12 tahun kahwin, tiba2 isteri tinggalkan anak2 masa aku pergi kursus

Perkahwinan aku dan isteri bahagia, sempurna dengan anak 3 orang. Selepas 12 tahun kahwin, isteri tiba2 ajak berbincang, Dia kata kami hanya sesuai sebagai kawan dan nak berpisah. Aku langsung tak setuju. Tak sangka dia buat keputvsan drastik tinggal anak2 masa aku keluar outstation..

#Foto sekadar hiasan. Sudah lapan tahun episod itu berlalu. Lapan tahun yang penuh cerita. Mengapa aku mahu mengingati itu semua? Sebab aku rasa lelah. Aku penat. Tiap kali bangun pagi wajah dialah yang terlintas di fikiran.

Menghairankan juga, mengapa dia, soal aku bertalu – talu. Memang aku amat sayang padanya. Tapi itu dulu. Aku yang dulu seorang lelaki yang naif. Yang mudah sangat jatuh hati kepada perempuan yang manis, lirikan mata yang mengg0da dan tutur kata yang lemah lembut.

Kami berkahwin selepas 3 bulan berkenalan. Ibu dan kakak aku terpinga – pinga apabila aku menggesa dipercepatkan perkahwinan. Perhubungan itu perlu dihalalkan segera kerana d4rah muda kami ketika itu boleh membawa kepada perkara – perkara yang lebih buruk lagi.

Batas pergaulan perlu disantuni dan dijaga. Setelah kami diijabkabulkan, semuanya manis – manis belaka. Kami saling melengkapi. Aku bahagia kerana mempunyai isteri yang menjaga keperluan kehidupan aku. Apabila dia hamil, aku gembira bukan kepalang.

Maknanya tidak lama lagi aku akan naik taraf daripada seorang suami kepada seorang ayah. 12 tahun membina rumah tangga, tiba – tiba pada satu malam dia mengajak aku untuk berbual – bual. “Abang, Lia rasa kita hanya sesuai menjadi kawan, bukan sebagai pasangan. Matlamat hidup kita berbeza. Lia impikan lelaki yang menghargai Lia, yang menyayangi Lia seperti yang Lia mahukan”.

“Lia, abang setia dalam perkahwinan ini. Abang tak ada perempuan lain dalam hidup abang. Abang sentiasa ada di rumah membantu Lia menguruskan rumah tangga kita dan anak – anak. Tidakkah ini melambangkan yang abang menyayangi Lia”.

“Ya, itu Lia tahu. Tapi Lia mahu lebih dari itu. Lia mahu seorang suami yang boleh beritahu Lia yang dia sayang pada Lia. Lia nak suami Lia sering hubungi Lia apabila Lia tiada di rumah atau apabila suami pergi kerja”.

“Tapi bagaimana dengan abang? Anak – anak kita? Kan berdua lebih baik, Lia. Abang dah biasa ada isteri, bagaimana abang harus tinggal seorang diri?”. “Anak – anak kita gilir – gilir jaga. Lama – lama mereka tentu boleh faham. Lia boleh sewa rumah berdekatan dengan rumah abang”.

“Abang tak setuju”. Benarlah kata nasihat. Mahu mencari pasangan pilihlah yang menjaga agamanya. Apabila manusia menjaga agamanya, insha Allah tata susila dan sikap akan menjadi cemerlang. Akhirnya kami bercerai jua.

Bercerai setelah kecurangan dia terbongkar. Rupa – rupanya aku sering ditipu. Kerana sayang aku tewas. Kerana cinta, aku percayakan dia. Aku silap pertimbangan. Bekas isteri aku keluar dari rumah kami pada awal Oktober 2013.

Masa itu aku di selatan tanah air, menghadiri mesyuarat jabatan aku. Sampai hati dia tinggalkan anak – anak kami yang 3 orang itu. Pada masa kejadian itu yang sulong baru 13 tahun. Dan bermulalah episod duka hidup aku sebagai bapa tunggal.

Anak – anak aku jaga dan pelihara sendiri. Awalnya semuanya payah. Tapi aku cekal kerana aku tahu Allah sentiasa ada untuk aku. Akhirnya semuanya jadi mudah pada aku. Dua tahun yang pertama penceraian, aku sering dihubungi oleh bekas isteri aku.

Dia mahu berbual dengan anak – anak. Tetapi aku hanya menyepikan diri. PanggiIan telefonnya tidak aku jawab. Mesejnya dalam aplikasi whatsapp juga tidak aku baca sepenuhnya. Ada juga beberapa kali dia menyatakan hasrat untuk kembali kepada aku, itupun aku lihat sekali imbas dalam message notification.

Bukan aku nak menghukvm dia. Bukan aku menghalang perhubungan dia dengan anak – anak. Sudah aku pesan kepada anak – anak untuk menghorm4ti dan memelihara ibu mereka apabila mereka dewasa dan sudah bekerja kelak.

Bahkan dia boleh datang ke rumah untuk menemui anak – anak pada bila – bila masa saja. Aku masih tinggal di rumah yang sama, rumah yang pernah dia duduk bersama aku dulu. Aku belum ada kemampuan untuk mencari rumah yang lain.

Dia sebenarnya boleh mencari kami di sini. Cuma aku tidak mahu dia mengganggu aku. Aku juga tidak mahu dia menghubungi aku. Bukankah dia tidak memerIukan aku sehingga dia berani meninggaIkan aku. Berani untuk tidak setia dalam hubungan rumahtangga kami.

Aku dambakan ketenangan. Aku impikan kedamaian. Biarkan aku sendirian. Biarlah orang lain menggelarkan aku sebagai lelaki k3jam dan pend3ndam. Aku senang begini, dengan cara aku ini. Jika dia membaca coretan aku ini, ketahuilah hati aku tiada ruang untuk dia lagi. Selamat tinggal kenangan itu. – Mr. M (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

NurAz Wan : Memang betul kata – kata, rumput di laman orang lain, sentiasa nampak lebih hijau dari rumput di halaman sendiri. Selagi tidak kahwin, orang yang berselingkuh akan merasa skandal mereka ialah pasangan yang tepat, yang memenuhi segala impian.

Tapi kalau mereka dah kahwin, malahan sesetengah belum sempat kahwin pun, selepas tinggalkan rumhtangga, baru akan sedar yang dikejar itu umpama fatamorgana. Nampak ada dari jauh tapi m4kin dikejar, ia sem4kin menjauh.

Sebenarnya, nafsu serakah manusia macam ini, cuma ditunggang sy4itan, yang membisikkan untuk cari lain. Untuk rasa belum temui yang tepat, untuk nampak rumput hijau di laman orang. Kalau saya juga, tidak akan pernah menerima kembali orang yang pernah tinggalkan saya, disaat saya sudah memberi sepenuh harapan dan kepercayaan.

Biarlah dia mencari bahagia yang dia impikan itu hingga ke hujung dunia. Jangan pernah sekali pun untuk berfikir untuk berpatah arah, nak u-turn.

Anisah Nisa Nik : Banyaknya kisah bini curang dan kebanyakannya yang ada suami yang OK. Betul jangan layan atau bagi muka. Spesis curang ni bila dah sedar tak ade jantan ikhlas nak kawen dengan dia pun, memang dia akan merayu nak balik semula pada bekas suami. Banyak sangat dah berlaku.

Umi Habiba : Kisah tt seperti sama dengan seseorang yang saya kenali dulu. Si isteri member0ntak ingin perceraian atas asbab suami tak r0mantik la, ada lagi sebab yang nampak remeh dan akhirnya bercerai. Tapi selepas beberapa tahun terhegeh – hegeh nak semula ke bekas laki. Padan muka bekas laki tak layan walau dia pancing hati anak – anak.

Nur Husna : Pengajarannya, hidup kita jangan membandingkan antara yang lain. Tengok orang lain dapat suami yang r0mantik, kita pun nak jugak. Ada yang dapat suami yang hensem, kita pun mula bandingkan pasangan kita Bukan apa, takut – takut apa yang terbaik untuk kita terlepas macam tu je.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.