
Wahai kaum Adam, boleh tak jelaskan kepada aku yang bodoh lagi naif ni? Sebagai seorang lelaki, korang simpan tak kondom dalam kereta? Sekarang aku jumpa pula gula – gula Hickel. Bila Google, gula – gula tu macam ubat kuat..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum. Aku seorang isteri berusia 30-an yang bekerja. Aku telah mendirikan rumah tangga selama 8 tahun dan dikurniakan seorang anak. Kami berkahwin atas dasar cinta dan suka sama suka. Tiada paksaan.
Kisah rumah tangga aku mula diberi ujian seawal setahun perkahwinan. Suami kantoi dengan seorang janda anak satu. Diorang hidup bersama umpama suami isteri lebih daripada 2 tahun. Maksudnya memang aku dibodoh – bodohkan selama menjadi isteri.
Masa dapat tahu kejadian tu, aku hanya tanya pada Allah apa salah aku. Masa tu kami ada konflik sikit sebab aku susah nak mengandung. Jadi aku berdoa, jika dia betul jodoh aku, bagilah aku anak. Memang Allah bagi aku mengandung selepas 3 bulan kejadian suami kantoi dan Alhamdulillah anak tu sihat hingga kini.
Walaupun hati sakit dan pedih dengan kes suami tu, aku tetap teruskan hidup kerana yakin dan percaya dengan setiap doa aku kepada Allah. Aku redha dan aku cakap setiap manusia buat salah dan perlu diberi peluang untuk suami betulkan diri. Pada masa yang sama, aku juga perlu betulkan diri aku. Mungkin aku tak sempurna.
Kehidupan kami seperti biasa. Gaji kami biasa – biasa. Alhamdulillah aku bersyukur walaupun kadang – kadang tak cukup. Dari awal kahwin hingga kini, suami memang tak pernah bagi duit nafkah. Gaji dia seganda dan kalau OT masuk, 3 atau 4 kali ganda gaji dia daripada aku.
Tapi kalau nak beli apa – apa, dia akan belikan walaupun selalu dia cakap takde duit. Dia bayar rumah, sekolah anak dan bil telefon. Aku bayar kereta dan segala bil utiliti termasuk insurans kami sekeluarga. Barang makan dia ada beli dan aku pun ada beli. Isu sekarang yang buat aku tawar hati dan tak tahu nak buat apa. Aku buntu.
Suami memang dari awal kahwin selalu OT dan tak balik rumah. Hingga kini rutin tu dah jadi biasa. Kadang – kadang dia tak balik rumah sampai 2 hari, padahal jarak tempat kerja dia dekat je pun. Alasan dia kena standby dan on call, bukan doktor pun.
Dia macam takde rasa teruja nak balik rumah. Dah la OT macam orang gila, tapi selalu je cakap duit gaji tak cukup. Ada ke kerja kerajaan yang di luar waktu kerja, dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, tapi tak dibayar gaji? Setiap hari OT, tapi ada je dalam bulan – bulan tertentu aku dengar OT tak masuk katanya.
Aku memang tak pernah nak periksa gaji dia atau akaun dia. Wallet dia pun aku tak periksa sebab atas dasar hormat dan privasi dia. Kalau balik rumah, hidup dia tidur atau main game dan tengok telefon. Telefon memang tak pernah lekang daripada tangan dia.
Semua kerja rumah aku yang buat. Bukan tak pernah tolong, ada je dia tolong tapi boleh dikira. Aku tak kisah buat, cuma tak tahan bila dia suka merungut kalau ada masa aku sibuk dan urusan rumah kurang sempurna. Aku juga bekerja sepenuh masa, sambung belajar sepenuh masa guna duit sendiri dan uruskan anak sendiri.
Dia tak nak uruskan anak dengan alasan kerja dan tak sempat. Dia akan uruskan anak bila jadual aku betul – betul padat. Itu pun boleh dikira berapa kali aku minta tolong dia untuk uruskan anak. Sampai satu tahap aku takut nak minta tolong dia sebab dah tahu respons dia mesti marah – marah kalau aku minta tolong uruskan anak.
Suami pernah pukul aku sebab cemburu. Dia tengok gambar dekat Facebook yang mana dalam gambar tu ada aku, pasukan aku dan ada lelaki. Bukan gambar berdua, tapi gambar satu pasukan yang ada lebih 20 orang. Dia pukul aku sebab dia cakap aku degil dan menggedik dengan lelaki lain.
Walhal masa urusan kerja tu aku bawa anak sekali. Anak ni tak pernah tinggal setiap kali aku pergi kerja luar kawasan. Boleh bayangkan bila masa aku nak menggatal sedangkan aku bawa anak ke mana – mana? Tapi dia, uruskan anak pun susah.
Baru – baru ni aku jumpa kondom dalam kereta dia. Mula – mula dah guna satu. Aku tanya buat apa kondom dalam kereta, dia cakap tu kita punya dulu. Aku terus rasa macam, hah? Seingat aku, kali terakhir dia pakai kondom dengan aku 2 tahun lepas.
Logik ke simpan dalam kereta dan plastik nampak baru lagi? Selepas sebulan kejadian tu, aku periksa kondom tu dah takde dalam kereta. Tapi ada resit karaoke dan hired GRO untuk s3ks.Wahai kaum Adam, boleh tak jelaskan kepada aku yang bodoh lagi naif ni?
Sebagai seorang lelaki, korang simpan tak kondom dalam kereta? Resit tu korang nak simpan tak kalau katalah tu bukan resit korang? Boleh tak jelaskan kepada aku yang bodoh ni? Sekarang aku jumpa pula gula – gula Hickel. Bila Google, gula – gula tu untuk perangsang s3ks dan untuk bagi tahan lama. Aku jumpa dalam kereta juga. Ya Allah, adakah dia punya atau dia akan cakap orang lain punya?
Dia selalu merungut aku pasal aku punya badan. Tapi aku tak pernah merungut pun atau cakap aku tak rasa pun dia punya. Cuba teka, badan aku ni umpama model dan memang aku jaga untuk dia. Baju aku sama saiz dengan patung – patung tu dan tinggi aku 169 sentimeter.
Agak – agak kenapa suami tak hargai apa aset yang aku ada khas untuk dia? Nak kata aku tak usaha, macam – macam aku buat. Semua tu khas untuk sedapkan nafsu dan mata dia. Kalau nak diceritakan, banyak je yang menyakitkan hati. Dengan keluarga aku pun, entahlah susah nak cakap. Perangai dia yang suka marah – marah. Marah anak tak payah cerita, sakit sungguh hati ni.
Aku tak tahu nak luah macam mana. Semua terbuku di hati. Aku buntu dan aku tak tahu nak buat apa. Ikut hati memang nak minta cerai. Tapi aku takde bukti kukuh yang nampak jelas depan mata memang dia bersalah. Terasa nak upah penyiasat persendirian untuk ikut suami dan tengok apa aktiviti dia. Tapi pastinya mahal. Mampu ke aku?
Hati ni dah tak tahu sedih atau kecewa. Aku dah tak tahu sebab benda ni dah lama sangat aku hadam. Bukan takde satu pun benda baik yang dia buat. Ada, tapi masalah – masalah dekat atas tu, patut ke aku masih bertahan? Aku sedih. Aku stress, sungguh – sungguh stress. Tolong beri nasihat dan doakan aku dapat kerja lebih bagus daripada sekarang supaya aku dapat perkukuhkan ekonomi aku. Terima kasih semua.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.