
Kalau suami setakat keluar pergi dating tu tak adalah aku geram sangat, tapi yang ni sampai hubungan intim. Budak – budak tu muda pula tu, hampir separuh umur aku. Duit habis berjoli untuk budak – budak yang baru nak naik tu. Dulu aku ingat, akulah wanita terbahagia dalam dunia.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Berat rasanya aku nak meluahkan dengan orang. Tapi aku nak ceritalah. Kisah rumah tangga aku yang beronak duri. Moga boleh dijadikan pengajaran dan teladan. Hidup kita tak akan sentiasa senang.
Allah akan beri nikmat yang banyak kepada kita, dan Dia juga akan menduga kita dengan dugaan yang setimpal juga. Syurga tu bukan boleh masuk percuma ya dik. Banyak peng0rbanan yang kita perlu hadapi. Semoga kita tabah hadapi semua dugaan dunia.
Kisah rumah tangga aku. Aku dah bernikah dengan suami lebih 15 tahun, kami ada anak empat orang. Selama aku berkahwin memang aku ingat akulah wanita terbahagia dalam dunia. Suami aku sangat baik dengan aku dan anak – anak.
Cuma admin, sejak dapat tahu dia curang dengan aku, hidup aku gelap rasanya. Boleh rasa macam nak giIa. Tapi aku istighfar banyak – banyak. Selama ni aku ingatkan dia setia dengan aku. Dia curang dengan beberapa wanita. Ya Allah, Tuhan menguji aku dengan dugaan yang kuat. Aku dapat tahu pun dari telefon dia.
Admin kalau dia setakat keluar pergi dating tu tak adalah aku geram sangat, tapi yang ni sampai hubungan intim yang menyebabkan aku s4kit sangat. Budak – budak tu muda pula tu, hampir separuh umur aku. Muda cantik tapi sayangnya maruah mereka sangat murah.
Duit habis berjoli untuk budak – budak yang baru nak naik tu. Maruah kau murah sangat ya dik. Apa yang suami buat dekat aku? Kenapa dia buat macam tu? Admin kau nak tahu, aku seorang yang relaks, cool. Tak pernahlah nak cemburu tak tentu pasal. Aku jenis yang tenang saja.
Tapi bila dah jadi macam ni aku rasa macam nak giIa. Orang kata jangan cemburu, suami tak suka kena kongkong. Tapi inilah dia balas atas kepercayaan aku. Bila aku tanya dia, memang nampak muka dia serba salah. Mula lah pusing cerita. Takut. Suami sayang oi, kalau nak menipu pun agak – agaklah.
Dan dia tak nak mengaku. Lepas aku keluar rumah baru terhegeh – hegeh nak cari aku, mohon maaf. Semua tak nak hilang aku lah, anak – anak lah. Dia suruh aku fikir janganlah nak sia – siakan perkahwinan yang lebih 15 tahun ni. Yang awak curang sebelum ni awak tak fikir perkahwinan kita ni?
Sedangkan awak seronok – seronok dengan perempuan lain. Perempuan – perempuan murah tu juga awak cari. Yang halal depan mata awak tak nak, cari juga yang h4ram. Bila perempuan halal ni nak tinggalkan awak baru sedar awak tak boleh hidup tanpa perempuan yang mengandungkan dan melahirkan anak awak ni ya? Baru sedar ke?
Admin, kau tahu tak memang suami aku ni dia kacak, ada rupa, ada kerjaya. Tapi dia lupa admin, isteri dan anak – anaklah sumber rezeki dia murah. Aku cakap dengan dia, silalah cari perempuan lain yang sanggup terima per4ngai awak ya.
Dia merayu dengan aku admin jangan tinggalkan dia. Aku s4kit min. S4kit sangat. Berkecai kepercayaan yang aku beri selama ni. Aku pula yang buat solat taubat bila dapat tahu dia buat d0sa tu, tapi dia relaks saja. Bila aku tak ada baru lah dia cakap dia nak berubah. Dia mula solat. Sebelum ni dia lalai, culas. Lupa tanggungjawab sebagai seorang Muslim.
Aku memang sayang dia. Aku bagi dia peluang. Aku nampak dia berubah. Tapi hati aku masih s4kit. Aku belum dapat reda. Belum dapat pasrah walaupun benda tu dah lama berlalu. Moga aku dapat meredai apa yang dah jadi. Aku cuba bertahan demi anak – anak dan keluarga. Mertua aku sangat baik min. Aku bertuah dapat mertua yang baik.
Cuma aku tak sanggup nak s4kitkan hati orang tua dengan per4ngai anak dia tu. Aku tahu mertua aku akan sokong aku sebab dia sayang aku. Kalau ikut s4kit hati memang dah lama aku tinggalkan anak dia tu. Tak sedar untung, tak bersyukur. Tapi aku tak sanggup buat macam tu. Aku masih ada hati dan perasaan.
Tapi aku cuba bertahan. Hubungan aku dengan suami memang baik sekarang. Cuma hanya diri aku yang masih belum dapat lupa. Nak cuba untuk reda dengan ketentuan Allah. Susah tapi aku tak akan putus asa berdoa. Aku pelik bila dengar cerita orang kahwin tak sampai dua tahun dah bercerai berai. Dugaan sikit saja, korang dah bercerai.
Aku ni fikir aku nak nikah sekali saja dalam hidup aku. Tak nak nikah banyak kali. Walaupun aku tahu ada lelaki lain yang minat dekat aku sebab orang kata aku masih cantik lagi walaupun anak dah empat orang. Maaflah encik ya. Aku walaupun ada masalah rumah tangga aku akan cuba pertahankan selagi aku mampu.
Bukannya bila ada masalah terus nak cari orang lain. Tu tak matang namanya. Mungkin orang akan kata aku b0doh sebab masih boleh terima suami yang curang. Aku ambil perkara ni secara positif. Tuhan nak beri kita dugaan sebab nak tengok sejauh mana kita memerlukan Dia.
Aku dan suami dulu jauh dengan Allah. Jadi Allah jentik aku dan suami dengan dugaan macam ni untuk sedarkan kami yang kami ni manusia kerdil. Allah beri kita peluang untuk bertaubat. Beri peluang dengan h4mbaNya. Jadi sebagai manusia, aku beri peluang dengan suami aku untuk dia berubah.
Cuma aku beritahu dia, jangan sia – siakan peluang yang aku beri. Dan dia berubah. Alhamdulillah. Kami sudah mula solat berjemaah. Kami sudah mula bahagia. Dan suami aku cuba untuk pimpin aku hidup bahagia walaupun berat dugaan ni.
Aku bertahan sebab aku nak hidup cari keredaan Allah. Kalau ikut s4kit hati memang rasa nak balas d3ndam. Nauzubillah min zalik. Tapi apa gunanya. Sama juga aku ni macam perempuan jaIang, curang dengan suami. Aku tak akan merendahkan maruah aku hanya untuk membalas d3ndam.
Mudah – mudahan Allah beri ketenangan dan keredaan dalam hati kami suami isteri. Aku tahu ramai yang akan kecam aku min. Aku lebih matang sekarang. Aku nak didik anak – anak aku kenal agama supaya anak- anak aku lebih hormat dengan wanita dan ibu bapa.
Ada hikmah sebalik kejadian ni. Walaupun s4kit, Allah lebih mengetahui apa yang h4mbaNya tak ketahui. Moga hidup kita menemui kebahagiaan dunia dan akhirat. Aku doakan semua yang baca kisah aku dipermudahkan urusan jodohnya. Mudah – mudahan pasangan kita boleh membawa kita ke jannah.
Dugaan yang Allah beri kita terima ni sesuai dengan ketahanan h4mbaNya. Syukur dengan pemberianNya. Jangan bongkak. Sentiasa sangka baik. Aku akan cuba untuk reda. Susah memang susah. Asyik terkenang memori silam. Setiap kali terkenang, cubalah sujud padaNya. Mengadu padaNya. Allah Maha Mendengar. Salam penghujung Ramadhan. Moga kita semua dirahm4ti oleh Allah SWT. Insya Allah. – Coretan dari Kak Esah.
Ulasan Pembaca :
NikNurhidayah Akram Danish : Akak memang tabah. Aku bangga dengan akak. Betul tindakan akak untuk tak balas balik apa yang suami akak buat. Sangat bagus bila akak elakkan diri daripada jadi perempuan murahan dan tak ada harga diri macam tu. Semoga akak sentiasa sabar. Memang perit nak lupakan perbuatan suami akak tu. Mesti terbayang di mata segala perbuatan terkutuk dan jijik tu. Apa pun tabah dan sabar kak ya. Semoga suatu hari nanti akak diberi sinar kebahagiaan.
Rapiah Barudin : Puan, sebenarnya puan beruntung dapat suami yang khilaf tetapi bila ditegur, diambil tindakan maka dia terus berubah. Ada juga spesies suami yang diberi banyak peluang tapi payah nak berubah. Situasi tak sama. Bukan semua perpisahan tu membawa kemudaratan. Ada yang lebih bahagia dan berjaya hidupnya. Bukan pula menggalakkan, cuma memberikan sedikit pencerahan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.