Anak 3 tahun menggigil datang tutup mulut aku, “Ibu jangan cakap nanti Ayah marah ibu”.

Baru seminggu kahwin suami dah tunjuk belang. Masa tu aku dekat rumah mertua untuk majlis kahwin kami. Hanya sebab aku minta untuk teman masak di dapur. Habis pecah HP dia baIing katanya aku mengada – ngada. Baru seminggu kahwin, mestilah nak perhatian..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Nama aku Kina berusia akhir 20-an. Sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak (Ali dan Ahmad). Aku dan suami berkenalan di tempat kerja lepas grad dan melangsungkan perkahwinan selepas 1 tahun berkenalan.

Kami berdua bekerja dalam bidang profesional dan Alhamdulillah kedua – duanya tidak terjejas dalam musim PKP ni. Syukur atas rezeki yang Allah bagi. Dalam usia hampir 4 tahun perkahwinan ni banyak pasang surutnya.

Ramai kenalan yang nampak kami sebagai pasangan yang cukup serba serbi. Kami mempunyai rumah, kereta, anak – anak yang baik dan keluarga mertua yang baik. Namun aku sebenarnya banyak pendam rasa berkaitan dengan sifat suami aku yang agak panas baran.

Suami aku (Kamal) seorang yang baik dan juga rapat dengan anak – anak tapi bila dia marah seakan sukar dikawal. Aku masih ingat lagi seminggu selepas kahwin Kamal memarahi aku di rumah mertua sampai campak phone dan t3ngking dengan kuat.

Puncanya aku minta dia teman aku masak di dapur. Ya, memang nampak macam mengada – ngada permintaan aku tapi waktu tu baru kahwin jadi aku saja nak kan perhatian. Ketika itu mertua aku tiada di rumah dan aku pertama kali masak untuk mereka.

Jadi untuk elak rasa kekok aku panggil Kamal untuk teman kan aku masak. Akhirnya kena jerkah sampai pecah phone Kamal. Oh ya aku bukan tinggal di rumah mertua ya, tapi balik kampung untuk kenduri kahwin kami.

Lepas kejadian tu aku jadi seakan tr4uma. Tak sangka Kamal yang aku kenal boleh jadi agresif macam tu sekali. Peristiwa kedua yang masih lekat di ingatan aku apabila Kamal meng4muk dalam bilik ketika aku p4ntang melahirkan Ali.

Masa itu Ali meragam tak mahu tidur dan asyik menangis. Aku pula dalam keadaan s4kit dan tak cukup tidur minta tolong Kamal untuk jagakan anak sebentar. Dan mungkin dia pun penat terus meng4muk t3ngking – t3ngking sambil c4mpak barang.

Anak aku yang tengah menangis pun boleh terdiam sebab terk3jut. Kesian sangat tengok Ali masa tu. Walau baru seminggu hidup tapi nampak dia terk3jut dengan jeritan kuat sampai terdiam. Aku sangat kecewa dan menangis teresak – esak.

Nasib baik aku berjaya kawal em0si dan tidak mer0yan. Ada waktu kami berg4duh Kamal pecahkan komputer hingga h4ncur. Dan semua tu terjadi depan mata Ali. Aku boleh hadap per4ngai Kamal tapi aku tak sanggup biar Ali nampak semua itu.

Aku takut akan menjejaskan kesihatan mentaI Ali. Sudah berkali – kali aku pesan pada Kamal jangan kita suami isteri berg4duh depan anak. Tapi entahla perkara sama kerap berulang. Dan yang terakhir semalam Kamal meng4muk lagi sampai tumbvk pintu hingga pecah.

Puncanya Ahmad terh4ntuk ketika bermain dengan Kamal dan dia menyalahkan bantal penghadang yang nipis punca Ahmad terh4ntuk. Aku nafikan benda tu dan tiba – tiba Kamal tinggikan suara pada aku. Ya aku mengaku salah aku bila dia marah aku pun jadi tinggi suara balik sebab tak puas hati kenapa dia marah aku.

Dan Kamal terus menjerit dengan kuat sambil tumbvk pintu. Pernah beberapa kali Ahmad terjatuh di bawah jagaan aku dan setiap kali berlaku kejadian tersebut Kamal akan memarahi aku dengan teruk. Dia sanggup marah aku dulu daripada pujuk anak yang tengah menangis.

Selepas Kamal t3ngking aku dengan kuat semalam, Ali yang tengah tengok TV berlari sambil tutup mulut aku. Dia kata “Ibu jangan cakap nanti Ayah marah ibu”. Suara Ali menggigiI kerana takut dan air mata dia berlinang.

Aku menangis kecewa sebab anak aku saksikan semua kejadian buruk ni. Kesian Ali. Selalu jadi m4ngsa ibu ayah g4duh. Ali peIuk aku dan cakap “Ibu jangan nangis ya, Ali ada. Ali sayang ibu. Ibu jangan cakap ya nanti ayah marah ibu”.

Sampai sekarang aku kesal kenapa Kamal sanggup marah tanpa kawal diri dan biar anak – anak tengok. Dan aku sedih Ali yang baru berumur 3 tahun faham perasaan ibunya. Maafkan ibu, Ali. Maafkan ibu. Secara jujur aku memang sangat tawar hati dengan apa yang berlaku.

Buat pengetahuan pembaca, sepanjang kahwin aku tidak pernah menceritakan masalah rumahtangga pada sesiapa. Aku akan pend4m sendiri dan pura – pura tiada apa yang berlaku. Jauh di sudut hati semuanya masih tersimpan kemas dalam memori aku.

Dan kejadian semalam buatkan hati aku berkec4i dan putvskan untuk luahkan di sini dengan harapan dapat nasihat dari pembaca sekalian. Aku sayang Kamal dan anak – anak tetapi tak tahu apa keputvsan yang perlu aku ambil.

PerIukah aku bercerai? Atau teruskan perkahwinan ini? Kamal seorang suami yang baik dan ayah yang cukup rapat dengan anak – anak. Kalau kami berpisah bagaimana dengan Ali dan Ahmad yang perIukan kasih sayang seorang ayah?

Dan kalau aku teruskan, adakah benda ni akan sentiasa berulang dan anak – anak aku membesar dalam persekitaran yang t0ksik? Dari segi kewangan, InsyaAllah aku mampu uruskan anak seorang diri. Tapi aku pun tak pasti apakah yang terbaik untuk anak – anak.

Aku harap dengan confession ni aku dapat jumpa jawapan pada persoalan yang aku cari. Apa perkara terbaik untuk kami semua. InsyaAllah aku akan baca dan terima segala pendapat pembaca sekalian sama ada positif atau negatif dengan lapang d4da.

Terima kasih banyak kerana sudi baca coretan aku ini. Assalamualaikum. – Kina (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Rose Mimie : Kenapa awak berbaIas g4duh dengan suami awak? Cuba awak ubah tindakbaIas meng4muk suami awak dengan awak sendiri berlari dengan anak – anak ke bilik air. Bila dia tanya kau nak pegi mana, kata pergi ambik wuduk.

Buat solat sunat 2 rakaat. Duduk sebentar di sejadah terus istighfar, zikir dalam 20 minit untuk sejukkan hati awak sendiri dan anak – anak. Tinggalkan suami awak sebab dia tengah lupa Allah melihat perbuatan dia yang berkasar dengan isteri.

Didik anak – anak supaya banyak istighfar selawat bila dapat apa juga tekanan kesusahan. Suami awak boleh fikir sendiri jika masih ada iman. Rugi juga awak tinggalkan dia sebab dia bukan kaki perempuan his4p d4dah dan penjen4yah.

Sofiah Aminullah : Saranan saya ialah 1. Pergi pejabat agama buat aduan. Dapatkan kaunseIing session. Ceritakan masalah sebenar. Kalau dapat kaunselor yang beng0ng dan suruh bersabar je, cakap je, nak suruh orang m4ti dulu ke baru nak ambik tindakan?

2. Bawak anak – anak duduk asing. Maybe duduk dengan family puan dulu. Bagitau masalah sebenar, jangan buat diam. Bah4ya kalau suami hilang pertinbangan dan mula menced3rakan puan dan anak – anak. Dah ada kes kan wanita mengandung diced3rakan suami sampai k0ma.

3. Following up to step 2, bagi ultimatum pada suami, selagi dia tak cuba dapatkan kaunseling untuk ang3r management, puan tak akan balik rumah. Jangan makan pujukan kalau suami ajak balik dulu, baru nak pergi kaunseIing.

Suruh dia tunjukkan dulu bukti dia pergi kaunseIing. Dah ada, baru consider duduk balik dengan suami. Yang ni pun kena consuIt legaI advice jugak. Takut backfire pulak.

4. Kalau suami tak setuju ataupun refuse jumpa pakar, barula failkan perceraian. Saya pun tak suka suggest cerai, pasal tu saya list kan step kat atas. Tapi sangat penting jaga keselamatan puan dan anak – anak dahulu.

Miera Wahab : Bercerai tak semestinya anak – anak perlu berpisah terus daripada ayah mereka. Anak – anak masih boleh terus berjumpa ayah selang 2 – 3 hari sekali atau mungkin seminggu sekali. Perkembangan em0si dan mentaI anak – anak SANGAT PENTING pada waktu usia anak begitu.

Tak guna juga kalau ayah sentiasa ada di sisi anak tapi em0si anak caIar baIar. Baiklah jumpa ayah sesekali supaya tak nampak ‘perubahan’ ayahnya. Tolonglah. Bertahan dalam perkahwinan sebegitu takkan beri manfaat malah lebih beri mud4rat kepada puan dan anak – anak yang masih kecil.

Aisy Naura : Saya anak m4ngsa ayah yang panas baran, salah sikit meng4muk, salah sikit tali pinggang, getah paip, h4nger apa – apa lah yang sempat dicapai. Dibesarkan dengan cara yang tak harmoni, bile besar ni, tak dinafikan memang ade kesan pada psik0logi dan personaliti.

Dan saya paling menyesal, kenapa mak tak cerai je dengan ayah. M4ngsa dalam rumahtangga selalunye rasa kesian kat anak nanti tak berbapak, tapi ade rasa kesian tak pada anak kalau teruskan hidup dengan ada bapak yang macam tu? Atau sebenarnye lebih kesian pada keperluan diri sendiri je? Anak tak boleh pilih bapak, tapi puan boleh pilih suami. Fikir fikirkan lah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.