
Aku kahwin umur 17, masa SPM aku mengandung. Suami plak tak puas hidup bujang, suka tukar perempuan. Bila anak nombor 2 putus susu, aku sambung belajar guna duit arw4h mak. Dekat sini aku jumpa seorang lelaki, yang bagi aku kasih sayang. Dia tahu aku isteri orang…
#Foto sekadar hiasan. Assalam admin. Aku cuma nak share kisah perjalanan rumah tangga aku. Aku nikah pada usia 17 tahun dan yes aku masih bersekolah pada waktu tu. Macam mana kami kahwin tu tak perlulah aku nak cerita kan. Tapi aku dan suami tetap tak dibenarkan duduk bersama, hanya boleh jumpa masa cuti sekolah sahaja.
Ditakdirkan beberapa bulan lepas nikah aku mengandung. Bayangkan nak ambil SPM masa tu dengan perut 7 bulan. Disebabkan badan agak chubby memang tak nampaklah yang aku berbadan dua. Rekod kedatangan sekolah memang teruklah, tapi alhamdulillah keputusan SPM aku baik.
Tapi dah nama pun d4rah muda kan. Masa tu aku 17 tahun, suami pula baru 22 tahun. Bermacam – macam ujian yang menimpa aku, salah satunya sepanjang kami tak duduk bersama, suami masih dengan kehidupan bujang dia. Merempit tiap malam minggu, bawa balik perempuan sana sini.
Lepas aku bersalin aku buat keputusan nak sambung belajar. Tapi apakan daya masa tu arw4h mak aku s4kit dan aku terp4ksa jaga beliau. Terp4ksa tunda lagi dan suami masih dengan kehidupan bujangnya. Anak pertama umur 2 tahun aku mengandung lagi.
Dan kali ni aku nekad nak duduk dengan suami. Disebabkan kesihatan arw4h mak masih tak stabil, aku suruh dia duduk dengan keluarga aku. Lepas dah duduk sekali dia dah jarang keluar malam minggu, tapi masih lagi perempuan sana sini.
Masa tu tak ada WhatsApp. Yang ada cuma boleh buat copy mesej je. Aku masih lagi diam memendam rasa dan cuba bertahan demi rumah tangga ni. Tapi yang paling aku tak sangka, hari yang aku nak bersalin anak ke 2. Dari pukuI 3 pagi aku masuk labour room, pukuI 7 pagi aku bersalin.
Lepas bersalin aku tengok telefon ada copy mesej dia ajak perempuan teman dia malam tu check in hotel, tapi perempuan tu menolak. Dan paginya dia ajak pergi sarapan. Bayangkan aku bert4rung nyawa, dia pula melayan perempuan lain.
Pernah juga anak aku dua – dua masuk wad. Jiran sebelah rumah mak mertua aku mesej cakap abang ada bawa perempuan masuk rumah. Rumah mak mertua siang memang tak ada orang sebab semua kerja dan dia memang simpan kunci rumah tu. Dah banyak kali kantoi pun per5ngai masih tak berubah.
Anak nombor 2 umur 7 bulan aku mengandung lagi. Masa ni kami masih duduk dengan keluarga aku. Kali ni dia ket4gih pula dengan mesin jvdi sampai gaji habis dekat situ. Nak bayar bil hospital aku bersalin anak nombor 3 pun arw4h mak aku yang bayar. Barang bayi semua mak yang sediakan. Pernah ditangkap pun masih tak serik.
Masa aku pantang anak nombor 3 sekali lagi dia kantoi. Kali ni siap bawa perempuan tu check in hotel. Entah kenapa hari tu aku rasa sangat – sangat tak sedap hati. Aku call telefon off dan aku pun call ofis dia. Dan guess what, kerani dia cakap dia tak masuk kerja.
Aku memang dah separuh giIa masa tu. Dengan masih berpantang aku tinggalkan anak aku dengan adik aku ikut naluri hati balik rumah mak mertua aku dan yes dia memang ada dekat sana baru balik dari jumpa perempuan tu dan nak tukar baju kerja.
Aku rampas telefon dia dan call perempuan tu. Perempuan tu cerita suami aku bawa dia jalan – jalan dan check in hotel. Aku juga jumpa video mereka ber0men dalam telefon suami. Boleh bayangkan tak perasaan aku. Dan akhirnya aku dah tak terdaya nak cakap apa lagi. Aku cuma suruh dia ceraikan aku.
Tak lama lepas tu mak aku meninggaI. Insan yang menjadi sumber kekuatan aku selain anak – anak dah tinggalkan aku. Hilang tempat mengadu dan hilang tempat bermanja. Lepas tu kami buat keputusan untuk duduk sendiri.
Menyewalah kami walau rumah tak besar mana. Jalani kehidupan seharian macam biasa. Masa ni suami dah pakai telefon yang boleh WhatsApp dan boleh download game. Zaman ni game COC tengah hot. Ket4gih pula dia dengan COC sampai 24 jam menghadap telefon.
Dapat berita dia terp4ksa diberhentikan kerja sebab kilang nak bankrap. Pampasan 3 bulan gaji. Selama 2 bulan tak bekerja, duduk rumah asyik dengan telefon sahaja. Satu hari dia terjumpa kawan lama dia. Kawan dia ajak buat kerja part time. Dari situ dia dah mula keluar balik tengah tengah malam kadang – kadang sampai ke pagi.
Dan satu pagi aku dapat panggiIan dari balai polis mengatakan suami ditangkap kerana memiliki motor curi. Allah, ujian apakah lagi. Dapat jumpa suami sekejap sebab dia akan dihantar ke negeri lain dan direman 7 hari. Bayangkan aku tak pandai bawa kereta motor. Keluarga semua susah. 7 hari aku hilang tempat berg4ntung.
Alhamdulillah suami dibebaskan sebab tak bersalah. Motor tu kawan suami punya, suami cuma pinjam sebab motor dia rosak. Dan kawan dia dah mengaku bersalah. Maka bebaslah dia dari mana – mana tuduhan. Dah keluar masih lagi degil tak nak cari kerja. Masih lagi dengan kerja part time. Ada projek ada kerja, ada kerja ada duit.
Satu hari dapat panggiIan dari tauke part time suami mengatakan suami tak datang kerja. Padahal dia kata dengan aku keluar bekerja. Telefon off dan memang tak ada idea nak cari dia. Yang boleh buat tunggu je sampai dia balik. Dalam pukuI 3 pagi dia balik dan aku minta dia berterus terang.
Akhirnya sekali lagi aku minta cerai tapi suami tak nak dan aku memendam rasa lagi. Tabah kan aku. Satu – satunya sebab aku bertahan demi anak – anak. Bila anak nombor 2 putus susu di usia 3 tahun aku nekad sambung belajar dengan duit tinggalan arw4h mak aku. Ambil pengajian hujung minggu setiap Jumaat dan Sabtu.
Di sini lah aku mula berjumpa dengan seorang lelaki yang sama – sama belajar dengan aku. Dia sangat penyayang dan dia tahu status aku. Dengan dia lah aku mengerti erti kasih sayang dan aku dapat rasa kebahagiaan. Aku berterus terang dengan suami aku mahukan perpisahan. Aku nak cari hidup aku dan aku nak rasa bahagia.
Tapi apa yang aku tak sangka suami aku sangat tenang. Jawapan dia cuma dia minta nombor telefon lelaki tu dan dia nak jumpa lelaki tu. Dan malam tu juga dia jumpa lelaki tu dan dia cakap dia tak akan lepaskan aku. Saat tu suami berjanji akan berubah.
Dia menyesal dan dia dah tak nak rasa s4kit. Bayangkan s4kit yang sama aku rasa selama bertahun – tahun. Dia baru sekali dah rasa tak sanggup. Sejak dari tu dia cari kerja. Dan nampak perubahan pada dia. Mula solat, mula tolong buat kerja rumah dan mula tolong jaga anak.
Dan sekarang aku tengah mengandung anak ke 4. Aku minta doa dari kalian, doakan kesejahteraan rumah tangga aku dan permudahkan kelahiran anak aku. Satu hal yang aku belajar dari semua ni adalah SABAR ITU INDAH. P/S. Maaf andai coretan ni terlalu panjang dan ada yang tak faham atau typo.
Ulasan Pembaca :
NiNa KhaiRina : Sangat kemas gaya penulisan si pencerita ni. Ceritanya pun mudah difahami. Jalan cerita juga boleh dijadikan pengajaran. Aku suka, daya suka. Syabas sis dan semoga awak dapat kebahagiaan yang awak tunggu – tunggu selama ni. Amin.
Ayu Aris : Mana yang kecam tak cerdik. Nama pun kisah rumah tangga. Allah tak aturkan hati kita ni semua sama dan Allah tak aturkan semua manusia kental. Sis ni diuji dan mungkin ada kebaikan pada suaminya yang kita tak nampak. Dan mungkin juga beliau redha. Kalau kena s4kit tu biarlah mereka tanggung.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.