Saya pelik kawan saya golongan M40 dapat isteri orang kaya T20

Saya selalu rasa saya lebih bertuah dari kawan saya. Gaji saya lebih banyak dari dia tapi masa saya pergi kenduri kahwin dia baru – baru ni, saya terk3jut tengok rumah mertua dia. Kawan saya kahwin dengan anak orang kaya dari golongan T20 sedangkan dia hanya M40. Apa kurangnya saya?

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum warga FB. Ini kali pertama saya menulis confession ini. Sebelum ini hanya sekadar pembaca tegar. Saya tulis ini sekadar menjadi pedoman kerana peristiwa ini betul – betul membuka minda saya.

Saya seorang professional bekerja di utara tanah air. Nak masuk 30-an dan mempunyai gaji mencecah 5 digit. Masih tercari – cari pasangan hidup. Banyak sudah ikhtiar tapi tidak menjadi atas berbagai faktor. Sampai saya terasa nak putvs asa kerana nak cari gadis yang mempunyai rupa yang sesuai dengan pilihan hati, kuat agama keluarga yang baik dan professional – dan mencintai saya.

Macam tiada dan tak wujud, atau senang kata must4hil untuk saya temui. Jadi agak down juga. Saya berdoa, cuma kadang – kadang terfikir, saya ni minta lebih – lebih dari Allah ke? Dan bila fikir – fikir pasal pasangan ni membuatkan saya rasa negatif.

Sehinggalah bulan lepas saya dijemput untuk pergi ke perkahwinan sahabat rumah sewa saya ni yang bernama A. A ni kerja company lain. Gaji dia 1/3 gaji saya dan dari segi kewangan dia sederhana. Dia pakai kereta 2nd hand tempatan, saya pula jenama eropah baru.

Senang cerita dari segi pekerjaan, pangkat dalam organisasi, kewangan dan harta saya jauh lebih baik. Dari segi rupa, biasa – biasa sahaja. Dan saya akui, selama ini saya rasa hidup saya lagi bertuah dari A. Apa – apa pun A ni bagus, kuat sembahyang sunat dan tak miss solat 5 waktu.

Bab agama dititik beratkan walaupun takde lah level ustaz / tabligh. Dia macam lelaki biasa, tapi jenis tak liar, tak menc4rut, cakap kasar dan sebagainya. Tak alim tapi baik. Kadang – kadang rasa menyampah jugak sebab dia suka bising kalau aku solat awal tak ajak dia berjemaah hehe.

Jadi berbalik kepada cerita kahwin tadi, disebabkan MCO, saya jadi antara sahabat yang dijemput ke majlis pernikahan A sebab keluarga A rata  -rata di selatan tanah air. Selepas bernikah di masjid, kami ke rumah keluarga isteri A untuk sesi diorang beramah mesra dan mengambil makanan bungkus.

Apa yang buat saya kagum adalah bertapa untungnya sahabat saya ni. Keluarga professional, berpelajaran, sangat menjaga adap dan agama dan dari keluarga yang T20. Rumah bersih dan cantik. Keluarganya dapat menerima sahabat saya dan melayan dengan baik walaupun kewangannya M40.

Isterinya pun cantik dan sangat menjaga adab. Segala yang saya idamkan, A dapat. Saya macam tak percaya, ‘apa kurangnya aku?’. Bila balik dari majlis tersebut, membuatkan saya terfikir ‘benarlah rezeki itu milik Allah dan dia memberi kepada sesiapa yang di mahu’.

Dan benarlah surah An Nur ayat 26 “lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat”. Jangan salah faham, saya bukan seorang liar, saya menjaga solat dan zakat dan sebagainya dan tidak pernah menyentuh wanita, tapi dari bab – bab bahasa ni saya akui saya kurang menjaga adab, kadang – kadang.

Dan saya akui, selama ni saya ingat dengan status kewangan, saya mampu mendapat apa saya idamkan. Tapi selepas gagal mencari pasangan berkali – kali dan melihat rezeki sahabat saya ni, membuatkan saya insaf. Insaf dan saya sujud kepada Allah memohon maaf atas ‘kesombongan saya’.

Dialah pemilik langit dan bumi dan memberi rezeki kepada sesiapa yang dia mahu, dan melalui jalan – jalan yang tidak disangka. Mungkin cerita ni biasa – biasa bagi korang tapi bagi saya, seolah – olah Allah bagi signal nak sedarkan saya, yang perempuan baik yang saya idamkan tu ada.

Cuma Allah tak nak bagi kat saya lagi (harapnya macam tu lah) sebab perlu membaiki diri, jangan rasa sombong dan tunduk lagi kepadanya. Kenapa saya tulis ke kisah ini, sebab saya nak ingatkan diri dan pembaca yang usaha itu penting tapi ingatlah rezeki itu milik Allah jua.

Sayangnya isteri A takde lagi adik beradik perempuan jadi saya mohon warga FB doa – doakan saya mendapat j0doh yang lebih baik dari A. Aamiin. – En Y (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Farah Ant : Alahai Encik Y. Allah Maha Adil. Bila Dia bagi satu kelebihan pada you, Dia ada juga beri kelebihan pada orang lain. Kelebihan yang Dia beri pada you dari sudut rezeki material. Kelebihan Dia beri pada kawan tu dari sudut pasangan hidup.

Hidup ni, kita tak boleh tamak. Apa yang Dia beri, itulah yang terbaik untuk kita. Syukuri saja dan nikm4ti rezeki yang Dia beri seadanya. Pasangan tu, inshaAllah adalah. Enjoy je dulu hidup bujang. Dengan pendapatan you, boleh enjoy giIa kot. Carilah bahagia sendiri ok.

SF Safiqah : Baca confession ni teringat terus jiran aku.. pakej semua lengkap, tapi bila bercakap dengan orang sokmo dok tanya sinis – takkan ini pun tak tahu. Dia punya berIagak tu masyaAllah macam semua ilmu dalam dunia ni dia tahu.

So annoying. Selagi TT tak buang per4ngai berIagak selagi tulah perempuan yang ikhlas takkan suka. Yang suka tu pun mungkin yang jenis kejar material je kot..

Dyg Zuriana II : Ramai je lagi wanita sekeliling saya yang masih single. Wanita yang tt idamkan. Berpendidikan dari kalangan T20 dan M40, ade keje tetap, jaga solat, family baik – baik, comel dan cantik pulak tu. Beradap, lemah lembut dan sopan santun.

Umur dalam 28 tahun ke atas.. Tapi itu laa mungkin tt belum lagi jumpa diorang ni sebab niat tu masih tak betul. Jadi kena betulkan niat nak kahwin tu dulu ye tt. In shaa Allah j0doh akan mendatang. Tak perlu laa minta doa nak dapatkn j0doh lebih baik dari kawan sendiri. Seakan – akan nak bersaing pulak. Berkahwin ni niat nak bersaing je ke? Tanya je.

Noor Murni : Semoga bertemu j0doh yang sesuai. J0doh ni rahsia Allah.. sebanyak mana pun tuan letak ciri – ciri yang tuan idamkan, sampai masa Allah akan bagi yang terbaik. Percaya pada j0doh. Tak perlu banding – banding setiap orang ada rezeki masing – masing. Lagi 1 nak bagitau pompuan tak suka laki yang budget bagus.

Puan Faizun Mustafa Pejon : Assalamualaikum dik.. pergi cermin muka dulu kenapa belum ada j0doh. Anda rasa anda hebat. Cemerlang dan gemilang di kalangan T20. Kemon dik.. hanya Allah saja tahu why u tak dapat j0doh lagi.

Kata dah insaf tapi masih ada juga terselit sifat tamak dan dengki dengan kawan tu. Wanita di luar sana perIukan seorang lelaki yang jujur ikhlas. Duit boleh cari bersama nanti. Nak yang cantik, intelligent.. Allah tu dah standby j0doh kita dengan siapa pun.

Setiap pasangan tu Allah dah tentukan kekurangan dan kelebihan. So all the Best to u. Tak payah ler nak berIagak dengan harta tu dik oi. Muhasabah lagi diri tu dik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.