
Sepanjang dua belas tahun kahwin, satu sen suami tak keluar beli barang dapur. Kereta pun aku bagi, rumah duduk free. Boleh suami kahwin diam – diam. Aku suruh dia bayar duit rumah, beli barang dapur, Terus suami cop aku isteri derh4ka sebab p4ksa dia bayar komitmen..
#Foto sekadar hiasan. Kadang – kadang aku terfikir juga, bila orang perempuan terlalu baik, terlalu percaya, terlalu banyak bertolak ansur, akhirnya diri sendiri yang makan hati. Bukan sebab kita lemah, tapi sebab kita sayang rumah tangga dan nak jaga hati semua orang.
Dari dulu aku jenis yang diamkan saja, buat kerja sendiri, urus rumah, urus bisnes, urus anak, seolah – olah semua benda dalam hidup ini aku yang kena pikul. Tapi aku tak pernah merungut. Pada aku, itu semua tanggungjawab aku sebagai isteri dan sebagai seorang wanita.
Tapi satu hari, bila hati dah terlalu lama dipijak, kita mula sedar, bukan semua lelaki faham atau hargai apa yang kita buat. Bukan semua lelaki akan ingat peng0rbanan kita. Ada yang m4kin kita baik, m4kin dia buat macam kita tak wujud. Dari sinilah semuanya bermula.
Dari sinilah aku mula persoalkan, apa sebenarnya makna derh4ka itu. Aku nak tanya korang la, kira derh4ka ke macam ini? Rumah yang kami duduk sekarang, rumah isteri. Isteri memang dah ada rumah sendiri sejak bujang lagi, siap dengan segala kelengkapan.
Kereta yang suami pakai hari -hari itu pun, kereta atas nama isteri yang isteri beli masa bujang dulu. Masa isteri bujang, isteri ada dua kereta sebab masa itu bisnes dia tengah naik. Masa kahwin pula, suami cuma pakai Ex5 dan bekerja sebagai penghantar barang dekat kedai alat ganti motor.
Jadi lepas kahwin, isteri bagi satu kereta dekat suami untuk kegunaan harian. Isteri pun tak berkira sebab dia ada dua kereta. Isteri seorang peniaga, ada kedai runcit pasar mini. Disebabkan ada bisnes sendiri yang menjual barang dapur termasuk ikan, ayam, sayur dan macam – macam lagi, memang mudah untuk kami ambil barang dapur setiap hari.
Sejak kahwin, suami tak pernah beli barang dapur. Semua barang makanan harian, kami ambil saja dekat kedai sendiri. Tak pernah keluar satu sen pun dari poket suami untuk barang dapur. Tapi kalau kami keluar makan satu keluarga dekat kedai, baru la suami bayar. Kira ada juga la dia hulur nafkah makan, tapi itu pun jarang sekali.
Macam baju isteri, isteri beli sendiri. Baju anak pun isteri yang beli. Tapi bila masa raya, baru suami belikan baju raya untuk kami sekeluarga. Cuma kalau mahal sikit, aku yang topup duit aku. Kira suami belikan baju setahun sekali masa raya saja.
Sepanjang dua belas tahun kahwin, sekupang pun aku tak pernah berkira dengan suami. Masa suami kering duit, suami nak pinjam, aku bagi saja tanpa banyak soal. Tak pernah ganti dan aku pun tak pernah minta balik. Suami tak pernah bagi aku duit belanja bulanan ke, atau duit dapur ke, atau saja saja hulur pun tak pernah. Tapi aku tak kisah sebab aku ada duit sendiri dari bisnes.
Cuma bila aku dapat tahu suami nikah senyap – senyap, sumpah kecewa sangat. Rasa macam seluruh peng0rbanan aku selama dua belas tahun jadi sia – sia. Bukan sebab poligami itu sendiri, tapi cara dia buat aku. Aku ini isteri pertama, hidup susah senang sama – sama, tiba – tiba dia buat keputusan besar tanpa bagitahu langsung.
Jadi aku cakap dekat suami, mulai hari ini sila bayar sewa rumah dekat aku. Sebab abang duduk ini rumah aku. Kira abang kena bagi nafkah tempat tinggal. Tak banyak pun, lima ratus sebulan saja. Dan mulai hari ini, kalau nak ambil barang dapur dekat kedai, abang kena beli. Nafkah makan minum harian, abang kena tunaikan.
Aku pesan dekat staf aku, kalau suami aku datang ambil barang, suruh bayar. Kalau tak bayar, bagitahu aku. Aku cuma minta hak aku sebagai isteri. Minta nafkah makan minum dan tempat tinggal, itu pun benda wajib. Dah dua belas tahun aku tutup mata, abaikan benda itu sebab aku fikir rumah tangga kena tolak ansur.
Tapi bila suami sanggup kahwin lain senyap -senyap, aku rasa dah sampai masa aku jaga hak aku sendiri. Demi Allah, aku cakap semua itu dengan nada tenang, tak tinggi suara pun. Cuma tegas. Kalau suami ada hak berpoligami, aku pun ada hak sebagai isteri.
MaIangnya suami terus jawab, sikap aku yang nak suruh dia bayar itu ini, dia tak redha. Dia kata aku derh4ka. Aku cakap la, “hai abang, aku minta hak aku sebagai isteri pun kira derh4ka ke? Abang kahwin lain, aku tak marah, aku tak meng4muk. Aku cuma letak syarat supaya setiap orang buat tanggungjawab masing – masing.”
Sejak itu rutin harian aku berubah. Pelik tapi benar, aku m4kin tenang. Bila aku dah berhenti tanggung semua benda, aku jadi lebih jelas dengan diri aku. Aku buat tanggungjawab aku sebagai isteri macam biasa. Tak lebih, tak kurang. Aku jaga rumah, jaga anak, jaga makan pakai macam biasa. Cuma aku dah tak jadi bank bergerak untuk suami.
Dua tahun lapan bulan aku hidup dalam alam poligami.Pada 20.10.2025, isteri kedua suami aku fail cerai, buat fasakh sebab suami tak adil dan tak bagi nafkah. Masa itu aku cuma senyum. Mesti perempuan itu dulu ingat suami aku orang senang.
Maklum la masa bercinta, dia belanja macam – macam. Kau nak pakai duit, dia hulur. Telefon rosak, dia belikan. Padahal dia mampu sebab belakang dia ada aku yang selalu bantu. Sekali dah kahwin, nafkah wajib pun dia tak mampu bagi. Tapi syarat aku tetap berjalan macam biasa. Abang tetap kena bagi nafkah dekat aku.Dari pengalaman ini, aku belajar jangan terlalu tolong suami. Biar dia buat tanggungjawab dia sendiri. Bukan semua lelaki tahu bersyukur.
Komen Netizen :
Fauzi Awang : Terima kasih puan. Ini baru betul cara nak ajar suami yang nak berpoligami tapi tak mampu dan tak bersyukur. Sebenarnya kekuatan seorang suami adalah adanya seorang isteri yang membantu. Jadilah suami yang tahu bersyukur.
Ammar Nasir : Itu teguran yang baik untuk suami yang hanya tahu tunggang agama bab poligami tapi tak peduli tentang nafkah. Moga dia sedar diri dan belajar tunaikan tanggungjawab dulu sebelum nak poligami. Buat baik jangan sampai kena pijak kepala.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.