Jiran buat rumah terbuka langsung tak jemput. PukuI 9 malam dia datang sedekah lauk tak habis. Rupanya dah berbuih

Baru-baru ni jiran aku ada buat makan-makan di rumahnya waktu tengahari. Lebih kurang pukuI 9, dia datang hantar makanan nasi impit kuah lodeh ke rumah aku. Masa dia hantar tu, terdetik dalam hati aku, kenapa pukuI 9 malam baru nak hantar, ni mesti baki makanan tak habis..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua.. Sebenarnya aku agak berat sedikit nak meluahkan tentang perkara ni, tapi ia asyik bermain – main dalam fikiran dan susah untuk hilangkan rasa terkilan tu. Aku tak suka cakap benda tak elok tentang makanan ataupun rezeki tapi rasanya terp4ksa juga meluahkan sebab ia juga melibatkan adab kita pada orang lain.

Aku suka menjamu orang makan. Lebih – lebih lagi makanan yang aku masak sendiri. Sebab tu aku suka bila ada aktiviti potluck atau sekadar jemput keluarga dan kawan – kawan datang ke rumah untuk menjamu selera.

Selalunya aku akan masak lebih kalau aku berniat untuk hantar ke rumah jiran. Tak sampai hati rasanya nak hantar makanan baki majlis. Dan aku akan hantar sebelum atau semasa majlis. Entah la, bagi aku kalau nak bersedekah, jangan la bagi baki makanan yang tuan rumah tak mampu habiskan sebab kononnya sayang nak dibuang.

Kalau niat nak bersedekah, asingkan portion untuk itu, kalau tak, jangan bagi langsung. Baru – baru ni jiran aku ada buat makan – makan di rumahnya waktu tengahari. Kemudian pada waktu malam lebih kurang pukuI 9, dia datang hantar makanan nasi impit kuah lodeh ke rumah aku.

Masa dia hantar tu, terdetik dalam hati aku, kenapa pukuI 9 malam baru nak hantar, ni mesti baki makanan tak habis sayang nak buang, pastu dok bagi kat jiran pulak untuk dihabiskan. Tapi aku buang perasaan buruk sangka tu dan cuba ikhlas terima pemberian jiran.

Bila aku buka, sedih aku tengok kuah lodeh tu memang seperti sisa baki makanan yang tak dihabiskan, dengan sejuk kedaungnya. Ya lah, kalau dah dimasak daripada tengahari, begitu lah rupanya. Entah lah, bagi aku kalau sayang juga makanan tu dibuang, sekurang kurang berbudi bahasa, beradablah untuk panaskan balik kuah sebelum diberi pada jiran.

Sumpah, sikit aku tak kecil hati kalau tak dijemput. Aku bukannya kebulur sangat sampai tak mampu untuk makan, Alhamdulillah Allah rezekikan aku mampu untuk makan apa yang aku nak. Aku terkilan sebab diberikan sisa makanan yang tuan rumah tak mampu habiskan.

Sumpah aku terkilan. Lebih baik jangan diberi langsung kalau begitu keadaannya. Bila aku buat makan – makan, aku akan asingkan siap – siap portion sekiranya aku berniat nak kongsi rezeki dengan jiran – jiran. Dan selalunya aku beli siap – siap bekas tapau in case makanan banyak berbaki.

Makanan yang tak habis ni aku akan bungkuskan untuk tetamu bawa balik, atau aku simpan dalam fridge untuk aku makan sendiri. Beza ya bagi tetamu bawa pulang, sebab kau dah jamu dia terlebih dahulu. Entah la, jangan kecam kata aku tak bersyukur. Aku tak tau nak syukur kat mana.

PukuI 9 malam aku pun da siap makan, da siap kemas dapur. Tengah santai – santai sebelum nak masuk tidur da pun. Tiba – tiba ada jiran hantar makanan yang berbaki tak habis dan sejuk kedaung. Aku tinggalkan dulu sebab masih kenyang baru lepas makan malam.

Bila aku buka balik untuk makan sesuap dua, tengok kuah lodehnya pun dah berbuih. Hmm.. Sedih aku. Bukan sedih sebab tak dapat makan. Sedih sebab aku pulak yang kena buang makanan sebab tuan rumah kononnya sayang nak buang makanan sendiri, lalu dia bagi pada jiran, yang akhirnya terp4ksa dibuang juga sebab dah tak elok.

Tolong la, kalau nak bersedekah, bagi la yang terbaik. Bukan baki benda yang kita tak nak dah. Aku sendiri tak sampai hati nak sedekah pakaian – pakaian lama walaupun masih elok. Aku sendiri akan beli yang baru untuk disedekahkan terutamanya jika musim banjir.

Pakaian lama selalunya aku hantar kitar semula atau terus dibuang sahaja. Pernah sekali awal – awal aku belajar memasak, aku buat sup kepala ikan. Aku makan, tak sedap. Tak gamak aku nak jamu housemate. Nak buang sayang, nak adjust tak pandai.

Jadi aku ambil kepala ikan tu dan jamu pada stray dog depan rumah. Itupun aku rasa bersalah. Tapi bila tengok anjing tu makan berselera sungguh sampai jilat habis tulang, lega aku. Sebab stray dog depan rumah aku ni pun aku belikan wet food dalam tin dan jamu diorang makan lepas balik dari kerja.

Siap ada mangkuk khas dan latex glove aku standby nak bagi diorang makan. In return, diorang jaga rumah aku dari orang luar. Siapa terhendap – hendap confirm kena sergah. Sayang betul aku dengan anjing – anjing ni.

Anyway, terima kasih sudi baca luahan aku. Suami aku cakap tak payah fikir la, move on saja. Ya, aku harap dengan luahan ni aku mampu hilangkan rasa terkilan tu. Terima kasih sudi membaca. – Daisy (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Natrah Mohamed : Setuju TT. Kalau nak sedekah, bagi awal – awal, lepas masak je bubuh dalam bekas bagi jiran. Bagi yang panas – panas tu. Rasa seronok je. Pengalaman saya la kan, kalau kita niat nak sedekah, tiba – tiba menu tu tak terbagi atau tiba – tiba rasa kedekut ke, makanan tu selalunya akan rosak, atau akhirnya membazir. Banyak kali terjadi gini kat saya.

Zanariah Mahayedin : Saya sokong awak Daisy. Nak bagi, biar bagi yang awal – awal dan niat memang nak bagi, bukan yang dah tak habis baru bagi. Jiran bukan tong sampah kita. Kita kalau buat makan, panggil kawan – kawan jauh datang, bising – bising gelak ketawa, tapi jiran sebelah rumah pun tak ajak, berd0sa tak kalau jiran tu kecik hati.

Esok – esok kalau keluar rumah, tiba – tiba was – was dah tutup api dapur ke belum, jiran juga yang kita hello suruh tengok kan. Bukan kawna kita yang duduk jauh nun. Andai kata buat jamuan untuk kawan ofis atau kawan sekolah.

Seeloknya bagi la sikit kat jiran sebelum kawan – kawan lain tu datang, kot kata la jiran bukan dalam kelompok tetamu tu kan. Apa lagi nak dijadikan tong sampah hantar makanan tak habis. Lantak la nak cakap apa. Aku memang kecik hati kalau dibuat gitu. Ok done bebel.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.