Aku ugvt suruh perempuan tu kahwin jugak dengan suami aku, kalau tak aku akan h4ncurkan kerjaya dia dan suami

Hadiah dari perempuan itu untuk suami aku? Aku ambil. Aku buang. Baju? Aku gunting depan mata dia. Marah? Peduli apa aku. Untuk aku pun kau tak pernah bagi hadiah. Nak suruh aku hadap hadiah perempuan lain? Silap..

#Foto sekadar hiasan. Tengok tajuk pun korang dah boleh agak, kisah aku ni pasal apa. Baiklah. Mukadimah seperti tajuk nya. Dan aku, memegang watak Khalish. Cumanya, real life, aku tak la sesopan, seayu dan secantik Khalish tu.

Tempoh perkahwinan aku tahun ni baru menjengah usia 10 tahun. Masih baru sekolah rendah. Tak cukup matang lagi usia ni. Tapi, banyak dah aku lalui hanya untuk pertahankan perkahwinan. Mempunyai 3 orang anak.

Aku seorang isteri yang bekerjaya sebagai seorang jurutera. Begitu juga suami aku. Kepakaran kami berbeza dan sebab itu, kami tidak bekerja sebumbung. Aku bukanlah isteri yang tidak bernafsu. Tetapi, disebabkan kepenatan bekerja, menguruskan anak – anak, mengemas rumah, and etc menyebabkan aku kurang mahu bersama. Seminggu sekali. Tu lah frequency kami berintiman.

Ya. Silap aku. Tapi, aku memang tiada kudrat untuk melebihi itu. Suami aku ada membantu urusan rumah. Tapi, entahlah. Tidak mencukupi barangkali. Subhanallah. Tak reti bersyukur betul aku ni. Anak – anak yang masih kecil.

Yang makan masih berserepah. Yang belum mahir membasuh pinggan. Yang masih menyerepahkan mainan. Buat aku bertambah penat. Tugas suami, menyental baju sekolah anak sulung aku. Sebab anak sulung aku darjah 1. Iron baju seminggu sekali. Mop lantai.

Aku? Ni lah tukang siapkan baju anak2 untuk dihantar ke transit masing – masing. Lipat baju 1 rumah. Masak. Buat breakfast. Dinner. Kemas dapur. Kemas bilik air. Siapkan anak – anak untuk ke tadika. Kemas bilik anak – anak. Kemas bilik sendiri. Kemas rumah. Buang sampah. Eh. Penat nak list.

Balik kerja sampai rumah paling awal 7pm. Paling lambat 11pm. Haih. Disebabkan ini, suami aku mula mencari pengganti di luar. Ya. Aku dapat hidu. Aku terbaca segala wassap dia bersama PEREMPUAN ITU. Aku jelik. Segala gambar dikongsi bersama.

Bagusnya suami aku, tidak menipu status diri. Gambar anak – anak dikongsi bersama. Tak pernah merungut tentang aku kepada perempuan itu. Suami aku kata, dia kerja lebih masa. Banyak kerja. Ya. Kerja dia bersama perempuan itu.

Aku sama macam Khalish. Tahu semua info pasal perempuan itu. Alamat rumah. Kereta. No phone. Tempat kerja. All in. Social media dia tak payah cakap. Haha. Lagi mudah. Cantik. Mengg0da. Anak d4ra. Macam seira. Pandai. Belajar luar negara.

Tapi, sebelum aku ser4ng dia, aku patut berdepan dengan suami aku dulu. Dia yang buka langkah. Dia yang menghulur salam. Tanpa pemula, takkan ade penyambungnya. Ye tak? Mulanya, aku tiada daya. Aku menangis teruk. Tak fokus kerja. Tiada siapa untuk aku meluah.

Aku call pejabat agama islam. Mintak advice dan terus meluah. 1 hari aku tak kerja tanpa pengetahuan suami aku. Alhamdulillah. Orang yang membantu aku tu, seorang perempuan yang sangat lembut budi bicaranya. Menenangkan aku yang dah macam kene hist3ria menangis.

Aku tak berani untuk hadir ke sana. Yang aku mampu, call sahaja. Seterusnya, aku kumpul kekuatan untuk menyapa perempuan itu dengan elok. Supaya tinggalkan suami aku. Carila lelaki yang masih bujang. Yang setaraf dia.

Tetapi aku pula yang diherdik. Katanya, aku tidak reti menghargai suami. Ada suami, disuruh buat itu ini. Kesabaran yang aku tanam terus hilang. Ayat terakhir aku untuk perempuan itu, “cukup – cukuplah berz1na. Cukup – cukuplah membuat d0sa. D0sa yang ada pun belum tentu Allah akan ampun. Inikan pula d0sa berzina.

Andai benar engkau sungguh – sungguh cintakan suami aku, berkahwinlah kalian. Keizinan aku berikan. Aku tidak mahu terlibat dalam d0sa yang kalian buat. Lastly, kalau tak nak kahwin, tinggalkan dia. Atau aku akan pastikan kau dihukvm sebagai perosak rumah tangga. 1 pejabat kau akan tahu kau siapa.” Ya. Aku bukan malaik4t. Ni sisi jahat aku.

Sampai di rumah. Teruk aku menangis. Aku hanya menantikan kepulangan suami aku. Satu demi satu aku soal. Yang paling utama kenapa dia buat begini. Alasan, tak cukup dengan aku. Ayat yang sama aku berikan kepada dia.

Nak kahwin, aku tak halang. Silakan. Aku tak nak tanggung d0sa siapa – siapa. Cukuplah d0sa – d0sa yang aku ada ni. Aku boleh pegi pinangkan. Aku boleh inform kedua orang tua mertua aku kalau dia tak berani. Kalau tak nak, tinggalkan dia! Atau aku akan h4ncurkan kerjaya korang berdua. Ya. Aku tak mampu nak bendung dah amarah aku.

Dia tidak berkata apa – apa. Diam seribu bahasa. Katanya, bukan untuk berkahwin. Dia sayangkan rumah tangga kami. Cuma, dia rasa terabai. Allahu. Gugur jantung aku. Entahlah. Penat aku kumpul kekuatan untuk berdepan dengan suami sendiri. Tapi aku gagal.

Sekali lagi, aku menangis bagai nak giIa. Aku geram. Penyudahnya, salah datang dari aku. Sebab aku abaikan suami. Mudah bukan? Aku pun naik h4ntu. Terus salahkan dia sebab tak reti nak membantu aku. Tak reti nak bercakap romantik dengan aku. Tak reti nak jaga hati aku. Aku tidur dengan mata yang bengk4k.

Berhari – hari aku tidak bercakap dengan suami melainkan urusan anak. Dia bersungguh untuk tidak mengizinkan kami berpisah. Pengakhiran kami bukan lah seperti khalish dan emir. Aku tidak bercerai. Ya. Pada korang, mungkin aku b0doh.

Tetapi, aku cube perbaiki so call salah aku. memberi lebih masa intim bersama dia. Suami merayu untuk kami tidak bercerai. Dia janji akan berubah. Hermmm. Aku tak pasti dengan janji ini. Yang aku pasti, anak – anak aku masih punya ayah. Aku? Aku layan dia seadanya. Lebih sedikit dari dulu.

Penat? Masih. Tapi, biarlah aku penat di sini agar aku dapat lihat anak – anak aku membesar dengan keluarga yang kelihatan bahagia. Aku harap ada ganjaran untuk aku kelak. Hati aku? R3muk. Sebab tu aku pantang kalau tiba – tiba dia kata dia kerja lebih masa. Terus aku ajukan soalan. Betul ke? Ke kerja tempat lain?

Nak tak nak, dia akan hantarkan gambar di mana keberadaan dia, location di mana dia berada. Semua demi secebis kepercayaaan yang telah hilang. Aku pernah letak 100% kepercayaan aku kepada dia. Tapi kini tak lagi. Dia buat hal sikit. Aku cepat merajuk. Terus aku mengungkit. Oh kalau orang lain boleh cakap elok – elok.

Boleh pujuk. Bini sendiri tak boleh? Kalau dia ajak aku pergi tempat makan yang pernah dia pergi bersama perempuan itu, aku akan menolak. Untuk apa? Handphone dia seminggu sekali aku akan cek. Selama ni, aku percaya. Aku tak cek. Tapi atas apa yang terjadi, aku tiada pilihan. Dia? Redha. Kah kah.

Hadiah dari perempuan itu untuk suami aku? Aku ambil. Aku buang. Baju? Aku gunting depan mata dia. Marah? Peduli apa aku. Untuk aku pun kau tak pernah bagi hadiah. Nak suruh aku hadap hadiah perempuan lain? Silap.

Berkahwin sahaja aku dengan suami, terputvs sudah hubungan aku dengan kawan – kawan lelaki aku yang rapat. Rakan office? Ada. Tapi sekadar hal kerja. Balik rumah.wassap aku hanyalah daripada bos aku. Daripada family aku. Itu sahaja.

Berkahwin sahaja aku, hati, mata jantung aku hanya untuk suami. Tiada lelaki lain untuk aku dekati. Ini lah perempuan yang bergelar isteri. Hari ini, kami bahagia. Aku harap, peng0rbanan aku berbaloi. Doakan agar hubungan kami terus kekal bahagia dan hati suami aku untuk aku sorang. Tidak berbolak balik. Dan doakan hati aku terawat dengan berlalu nya masa.. Terima kasih sudi baca, Aku, Khalish di dunia sebenar. – Khalish in real life (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Muhammad Adam Faliq : Ajak suami pergi kaunseling setiap bulan. Bincangkan masalah yang ada. Apa awak nak, apa suami nak. Bagi 2nd chance dekat suami. Kalau dia buat lagi benda tu, awak rekodkan semua chat dia dengan perempuan tu. Terus buat laporan di balai polis dan minta cerai di pejabat agama.

Baharudin Ricky : Just nak bagitahu kalau dalam Islam patutnya jantan tu dah kena r3jam tau. “Seminggu sekali aku check phone dia. Dia ? Redha. Kah kah. Dalam hati suami, aku ade phone spare kat kete lah b*d*h. Haha
“Kini kami bahagia”. Really ? Hidup dengan penz1na tu ? Yang sepatutnya dir3jam sampai m4ti tu. Betul bahagia ? Renung – renungkan dan fikir – fikirkan

Shanizatul Hanis : Dalam banyak kisah curang ni, at the end. Perempuan juga yang rugi. Banyak pengajaran yang saya boleh conclude kan. Tolonglah wahai perempuan. Jangan jadi peny0ndol. Jangan terper4ngkap dengan cinta suami orang.

Even kita seorang perempuan hati lembut cepat cair. Banyak rugi dari baiknya. Rata – rata kisah curang dengan suami orang. Kebanyakan suami orang yang curang dengan isteri dia. KEBANYAKAN akan pulang semula ke pangkuan isteri dan anak – anak.

Peny0ndol tu? Nasib dia macam mana? Sudah dibuntingkan, dibiarkan. Suami oanrg tu dah taknak amik kisah. Suami orang tu ada anak dan isteri. Peny0ndol tu takde sape – sape. Sedih tapi pilihan dengan suami orang kan.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.