Nasib cucu miskin, nak makan KFC pun kena mengemis. Nak tengok TV kena intai dari cermin naco

Belum cukup malang, rumah nenek yang kami tumpang musnah dijilat api maka tinggallah kami sehelai sepinggang. Waktu tu kami hanya dibenarkan tidur di kawasan dapur rumah pakcik. Sudah terbiasa digigit tikus..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin, aku harap admin sudi kongsikan kisah aku ni. Aku suka baca kisah – kisah dalam ni dan bila baca kisah – kisah dalam ni buat aku berfikir dari sudut positif. Kadang – kadang apa yang Allah beri pada kita ada hikmah yang tersembunyi.

Bukan tujuan untuk melemahkan Iman kita , tapi meningkatkan iman dan sentiasa bersangka baik dengan ALLAH. Lagi diuji, kita sebagai h4mba harus dekat kepadaNYA. Allah Maha Penyayang, penuh dengan kasih sayang yang tak dapat dihitung kalau nak dibandingkan sayangnya seorang ibu kepada anak.

Besar lagi kasih sayang Allah kepada h4mba – h4mbaNYA, cuma kita sendiri yang leka. Berbalik kepada kisah aku, aku dibesarkan oleh seorang ibu tunggal, kami ada 5 beradik dan aku merupakan anak bongsu. Ibu berpisah dengan abah disebabkan orang ketiga.

Ketika ibu dan ayah berpisah, aku baru berumur 7 bulan. Dan aku tak pernah kenal dengan manusia bernama “Ayah” dan macam mana rasanya kasih sayang seorang “AYAH”. Mak aku tetap menjalankan tugas sebagai ibu macam biasa, di mana setiap tahun (Time kami kecik – kecik) dia akan sewakan teksi untuk hantar kami 5 beradik ke rumah abah pada Hari Raya Aidilfitri.

Sebab tak nak pisahkan hubungan yang ada antara anak dengan Ayah walaupun kami berpisah. Ayah tak pernah menjenguk kami, aku mula kenal sapa tu “Ayah” pada umur 6 tahun. Aku masih ingat saat mula – mula kakak sulung kenalkan “Ayah” pada aku yang baru berumur 6 tahun.

Sangat – sangat kekok keadaan tu dan bercampur sedih, tak sangka aku masih ada ayah macam kawan – kawan tadika yang lain. Mak aku seorang ibu tunggal, dialah ayah dan ibu untuk kami 5 beradik, bekerja keluar pagi – pagi dan balik malam.

Waktu hujung minggu jadi bibik separuh masa kat rumah saud4ra macam basuh baju, kemas rumah. Itu cara mak aku besarkan kami 5 beradik walaupun pendapatan yang terhad, tetapi cukup untuk besarkan kami 5 beradik.

Bagi aku ini dinamakan berkat. Allah yang tentukan cukup atau tak rezeki kita. Kami hidup sangat susah waktu kecik, hidup menumpang rumah nenek dan nenek pindah duduk rumah pakcik aku. Rumah pakcik di sebeIah je rumah nenek.

Pakcik aku pindah duduk kuartes, jadi rumah kosong, nenek aku duduk. Aku anak bongsu, selalu menangis dan buat per4ngai mungkin kurang kasih sayang ibu sebab dia busy cari nafkah untuk kami 5 beradik. Waktu ibu bercerai, kakak aku umur 8 tahun dan aku yang bongsu umur 7 bulan so yang tengah – tengah tu umur korang pikir la sendiri.

Memang semua kecik lagi perIukan perhatian. Mak aku pergi kerja, aku ditinggalkan dengan nenek, makcik dan kakak aku. Selalunya kakak aku no.3 yang jaga makan minum aku dan kakak no.4. Kami anak ibu tunggal yang miskin, jadi layanan yang kami terima macam cerita drama tv, dih1na tak disukai dan jadi m4ngsa pilih kasih.

Nenek aku marah sangat dekat ayah aku sebab kes perceraian dengan ibu. Jadi disebabkan dia marah ayah kami, dengan kami 5 beradik ni pun dia benci sekali. Malah ibu aku, anak kandung dia, dia macam berd3ndam dan tak suka.

Macam – macam per4ngai dia buat dekat kami masa kecik dulu. Yela la, dah la susah, adik beradik ramai plak, siapa yang suka kan, semua orang tak suka. Kami ada sepupu yang 4 beradik jadi cucu kesayangan nenek kami.

Rumah yang nenek kami duduk tu (sebeIah je dengan rumah kami) rumah ayah 4 beradik ni, sebab tu diorang jadi kesayangan sebab family diorang agak senang, mak ayah diorang bekerja. Kejadian waktu kecik yang aku tak boleh lupa, bila aku tengok cerita kartun dengan cucu kesayangan nenek aku.

Adalah kejadian kami berg4duh depan TV, biasalah budak – budak. Tapi aku kena halau dari rumah nenek sebab berg4duh dengan cucu emas dia. Disebabkan aku kecik lagi masa tu, mak plak takde kat rumah pergi kerja, aku nak juga tengok kartun tu.

Aku diam – diam mengintai dari tingkap naco rumah nenek untuk tengok tv. Sedihkan, kalau jadi kat anak aku sekarang, mau aku nangis sorang – sorang. Kejadian kedua yang masih segar dalam ingatan, makcik – makcik aku dah kerja.

Bila  dapat gaji, diorang nak belanja la keluarga semua makan KFC. Sanggup diorang keluar senyap – senyap guna pintu belakang rumah untuk bawa sepupu aku dan nenek pergi makan ramai – ramai kat luar tak bawa kami yang miskin ni sebab menyusahkan.

Bila ingat semula kisah tu, terasa h1na dan bencinya orang keliling dekat kami. Ada 2 – 3 kali berg4duh mulut antara nenek dengan kakak aku no.3 dan masa ibu balik kerja, kami menangis cerita kat ibu, ajak ibu pindah rumah sebab tak sanggup dah hidup dibenci, dih1na dan dipilih kasih.

Tapi ibu hanya mampu suruh bersabar, sebab kami nak bayar sewa rumah pun tak mampu. Masa ni aku rasa hidup aku paling maIang kat dunia, aku selalu bandingkan kehidupan kawan – kawan yang senang ada mak ayah dengan kehidupan aku yang serba kurang.

Tahun 90an, maIang lagi menimpa, rumah yang nenek bagi kami duduk terbakar dijilat api dan kami hanya tinggal sehelai sepinggang. Kejadian tu  berlaku masa aku umur 10 tahun. Sebab kebakaran tu, kami menumpang duduk sekali dengan nenek.

Tapak rumah bekas kebakaran kosong, dapat bantuan kerajaan bagi rumah PPRT. Jadi sementara tunggu rumah nak siap dibina, kami menumpang duduk sekali dengan nenek. Kami tidur di ruang dapur, cucu – cucu kesayangan tidur di ruang tamu.

Cucu – cucu kesayangan selalu datang, sebab nenek yang jaga diorang ketika mak dan ayah dorang bekerja. Kami 5 beradik dengan mak sekali tido di ruang dapur dan kena gigit tikus benda biasa, telinga masuk semut benda biasa.

Macam – macam konflik berlaku. Waktu berbuka puasa pun, buat 2 hidang berbeza. Hidangan makanan kami biasa – biasa, ikan pun kena kongsi 5 beradik, tapi hidangan cucu – cucu kesayangan sangat mewah (lagipun mak ayah diorang yang beli), memang cukup – cukup untuk diorang je makan.

Kami boleh tengok je la, sedap macam mana mampu tengok je. Lepas semua 5 beradik dah dewasa, Allah limpahkann kesenangan. Takde la kaya raya tapi senang dengan pendapatan dan kehidupan sendiri. Kakak sulung aku kerja kerajaan, abang anak no.2 kerja kat luar negara, kakak no.3 menjahit, yang no.4 jadi cikgu dan aku sekarang kerja bidang professional di Kuala Lumpur.

Apa jadi dekat 4 beradik sepupu aku sekarang, yang dulu jadi cucu kesayangan nenek dan anak buah kesayangan makcik – makcik aku? Dah macam – macam masalah timbul antara diorang adik beadik. Aku ingat lagi, masa diorang kecik, berhabis makcik – makcik aku tolong diorang, bawa jalan ke sana sini, belanja makan.

Sekarang makcik – makcik aku dah susah, takdenye diorang nak tolong, siap m4ki – m4ki lagi ada la. Kami yang tak disukai dan dibenci ni lah yang menolong sebab didikan ibu. Jangan berd3ndam dengan orang walaupun orang buat jahat dengan kita, tetap kita layan baik.

Tak rugi pun kan, hati pun tenang takde la rasa d3ndam yang tak sudah – sudah. Aku pun dah berkahwin dan mempunyai anak, Alhamduillah, Allah kurniakan suami yang penyayang untuk aku dan anak – anak. Dulu aku sedih, kenapa aku takde rezeki dapat kasih sayang seorang ayah.

Rupanye Allah simpankan kasih sayang “Ayah” untuk anak – anak aku sekarang dan aku lebih menghargai benda tu. Dulu aku kesian tengok ibu aku, kenapa takde peluang dia merasa kasih sayang seorang suami yang penyayang, tapi Allah simpankan kasih sayang sorang anak lelaki yang taat kepada ibu aku dan aku rasa ibu aku lebih menghargai.

Dulu dalam adik beradik ibu, hidup ibu aku paling susah, tapi sekarang hidup ibu aku paling senang sampai pakcik aku kata, “hampa takpa, senang dengan duit sekarang, semua orang suka.” Maksudnya dulu orang tak suka kami sebab miskin dan menyusahkan.

Alhamdulillah, kami 5 beradik ada kehidupan sendiri yang senang dan tak menyusahkan ibu. Ibu lebih banyak berehat dan habiskan masa belajar ilmu agama. Tujuan aku kongsi kisah ni, aku hanya nak jadikan contoh kepada pembaca yang sekarang melalui kisah hidup yang susah, perit dan terasa sangat maIang.

Jangan sedih, jom kita berbalik kepada ALLAH. ALLAH rindukan rintihan kita, rindukan luahan kita, cerita masalah kat DIA. Setiap kesusahan tidak akan selamanya, InsyaALLAH ada kesenangan. Setiap kesenangan pasti akan diuji dengan kesusuhan.

Jangan terlalu sedih dengan kesusahan, dia tak kekal selamanya dan jangan terlalu senang dengan kesenangan, pasti akan ada ujian melanda. Yang penting sentiasa bersangka baik dengan apa yang terjadi dan bakal terjadi. Just be a positive and u will be great.

Al-Baqarah, ayat 216,  “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. ALLAH mengertahui, sedang kamu tidak mengertahui” -anak bongsu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?