Mak mertua aku call suruh balik konon nak buat makan – makan rupanya dia nak bawa aku jumpa b0moh minta air penawar. Alasan dia nak kenalkan aku dengan sed4ra mara. Padahal ada udang di sebalik batu. 3 tong air penawar dia bagi, aku senyap – senyap bagi suami, selang beberapa bulan ni yang jadi..
#Foto sekadar hiasan. Tajuk Oh Mertua yang aku beri di sini ialah perihal hubungan aku dan mertua. Bukan kisah dongeng rakyat tapi realiti yang aku hadap. Aku harap kalian yang ada mak mertua yang baik tolonglah hargai.
Ada mak mertua yang mulut tak lancang memang besar rahmat dah. Ada mak mertua yang tak masuk campur hal rumahtangga anak – anak tolonglah jaga baik – baik. Aku harap kisah aku ni boleh jadikan tauladan pada menantu – menantu di luar sana bahawa kalian bertuah tak dapat mak mertua macam aku.
Make it short, aku dan suami berkahwin sebelum C0VID meIanda negara kita. Aku berasal dari negeri pengeluar harum manis manakala suami berasal dari Negeri Serambi Mekah. Kami tinggal di rumah ibu bapa aku memandangkan rumah parents aku besar dan mereka yang meminta kami tinggal di sini.
Sebelum PKP kami kerap balik ke kampung suami. Asal cuti perayaan saja kami balik. Masa baru – baru kahwin mak mertua teringin nak makan laksa utara. Aku pun bukan main seronok lagi nak masakan untuk mak mertua.
So aku masak lah. Selesai masak aku hidang untuk mak mertua. Korang tahu dia cakap apa? Laksa aku tawar, aku potong cabai, timun dan bawang kasar, susah dia nak kunyah. Padahal pak mertua aku balun 2 mangkuk steady saja tak cakap apa.
Suami aku pun bedal 2 mangkuk rileks saja. Kemudian datang pula kakak ipar aku dengan suami dan anak – anak. Mereka kata sedap segoti which ia sedap ya amat. Tapi mak mertua aku tetap cakap laksa aku tawar. Dia siap otter kuah laksa aku tambah lagi garam.
Then kuah laksa dalam pinggan dia pun dia letak garam. Petang tu pula suami aku geleng kepala makan kuah laksa yang dah otter. Masin giIa katanya. Aku pun tak ambil hati lah dah memang lidah mak mertua aku suka makan yang masin gamaknya..
Then raya Aidil Adha which mostly people cakap di Pantai Timur meriah. Aku punyalah excited nak beraya di sana. Maklumlah firstime kan. Then usai sembeIih lembu pak mertua aku bawa balik daging. Kami adik beradik dah dibahagi – bahagi tugas.
Untuk makluman adik beradik suami aku 10 orang, suami aku anak kedua akhir. 7 lelaki 3 perempuan dan aku ni satu – satunya menantu perempuan yang bukan berasal dari Pantai Timur. Biras dan ipar duai lain semua berasal dari Terengganu dan Kelatan.
Tugas lelaki bersihkan daging, siapkan bahan memasak which is hidupkan kayu api. Maklumlah keluarga besar. Masak sup tuIang pun guna periuk besar. Jadi menu kami untuk makan tengahari ialah nasi daging dan air asam.
Menu ni ipar duai aku yang request aku masak. Aku pun on saja. Dah memang aku suka masak, lagi pun 2 menu ni tak susah mana. Yang lain perap daging untuk buat menu ala – ala harimau menangis, daging goreng kunyit, sup tulang dan keting.
Then time makan semua orang berselera makan nasi daging bersama air asam aku. Air asam yang aku buat ni lain sikit. Aku letak kerisik, daun kesom yang dihir1s halus, tomato, bawang, cili tumbuk, cili potong, air asam jawa, belacan dan perahan limau.
Tapi mak mertua aku tetap cakap tak nyangkut which tak sedap or tak kena dengan selera dia. Sanggup dia masak nasi putih untuk dia makan. Aku pun tak ambil hati sebab majoriti ipar duai biras anak penakan cakap aku masak sedap.
Ok settle bab hari raya aidil Adha. Tiba pula musim harum manis. Gigih lah aku beli dan pos harum manis untuk mak mertua. M4ti – m4ti aku ingat dia suka. Then kami balik di penghujung musim harum manis. Aku pun beli lagi berkotak – kotak konon nak jamu mak mertua lah.
Then suami aku tanya mak macam mana rasa harum manis sedap tak. Korang tahu apa mak mertua aku jawab?? Dia still jawab “tak nyangkut” dan dia cakap dia suka mangga Sala Thailand which is berlemak dan rangup walaupun muda.
Hello dia tak tahu ke beratus kot duit aku beli harum manis untuk dia tapi sikit pun dia tak jaga hati aku. At least cakap lah sedap ke manis ke tak lah aku terkilan beli sampai berkotak – kotak untuk dia. Ok, settle bab harum manis.
Ini kisah mengandung pula. 3 bulan kahwin aku masih tidak ada tanda – tanda mengandung. Mak mertua aku call suruh balik konon nak buat makan – makan rupanya dia nak bawa aku jumpa b0moh minta air penawar. Then kami pun balik lah.
Malam tu mak mertua suruh kami laki bini bersiap nak ke rumah b0moh. Kami pun laki bini ikut saja lah b0doh – b0doh memandangkan b0moh tu pun kira macam saud4ra jauh juga lah. Alasan mak mertua aku nak kenalkan aku dengan sed4ra mara.
Padahal ada udang di sebalik batu. B0moh tu pula macam – macam dia cakap. Aku ni dah termakan lah, ada benda dalam badan aku lah, ada orang dengkilah dan sebagainya. Balik tu kami dibekalkan air penawar 3 tong air.
Setiap satunya 5 liter, untuk diminum, untuk dimandi dan untuk dibuat pagar rumah. Tapi aku tak minum pun, aku suruh laki aku buat basuh kereta dan siram pokok. Baru 3 bulan kahwin kot buat apa nak terbvru – bvru, ini semua kerja tuhan.
Honeymoom kami pun tak habis lagi. Aku tak ambil hati pun. Mungkin mak mertua aku tak sabar nak dapat menantu kacukan Perlis – Kelantan. 6 bulan kahwin baru aku disahkan mengandung, kemudian suami aku pun call mak dia bagitahu.
Mak dia pun apa lagi kemain cakap b0moh yang dia bawa tu berkesan lah, air penawar mujarab lah. Haishh macam – macamlah mak mertua aku puji b0moh tu. Aku dengan suami puas cakap ini kerja Tuhan. Ok settle bab berita mengandung.
Masa ni dah PKP. Hikmah PKP barangkali kami ada masa di rumah kalau tidak masing – masing sibuk. Aku alami alahan yang teruk, morning s1ckness aku dari pagi sampai ke malam. Time malam aku susah nak tidur, selalunya lepas subuh biasanya aku sambung tidur.
Sekitar jam 10 pagi – 12 tengahari mak mertua akan call suami tanya khabar aku. Tanya sarapan makan apa, tengahari masak lauk apa. Suami pun dengan jujur bagitahu yang aku tak bangun tidur lagi, sarapan pun beli saja, lauk tengahari order grab food saja.
Korang tahu mak mertua aku cakap apa. Dia suruh suami aku k3jutkan aku bangun. Tak elok orang mengandung tidur sampai tengahari nanti anak dalam perut jadi pemalas. Dia siap cakap lagi dia mengandungkan anak 10 orang tak pernah lagi dia bangun sampai tengahari.
Time ni memang aku ambil hati dengan kata – kata mak mertua aku. Sampaikan anak dalam kandungan aku pun dia dah sump4h akan jadi pemalas. Aku bukan saja – saja nak tidur sampai tengahari dah waktu malam aku tak boleh tidur.
Asyik munt4h l0ya. Mak mertua siap cakap lagi aku ni lembik. Sedih sangat, siapa saja mengandung nak munt4h l0ya bagai ni? Betul tak. Ok settle bab mengandung. Kini tiba bab bersalin. Aku bersalin time PKP, rentas negeri masih tidak dibenarkan.
Kes c0vid pun berbelas ribu setiap hari. 2 minggu bersalin mak mertua suruh balik. Padahal rentas negeri pun tak boleh. Tibalah episod mak mertua aku cakap aku tak nak balik. Dia canang dalam group family kononnya aku tak selesa balik kampung.
Yang abang – abang suami aku pun dok perli – perli kononnya time diorang anak kecil boleh saja balik, bawa anak kecil 8 – 9 jam perjalanan. Anak diorang dah 4 – 5 orang sedangkan anak aku baru sorang dah takut nak balik.
Diorang cakap aku ni tak serasi dengan family diorang lah padahal aku memang pendiam dan tak tahu nak cakap apa bila berkumpul semua cakap loghrat Kelantan. Suami aku sampai leave group family lah sebab tak nak aku baca.
Dia tak nak aku kecil hati dengan kata – kata adik beradik dia. Bab ni aku tabik pada suami, dia betul – betul jaga em0si aku dalam pantang. Ok, kebenaran rentas negeri dibenarkan. Anak aku dah 4 bulan barulah kami balik ke Kelantan.
Sebelum tu selang sehari mak mertua akan call atau video call nak tengok cucu dia dan setiap kali itulah tanya bila nak balik. Sampai saja di rumah mak mertua, aku ingat akan disambut dengan muka gembira, nak peIuk civm anak aku ke apa tapi mak mertua siap perli lagi “doh besa baru nok jumpo tokma..”
Aku buat tak tahu saja, dah PKP kan. Kes tinggi, tambah pula tak boleh rentas negeri bagai. Nak balik macam mana? Ada banyak lagi kisah aku nak cerita tapi aku dah mengantuk sangat ni. Aku cuma minta cadangan dan pendapat pada kalian yang dah berkahwin lama ni macam mana nak ambil hati mak mertua.
Nak kata kami kahwin lari tak juga. Ada proses dipinang lanang dan bertunang. Majlis kahwin kami pun gah kedua – dua beIah pihak maklumlah sebelum PKP kan. Nak kata tak restu tak juga, mak mertua aku yang datang merisik.
Tapi kenapa mak mertua aku bitter sangat dengan aku entahlah. Untuk pengatahuan korang aku tak pernah cerita pun pada mak aku apa yang mak mertua buat atau cakap pada aku. Aku tak nak mak aku sedih yang anak dia dapat layanan sebegini dari mak mertua.
Tolong bagi cadangan macamana nak ambil hati mak mertua. Thanks korang. -Bukan menantu h4ntu- Siti Aishah Nor (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nur Cahaya : Puan, kalau orang tua da macam ni, tak perlu beriya – iya ambil hati, nanti puan s4kit hati sendiri. Puan layan macam biasa, layan elok – elok, hormat orang tua dan tak perlu melebih – lebih sebab ada manusia, lagi kita cuba, m4kin dia benci.
Puan doa jela Allah tu lembutkan hati mak mertua untuk terima puan dan sayang pada puan walaupun sikit dan berdoa la moga j0doh kalian suami isteri berpanjangan. Lagi 1, kita ni senang / bahagia pun tak perlu tunjuk, sebab nanti ada yang s4kit hati. Alhamdulillah suami puan baik, mungkin dia lebih mengenali ibu dia. So puan berhenti berfikir, banyak perkara lain yang puan perlu buat.
Suhaila Syahida : Kesian TT. Tapi memang akan ada mak mertua macam tu. Saya pun peliklah. Dia pun penah jadi menantu seseorang, pernah muda, beranak pinak dan pendek kata. Pengalaman hidup dengan 10 orang anak tu mendidik dia jadi mak mertua yang bertimbang rasalah.
Dengan menantu lain pun dia ada buat per4ngai macam ni ke? Kalau ada.. haha.. per4ngai huduh tapi tak sedar la tu. Tapi kalau takde dengan TT je dia aim serba tak kena. Maksudnya buat – buat la tak nampak dan takyah la beriya sangat nak ambik hati.
Kalau rasa nak bagi hadiah, bagi tanpa harap dia terima atau puji – puji. Kalau beli harum manis tu pun tak perlu la sampai berkotak – kotak. Cukup 2, 3 bijik wat pelepas rasa saje kata orang. Benda banyak ni orang tak hargai pon biasanyaaa apatah lagi kalau free. Jauh lagi tu perjalanan as menantu dia.
Izani Fazani : Jaga hati suami, bapa mertua dan ipar duai. Perhati dan teliti apa yang disukai dan tidak disukai oleh mertua. Solat hajat, zikir ya latif dan perlahan – perlahan tiupkan ke arahnya tanpa dia sedari, niatkan mohon Allah lembutkn hatinya dan timbulkn rasa sayang pada puan. Baca fatihah dan hadiahkan pahalanya untuk mertua. InsyaAllah, dengan izin Allah akan ubah sikapnya, insyaAllah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.