Aku bertungkus lumus berbisnes tolong suami dengan perut sarat mengandung dari anak satu sampai empat. Anak sampai tak cukup susu, kurus kering sebab aku sibuk. Keluarga mertua hanya nampak aku sebagai surirumah tak kerja, habiskan duit suami. Baru ni mak mertua tanya aku tentang hutang…
#Foto sekadar hiasan. “Mai pandai tak buat nescafe ais ni?”. Dua kali soalan ni ditanya kakak ipar. Aku diam sambil menyiapkan air yang suami aku pesan. Mungkin soalan ni nampak remeh sementelah usia perkahwinan ini mencecah tahun ke-11, aku sudah faham maksud tersirat bahawa aku tidak tahu apa – apa dan hanya goyang kaki di rumah.
Terima kasih admin sekiranya luahan ini diterbitkan, hanya sebahagian cebisan kisah rumahtangga yang acap kali diutarakan dan mungkin menerbitkan kebosanan hati pembaca. Aku hanya ingin meluahkan perasaan sambil meminta pandangan yang membina.
Sedikit pengenalan, aku orang selatan manakala suami 8 hingga 10 jam perjalanan dari tengah Semenanjung. Kami sama – sama belajar di universiti yang sama. Hanya sebagai kawan pada awalnya, dipenuhi onak dan duri sebelum nikah setelah bertunang selama 3 tahun.
Kami berlainan perwatakan, aku seorang introvert manakala suami aku agak peramah lebih – lebih lagi dengan berlainan jantina. Dan juga berbeza budaya kerana dari negeri berlainan. Kini 5 tahun aku tidak bekerja lagi, suami bekerja government.
Sebelum aku berhenti kerja, kami telah berniaga makanan sambilan kerana minat suami berniaga. Kami mempunyai premis fizikaI yang mampu sewa di bawah majlis perbandaran. Pada awalnya premis yang dijadikan tapak operasi membuat kuih tradisional negerinya.
Aku telah membantunya secara sukarela sejak kami belum bertunang. Perniagaan kecil ini berterusan sehinggalah kami menimang puteri sulung. Aku juga bekerja tetapi dengan pendapatan swasta yang agak kecil, tetapi bebanan kerja yang tidak setimpal dengan 2 skop kerja berlainan dibayar satu gaji.
Dengan perniagaan sambilan inilah yang mencukupkan perbelanjaan isi rumah kerana suami telah membuat personal loan sehingga gaji bersih hanya tinggal 30% dari gaji asas. Sebelum terlupa, kenapa suami minat perniagaan ini kerana kembarnya bekerja membuat makanan yang sama.
Apa yang kembarnya dan kakaknya buat, suami aku akan ikut. Pada masa itu kami tidak mempunyai pekerja, dan akulah pembantunya tanpa gaji ya. Aku jenis cepat risau jika tiada simpanan untuk melahirkan si sulung. Jadi aku juga ada buat biskut raya dan suami akan meletakkan di kedai – kedai berhampiran.
Mengandung anak kedua, suami telah menjual pelbagai jenis makanan lain yang mana resepinya dari keluarganya sendiri dan bahan – bahan rempahnya dari sana dibeli secara pukal. Alhamdulillah sambutan menggalakkan dan rezeki anak pada masa itu walaupun kami hanya menjual Sabtu dan Ahad.
Sangat struggIe ye terlibat dalam bisnes ini kerana persiapannya panjang manakala kami masih lagi bekerja dan aku mengandung dengan tekanan tempat kerja yang memerlukan komitmen masa dan tenaga yang tinggi.
Akhirnya aku ambil keputvsan untuk berhenti kerja dan menumpukan perhatian kepada bisnes suami. Habis berpantang czer anak kedua, hari ke-58 aku meneruskan bisnes suami. Kedua – dua anak aku dilahirkan secara czer kerana poor progress.
Pada masa itu Ramadhan, jadi kami mengambil peluang cuba – cuba niaga di bazar Ramadhan. Masih lagi tiada pekerja tetap ye. Suami akan membantu apabila pulang kerja. Usai niaga suami akan buat perapan dan masak pes.
Tugas aku pula membersihkan tong makanan, utensil dan lain – lain. Ada pekerja sambilan tetapi tidak tahan sampai ke petang, separuh hari sahaja. Jadi dalam keadaan itu, akulah yang open table di bazar, buka khemah jualan 8×8. Angkat 2 tong nasi besar dan tray makanan.
Tetapi closing suamilah yang tutup khemah. Anak – anak, aku upah adik yang cuti semester untuk mengasuh di rumah. Alhamdulillah, hasil bazaar tahun pertama kami dapat membeli kereta second hand secara cash. Kami masih muda, tenaga masih kuat.
Dengan modal terkumpul, hasil jimat – cermat, perbelanjaan hanya tertumpu untuk membayar loan, utiliti, dan domestik sahaja, pakaian seadanya, mewah makanan sahaja. Suami turut sewa sebuah lagi kedai dan beroperasi setiap hari.
Sehari cuti setiap minggu. Adakalanya hujung minggu kami beroperasi 3 tempat serentak, di kedai majlis perbandaran, premis baru dan buka khemah di tepi jalan. Sudah tentu aku terlibat membantu suami. Sebagai isteri, pastilah akan membantu dan bekerjasama.
Suami tetap watak utama dalam menggerakkan perniagaannya kerana pes dan perapan olahannya. Dan dikala tak cukup pekerja, akulah yang layan customer, yang masak, buat air, cleaning, akulah runner yang ambil dan hantar pulang staff, aku jugak hantar anak ke pengasuh dan taska, akulah yang kira gaji staff, akulah bungkus makanan, kira harga.
Dengan perut boyot – boyot anak ke-3 dah tunggu hari akulah yang adakalanya sorang – sorang yang buka dan tutup khemah jualan kerana mahukan pendapatan lebih pada hujung minggu. Aku tidak kisah dikatakan tamak pada masa itu kerana biasanya hanya diri sendiri dan keluarga sahajaa yang akan membantu apabila kita susah.
Dengan bayi ke-3 yang masih kecil, setiap hari akulah runner ke sana – sini uruskan 2 kedai. Baby aku sampai kurus kering kurang susu dan makan ikut aku dan dia agak picky eater. Pengasuh tiada kerana ada isu berbangkit mengenai EBM.
Ibu – ibu yang struggIe setiap beberapa jam buat stok EBM sahaja yang tahu sensitifnya susu ibu yang hilang zat apabila dipanaskan pada suhu mendidih. Sehinggalah kini sudah anak keempat, suami memiliki beberapa asset dan saving. Kehidupan agak selesa. Kami mempunyai staff tetap.
Kedai dilengkapi CCTV dipantau secara online. Suami tetap rajin masak pes main dishes, buat perapan dan tidak pernah berputvs asa walaupun situasi ekonomi sekarang adakala hanya pusing modal. Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan untuk mengembangkan perniagaan suami.
Pendapatan kedai menjadi pendapatan utama berbanding pendapatan hakiki suami. Memandangkan anak kecil rapat – rapat dan kesemuanya czer, tenaga aku juga tidak seperti dulu. Tambahan anak terakhir masih lagi menyusu badan. Kedai suami dijalankan oleh staff.
Ada juga beberapa menu tambahan yang aku masak di rumah dan suami akan hantar ke kedai setiap pagi. Jadi boleh dikatakan sekarang aku membantu suami di belakang tabir. Pantau pekerja melalui CCTV, ada hari ke kedai untuk masak pes untuk tempoh tertentu.
Banyak berhubung staff melalui grup wasap. Setiap hari suami akan ambil dan staff pulang. Stok bahan mentah ada pemborong yang hantar setiap hari. Ada hari jugak suami dan aku ke kedai kerana biasanya pekerja memang akan ada yang culas SOP kerja.
Mungkin disebabkan personaliti aku yang middle introvert atau perbezaan budaya dan bahasa walaupun serumpun, aku disalah anggap tidak tahu buat apa – apa. Mungkin juga aku hanya berstatus ipar atau menantu. Mungkin juga dari mulut suami aku yang terlepas cakap aku pemalas pada awal perkahwinan.
Yela, orang melayu kita kan kene layan suami seperti raja. Apabila ayat keramat di atas keluar ketika kami pulang Raya Haji baru – baru ini, aku cukup – cukup terasa. Tak perlu rasanya ia perlu dibahaskan pada masa itu kerana aku boleh memandu, ada lesen pun mereka tidak percaya.
Masih lagi aku tahankan perasaan kecik hati. Akan tetapi esoknya, aku ditanya mereka lagi, “ Mai ada hutang tak? Bayar guna duit kedai ke?” Jadi situ aku dah faham bahawasanya aku dianggap seperti melukut di tepi gantang. Aku tiada apa sumbangan dalam rumahtangga kami.
Dan suami akulah breadwinner yang sebenarnya. Lebih – lebih lagi aku sekarang banyak masa di rumah, bertambahlah tanggapan tiada apa – apa sumbangan. Hanya menenggek mengharapkan suami. Maaf sekiranya confession ini hanyalah negative vibes. Aku terngiang – ngiang apa yang dikatakan mereka.
Terngiang – ngiang hingga boleh menjadi lagu. Tapi aku bukan peny0ndol, kami sama – sama bersusah dan senang di awal perkahwinan sehingga sekarang. Yela sekarang banyak kes sondol tersondol yang sebenarnya tak bertepuk sebeIah tangan pun. – Maisara –
Komen Warganet :
Farhana Sahari : Saya baca pun letih apa lagi tt yang melalui. Biasalah kan. Orang ni akan bercakap lebih – lebih lagi bila dia nampak kita ni dah berjaya. Tapi dia tak tahu struggIe tu macam mana. It’s okay tt. Abaikan je apa diorang cakap dan bakal cakap.
Kalau berani sesekali bidas jelah percakapan mereka tu biar sedar diri sikit. Ambik sisi positif, tu maksudnya tt dah berjaya di mata orang tu. Semoga perniagaan tt makin maju, dipermudahkan segala urusan dan terhindar dari mulut – mulut serta perbuatan jahat. Be strong!
S Nfza Ibrahim : Suami tolong mainkan peranan anda. Please back up wife yang sanggup susah senang bersama. Tolong jangan jadik patung dan untuk awak tt, please buat simpanan. Saving atas nama awak. Aset atas nama awk dan please suami sediakan hibah. Redflag sangat family suami ituuu.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.