyelamatkan rumah tangga kami. Tapi dia menolak. Alasannya masih sama. Kami sudah tidak sehaluan.
Aku pulang ke kampung halaman dan berhenti kerja. Sebenarnya, aku pernah mendapat taw4ran bekerja di luar negara dan walaupun suami memberi izin waktu itu, hati ini berat untuk berpisah jauh. Allah adalah sebaik baik perancang. 2 bulan selepas habis tempoh eddah, aku mendapat perkhabaran bekas suami ku bernikah dengan wanita yang didesas desuskan selama ini.
Ada juga yang memberitahu aku wanita itu hanya ingin menumpang kesenangan kami. Mungkin dia terpesona melihat kelebihan suami aku yang stabil ekonominya dan kami bahagia bersama ke sana sini. Wanita itu tidak tahu kami juga pernah bersusah payah sebelum kami hidup begini.
Aku pernah bertanya pada wanita itu tentang ‘keinginannya’ bersuamikan suami aku. Jawapannya sinis, sudah takdir dan dia terima pinangan keluarga suami aku. Wanita itu sempat berkata, takdir aku tidak lah sesedih kisahnya dengan bekas suami dahulu.
Ada 3 orang anak yang ditinggalkan. Aku terkedu dan berhenti berdoa. Sudah jelas, dia bukan jodoh aku lagi. Allah telah memberi signal. Hidup mesti diteruskan. Kisah aku tidak habis. Sewaktu dalam eddah, ada lelaki menaw4r diri untuk menjadi pengganti suami. Mengubat lara katanya.
Aku tidak tahu aku ini sedang diuji atau Allah ingin memberi aku penyelesaian kepada musibah yang melanda. Lelaki ini, A rakan sekerja bekas suami. Dialah yang memberi info mengenai suami aku. Dari dia aku tahu, suami aku berhubungan dengan siapa. Mula aku percaya. Tetapi bila dia seakan ingin mengambil kesempatan atas kesempitan aku, aku mula menjauh darinya.
Memang aku akui, A banyak memberi nasihat dan semangat. Aku juga hampir terbuai dengan kata – kata manis dan janji – janji A. Dia ikhlas akan menikahi dan bersedia menjadi suami yang terbaik selepas suami ku. Hati aku berbunga riang. Secepat ini kah, Allah mengganti kesedihan?
Ada pengajaran yang Allah mahu aku tahu. Hak dan tanggung jawab isteri di dalam eddah. Kesilapan aku adalah tidak setia. Memang benar aku telah diceraikan dan menanti masa habis eddah, tetapi aku masih hak suami. Walau suami mengabaikan dan tidak mahu rujuk kembali, aku tidak sepatutnya percaya pada lelaki lain. H4ram tetap h4ram.
Cinta aku tulus pada suami apabila aku redha dia menikahi aku dahulu. Aku tidak cakap aku kuat dan selalu positif. Aku menangis juga. Hilang keyakinan utk berdepan jiran – jiran dan keluarga. Aku rahsiakan dari keluarga sehingga aku sah bercerai.
Sy4itan dan ibIis selalu meniup niat supaya aku berputus harap pada Allah. Dan aku pernah ada niat membvnuh diri kerana tiada keyakinan untuk hidup. Sungguh aku malu pada Allah. Aku menangis bertaubat. Allah benar menguji kebenaran hijrah aku.
Hijrah ini kerana menunjuk – nunjuk atau kerana Allah. Telah banyak kisah dalam al quran pada umat terdahulu yang kita tidak ambil iktibar. Allah tidak akan berhenti menguji. Allah mahu melihat kesabaran kita berg4ntung pada Allah saat diuji.
Sewaktu Allah uji aku dengan musibah, aku kira Allah datangkan bahagia dengan kehadiran A. Tetapi tidak. Allah menguji iman aku bertubi – tubi. Sy4itan selalu mengg0da hati manusia supaya jauh dari Allah. Supaya kita terleka dalam galau dan kesedihan yang panjang. Sedangkan Allah menguji kita kerana Allah sayang dan ingat pada kita.
Orang yang baik, tidak akan menceritakan aib orang lain. A bukan lelaki baik. Selama ini, samada benar atau tidak, A mereka cipta cerita supaya aku lebih benci pada suami dan aku tidak terima suami jika dia merujuk semula. Rupanya dia berd3ndam dengan suami aku. Aku tidak tahu niatnya nanti menikahi aku ikhlas atau benci. Aku bersyukur Allah.
Aku tidak mahu menyalahkan suami yang mengh4ncurkan rumah tangga dan juga wanita itu. Kerana Allah ada perancangan yang terbaik. Mereka akan dibalas jika benar – benar mereka mengani4ya. Tidak perlulah sesak fikiran untuk membalas kejahatan orang pada kita. Aku tidak mahu fikir lagi.
Kita mengaku beriman, beramal baik dan berharap terlepas dari balasan Allah, tapi kita tidak sedar musibah yang terjadi kesan pada d0sa lama. Kita mahu dilihat baik, sedangkan hati kita masih kurang bersih. D0sa dan maksi4t mengalir tanpa sedar.
Musibah bukan alasan untuk berbuat d0sa lagi. Biarkan orang memperlekeh dan mengh1na. Ada pahala yang Allah kirim. Ada kebaikan yang kita tidak faham. Mungkin Allah menutup aib kita dengan memberi musibah. Allah memperlihatkan kecurangan dan kelemahan orang untuk ambil iktibar. Dunia hanyalah cerita khayalan semata. – A Zahirah
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.