
Abah aku terk3jut dan kecewa bila aku kahwin lagi satu. Isteri aku diam je. Aku bawa bini baru duduk sekali. Makan pagi petang siang malam, isteri pertama aku yang sediakan. Tapi lama – lama aku perasan, duit aku selalu hilang, isteri kedua aku malas masak dan dia suka marah aku..
#Foto sekadar hiasan. Aku budak bijak. Sekolah tiap kali peperiksaan mesti aku bawa balik semua A dalam slip exam. Tapi, satu je kelemahan aku. Aku b0doh, tak pandai berdikari. Aku dari sekolah rendah sampai masuk universiti memang duduk dekat rumah je.
Tak pernah duduk asrama. Mak aku sayang sangat kat aku sebab aku lahir selepas keguguran anak kedua ni. Jadi kehadiran aku sedikit sebanyak mengubat Iuka dia yang sedih tu. Dari kecik waktu sekolah dulu, bangun ibu aku k3jut.
Makan ibu aku teman. Bekal ibu aku buat. Baju ibu aku gosok. Tie ibu aku pakaikan. Aku tak pernah beli makanan kat kantin. Sebab akan kena buIi. Aku budak nerd. Sampai tingkatan 5 aku kat sekolah. Macam tu lah hidup aku hari – hari.
Aku anak kedua. Abang sulung aku 2 tahun tua dari aku. Aku ade adik peremuan, tiga tahun muda pada aku dan yang bongsu 5 tahun lebih muda. Masa lepas SPM aku dapat sambung belajar kat UTP. Abah suruh pergi tapi ibu tak bagi.
Abah berkeras suruh aku pergi jugak sebab dia nak aku hidup belajar berdikari. Ibu tak bagi sebab dia kata rumah akan jadi lain bila aku tak ada. Akhirnya dengan result yang baik, aku sambung belajar dekat universiti swasta dan ambil medik kat Manipal.
Rumah aku dengan Manipal ambil masa satu jam. Ibu juga yang hantar dan ambil, kadang – kadang abah. Macam tu lah hidup aku sampai habis belajar. Aku dapat kerja dekat HospitaI Kerajaan. Tahun 2016. Adik perempuan aku SPM tak berapa baik bagus jadi di sambung dekat Kolej teknologi timur.
Ulang alik naik motor, kadang – kadang dia naik kereta. Dia selalu mengejek, mengata aku. ” Jadi doktor. Tapi b0doh! Nak beratur kat KFC pun tak reti!”. Aku selalu terkesan dengan kata – kata dia. Macam – macam dia kata kat aku. Kat tempat kerja lain pula. Sorang doktor kat wad aku. Nama Dr Iskandar. Suka mengejek aku.
“Siape plak hantar kau pagi buta ni?”. “Abah.” Aku jawab. “Kau ni menyusahkan. B0doh sangat. Kalau mak bapak kau m4ti tak datang kerja ke? Tengok doktor lain? Rilek je kerja pakai kereta macam – macam.” Sehinggalah satu hari, abah balik kerja dan jumpa aku dalam bilik. Dia tanya. Nak kahwin tak. Terdiam.
Lusanya, dia bawa jumpa seorang gadis. Tinggi, bertudung bawal labuh. Pakai kereta Honda. Rupanya cikgu kaunseIing. Umur sama dengan aku. Abah kenalkan kat IPD tempat dia kerja. Kenal kat situ. Dia peramah. Aku diam seribu bahasa. Nerd cara aku. Sikit – sikit tunduk. Sikit – sikit betulkan spec. Ibu dengan abah selalu g4duh sebab cara ibu layan anak berbeza – beza.
Abah tak suka. Kadang – kadang adik perempuan aku lebih suka lepak kat rumah kawan berbanding balik rumah. Sebab tak tahan, asyik berg4duh je. Lepas sebulan kenal dengan gadis tu, ibu tak tahu pasal ni. Ibu syak abah ada perempuan lain.
Dia kata, abah dah jemu dengan dia. Bila abah terangkan pasal cerita sebenar yang perempuan tu untuk aku. Dia berubah jadi baik, layan abah baik sebab ibu betul – betul takut abah kahwin lain. 4 bulan lepas tu aku kahwin dengan gadis pilihan abah, Nur Farah Atika nama dia.
Aku memang kek0k. Bayangkan malam pertama aku tidur bawah. Sebab malu, takut, seram. Abah cadang suruh sewa rumah. Aku pun sewa rumah. Tu pun Farah yang selesaikan semuanya. Aku tak reti. Bermulalah perjalanan hidup budak nerd macam aku ni selepas kahwin.
Tiap – tiap hari isteri aku dari Nilai akan hantar aku ke hospitaI Putrajaya. Lepas tu pergi mengajar. Bekal hari – hari memang mewah. Aku suka. Baru 3 minggu kahwin berat dah naik 2kg. Aku sebenarnya tak pernah solat. Belajar je kat sekolah dulu tapi satu rumah tak pernah solat.
Abah je. Ibu dan adik, abang tak pernah. Termasuk aku. Farah lah yang ajar aku solat dan bacaan satu persatu. Lepas solat maghrib kalau aku ada di rumah. Kami buat kuliah ringkas. Farah ceritakan kisah sufi. Kisah nabi dan macam – macam lagi.
Bila malam minggu. Kami tengok movie sama – sama dalam bilik depan laptop. Movie Farah pilih selalunya berat dalam mesej dan pengajaran. Farah selalu ajak aku basuh baju sama – sama, ajak aku memasak dengan dia. Aku tak reti semua tu tapi dia ajar.
Bila aku memang nampak sangat tak tahu buat, dia suruh aku duduk dan tengok je. Adik – adik aku sayang kat dia. Nak – nak lagi adik lelaki aku si Alif sebab Farah suka melayan dia. Ajar dia macam – macam bila buat homework. Adik perempuan aku Zarina pun sama.
Selalu call Farah balik rumah ibu sebab nak ajak tengok movie dan keluar jalan. Memang bamyak perubahan dalam rumah ibu sejak perkahwinan kami. Ibu dan abah pun tak pernah berg4duh lagi. Tapi itu lah, hanya dalam rumah tu yang berubah.
Aku tetap nerd dan b0doh lagi. Dekat tempat kerja kena buIi. Nurse mengutuk. Doktor mengata. Pes4kit bergosip. Aku dalam hati masih tertekan. Sampai aku kenal seorang nurse baru. Nisa namanya. Dia suka berbual dengan aku. Sampai satu tahap. Aku layan. Niat aku hanya nak layan. Akhirnya dia hasut aku macam – macam.
Pertama. Dia kata. Doktor tak pandai drive? Kenapa tak belajar? Aku kata isteri aku boleh hantar ambik. Dia kata isteri aku buat macam tu sebab nak control aku. Second, dia tengok jam yang aku pakai jam yang jual kat Facebook. Waktu tu memang famous orang sibuk beli barang kat facebook.
Aku kata isteri aku beli jam couple. Dia kata kerja macam aku takkan beli yang murah. Aku pun terbuka cerita kata aku bagi duit gaji aku. Bini aku pegang untuk belanja rumah dan nafkah. Yang lebih gaji Farah suruh simpan dan menabung kat TH. Aku terbagitahu. Dia kata aku ni dah kena control sepenuhnya dengan Farah. Sampai duit pun Farah control. Aku pun b0doh.
Percaya kat dia. Kami pun bercinta. Dia ajar aku macam – macam, shopping baju, pergi buat muka, pergi salon buat rambut. Aku berubah sekelip mata je. Aku pergi ambil lesen kereta pun Farah tak tahu. Semua kerja si nurse tu. Sampai satu hari, aku balik bawa kereta yang aku baru beli, kereta Honda Accord.
Masa tu tengah top kereta tu. Aku dah berani keluar malam, pergi Shah Alam sebab nak dating dengan si nurse tu. Nafkah kat bini aku, aku bagi RM300 je. Tu dah termasuk belanja rumah. Dating lebih kurang 4 bulan. Aku buat keputvsan nak kahwin. Satu family meng4muk bila dapat tahu. Aku kisah apa. Aku kahwin juga, masa nikah aku dengan si nurse tu. Farah Balik Terengganu. Aku buat tak tahu je.
Lepas kahwin, sementara nak dapat rumah sewa lain untuk si nurse tu. Aku letak dia serumah dengan Farah dulu. Macam biasa. Makan pagi petang siang malam. Farah yang sedia. Aku dengan Nisa hanya makan je. Aku sepanjang kahwin dengan Farah, aku tak pernah pun bersama dengan dia macam pasangan suami isteri yang lain.
Aku berubah jadi lelaki pun bila kenal Nisa. Aku rasa sangat nikmat hidup bila dengan Nisa. Aku bebas nak pergi mana. Buat apa. Aku mula salahkan ibu dan abah sebab jadikan aku nerd. Dekat tempat kerja aku dah pandai marah dan t3ngking – t3ngking staff.
Aku bocorkan rahsia Dr Iskandar ada skandaI dengan nurse non muslim. Serata wad tahu dia gataI, semua gara – gara aku. Sebab masa aku tengah tunggu Farah ambil aku beberapa bulan sebelum tu aku ternampak dia buat kerja tak senonoh kat dalam kereta.
PukuI 2 – 3 pagi macam tu. Video 13 saat kereta shaking aku tunjukkan kat orang. Masa fitnah tu tersebar, aku rasa puas hari. Lama kelamaan aku kahwin dan duduk asing dengan Farah. aku perasan sesuatu.
1) Duit dalam purse aku hilang selalu.
2) Aku tak pernah mesej kat ibu tapi macam mana boleh ada long c0nversation dalam fon aku.
3) Aku boleh kira dengan jari, berapa kali je makan kat umah.
4) Si nurse suka marah aku.
5) Si nurse suka bagi alasan bendera jepun.
6) Si nurse suka keluar free hair sedangkan sebelum kahwin, dia bertudung.
7) Si nurse tak suka balik rumah ibu. Aku hampir setahun tak balik rumah Farah. Hanya jumpa sekejap dekat rumah ibu. Senyum – senyum, bagi duit dan bIah.
Setahun 2 bulan lebih aku kahwin dengan si nurse. Rumah kami teruk terbakar walaupun tak 100% hangus tapi kena ren0vate. Jadi waktu tu kami tumpang rumah ibu. Duduk lah situ. Tak ada apa yang berlaku sampailah satu hari abah balik meng4muk.
Dia mengadu ada orang kat balai nampak yang Farah kat area IPD abah tengah makan dengan sorang lelaki melayu. Aku dengar pun sent4p. Aku call dia suh pergi umah ibu. Dia datang. Abah dan ibu desak tanya, akhirnya dia mengaku memang dia ade jumpa orang tu.
Muka dia tenang je. Abah ape lagi. Terus naik. Ibu plak dah naik h4ntu, dia heret Farah turun dari kerusi suh keluar. Dia m4ki macam – macam. Farah menangis teruk sebab s4kit. Adik lelaki aku je yang tahan ibu, yang lain semua tergamam.
Aku malam tu pun nak tunjuk hebat kat ibu dan adik – adik aku, bahawa pilihan aku nak kahwin dengan Nisa ni betul. Aku pun t4mpar dia 3 kali. Dia akhirnya bangun dan keluar dari rumah tu. Aku mesej dia. Cakap kat dia yang aku ceraikan dia taIak 1.
Sejak dari hari, aku dah tak dengar apa – apa pasal Farah, walaupun tentang keluarga mertua. Satu hari (selepas setahun kejadian), ibu ajak pergi Alamanda. Aku ambil wallet nak isi minyak, tengok ada RM400 TAPI kad bank semua takde.
Masa tu Nisa kata dia nak pergi reunion sekolah kat Sarawak. Rupaya semua kad – kad bank aku, dia yang ambil dan pegang. Dia balik 3 hari selepas tu. Aku s0und lah dia dan buat pertama kalinya aku marah dia. Dia tersent4k dan marah aku balik.
Ibu dengar kami berg4duh sebab kami ada kat rumah ibu waktu tu, cuti hujung minggu. Ibu memang s4kit hati bila anak kesayangan dia ni kena m4ki teruk dengan si menantu. ibu marahkan Nisa. Nisa mula – mula diam, tapi kemudian dia baIas balik. ”
Aku nak anak kau ni ceraikan aku sekarang jugak! aku pun tak ingin! aku ingat kahwin dengan dia boleh hidup senang. Tapi habukkkk pun tak ada. Makan nak harap kat aku. Kemas rumah pun harap kat aku. Aku bukan orang gaji anak kau”
PANG! Kena t4mpar. Dia pun apa lagi. M4kin berasap marah. “Aku memang tak suka anak kau. Aku kahwin sebab nak duit dia je. Aku ingat doktor – doktor ni kaya. Tapi b0doh je banyak. Kalau tak sebab aku, kau tu jadi Iembab lagi lah! Kereta tak pandai. Nak bayar apa pun tak reti, semua tak boleh! Anak kau ni b0doh sama dengan kau!”
Ibu dah Iembik kaki dan terus rebah. Si nurse terus siap – siap dan keluar. Aku papah ibu duduk kat katil aku dan ibu sama -s ama nangis. Malam tu cerita pasal ni Nisa sampai kt abah. Abah cakap, padan lah dengan kamu sendiri Aidil. Cari nah4s.
Hubungan aku dengan Nisa makin teruk dan dia pun tak balik rumah. Aku dengan rela hati lepaskan dia. Aku tak nak siksa dia dan hati aku sendiri. Sekarang aku rasa berdosa sangat dengan isteri aku yang aku sayang, Farah. Aku tak tahu mana nak cari dan aku malu pun nak jumpa dia.
Aku masih ingat dia mengaji kat dalam rumah kami bila nak dekat subuh. Aku masih ingat gurauan dia dengan adik – adik aku. Seluruh rumah kami gembira saat bersama dia. Hingga saat ini, dia masih segar dalam ingatan aku. Aku hanya berdoa dan berharap. Agar kasih aku dan dia kembali bertaut di syurgaNya. Sungguh, sayangiIah isterimu. Dia lah bid4dari untuk lelaki yang dihantar dahulu ke dunia. – aidil.
Ulasan pembaca :
Aein Hanan : First, terk3jut sebab selama ko hidup dari kecil sampai da keje jadi doc tapi tak pernah solat???? Lagi terk3jut bila ko kata mak ko pon tak solat. Astagfirullah.. tak tau nk cakap ape. Tu lah pentingnya agama. Iman di d4da. Well.. kalau cite ni betol ko memang tak layak pon untuk dapat si farah tu. Bertaubatlah. Lagi d4hsyat bila mak ko sendiri pukuI dia.
Lola Mel Zati : Sebab tu solat tu penting. Bila tak solat hidup memang tak tenang. Jagalah agama dan iman, ingat pada kem4tian dan hari pembaIasan. Insyallah semoga menjadi insan yang lebih baik.
Wan Mohd Faid : Geram pulak tengok orang yang tak habis – habis b4sh dia ni. Cakap macam dah tau masa depan dia tu takkan sama macam orang yang confess ni. Dia dah berubah kot. Nak bagi teladan kat orang lain supaya buka mata. Supaya kes dia ni tak berulang kat orang lain.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.