Aku kahwin duda anak 3, tapi anak tiri kurang ajar siap curi duit dan barang aku. Bila aku tegur, suami cakap aku sengaja nak cari gaduh dengan anak dia..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

tuduh cari pasal

Suami dah pernah kahwin 3 kali. Anak tiri aku ni pun lain-lain mak. Diorang degil, tak nak mendengar kata, tak hormat aku, mencuri duit dan barang aku. Satu hari, aku keluar aku suruh suami kunci bilik baju sebab aku perasan..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum. Aku dah kahwin hampir dua tahun. Masa aku kenal suami, dia duda anak tiga. Anak – anak semua tinggal dengan dia. Jadi bila dah kahwin, aku pun sama – sama jaga anak dia.

Masalahnya, suami aku ni hal kecil pun dia boleh merajuk sampai berhari – hari. Esok pagi bangun tidur pun dia masih tak nak bercakap dengan aku. Nak tolong aku uruskan anak – anak, lagilah tak. Aku ni isteri dia yang keempat.

Mula – mula kahwin dulu, ada jugalah dia tolong basuh baju anak – anak dia, tolong aku kat dapur. Masuk bulan ketiga, dah tak ada dah. Padahal dia duduk rumah je, tak kerja. Dia ada hartanah, jadi tiap – tiap bulan memang ada duit masuk. Aku pula kerja.

Sebelum pergi kerja, aku masak dulu supaya bila anak – anak balik sekolah nanti, ada makanan untuk diorang. Baru sebulan kahwin, aku dah mula nampak perangai dia. Kadang – kadang aku rasa bodohnya aku sebab terima dia dulu. Dia panas baran. Kalau bergaduh, habis aku kena maki.

Mak bapak aku yang tak ada kena – mengena pun dia hamun sekali. Orang yang dah meninggal pun dia boleh maki. Anak – anak dia pula berlainan mak. Diorang ni degil, susah nak dengar cakap aku. Sejak kahwin dengan dia, aku rasa macam tak pernah betul – betul bahagia.

Selama ni aku pendam je. Mulut suami aku tu, ada je benda yang dia cakap yang buat aku sakit hati. Kalau aku demam, dia buat tak tahu. Aku pergi klinik sendiri. Bab duit pula, ya Allah, berkira betul dia dengan aku. Sejak kami kahwin, baju, seluar, kasut anak – anak dia, semua aku yang beli.

Memang tak adalah dia nak belikan. Sampai baju dia sendiri pun aku yang beli. Mak mertua aku duduk sekali dengan kami. Terus terang aku cakap, aku dengan dia memang tak sebulu. Ada je salah aku yang dia nampak. Kalau dengar dia bercakap, keturunan dialah yang paling bagus, paling mulia.

Macamlah keturunan aku ni hina sangat. Memang dia pandang aku sebelah mata. Aku pun tak tahu apa salah aku kat dia. Pernah sekali aku pergi luar negeri atas urusan kerja. Kereta aku tinggal kat rumah. Bila aku balik, aku tengok kereta dah calar – balar.

Aku tanya anak – anak tiri siapa yang guna. Diorang kata nenek diorang. Minyak kereta pun tinggal kering. Dengan aku bukan main dia tak suka, tapi nak pakai kereta aku tanpa tanya, boleh pula. Sejak tu, aku dah tak letak kunci kereta kat tempat biasa.

Aku simpan dalam beg, pergi mana pun aku bawa. Mak mertua aku sentap. Mulalah dia sindir – sindir aku. Lama – lama aku hilang hormat kat dia. Dengan perangai suami pun aku dah cukup tertekan, tambah pula dengan mak dia. Ipar aku pun layan aku lebih kurang sama. Entah apa salah aku kat diorang.

Hidup aku ni boleh dikira berjaya jugalah. Aku ada kerja, ada kereta, ada simpanan sendiri. Semua bekas isteri suami aku dulu tak bekerja. Aku sorang je yang bekerja. Ipar aku kalau nak datang rumah, selalu sangat pilih waktu orang baru nak duduk santai – santai.

Kalau datang petang, sampai Isyak pun tak reti nak balik. Anak – anak dia pula selamba je lalu depan aku. Nak salam pun tak. Dah besar panjang dah semua. Kadang aku tertanya juga, dia ajar anak – anak dia benci aku sekali ke?

Keluarga suami aku ni taklah kaya mana, cuma senang sikit. Tapi dari mak sampai ke anak, semuanya berkira. Hal kecil ke, hal besar ke, sama je. Mak mertua aku pula suka canang cerita pasal aku kat saudara – mara dia. Sampai bila jumpa saudara sebelah suami, aku kena dengar sindiran diorang pula. Sedih aku bila fikir hidup aku sejak kahwin ni.

Anak – anak suami pula, dah la tak hormat aku, duit dengan barang aku pun diorang pernah curi. Tapi kalau aku marah anak dia, suami tak boleh terima. Sudahnya kami bergaduh sampai berhari – hari. Aku pernah ajak dia bercerai sebab aku rasa dah tak larat nak hidup macam ni.

Dalam rumah ni aku rasa macam orang gaji. Semua benda aku kena buat. Minta anak – anak dia tolong pun susah. Bila dah disuruh tapi tak jalan juga, membebellah aku. Suami dengar aku membebel, dia pula naik angin.

Katanya aku ni membosankan, suka cari pasal dengan anak – anak dia. Padahal aku minta tolong sidaikan baju je. Yang sorang dah 14 tahun, yang sorang lagi 13 tahun. Takkan sidai baju pun tak boleh tolong? Kadang aku cemburu tengok kawan – kawan lama.

Diorang pun dah kahwin, dah ada anak, nampak bahagia. Aku kalau nak keluar dengan suami, mesti kena angkut semua anak dia sekali. Tinggal kat rumah, macam – macam projek diorang buat. Bersepah rumah satu hal, lepas tu masuk bilik tempat aku simpan baju pula.

Bila dah masuk situ, mulalah diorang cuba baju – baju aku. Budak tengah nak membesar, badan pun dah lebih kurang aku. Aku ni kecil je orangnya, memang muatlah baju aku kat diorang. Aku pernah cakap dengan suami, aku nak kunci bilik baju tu bila aku pergi kerja atau kalau kami keluar berdua. Itu pun dia naik angin. Dia kata, “Ni rumah aku. Kenapa pula aku nak kena kunci?”

Aku diam je. Malas nak panjangkan, nanti sampai orang dalam kubur pun dia hamun. Aku memang terkejut lepas kahwin bila dengar betapa kesatnya mulut dia. Tengok muka nampak warak. Sekali dia buka mulut, Allah je yang tahu.

Sebelum ni dia pernah curang dengan aku. Dia kata nak pergi luar negeri sebab ada urusan kerja. Aku pun ambillah cuti nak jagakan anak – anak dia kat rumah. Rupanya dia pergi berfoya – foya dengan perempuan lain. Allah Maha Mengetahui. Lepas beberapa hari, kantoi juga dengan aku. Aku dah minta cerai, tapi dia tak nak lepaskan aku. Sekarang ni aku memang tertekan hidup dengan dia. Aku menyesal kahwin dengan dia.

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5172 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.