
Kami suami isteri PJJ, tapi bila balik sibuk hadap telefon. Memang aku guna bahasa kasar sebab aku dah tak tahan perangai dia. Beberapa minit lepas tu dia masuk bilik, aku geram tengok dia. Dengan handphone suami, aku baling sampai retak skrin. Lepas tu dalam gelap bilik, aku dengar dia macam menangis..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum, nama aku F. Aku dah kahwin hampir setahun. Sebelum kahwin, aku dengan suami dah kenal lebih kurang tiga tahun, termasuklah masa bertunang. Aku tulis ni sebab nak cerita sikit pasal rumah tangga aku.
Ada masa kami bahagia, ada masa bergaduh. Bagi aku, biasalah tu. Baru nak masuk setahun kahwin, banyak lagi benda yang kami baru tahu pasal satu sama lain. Cuma sejak kahwin, dah hampir tiga kali suami aku kantoi berhubung dengan perempuan lain.
Memang aku sedih, lagi – lagi sebab kami PJJ. Aku kat Kedah, dia kat Selangor. Sebulan lepas kahwin, aku mengandung. Masa kandungan baru empat minggu, aku keguguran. Alhamdulillah, ada rezeki kami lagi. Sekarang aku tengah mengandung lapan minggu.
Yang buat aku kecewa, susah sangat nak ajak suami aku bersembang. Asyik dengan telefon je. Minggu lepas aku masuk wad. Dia dapat cuti kebajikan dan datang melawat aku. Masa aku cerita pasal keadaan kandungan, kejap dia tengok aku, kejap dia tengok telefon. Aku tengah cerita pasal anak kami pun dia tak boleh fokus.
Sejak mengandung ni, emosi aku pun tak menentu. Lepas aku keluar wad, dia masih ada cuti dalam empat, lima hari lagi. Kat rumah, aku minta dia tolong gorengkan ikan pun dia malas. Aku baru keluar wad kot. Sabar jelah.
Malam esoknya, masa kami dalam bilik, aku baring atas lengan dia. Aku ajak dia borak pasal kandungan, pasal masa depan kami, pasal rumah aku yang tak lama lagi dah boleh masuk duduk. Dia biar je aku baring kat situ, tapi mata dia kat telefon. Dok layan drama pendek kat Facebook, lepas tu tengok movie pula.
Aku terasa hati, jadi aku pindah baring kat katil sebelah. Dalam bilik kami ada satu katil queen dengan satu katil single. Dia buat tak tahu je sampailah aku tertidur. Aku dok batuk, selesema teruk pun dia tak peduli. Esoknya pun sama.
Aku merajuk sebab dia tak layan aku, dia biar je aku tidur asing. Petang tu aku terus terang cakap aku terasa. Aku tanya kenapa dia tak pujuk aku. Aku nak perhatian dia. Kami duduk jauh, masa dia ada kat sinilah aku nak luangkan masa dengan dia.
Dia gelakkan aku. “Eh, ingat budak ke? Nak merajuk, nak kena pujuk?” Semalam malam terakhir dia kat sini sebelum balik Selangor. Kami keluar makan sama – sama. Balik rumah, aku saja bergurau manja dengan dia. Dia kata aku ni macam budak, dia tak suka. Aku tarik dia, aku cakap aku nak borak kejap. Esok dia dah nak balik.
Dia tetap bawa telefon keluar dari bilik, sambung tengok movie. Aku pesan jangan lama – lama. Dia kata ya. Aku tertidur, tapi bila aku terjaga, dah dekat sejam dia kat luar. Aku mesej dia. Memang kasar bahasa aku masa tu sebab aku dah tak tahan dengan perangai dia.
Beberapa minit lepas tu dia masuk bilik. Aku tengok muka dia pun aku geram. Aku ambil bantal, aku pukul dia berkali – kali dengan bantal tu. Telefon dia pun aku baling sampai retak skrin. Masa tu memang aku dah tak dapat kawal perasaan.
Suami aku diam je. Aku pula menangis tak berhenti sambil luahkan semua yang aku pendam. Lepas tu, dalam bilik gelap tu, aku dengar dia macam menangis juga. Aku tak tahu dia menangis sebab rasa bersalah atau sebab menyesal dapat isteri macam aku.
Pagi tadi dia hantar aku ke klinik untuk buka buku pink. Dari pergi klinik sampailah kami balik rumah, sepatah pun dia tak cakap dengan aku. Aku ikut je dia ke mana dia pergi. Dia masih dok layan telefon yang dah retak tu.
Bila masuk bilik, aku tanya, “Kenapa buat macam aku ni tak wujud? Kita duduk jauh, bukannya hari – hari dapat jumpa.” Dia jawab, “Tak sangka bini sanggup pukul suami sampai berdesing telinga.” Dah, aku rasa bersalah lagi.
Aku sendiri pun tak tahu macam mana lagi nak kawal perasaan aku. Doakan aku kuat jaga kandungan ni sampai selamat bersalin. Aku harap lepas ni kuranglah benda yang buat aku tertekan. Aku harap suami aku boleh lebih faham apa yang aku rasa dan sayangkan aku macam dulu. Aku tak kuat.
Komen netizen :
Norsyazwani Hamdan : Jangan kejar cinta manusia, kerana cinta manusia hanyalah sementara. Kejarlah cinta Yang Maha Esa kerana cinta-Nya selamanya. Fokus dan kejar cinta pada-Nya, insya-Allah cinta sejati akan datang dengan sendiri nanti. 5 tahun pertama adalah fasa yang banyak menguji kesabaran. Semoga sis bersabar dan kuat ye. Good luck.
Mak O Leha Ramlee: Lelaki nampak mengambil berat sebelum dapat bulan bintang semua nak beri layanan macam puteri. Bila dah nikah macam bantal guling je, bila nak peluk dipeluk, bila dah puas biarkan jadi tepi katil. Jadi perempuan ni kenalah pandai pandai sendiri. Jangan diharap sangat layanan istimewa.
Hanya 10 peratus je lelaki di dunia ni yang boleh memahami keinginan isteri. Yang lain anggap isteri ni untuk meringankan beban dia dan mesti dah tahu urus diri dan urus keperluan suami. Ada tu ingat isteri ni robot pun ada. Ada yang ingat isteri ni macam mak dia, tahu apa dia mahu je tak payah cakap.
Jadi isteri isteri di luar sana bersyukurlah jika dapat suami yang ambil berat. Dan yang dapat ala ala tuan besar tu, asal nafkah cukup alhamdulillah. Zaman sekarang dapat suami yang lebih utamakan game atau pandang telefon lebih daripada isteri, janji tak curang pun syukur. Lagi kesian bagi isteri yang kena jadi ketua keluarga pada biawak hidup.
Pokoknya doalah selalu pada Allah semoga suami berubah jadi imam yang sempurna dan ketua keluarga yang bertanggungjawab. Nak buat macam mana kita dah terima dia. Satu je, buat baik berpada pada, buat jahat dengan suami jangan sekali. Sebab syurga sudah pada suami. Sama macam kita dengan ibu tak boleh lawan suami. Bacakanlah Surah Ar-Rahman ayat 1 hingga 4 masa dia tidur di ubun ubun, semoga Allah aturkan dia jadi suami yang sempurna.
Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.