Bapak aku p4ksa aku putvskan tunang tapi cincin tunang aku dia ambik tak bagi balik dekat pihak lelaki

Setiap kali masuk sem mesti ayah aku tanya pasal duit PTPTN aku. Dia akan ambik semuanya dan janji nak bayar balik. Sampai dah habis belajar, dia tak bayar. Kemudian ayah mintak aku buat loan konon nak beli sofa nak gembirakan mak. Aku tertipu..

#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Harap admin siarkan walaupun apa yang bakal aku tulis ni nampak keb0dohan aku. Aku umur 31 tahun. Dah diisytiharkan blacklist CTOS. Dulu blacklist CCRIS. Puncanya sebab aku sendiri.

Tak nak belajar pandai – pandai supaya dapat gaji besar. Memang salah aku bukan bapak aku. Masa mula – mula blacklist CCRIS puncanya sebab aku tak bayar PTPTN selama 6 tahun lamanya. Aku tak bayar sebab bapak aku janji nak bayarkan semua lump sum tapi syaratnya bila dia dapat projek.

Kenapa bapak aku janji macam tu? Sebab dulu duit PTPTN aku semua bapak aku yang ambik. Dia ada bagi la duit makan dan sara hidup. Aku ingat lagi nak jimat punya pasal makan malam aku nasi lemak RM1 je setiap hari.

Setiap kali sem baru bapak aku akan tanya duit PTPTN dah masuk ke? Kalo ayah dapat projek besar ayah bayarkan la. Sejak aku graduate 2012 sampai la aku nak beli kereta kedua aku baru tersedar akan CCRIS ni. Aku keluarkan duit KWSP dan langsaikan hutang tertunggak PTPTN.

Aku plan nak beli kereta kedua sebab kereta pertama bapak aku pakai. Sejak aku beli kereta pertama tu bapak aku pun jual kereta lama dia dan pakai kereta aku. So fine aku ingat nak berbakti pada orang tua aku. Fine.. Tapi aku tak beli pun kereta kedua sebab.. Sambung nanti.

Tahun 2016 bapak aku suruh buat loan sofa. Bapak aku cakap nak happykan mak untuk raya. Bapak aku janji kalau dapat projek nak bayarkan loan sofa lump sum jugak. Aku macam iakan jela sebab nak happykan mak.

Bapak aku try aku lagi suruh buat loan peribadi untuk bapak buat modal bisnes. Masa ni aku b3ngang siap g4duh dengan bapak aku lagi. Dia tuduh aku anak derh4ka la berlagak la. Masa ni memang aku berkeras tak nak buat loan peribadi.

Tahun lepas kereta pertama aku kena tarik. Sebab tak bayar. Kisahnya kereta ni rosak. Dah tau rosak ayah aku bawak kereta tu jugak berjalan – jauh untuk 2 jam perjalanan. Otw balik, kereta buat hal tak boleh start. Pergi la hantar bengkel area situ dan ayah aku balik naik bas.

Berhari – hari kereta letak kat bengkel. Puncanya sebab tak ada duit nak repair dan rasanya ayah aku tak ambil insurans. Akhirnya bank tau lokasi kereta dan tarik. Masa tu rekod bayaran dan 2 – 3 bulan tertunggak jugakla.

Ayah aku biarkan je bank ambik dan jual. Dan aku diisytiharkan blacklist terp4ksa rela uolsss. B3ngang tak b3ngang lah kau sebab kau mana ada duit nak setel benda – benda ni. Duit kereta aku bagi tiap – tiap bulan kat bapak pon dia boleh buat tak reti skip bayar.

Serius aku sangat kecewa sebab tu aku tak beli kereta kedua. Sekarang ni kereta pakai kereta kawan bapak aku. Sewa la kot. Bapak aku t4rget adik aku yang baru kerja beli kereta batu untuk dia. Tapi dah 9 bulan berlalu sejak adik aku kerja.

Kata dia loan tak lepas sebab kerja SL1M je. Betul ke? Bukan kalau nak beli kereta baru pusat jualan kereta ada tawarkan skim pembelian untuk graduan ke? Ke adik aku sengaja eh? Aku malas nak fikir pasal kereta. Aku tunggu je adik aku beli kereta baru baru aku ambil langkah untuk beli kereta secondhand untuk kegunaan aku sendiri.

Sebab kalau aku beli sekarang sah – sah bapak aku yang akan c0nquer. Jahat kan aku fikir macam ni? Aku dah malas nak fikir orang lain. Sebab aku takut terani4ya dan dikhi4nati lagi. Aku dah berk0rban semuanya tapi..

Ni baru pasal loan weh. Banyak lagi aku kecewa dengan bapak aku. Projek bapak aku tu rasa macam angan – angan mak jenin je. Tiap – tiap tahun selalu update aku ada projek itu ini tapi habuk pun takde. Aku anak sulung aku yang tanggung keluarga aku.

Separuh gaji buat keluarga aku. Dulu first job aku kad atm aku bapak aku c0nquer. Sampailah aku mogok dan resign lepas 11 bulan kerja hahaha. Mak aku? Dia suri rumah je dan sejenis diam ikut je telunjuk bapak aku.

Kalau sentuh soal j0doh lagi la aku kecewa. Lepas setahun bertunang bapak aku suruh putvskan. Cincin tunang aku dia ambik tak pulangkan kat pihak beIah sana pun. Ini aku cerita lain kali lah kalau korang nak tahu. Sekarang ni tepu otak weh takde kereta nak ke mana – mana. Doakan segala urusan aku berjalan lancar ye.. Maceh.. – Hani

Komen Warganet :

Nurul Wahidah Gooners : Sama umur, bezaya bapak aku dah derh4kakan aku lama dah. Long story short, dia ada 2 bini dan tak adil dengan anak – anak. Aku anak sulung dan mak aku bini 1st. PTPTN kena ccris 3 tahun lepas.

Nego dengan PTPTN buat penjadualan semula. Alhamdulillah tak miss bayar siap boleh pergi bercuti. Kereta pertama beli 5 tahun lepas. Proton je. Asalkan boleh bergerak. Kalau kau cakap separuh gaji kau pegi dekat family, gaji aku semua pegi dekat family lepas tolak commitment.

Aku lah yang bayar kereta mak aku dari awal kerja (alhamdulillahdah habis bayar), sewa rumah, yuran belajar adik, buku – buku sekolah adik. Lekla, biarkan je bapak kau derh4kakan kau. Yang penting kau bahagiakan mak kau dan tolong adik beradik kau.

Mak aku pun ada je buat hal, berhutang sana sini, tak bayar sewa rumah dan kereta walaupun aku dah bagi duit. Tu belum dia taksub dengan MLM. Tapi beza dia kau redha ke tak. Kalau redha, murahlah rezeki kau.

Nayl Inara : Kesian confessor. Saya simpati. Confessor bukan anak derh4ka tapi ni la yang dik4takan istilah ‘mak bapak derh4ka’. Anak tu amanah tapi dalam kes ni confessor dipergunakan oleh bapaknya yang boleh dik4takan kurang bertanggungjawab.

Confessor kena cekal hati untuk menolak lain kali untuk kebaikan sendiri. Bukan bermaksud derh4ka atau pentingkan diri tapi teruk sangat per4ngai ayah tu. Manipulative sangat – sangat atas dasar anak kena taat kepada parents.

Insan Yang Terpilih : Kad ATM kau. Kalau bapak kau still pegang lagi. Kau takyah minta kat dia. Kau pegi block dan wat kad baru. Pastu kalau bapak kau minta macam – macam kau tolongla buat b0doh. Kau nak berbakti pon tengokla sama. Ni bapak sendiri jah4nam hidup anak. Kau cuma bagi wang ala kadar. Bapak kau ni dah kenapa? GiIa harta ke ape? Kau jadi manusia jangan sampai kena pijak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Shopee Free Shipping : https://shp.ee/ty2vbpz | Apa kata anda?