15 tahun lepas saya rosakkan anak d4ra org. Kini giliran anak sy dipermainkan dan dpt kifarah lebih hebat

Isteri tahu saya berz1na tetapi saya tipu kata gadis itu peIacur. Saya bersungguh taubat dan sudah cuba sedaya upaya berubah agar tak dapat kifarah. Kifarah akhirnya tiba pada tahun ini. Saya pula dipulangkan dengan anak gadis yang sudah rosak dan h4ncur masa hadapannya. Maafkan abah..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum w.b.t. Saya harap cerita ini dapat diterbitkan. Saya ini sudah pun berumur 46 tahun. Saya ini pernah mainkan seorang gadis lebih kurang 15 tahun lepas. Baru – baru ini anak saya pulang ke rumah menangis dek dipermainkan teman lelakinya dan alami masalah jantung.

Saya nak cari lelaki itu tetapi anak gadis menjadi bisu tak mahu cerita. Siang malam menangis. Nak kata tak dijaga elok, saya sudah beri lebih perhatian dan ajaran agama. Minggu lepas masuk hospitaI alami masalah jantung.

Ini semua salah saya tak mampu pendam lagi. Saya bertaubat membaiki perkahwinan saya kembali selepas saya curang dahulu tetapi mengapa tuhan masih membaIas? Saya sangka saya dah buat semua keputvsan yang betul.

Saya temukan laman ini pun sebab saya taip berz1na perempuan ketiga. Saya baca banyak berkaitan z1na tetapi saya tak jumpa solusi. Saya sudah cuba tanya kepada ustaz ustazah tetapi saya tak dapat jawapan. Dahulu saya bercinta dengan anak gadis sehingga berz1na.

Dia bukanlah gadis liar tetapi gadis biasa sopan. Dia datang dari keluarga yang bermasalah dan jenis pemalu. Kami bercinta hingga terIanjur. Saya mengambil mahkotanya dan kemudian saya mula sedar saya memang tak akan kahwin dia kerana sudah pasti tak akan diterima oleh isteri dan anak saya.

Kami z1na banyak kali dan saya bersalah kerana bagi banyak harapan palsu. Saya rasa amat bersalah kerana dia gadis suci yang langsung tidak tahu apa – apa. Namun, saya cuba tipu diri untuk percaya dia yang sudi untuk sedapkan hati.

Saya mahu halalkan dia tetapi saya takut isteri marah dan tinggalkan saya. Gadis itu jadi baran dan murung menunggu saya. Saya layan gadis itu endah tak endah harap dia tinggalkan saya. Saya memang tak tahu apa saya perlu buat waktu itu.

Gadis itu akhirnya beritahu isteri. Isteri saya menyuruh dia jangan kacau saya lagi. Saya ambil peluang putvskan hubungan dengan gadis itu dan jujur kata waktu itu, saya amat lega mempunyai alasan dapat lepas tangan dari komitmen lagi.

Waktu itu saya fikir dia adalah gadis yang tak elok dek dia selalu m4ki saya dan murahan. Saya bersungguh taubat dan bina kembali keluarga saya. Saya fikir Islam suruh utamakan isteri jadi saya tinggal gadis itu dan fikir nak gembirakan isteri sahaja.

Isteri tahu saya berz1na tetapi saya tipu kata gadis itu peIacur dan mengugvt saya untuk tidak tinggalkan dia. Saya sangat keji kerana saya cuma fikir mahu menyelamatkan perkahwinan dan anak saya sahaja. Gadis itu ada datang kembali cari saya tetapi saya sorok.

Hidup saya berubah elok dan isteri juga memik4t saya kembali. Isteri juga tak putvs doa agar anak dijauhkan dari lelaki jahat. Jujur kata saya ada rasa bersalah mengenang nasib gadis itu tapi saya pujuk hati anggap gadis itu tidak elok dijadikan isteri dek murahan dan sanggup meruntuhkan rumah tangga.

Alangkah baiknya jika saya mengerti lebih awal bagaimana rasa maru4h dipermainkan. Kini, saya mula mengerti kenapa gadis dahulu dari sopan bertukar bermulut baran berm4tian mem4ki saya menyuruh menjaga maru4hnya.

Saya sudah cuba sedaya upaya berubah agar tak dapat kifarah. Gadis itu melepaskan saya dengan mudah selepas isteri saya tahu. Dengan keluarganya yang bermasalah, saya tahu tiada siapa akan membela nasib dia buat saya rasa lebih selamat tinggalkan dia.

Mungkin sahaja ketika saya membawa keluarga makan mewah cuba ambil hati isteri, gadis tersebut bert4rung nyawa kerana kecewa dan takut. Saya minta maaf. Kifarah akhirnya tiba pada tahun ini. Saya melihat betapa lemau dan kosongnya pandangan anak gadis saya, lebih teruk dari isteri saya ketika mengetahui saya curang dahulu.

Anak gadis saya yang elok akhlak agamanya dipermainkan suami orang juga. Perit fikir mungkin sekali lelaki itu juga sedang bercuti bersama keluarganya membina hubungan kembali. Saya pula dipulangkan dengan anak gadis yang sudah rosak dan h4ncur masa hadapannya..

Apa saya perlu buat sekarang ini? Setiap malam saya menangis dan jiwa saya musn4h mengenang nasib anak. Macam mana saya mahu cari gadis itu kembali untuk meminta maaf kalau dia sudah lama tinggalkan saya?

Bagaimana saya nak pulihkan anak saya kembali? Kesihatan jantung anak saya merosot teruk patah hati. Saya tahu kisah ini dari hp perbualan cinta anak saya bersama lelaki tersebut. Kata terakhir lelaki itu mengatakan ‘Lelaki b0doh je nak pompuan murah perosak macam ko’ menyengat hati saya dan kemudian dia sekat nombor hp anak saya.

Saya sudah cuba hubungi berkali – kali menggunakan hp yang berlainan tetapi lelaki itu sudah menukar nombor henfon. Mahu cari laman sosiaInya, anak saya masih berdiam diri. Sudah berbulan anak saya tidak lagi berkata apa – apa pada saya dan emaknya.

Dia kelihatan bagai m4yat hidup yang hanya menangis. Saya nampak dia bertaubat dan menangis di sejadah. Saya buntu sangat dan saya malu bila keluarga bertanya mengapa anak saya menjadi sebegitu. Melihat anak saya membuatkan saya asyik terkenang gadis dahulu dan fikir adakah dia masih hidup.

Jika dapat berpatah balik, saya harap saya jujur pada isteri dan berkahwin sahaja lagi. Walhal poIigami itu halal tapi dek rasa takut, saya mengambil ringan bab maru4h gadis itu. Saya sangka kehidupan yang kembali tenang selepas bertaubat menandakan saya membuat keputvsan yang betul berbalik kepada isteri.

Alangkah b0dohnya saya berfikir begitu mudah lepaskan tangan selepas melakukan d0sa. M4kin saya bertaubat dahulu, m4kin bersalah saya rasa pada gadis itu tetapi dek kehidupan yang bertambah baik, saya abaikan perasaan.

Mohon doakan anak saya sihat kembali kerana saya bimbang jika gadis dahulu alami lebih teruk, anak saya dan saya juga akan merasakan hal yang sama. S4kit mentaI anak saya menyebabkan dia sukar pulih dan mengalah untuk berjuang hidup lagi.

Isteri saya juga sudah jadi tak keruan tak terurus. Dahulunya fikir d0sa saya akan dibaIas pada saya tetapi mungkin tuhan lebih tahu bagaimana mahu membuat saya rasa peritnya maru4h di pandang ringan iaitu dengan menggunakan anak gadis yang saya sayang.

Apa saya perlu lakukan agar anak saya kembali sihat? Saya terfikir adakah dahulunya jalan terbaik adalah menjaga maru4h gadis berkenaan? Jika isteri ugvt bercerai, bagaimana saya hendak jaga maruvh gadis itu? Akan tetapi jika saya tinggal gadis itu terus, kifarah pula berbalik.

Dari dahulu saya cuba mencari jawapan apakah tindakan yang sewajarnya? Sekarang bila nampak siksanya anak saya mentaI fizikaI, hati saya luluh. Saya akan terus mencari lelaki itu dan tak akan saya lepaskan. Saya buntu sangat apa saya perlu lakukan sekarang dengan tiada info tentang lelaki itu.

Hati saya tak tenang rasa bersalah kerana saya juga pernah menyebabkan anak gadis lain sebegini. Siksanya hidup rasa maru4h tercaIar dan tak boleh berbuat apa. Saya hanya duduk termenung di sebeIah anak yang lesu bert4rung nyawa bersama isteri yang tak berhenti menangis.

Mungkin saya harus redha terima sahaja takdir baIasan ini. Saya menyesal dan tahu saya penyebabnya. Saya rasa perit dan mahu meluahkan kerana kini keluarga saya seperti semuanya m4ti. Maafkan abah. – AAA (Bukan nama sebenar)

BaIasan kepada si penulis.. Assalamualaikum semua. Pertama sekali saya ingin jelaskan saya sendiri tidak pasti sama ada penulis artikel di atas adalah si pelaku saya ataupun tidak. Cukup kenalkan saya sebagai Nur, sebelum ini saya pernah berkongi kisah saya.

Kepada penulis, kifarah itu pasti dan Allah tak pernah tidur. Kesakitan dir0gol itu tidak ses4kit dikhi4nat orang yang kita percaya. Kami, wanita yang lemah dan mudah layu dek rayuan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada lelaki.

Mengharapkan lelaki itulah pelindung diri, mengharapkan agar diri yang bengkok ini diluruskan. Iya kami b0doh menyerahkan maru4h. Kami terleka dalam g0daan, kami tewas pada nafsu, janji dan pujuk rayu. Tapi kami berharap agar si lelaki bertanggungjawab.

Sekurang – kurangnya sayangi kami, kasihi kami. Jangan dibenci, jangan disekat, jangan dim4ki, jangan difitnah. Penulis, kifarah itu ada. Tuhan hadiahkan anak gadis kepada kamu untuk kamu rasa apa itu kes4kitan yang telah ibu bapa kami rasakan.

Allah baIas balik bagaimana rasanya bila anak yang ditatang dijaga dibelai telah dir0bek dih4ncurkan dikecewakan oleh kamu. Allah tidak pernah tidur penulis. Seandainya, kamu melutut mohon ampun, menangis air mata d4rah sekalipun, kemaafan itu telah m4ti buatmu.

Benar, dalam islam amat menggalakkan kita memaafkan manusia lain. Tapi maaf, Iuka yang telah kamu berikan tidak mampu terubati meskipun jasad ini telah terkubvr. Iuka difitnah, ditinggalkan, dim4ki, dimaIukan, disekat di semua media sosiaI amat berat untuk kami galas sepanjang hidup kami sehingga ke liang Iahad.

Benar, sudah berpuluh tahun perkara terjadi tapi walau sejuta tahun pun tidak akan ada ruang kemaafan walau setitis buat manusia seperti kamu. Kami tidak k3jam untuk doakan agar anak gadis kamu menjadi m4ngsa seperti kami, kami masih w4ras.

Kami tidak zaIim seperti kamu. Tapi Allah sendiri memakbulkan doa h4mbaNya yang terani4ya ini. Sudahlah kau ragut d4ra kami, kau tipu kami, kau fitnah kami peIacur, kau block kami. Seh1na itukah kami di mata kamu wahai si pelaku.

Yang saya tahu, si pelaku yang merosakkan hidup saya masih lagi berumahtangga dengan isterinya dan mempunyai 2 orang anak gadis. Seperti kata si penulis, walaupun sudah bertaubat tapi kifarah masih berlaku. Kerana apa?

Kerana kamu terlupa bawah d0sa yang kamu lakukan pada manusia perlu mohon ampun pada manusia. Kepada Azizul (bukan nama sebenar), kemaafan buatmu tidak akan pernah wujud. – M4ngsa (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Syahirah Omar : Allahu, saya sebagai seorang ibu kepada 2 orang anak perempuan memang siang malam doakan semoga anak – anak perempuan kita tidak terjerumus dengan hubungan seperti ini. Dan saya juga sentiasa berdoa supaya anak lelaki saya menghorm4ti, tidak meny4kiti dan tidak mengkhi4nati perempuan lain. Tak mudah besarkan anak – anak akhir zaman ni. Semoga Allah Iindungi anak – anak kita semua.

Syuria Ijai : Arw4h abah dulu selalu pesan pada kami adik beradik jangan zaIimi orang walaupun tak kena pada kita tapi perkara tak baik yang kita buat akan kena pada keluarga kita jadi berhati – hati. Kadang – kadang doa itu bukan dari gadis itu malah mungkin doa ibu bapanya kita tak tahu. Nasihat saya jumpa la keluarga dan gadis tersebut minta maaf. Sepertimana kecewanye encik begitu juga keluarga beliau.

Suhaila Syahida : Terima kasih kerana berkongsi. Ketahuilah, d0sa kita dengan Allah selesai dengan Allah, tapi d0sa dengan manusia, harus selesai dengan manusia. Nasiblah encik.. nak tolong, nak nasihat pun.. Benda dah jadi.

Mungkin Allah sedang makbulkan doa si gadis dulu. Dari penulisan pun, encik nak cari gadis dulu tu bukan sebab nak bertanggungjawab sangat, tapi sebab nak Allah ‘hentikan’ baIasan pada anak dan keluarga encik. Bagi mereka bahagia semula kan?

Encik masih pentingkan diri. Ubah diri encik dahulu. Buang eg0 dan ikhlaskan rasa bersalah tu. Jangan sibuk cari pakwe si anak. Dia nanti dapatlah nasib dia sendiri. Tak dapat nak nasihat apa pun cuma, terima kasihlah mengingatkan kami tentang kifarah itu benar. Tq

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.