Balik sekolah aku cari mak dengan kakak takde, rupanya mak dah lari sebab dapat tahu ayah kahwin lain dengan bibik kami. 6 tahun dah mereka tipu..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

kahwin dengan bibik

Aku pelik ramai kawan – kawan ejek, cakap bibik tu mak tiri aku. Masa tu memang satu family tak tahu tentang abah dah kahwin lain dengan orang gaji. Lebih 6 tahun, abah dan bibik rahsiakan perkahwinan mereka. Akhirnya, kami sekeluarga dapat tahu, aku ni ada 3 orang mak tiri..

#Foto sekadar hiasan / AI. Yang aku nak cerita ni hal mak dengan abah aku. Hal rumah tangga aku sendiri tak ada kena – mengena. Masa aku darjah lima dulu, mak pernah tanya, “Kalau mak dengan abah pisah, adik nak ikut siapa?”

Menangis sekuat hati aku bila mak tanya macam tu. Masa tu aku fikir, kenapalah keluarga aku tak boleh bahagia macam keluarga kawan – kawan aku? Cerita pasal nak berpisah ni mula bila abah kantoi kahwin lain. Yang aku paling tak sangka, orang yang abah kahwin tu bibik aku sendiri.

Aku dah anggap bibik tu macam kakak kandung. Kalau akak dengan abang buli aku, dialah yang backup aku. Kalau aku demam, dia yang jaga. Sejujurnya, masa tu aku rasa aku lagi sayang dia daripada abang dengan akak aku sendiri. Dua orang tu memang tak berapa pedulikan aku pun.

Masa mak dengan abah tengah bergaduh dulu, ada sekali aku balik sekolah, mak tak ada kat rumah. Aku tanya bibik, “Mak mana?” Dia diam je. Aku pergi bilik akak, akak pun tak ada. Sudahnya aku telefon mak sendiri. Mak kata dia kat kampung, ada hal kecemasan. Aku pelik sebab selama ni kalau mak balik kampung, mesti abah dengan kami semua ikut sekali.

Dari kecil memang macam – macam jadi dalam keluarga aku. Ada satu masa dulu, aku tak tahu pun aku ada abang kandung. Rupanya abang masuk penjara. Sampai dah besar pun aku kekok nak bergurau dengan abang. Aku tengok orang lain boleh je bergurau dengan abang masing-masing.

Pasal bibik tu pula, aku dah tak ingat masa tu aku darjah berapa. Ada kawan – kawan datang cakap kat aku, “Eh, mak aku kata sebenarnya orang gaji kau tu mak tiri kau.”

“Mana ada! Aku ada sorang je mak!” Itu je aku jawab. Lepas tu aku terus masuk rumah, hempas pintu. Mana aku nak percaya? Kami satu keluarga pun tak tahu abah dah kahwin dengan bibik. Lebih enam tahun mereka berdua simpan rahsia tu.

Bila mak dapat tahu, mak minta berpisah. Mak kecewa sangat kena tipu macam tu. Tapi abah fikir anak dah ramai, dia kesian kat kami anak-beranak. Akhirnya abah ceraikan bibik dan teruskan hidup dengan mak. Aku ingat lepas dah kantoi tu, abah tak buat dah. Rupanya abah ulang lagi.

Lama-lama kami dapat tahu aku ada tiga orang mak tiri. Hidup mereka pun lebih mewah daripada kami. Hal syarikat, mak yang selalu turun padang. Abah jarang ambil tahu. Bila balik, dia ambil duit. Aku ingatkan untuk apa. Rupanya duit tu dia guna untuk keluarga dia yang lain. Kami dengan mak terkontang-kanting.

Satu benda yang aku cukup cemburu, tiap-tiap pagi abah belikan sarapan untuk anak – anak dia yang lain. Untuk aku, tak pernah pun. Selama ni aku fikir abah memang jenis tak pandai ambil hati anak – anak. Dengan mak pun dia macam tu.

Lepas tu jadi lagi. Kali ni abah keluar dengan isteri orang. Siap cakap pasal tebus talak, lepas tu dia nak kahwin dengan perempuan tu. Ya Allah, hancur hati aku masa dapat tahu. Masa mak telefon aku, dia cuma pesan, “Belajar rajin – rajin ya, untuk masa depan adik sendiri.”

Sepatah pun mak tak sebut pasal kes cerai yang mak dengan abah dah failkan kat mahkamah. Akak yang bagitahu aku. Aku tahu mak sakit hati. Dah berkali – kali abah buat macam ni kat dia. Masa tu aku dah redha kalau mak nak berpisah.

Kalau itu yang terbaik untuk mak, aku tak kisah. Aku balik kampung nak pujuk mak. Aku cakap kat dia, “Kalau adik jadi mak, adik tak tahan dengan perangai abah.” Mak kata dia masih sayangkan abah. Sejak tu, tiap – tiap malam mak buat solat hajat. Puasa sunat pun mak tak tinggal.

Mak kata dia selalu doa minta Allah bagi abah hidayah. Alhamdulillah, berkat doa mak yang tak putus – putus, abah mula berubah. Dia rajin ke masjid, solat berjemaah dengan kuliah kat situ pun dia tak tinggal. Dulu abah selalu tak ada kat rumah. Kalau ditanya, katanya ada kerja. Sekarang dia lebih banyak duduk rumah dengan mak.

Beberapa lama lepas tu, abah jatuh sakit sampai tak boleh berjalan. Dekat sebulan abah kena tahan kat hospital. Sepanjang abah kat wad, sekali pun mak tak balik rumah. Nak ambil baju pun tak. Makan kat hospital, mandi pun kat hospital. Sepuluh minit nak singgah rumah pun mak tak balik. Macam tulah setianya mak kat abah.

Sejak jaga abah, tidur mak memang tak cukup. Kadang – kadang mak baru nak lelap, abah dah terjaga mengadu sakit. Bila abah tidur, masa tulah mak sempat masak dengan buat kerja rumah. Mak pernah cerita, masa dia tengah jaga abah tu, abah menangis minta maaf kat dia.

Mungkin masa tu Allah bagi abah sedar. Ramai mana pun perempuan yang pernah dia pikat dulu, tak ada siapa boleh ganti mak. Mak juga yang setia jaga dia. Aku cerita ni pun sebab aku harap ada yang boleh ambil pengajaran.

Aku tahu poligami tu sunnah Nabi. Aku tak pertikaikan hal tu. Yang aku terkilan, cara abah buat semua ni. Kalau nak kahwin lagi, kenalah mampu berlaku adil, mampu tanggung semua keluarga. Anak – anak yang dah ada tu pun kena jaga. Jangan sampai keluarga pertama terabai dan isteri pertama pula yang kena cari nafkah.

Aku harap tak adalah yang komen buruk-buruk pasal abah. Walau macam mana pun dia dulu, dia tetap abah aku. Aku tahu tak ada siapa yang sempurna. Alhamdulillah, Allah dah bagi abah hidayah. Doakanlah semoga hidayah tu kekal dalam hati abah. Moga Allah bagi hidayah kat kami sekeluarga, termasuklah aku sendiri. Doakan aku kuat nak hadap apa pun ujian lepas ni.

Tolong doakan abah cepat sembuh juga. Aku rindu nak keluar dengan abah. Dulu pun masa raya je aku dapat keluar sama – sama dengan dia. Abah, cepat sembuh ya. Adik rindu abah. Adik rindu keluarga kita. Adik nak rasa bahagia macam keluarga orang lain.

Nak duduk makan semeja dengan keluarga sendiri pun adik rasa kekok sebab masa raya jelah kita dapat makan sama-sama. Itu pun kadang – kadang tak cukup orang. Kadang – kadang abang tak ada kat rumah. Abah, adik rindu. Rindu semua.

Komen netizen :

Cats Megas : Ok la abah dah terima sakit mungkin atas silapnya yang lalu. Abah kau dah berubah sebelum nafas terhenti itu sudah cukup bertuah buat dia, buat mak kau. Ia sangat tabah mudahnya ia masuk ke syurga. Walaupun abah kau dah insaf, mati kelak kesilapan lama tetap dihitung jika kesemua wanita wanita dulu tidak redha dipersiakan jiwanya dulu. Dengan Allah kita boleh bersungguh memohon ampun. Dosa dengan manusia jika tidak diredhai maka akan nampak di atas dunia atau di sana kelak. Semoga Allah menerima taubatnya.

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5171 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.