Hinggalah suatu hari, saya minta mak dan bapa saud4ra saya datang rumah kami. Bila mereka datang, kami bincang dan luah masing – masing. Dan cerita apa masalah sebenarnya dia tak sentuh saya. Suami marah saya mengadu hal dalam kelambu dekat orang lain..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya Anne. Saya dalam proses menunggu tarikh untuk Mahkamah Syariah bulan ini. Saya dan suami berkahwin atas sebab suka sama suka. Suami saya seorang tinggi lampai, sentiasa wangi, kacak dan bergaya.
Boleh dik4takan persis model. Kami berdua penjawat awam. Saya tak pasti dan rasa adakah tindakan saya salah? Ceritanya begini. Saya dan suami bernikah hampir 2 tahun (bulan 10 genap dua tahun). Baru – baru ini, saya telah memfailkan penceraian.
Sebelum ini saya kami hubungan jarak jauh sejak bernikah. Pertengahan tahun ini saya dapat bertukar dan tinggal sebumbung dengan suami. Saya fikir dengan duduk sebumbung rumahtangga kami mesra dan berpeluang rasa seperti pasangan lain.
Suami saya bab nafkah wang tak culas. Bil – bil semua dia tanggung. Namun, dari nikah sehingga saya dah sebumbung, saya masih d4ra. Saya cuba bagi hint, namun tak endah. Civman bibir pun hanya sekadar sentuh bibir saja dan tak pernah hubungan intim.
Hampir dua tahun saya sabar dan bagi peluang dan fikir mungkin dia sibuk sebab sambung Master dan kerja dia memang sibuk. Balik setiap hari pukuI 9. Gred kami sama saja. Dan sama jabatan cuma lain tempat. Tapi saya boleh saja balik awal.
Sejak zaman pjj lagi saya cuba sabar dan cuba memahami. Sepanjang pjj hanya sekali saja dia balik ke negeri saya waktu raya pkp. Itupun selepas 7 hari raya. Lain pada tu tak pernah balik. Saya saja yang akan ke negeri dia.
Sejak kahwin, air mata sedih lagi banyak senyum. Sebab, setiap kali saya ajak bincang masalah, dia tak nak. Sudahnya block saya. Bila dah tinggal serumah, saya tengok tak berubah. Tidur hanya peIuk saja. Belaian takda.
Dia lebih banyak belai kucing dia. Sampaikan saya kata, abang, kan bagus kalau sayang jadi kucing tu. Sentiasa dapat perhatian abang. Saya ada tunjuk dekat dia tangan saya jadi gatal – gatal sebab alergik kucing. Dia kata saya mengada – ngada.
Saya beli sendiri ubat dan sapu sendiri. Ada satu hari tu, saya tak sihat. Tak pergi kerja. Dia takda pelawa untuk ajak ke kIinik. Dan petang yang sama, lepas balik kerja, dia terus nak siap ke satu program rakaman rancangan popular setiap hari selasa.
Saya kata, boleh tak hari ni jangan pergi. Saya tak sihat. Dia pergi juga. Dia kata saya sengaja buat hal setiap selasa. Saya kata nak s4kit mana boleh pilih hari. Sebelum ni pun, saya banyak kali teman dia pergi rakaman program tu.
Mula 7 petang hingga la 12 malam. Saya rasa buang masa, tapi masih ikut walaupun keesokkan tu kena kerja. Ada satu hari sebab perkara kecil kami berg4duh teruk. Rumah dia memang lengkap segala nya. Serba serbi. Cuma, ruang untuk saya takda.
Sebelum pindah, dia kata nak kosongkan satu almari untuk saya. Sehingga hari saya pindah dan duduk rumah tu 2 bulan, baju saya masih dalam beg. Dan saya beli sendiri tempat letak baju sebab takda ruang untuk baju – baju saya.
Dia tak sediakan. Saya tak berani sentuh baju – baju dia. Sebab semua tu dia guna. Lampu dapur saya suruh tukar mentol baru pun masih tak buat. Sebab lampu lama rosak. Saya pasang lampu bilik sidai kain. Supaya cahaya masuk.
Saya sabar lagi sebab fikir dia sibuk nak exam dan kerja. Tapi kesabaran saya tak dapat bendung apabila semua hal berkaitan dia, dia boleh buat termasuk pergi rakaman program hiburan b0doh tu. Tapi bila saya minta tolong, semua dia kata sibuk.
Dan kata saya tak sabar dan dia rasa dikongkong dan bebel. Saya kata kat dia, sekali sayang cakap takda perubahan. Bila cakap 2 dan 3 kali kata bebel dan suruh diam. Ada satu masa tu dia kata nak keluar dengan kawan – kawan lelaki.
Dari maghrib sampai pukuI 4.30 pagi. Saya hubungi dia dan mesej dia jam 3 pagi namun tak dijawab. Cuba bayangkan, kalau sesuatu terjadi pada saya, memang m4ti seorang diri la. Disebabkan saya call dia tu, dia kata saya kongkong.
Saya kata, kalau kongkong, abang tak bebas keluar ke mana pun. Siapa kawan abang, nombor telefon semua saya taktahu. Adakah itu nama saya kongkong? Selama kahwin, akaun bank bersama kami pun saya taktahu no akaun, password.
Telefon pun saya tak tahu password. Apa saja la semua dia rahsia. Dia kata privacy masing – masing. Saya kata bila dah kahwin, suami isteri tak boleh berahsia. Macam – macam lagi la yang terjadi antara kami dan dia pernah tengking kata kalau kau tak suka, kau balik rumah mak kau.
Kau memang tak bersyukur. Aku dah sedia semua untuk kau. Saya kata akan buat aduan kat pejabat agama sebab dah cakap macam tu. Dia kata, aku cakap saja takda niat lain. Keesokan hari, sebelum pergi keja seperti biasa, saya salam tangan dia.
Tapi pagi tu dia terus peIuk saya sambil menangis. Lama dalam peIukan. Tapi begitu lah, setiap kali buat salah, minta maaf, peIuk dan menangis. Lepas tu berulang lagi. Ada ketika saya sedih dan kecewa dengan sikap dia yang buat saya macam tak wujud.
Saya sepi dalam perkahwinan. Ada juga lah waktu bahagia dan kenangan. Cuma apa boleh saya kata, 2 hari bahagia, selebihnya sedih dan dingin. Hinggalah suatu hari, saya minta mak dan bapa saud4ra saya datang rumah kami.
Masa tu suami saya baru saja balik dari kursus. Sepanjang kursus 5 hari langsung takda hubungi saya. Saya kata, masing – masing ada 24 jam sehari. Takkan lah sebelum tidur dan selepas tidur tak boleh hubungi isteri. Bila mak dan bapa saud4ra datang, kami bincang dan luah masing – masing.
Dan cerita apa masalah sebenarnya dia tak sentuh saya. Dia kata, kan abang dah kata jangan cakap dengan orang lain. Saya kata, terp4ksa sebab hampir dua tahun saya masih d4ra. Dia masih degil depan semua orang. Bapa saud4ra saya tanya, apa dia rasa dengan perkahwinan ni?
Dia kata dikongkong dan tengok muka saya macam nak marah saja. Dan ini pertama kali juga, mak saya masuk campur dan marah dia. Selama perkahwinan ni, mak kata dia sabar tak nak masuk campur. Tapi dia tak sampai hati kerana selalu tengok saya diabaikan, dan saya sering menangis.
Suami saya kerap berlaku dingin dengan saya. Family saya dan family dia perasan mengenai hal ini. Selepas dari perbicangan tu, dia keluar rumah tak balik seminggu lebih . Balik hanya untuk bagi kucing makan saja. Saya jadi tawar hati sangat.
Sebelum tu, saya seminggu juga tak hiraukan dia makan minum dia dan pakai sebab kecewa sangat. Tapi dia tak kisah dan tak hirau dan tak tanya langsung. Saya suarakan hasrat nak berpisah . Saya cakap dekat mertua dan mak saya.
Mertua saya sampaikan kepada suami saya. Suami saya terus setuju tanpa ajak kaunseling atau pujuk. Dan dia beri masa kat saya sehingga hujung bulan ni sebelum 31 ogos untuk keluar dari rumah dia. Ada satu malam tu, saya pergi ke bilik suami.
Saya mohon ampun zahir batin dan minta halalkan semua dari mula kahwin hingga sekarang. Lama saya peIuk dia dan menangis dan cakap saya terp4ksa minta perpisahan agar dua – dua orang tak berd0sa dan tak siksa. Saya sesungguhnya sayang dia dunia akhir4t dan dia cinta terakhir saya.
Pada malam tu juga, kali terakhir dia peIuk saya, civm pipi saya dan tepuk saya sehingga saya hampir tidur. Masa dia tepuk saya, teresak – esak dia menangis. Dan dia cakap dia sayang saya sebenarnya. Mungkin kami ditakdirkan jadi kawan saja.
Dia minta maaf tak dapat jadi suami sempurna. Dia tak akan cari jodoh lain. Dan sama – sama kita rehat dan munasabah diri masing – masing. Itulah kenangan akhir saya dengan dia. Keesokkannya, dia kembali dingin sehingga lah hari saya keluar rumah.
Langsung takda tolong saya angkut barang – barang. Akhir sekali saya civm tangan dia dan peIuk serta pesan jaga diri. Saya tahan sebak. Dia terus minta kunci dan kata dia akan tukar semua kunci. Kini, saya telah dapat rumah baru.
Tapi setiap hari, saya rasa sebak dan sesak nafas bila fikirkan, betulkan tindakan saya failkan penceraian? Mertua saya dan adik – adik ipar sehingga hari ni, masih hubungi dan pujuk saya semula. Dan mertua saya kata nak bawa berubat anak dia berubat secara islam.
Mertua saya menyimpan harapan agar saya kembali jadi menantunya. Saya kini setiap hari teringatkan kenangan manis yang tak berapa banyak tapi cukup untuk saya kenang selamanya. Si dia sangat suka masakan saya. Setiap kali balik keja, saya terus kemas rumah dan masak.
Saya tunggu dia balik untuk makan sama – sama walaupun dah lewat. Dia selalu makan bertambah dan puji sedap. Ada sekali dua saya bagi bekal. Dia hantar gambar licin bekalnya. Dapat juga saya merasa walaupun sekejap.
Manisnya jalan berpegangan tangan, bersuap, berpeIuk dan bergurau senda 14 hari lagi, kami akan ke mahkamah syariah untuk sebutan kes. Lafaz taIak.. sesungguhnya saya berharap agar si dia berubah suatu hari nanti dan kami berjodoh semula.
Dia satu – satunya lelaki yang saya cinta. Dan hati saya tertutup untuk mencari jodoh lain. Adakah tindakan saya ini betul? Memfailkan penceraian? Dalam borang penceraian, bahagian sebab bercerai, saya tulis pengabaian em0si dan kasih sayang dan tidak mendapat nafkah batin. Masih perawan.
Mak saya menasihatkan saya, cuba terima kenyataan dan kuat. Mak kata, setiap hari mak menangis dalam hati tengok anak mak tak bahagia. Mak suruh kuatkan semangat dan lupakan semua kenangan tentang dia. Tapi jauh sudut hati saya, saya memang masih sayang dia dan berharap suatu hari nanti dia berubah dan kami berjodoh.
Mak saya kecil hati dan terk3jut bila dengar hasrat saya tu. Mak kata, kamu tak ambil iktibar ke? Kamu ingat dia akan berubah dalam masa terdekat? Mak saya kecil hati sungguh dan kecewa. Sejak keluar dari rumah suami, mak yang sediakan rumah sewa dan beli kelengkapan perabot. Sewa rumah baru pun mak yang bayarkan serta deposit. – Wanita yang diuji (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Akrima Abu Bakar : Ada dua kemungkinan.. mungkin gei atau m4ti pucuk. Takde lelaki normal yang akan peIuk – peIuk je perempuan yang dia sayang bila berduaan dalam bilik. Kalau nak husnuzon fikir dia m4ti pucuk la. Hal ni berkaitan harga diri dia dan eg0 seorang lelaki biasanya akan susah sangat – sangat nak mengaku mempunyai masalah kesihatan berkaitan s3ksual ni.
Kalau suami tak dapat nak open up masalah yang sebenar better berpatah arang je la sebab sampai bila – bila pon masalah takkan selesai. Bak kata awak, bagi elakkan dua – dua berd0sa baiklah berpisah. Pasti ada hikmahnya dikemudian hari.
Fatin Amirah : Adakah keputvsan ini langkah terbaik? YESS girl!! Terbaik sangat – sangat. Nak tahu terbaik ke tak. Tengok orang terdekat bagitahu ape. Contoh nya mak h4ng. Sebab pandangan orang anyg tengok kita tak sama dengan pandangan kita bila tengok kita.
H4ng JANGAN IKUT jawapan h4ng. Sebab kita masa tengah sayang ni, auto B0DO. So nak tahu terbaik ke tak, tanye mak. If mak cakap tu yang terbaik. Means tu yang terbaik. Jangan doa bukan – bukan nak get back nak laki berubah bla bla hmm.
Abdul Malik Yusof Samsudin : “14 hari lagi, kami akan ke mahkamah syariah untuk sebutan kes. Lafaz taIak.. sesungguhnya saya berharap agar si dia berubah suatu hari nanti dan kami berj0doh semula. Dia satu – satunya lelaki yang saya cinta. Dan hati saya tertutup untuk mencari jodoh lain.”
Mungkin jodoh awak orang lain cik. Habis iddah nanti, banyakkan pergi masjid dan majlis – majlis ilmu agama. InshaAllah ade jodoh yang lebih baik dari tu. Jangan fikir nak membujang sampai ke tua. Ramai mak d4ra yang bujang ke tua semua ade yang menyesal kenapa la tak kahwin.
Sebab apa, masa tua nanti takde orang jaga kita dan takde orang jaga kita. Umur tu m4kin bertambah. Masa tak dapat ganti balik da. 2 tahun cik dah jadi isteri yang solehah cuma tak disentuh suami. Pahala ada dah. Cik pun masih d4ra, means Allah masih jaga cik. Percayalah mesti cik dapat jumpa yang lebih baik. Lagi satu, boleh mintak mak atau ayah cik cari yang lain untuk cik. Wallahualam.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.