Mak abah suka arah kami anak menantu, akhirnya anak rela menjanda dan jadi andartu

Mak p4ksa Abg Chik duduk sekali, tapi setiap kali kak ipar kemas bilik tidur, mak akan masuk dan kemas sekali lagi. Apa barang kemas yang kak ipar dapat, Abg Chik kena beli untuk mak jugak. Setahun kahwin Abg Chik buat keputvsan lari dari rumah dengan kak ipar..

#Foto sekadar hiasan. Aku 38 tahun. Aku anak bongsu dari 5 beradik. Aku ngeri untuk berkahwin melihatkan sikap kedua ibu bapa aku. Kedua ibu bapa aku memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan kerajaan. Kaklong aku dah bercerai… salah satu sebabnya kerana kedua ibu bapa aku.

Kak Ngah aku pun hampir bercerai kerana kedua ibu bapa aku. Abang Cik larikan diri terus ke Kuwait kerja cari gali minyak di sana. Bawa anak isteri. Dan tahun lepas rumahtangga Kak Uda pun berantakan disebabkan abah mak.

Kenapa ya kadang kala ibu bapa lupa yang anak mereka sudah berkahwin dan ada kehidupan sendiri. Kenapa ada ibu bapa selalu mahu mencampuri urusan anak – anak mereka selepas berkahwin. Aku kasihan melihat situasi Kak Long, Kak Ngah, Abang Cik dan Kak Uda.

Dari situ aku membuat keputvsan yang aku tak akan berkahwin. Nanti aku pula yang makan hati. Aku amat sayang kedua ibu bapa aku. Mereka sangat sayangkan anak – anak mereka. Tapi Abah selalu lupa anak perempuan dia sudah bersuami.

Abah suka hati sahaja pergi terjah ke rumah anak – anak mereka tanpa beritahu awal – awal. Katanya alah rumah anak sendiri apa pasal nak kena bagitau pulak? Mak pun sama, langsung tak reti nak hormat rumah anak menantu.

Aku yang malu kadang – kadang tu. Abah mak selalu aje minum makan tak basuh pinggan mangkuk tinggalkan aje. Kalau singgah sekejap takpe. Ini diorang kan pencen, diorang round semua rumah anak menantu 1 – 2 minggu sekali duduk.

Aku tak kisah lah kalau aku ada selalu dengan diorang memang aku basuhkan. Mak pulak pantang kakak – kakak aku ada beli perabot baru atau benda baru untuk rumah mereka, Mak akan mintak, mak nak jugak. Abang Cik aku yang dah faham sangat per4ngai Abah Mak, lepas kahwin tinggal 1 tahun saja kat KL lepas tu terus angkut isteri dia ke Kuwait.

Abah Mak memang p4ksa Abang Cik tinggal dengan mereka, lepas kahwin pun kadang – kadang tu Mak selalu saja pegi ketuk pintu bilik Kak Cik setiap kali Abang Cik baru balik dari off-shore. Suami dah 2 – 3 minggu tak jumpa isteri, lagi pulak baru kahwin.

Aku tau Kak Cik banyak kali menangis. Tak faham lah Mak bila Abang Cik balik macam dia berebutkan Abang Cik tu pulak daripada isteri dia. Tapi sekarang dah selamat dah mereka berdua (dah dapat anak perempuan umur 5 tahun) di sana Kuwait sana.

Abang Cik dulu masa dia tengok Kak Long Kak Ngah banyak berk0rban untuk Abah Mak, sampai terp4ksa membelakangkan suami dalam banyak hal. Abang Cik pernah kata kat aku, dia wajib cari jalan untuk keluar dari rumah Abah Mak bawak Kak Cik.

Sebab Abah Mak sangat – sangat needy dan clingy dengan Abang Cik pun naik rimas. Dia kasihankan isteri dia. Bagus Abang Cik aku dia pr0tect isteri dia. Paling aku tak boleh terima Mak masuk bilik Abang Cik dan Kak Cik kemaskan bilik diorang mengikut citarasa Mak.

Kak Cik letak bunga kat katil, Mak alihkan bunga kat meja. Atau Kak Cik pasang cadar pink, Mak suruh tukar pakai cadar yang Mak belikan, atau yang Mak lebih suka. Kak Long aku paling kasihan, sebab suaminya kerja biasa – biasa sahaja.

Abah Mak pergi rumah KakLong pun sama, buat macam rumah sendiri. Kalau aku pesan, Abah Mak jaga lah per4ngai tu kesian Kak Long, Mak selalu cakap alah rumah tu Kak Long yang bayar, bukan suami dia. Kereta tu pun Kak Long yang bayar bukan suami dia.

Anak Mak gaji besor, suami dia yang tak mampu. Suami dia menumpang anak Mak saja. Sedih aku dengar. Abang Long suami KakLong aku sebaik manusia aku tengok dia jaga family dia. Berkat tekun sabar Abang Long dan Kak Long aku, anak – anak mereka semua berjaya.

Mereka masih kawan baik walaupun bercerai. Abang Long aku orang Perlis, takde mak ayah dah. Lagi lah Abah Mak senang nak arah Abang Long Kak Long dari dulu. Bercerai tu pun sebab Abah Mak lah jugak. Malas nak cerita kat sini.

Aku tengok menantu – menantu Abah Mak masih hormat Abah Mak tapi Abah Mak tak hormat langsung privacy anak – anak dia. Aku kecewa. Lagi lah aku takut nak kahwin. Dengan Kak Ngah pun sama, Kak Ngah selalu nangis kata dia nak cerai aje nak macam Kak Long saja lah senang.

Kak long aku lepas cerai tak pernah nak kawin lagi selagi Abah Mak hidup katanya, nanti jadi anak derh4ka pula. Kak Uda pun dah str3ss sangat, hari tu Abah Mak buat keputvsan aku kena pindah duduk dengan Kak Uda, senang sebab dua – dua duduk area sama.

Abah Mak langsung takde tanya dulu ke Kak Uda dengan suami dia atau tanya aku dulu. Abah terus aje call Kak Uda bagitahu nanti Ucu pindah rumah Uda bulan depan. Yang aku pulak, tiba – tiba aje Abah call suruh angkut semua beg baju dan barang – barang ke rumah Uda.

Aku letih, aku tak nak. Tapi Abah berkeras. Aku tahan aje. Kak Uda dah berapa kali berg4duh dengan suami disebabkan Abah Mak. Pertama, Abah Mak selalu mengarah mana nak pergi holiday, perabot rumah nak beli pun Abah Mak yang sibuk masa diorang masuk rumah baru.

Abah Mak aku ni kalau dia nak anak – anak balik ke rumah diorang, memang tak boleh bawak bincang, tak kira, akan call suruh balik. Bila kata tak boleh, diorang akan call menantu – menantu pulak kata Abah Mak nak korang balik pada sekian – sekian hari bulan.

Abah nak menantu abah balik, jangan kata tak boleh lah Abah nak jumpa anak abah dengan cucu – cucu Abah. Aku pernah dengar Abah Mak kata, ya anak perempuan ada suami, tapi jangan lupa dan taat ibubapa. Suami tu orang luar, Abah Mak ni yang besarkan kau dari merah sampai boleh kahwin ni.

Taat pada suami sampai tak ingat Abah Mak pun berd0sa. Abang Cik kalau balik bercuti ke Malaysia, takde harapan lah nak pergi tempat lain dulu, wajib duduk rumah Abah Mak dulu 1 – 2 minggu. Abang Cik nak bercuti pun Abah Mak wajib nak ikut.

Kak Cik isteri Abang Cik aku tu makan hati selalu tak payah cerita. Aku pernah tengok Abah pakai ambik saja kunci kereta anak – anak dia yang dia rasa berkenan nak bawak. Langsung takde hormat kat menantu – menantu dia.

Yang Mak pulak, apa saja barang kemas yang Kak Cik ada , Mak nak jugak. So Abang Cik akan beli dua terus. Sebab nanti kalau Mak tengok yang baru Kak Cik pakai, nanti Mak merajuk dengan Abang Cik. Aku pernah bagitau Kak Cik, dah beli simpan jangan pakai kat rumah Abah Mak.

Kak Cik aku orang Shah Alam, memang takde harapan nak balik tidur kat rumah mak ayah dia sangat sebab Abah Mak nanti telefon besan dia suruh Kak Cik balik Mak dah masak la itu ini. Aku naik serabut tengok. Ada pernah Abang Cik balik ke Shah Alam dulu beberapa hari, baru balik ke KL, Abah Mak merajuk kata Abang Cik anak derh4ka bagai.

Anak lelaki kena utamakan ibubapa.. Bla… bla… Itu tak masuk bab cucu – cucu lagi. Lagi kena ‘arah’ dengan Atuk Nenek (Abah Mak), walaupun Abah Mak memang pemurah. Semua yang Kak Long, Kak Ngah, Kak Cik, Kak Uda ajar anak – anak tak betul. Kena ikut cara Abah Mak.

Aduh letih aku tengokkan. Anak saud4ra aku yang sulung pilot, sebabkan c0vid penerbangan amat kurang, so Abah Mak suruh duduk dengan mereka walaupun Kak Long aku kurang setuju. Itu pun Abah Mak dah siap – siap kata diorang akan carikan menantu untuk Kak Long. A

ku tengok Kak Long aku tu kali ni lain macam. Dah lama tak balik umah Abah Mak. Dia macam jauh hati. Aku faham kenapa. Sampaikan anak dia pun Abah Mak nak control. Anak Kak Ngah yang sulung tu awal – awal dah bagitahu Atuk Nenek dia yang dia dah ada calon isteri Atuk Nenek tak payah carikan.

Itu pun Abah Mak aku kata kalau Atuk Nenek tak suka tak boleh. Ntah apa – apa. M4kin merepek Abah Mak aku ni aku tengok. Lagi tua lagi m4kin menjadi per4ngai pelik dua orang tu. Aku sabar saja. Aku single, dan akan single selamanya walaupun ada yang nak masuk meminang.

Sebab awal – awal Abah Mak dah tetapkan nanti kalau aku kahwin, wajib tinggal dengan mereka. Tak sanggup nak hadap nanti bakal suami makan hati. Aku rasa aku pun akan makan hati nanti. Rumah banglo besar ni tinggal Abah Mak berdua saja nanti semua anak – anak tinggal di tempat lain.

Tiada siapa pun yang faham dan akan boleh tahan dengan keluarga aku ni. Aku tak boleh tahan dah terp4ksa luah kat sini. – Nora (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Norlaila Mohd Din : Teringat ceramah ustadz abd muein abd rahman pasal surah mutaffifiin, ceIakalah orang yang mengurangkan hak orang lain tetapi haknya sentiasa mahu cukup, ini termasuklah ibu bapa yang mahu anak hormat kepada ibu bapa, tetapi hak anak tidak dipenuhi begitu juga sebaliknya.

Sama dengan suami isteri, cikgu dan anak murid, boss dengan pekerja. Saya sangat simpati kerana bila direnungi apabila ada anak yang rumahtangga berantakan, ada yang tr4uma untuk berkahwin demi IBU bapa kununnya patuh tetapi di sisi Tuhan ibu bapa begini mendapat ceIaka dari Tuhan.

Celah mana patuh jika pengakhir mengundang murka Tuhan. Wahai confessor, jangan begitu. Jelas lagi bersuluh ibubapa anda sedang menzaIimi anak – anak, jika benar kalian sayang, cari jalan agar sikap zaIim itu dapat diatasi.

Ajak lah ibubapa tu pi kuliah tadabur quran ustadz muein tu, jangan kalian bersikap lemah demi sebuah tiket anak patuh yang palsu, guna akal cari jalan jadi lah anak bijak agar tidak rugi dunia akhir4t. Anak bukan Hak mutlak ibubapa, anak amanah semata. Kita semua hak mutlak Tuhan.

Najah Mazni Ishak : Ya Allah… Saya yang baca ni pun terus rasa sesak d4da, ini kan pula tt. Betullah aturan Allah, setiap orang rezeki dan ujiannya Dia bagi tak sama. Kuatnya tt dan adik beradik. Kalau saya, kemungkinan besar dari awal remaja dah kena refer psiki4tri.

Mungkin saya terp4ksa cari kerja jauh, kurangkan komunikasi, takkan angkat call, hanya reply WhatsApp je. Kalau kena p4ksa, saya akan diam biar abah mak leter, tapi tak buat pun yang disuruh. Confirm akan dicop anak derh4ka tapi saya terp4ksa tanam mantra “Aku bukan anak derh4ka, Allah yang Maha Mengetahui situasi aku. Aku dah cuba berbakti semampu aku, tapi aku pun perlu jaga diri supaya tak giIa”.

Saya sangat bersimpati dengan tt dan adik beradik termasuk ipar, menantu dan anak – anak saud4ra tt. Tiada nasihat yang dapat saya beri. Cuma doa dari jauh yang dapat saya kirimkan walaupun saya tak kenal supaya tt dan ahli keluarga yang lain terus kekal tabah.

Dipermudah urusan dan dibukakan jalan penyelesaian kepada masalah ni yang bagi saya sungguhlah menyesakkan d4da. Dan semoga Allah bukakan hati abah mak tt untuk bertaubat dan lembut hati sebelum habis nafas mereka.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.