17 tahun kahwin tak pernah sayang, cinta dekat isteri. Isteri sabar je. Baru ni aku kena tangkap basah dekat pejabat. Isteri senyum datang ikat jamin aku dekat balai

Balik dari balai polis, aku langsung takde rasa menyesal. Aku angau dengan kawan sekerja aku. Janda anak 2. Isteri aku minta masa sebelum kami berdua bercerai. Aku terus kahwin, dan bawa isteri baru aku pergi honeymoon. Bila aku balik rumah isteri baru, aku terk3jut tengok rumah dia…

#Foto sekadar hiasan. Salam admin. Tolong sembunyikan Facebook aku. Kisah aku ni panjang, untuk jadi tauladan juga pada suami kat luar sana. Hargailah apa yang ada dan jagalah sebaiknya. Aku dah kahwin dengan isteri aku, Nurul, dah 17 tahun. Anak kami lima orang.

Yang sulung umur 15 tahun, kemudian 12, 10, 4 dan yang bongsu 2 tahun. Aku kenal Nurul 18 tahun dulu. Sepanjang hidup aku sebelum tu, aku tak pernah betul – betul jatuh cinta dengan mana – mana perempuan. Walaupun kawan perempuan aku ramai. Semua yang aku kawan tu aku anggap main – main saja. Perempuan yang lebih serius dengan aku.

Sampailah aku kenal Nurul. Masa aku tengah nak serius dengan dia, datang seorang lelaki mengaku bekas teman lelaki Nurul. Dia cerita macam – macam kisah hitam tentang Nurul, kononnya mereka pernah terlanjur dan macam – macam lagi. Ada benda Nurul mengaku, tapi ada juga yang Nurul kata lelaki tu tokok tambah. Biasalah, masa tu hati aku dah panas.

Lepas kejadian tu, hati dan perasaan aku pada Nurul jadi biasa saja. Sayang tu aku rasa macam ada, tapi macam tak ada. Tapi aku tetap kahwin dengan Nurul sebab aku reda. Aku anggap tu jodoh aku. Lepas kahwin, aku layan Nurul biasa saja.

Tak macam seorang suami layan isteri. Tapi Nurul sangat sabar. Dia baik. Tak pernah berg4duh dengan mak atau kakak aku. Dia baik dengan seluruh keluarga aku. Nurul gaji tinggi, tapi aku tak tahu berapa. Yang aku tahu duit dia sentiasa cukup. Siap boleh bagi duit pada mak aku setiap bulan.

Nurul yang upah pembantu rumah. Dia juga yang bayar rumah, beli susu, lampin anak, yuran sekolah dan macam – macam lagi. Aku pula pendapatan tak menentu sebab aku kerja bebas. Kadang – kadang ada banyak duit, tapi aku bagi pada Nurul.

Kadang – kadang tak ada duit langsung, aku diam saja. Semua Nurul tanggung dari A sampai Z. Aku pernah buat perniagaan dulu. Hasil perniagaan tu aku beli rumah separuh berkembar dan kereta mewah. Tapi perniagaan aku lingkup. Rumah tu Nurul yang sambung bayar sampai habis.

Semua Nurul buat sendiri. Kelengkapan bersalin pun dia beli sendiri. Nurul tak pernah menyusahkan aku. Ada masa aku terlalu giIa main golf sampai habis masa dengan kawan – kawan. Aku utamakan kawan dulu, baru Nurul dengan anak anak.

Dengan anak – anak pun aku tak rapat. Aku panas baran. Ada saja benda tak kena di rumah. Rumah kena kemas, tapi sebenarnya Nurul dah ada pembantu rumah. Jadi dia pun taklah terlalu tertekan sebab ada orang tolong. Nurul selalu tanya aku sama ada aku sayang dia atau tak. Jawapan aku selalu sama.

Aku akan cakap, boleh tak jangan tanya soalan b0doh. Awak ni b0doh ke. Macam – macam aku maki dia. Tapi Nurul tetap tenang. Aku pun sebenarnya tak curang dengan dia masa tu, walaupun aku rasa macam tak ada perasaan pada dia.

Sampailah satu hari Nurul cakap pada aku. Dia kata dia terlalu cintakan aku dari dulu. Tapi sejak dua tahun lepas, dia berdoa pada Tuhan supaya aku jatuh cinta. Tak kisahlah jatuh cinta dengan dia atau dengan perempuan lain. Dia nak aku rasa macam mana rasanya mencintai orang yang tak cintakan kita.

Aku jawab pada dia, jangan jadi b0doh. Ingat cinta boleh makan ke. Bahagia ke. Sampailah awal tahun ni aku dapat kerja luar. Bayaran pun besar. Tapi aku kena habiskan banyak masa di pejabat. Kadang – kadang dua hari tak balik rumah.

Di pejabat tu ada seorang perempuan kerja freelance juga. Aku namakan dia Laila. Laila seorang janda, anak dua. Umur anak dia 3 dan 5 tahun. Disebabkan aku dengan Laila dah terlalu rapat, aku rasa macam aku dah mula suka dia. Atau mungkin dah jatuh cinta.

Aku sendiri pun tak pasti. Kalau tak jumpa Laila, aku gelisah. Apa saja Laila nak, aku ikut. Aku sanggup tak balik rumah semata mata nak temankan dia walaupun kerja aku dah habis. Aku tahu Nurul perasan. Tapi Nurul tetap dengan sikap tenang dia.

Sampailah satu hari aku kena tangkap khalwat dengan Laila di pejabat. Aku tak tahu siapa yang lapor. Nurul datang jamin aku di balai polis dengan senyuman. Dia tetap tenang. Dia tak meng4muk. Tapi mata dia merah. Dulu aku pernah janji dengan Nurul. Kalau aku buat hal, aku akan lepaskan dia. Nurul ingatkan aku tentang janji tu.

Tapi masa tu aku relaks saja. Dalam perjalanan balik dari balai polis, aku tengah angau dengan Laila. Aku tak kisah pun kalau Nurul nak cerai. Tapi Nurul kata dia minta tangguh sampai hujung tahun sebab anak – anak nak ambil peperiksaan besar.

Sebulan lepas tu aku nikah dengan Laila. Mula lah kehidupan aku dengan Laila. Aku pergi berbulan madu dengan Laila, benda yang aku tak pernah buat dengan Nurul. Mula – mula lepas nikah, aku pergi ke apartmen Laila. MasyaAllah, rumah dia sangat kotor.

Kalau rumah Nurul macam tu, mesti aku dah maki dia. Laila pemalas. Walaupun Nurul rajin, aku tetap kata Nurul malas dulu sebab dia ada pembantu rumah. Itu ke cinta. Terima seadanya. Laila tak pandai masak, tapi aku tetap berselera makan masakan dia.

Laila pun tak cantik sangat. Walaupun Nurul dah ada lima anak, dia masih jaga badan dia. Anak – anak Laila pun tak ada disiplin. Cakap kasar walaupun masih kecil. Tapi aku sayang sangat pada mereka. Aku hantar ambil dari rumah pengasuh, aku mandikan mereka. Sedangkan anak aku sendiri aku tak pernah buat semua tu.

Sejak aku nikah dengan Laila, layanan Nurul pada aku tetap sama dari segi zahir. Cuma Nurul tak bagi aku sentuh dia lagi. Dia kata biarlah orang baru pula yang layan aku. Kalau aku balik rumah Nurul, aku rasa tenang. Sebab Nurul tak pernah ungkit apa – apa. Macam aku tak kahwin lain pun. Cuma dia tak bagi aku sentuh dia.

Kalau aku balik rumah Laila pula, kepala aku pening. Laila selalu tuduh macam – macam. Dia kata Nurul macam – macam. Dia kata aku ada perempuan lain. Bab duit pula, semua yang dalam rumah Laila aku tanggung. Anak – anak tiri pun aku tanggung. Anak aku sendiri pula, biasalah Nurul yang tanggung. Tapi Nurul tak pernah ungkit pun.

Kelmarin aku terbaca WhatsApp Laila. Rupanya Laila selalu hantar mesej maki – maki pada Nurul. Tapi Nurul tak pernah balas walau satu ayat pun. Cuma tanda biru saja. Lepas tu aku baca Laila minta nak duduk rumah separuh berkembar tu. Dia suruh Nurul keluar walaupun rumah tu aku dah tukar nama kepada Nurul.

Aku jadi tak sedap hati. Aku balik rumah Nurul. Masa tu Nurul tengah kemas – kemas barang. Aku tanya kenapa nak pindah. Nurul jawab dia dah tak boleh duduk di rumah ni sebab setiap sudut ada aku. Dia nak cari rumah baru untuk mula hidup baru.

Aku terkedu. Kenapa Nurul macam ni. Dia tak pernah marah, tak pernah bentak, tak pernah cerita buruk tentang Laila pada aku. Tak pernah langsung sebut pasal Laila macam Laila tak wujud dalam hidup dia. Malam tu aku nampak Nurul sangat cantik. Sumpah aku tak tipu.

Nurul sebenarnya ada d4rah campuran Arab. Kulit dia cerah dan badan pun masih langsing. Tapi nampak cengkung sedikit, mungkin sebab aku dah abaikan dia selama sembilan bulan ni. Aku jenguk bilik anak – anak. Banyak barang dah masuk dalam kotak. Tiba – tiba aku jadi sebak.

Aku duduk dekat Nurul dan aku cakap janganlah pindah. Aku tak nak berpisah dengan dia. Nurul kata dia dah uruskan semuanya. Bulan depan di Mahkamah Syariah dia mohon aku beri kerjasama datang ke mahkamah pertengahan bulan Disember untuk lafaz cerai.

Aku rasa macam nak pitam. Aku suruh Nurul fikir masak – masak. Fikir anak – anak. Fikir usia rumah tangga kami yang dah 17 tahun ni. Nurul angkat muka pandang aku dan dia cakap, “abang… Nurul tak ada apa kenangan manis yang boleh Nurul kenang selama 17 tahun dengan abang.

Abang tak pernah ingat hari lahir Nurul. Tak pernah sambut ulang tahun perkahwinan kita. Nurul tak pernah terima sekuntum bunga pun dari abang. Tak pernah dapat hadiah kejutan. Tak pernah ada makan malam romantik. Nurul dengan anak – anak tak pernah rasa kasih sayang abang. Kalau Nurul baring atas riba abang pun, abang cepat – cepat kentut supaya Nurul bangun.

Nurul tak pernah tidur atas lengan abang. Dan yang paling penting, abang tak pernah ucap sayang atau cinta pada Nurul. Sekarang abang bawa Laila masuk dalam kisah hidup kita. Abang rasa Nurul patut tunggu lagi.” Ya Allah. Masa tu aku rasa macam nak hentak kepala aku ke dinding.

Semua yang Nurul cakap tu memang betul. Tapi semua benda tu aku buat dengan Laila tanpa dia minta. Itukah cinta. Nurul tetap nak berpisah. Aku rasa macam tak nak datang bulan April ni. Rasa macam nak tunggu hukvman g4ntung. Sekarang aku cuma mampu berdoa pada Allah supaya hati Nurul kembali pada aku.

Ulasan Pembaca :

Seri Rumini : 17 tahun, bukan 17 hari. Memendam perasaan, kecewa dan hiba. Hati isteri mana pun akan buat perkara yang sama kalau suami tak menghargai. Di mana hati awak. Di mana iman awak. Awak kah seorang suami yang akan membimbing isteri ke syurga.

Balasan awak di dunia Allah dah bagi dengan mendapat Laila. Sesungguhnya awak akan kehilangan isteri yang baik sebab awak bukan suami yang baik. Sebelum perkara tu berlaku, kalau awak betul – betul nak pertahankan Nurul supaya dia kembali pada awak, fikirlah siapa yang awak mahu kekalkan sebagai isteri. Nurul atau Laila. Semoga awak dapat membuat keputusan dengan bijak.

Che Ummi : Entah kenapa aku menangis baca kisah ni. Seolah – olah aku berada dalam diri wanita tu. Sebenarnya Nurul langsung tak ada salah dengan kau sebab kisah hitam dia berlaku sebelum dia kenal kau. Lepas kau tahu pun kau tetap terima dia, tapi tak ikhlas. Macam nak balas d3ndam.

Padahal dia tak pernah minta kau terima dia. 17 tahun dia sabar. Kau buang dia macam sampah. Tapi kau sentuh dia sampai dia lahirkan lima anak. Tetap dia uruskan semuanya. Pada aku kau anggap dia macam perempuan peIacur. Baik masa kau nak lepaskan nafsu. Kau buntingkan dia, tapi dia yang urus semua dari A sampai Z, termasuk urusan hospital. Sedangkan dalam perut tu benih kau.

Memang k3jam. 17 tahun kau suruh dia kenang semula usia perkahwinan, sedangkan dia tak dapat apa – apa selain pahala jalankan tanggungjawab. Dia tenang bila kau kahwin lain. Dan sekarang doa dia dimakbulkan bila kau betul – betul tergiIa – giIakan dia, sedangkan dia dah jauh dari kau. Allah tak pernah tidur. Kau dayus.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :