2 thn isteri nafikan hak saya sbg suami rupa2nya isteri bercinta dgn pelajar sendiri

Saya dan isteri PJJ, isteri merupakan seorang guru. Selepas isteri melahirkan anak dia terus jadi tawar hati. Bayangkan semenjak isteri bersalin 2 tahun yang lalu, saya tidak diberikan nafkah batin. Bila saya datang dekat sebeIah dia akan sibuk scroll HP dan main game. Sehinggalah saya jumpa rekod panggiIannya pada pukuI 2 pagi..

#Foto sekadar hiasan. Kisah 1 : Hai, nama saya Shah. Saya merupakan seorang jurutera yang berkhidmat di pendalaman. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Isteri saya merupakan seorang guru yang berkhidmat di Utara.

Kami mengamalkan PJJ atas persetujuan bersama sebelum berkahwin. Selepas melahirkan anak, isteri saya kerap bermasam muka dengan saya. Ibarat tawar hati. Segala ikhtiar sudah saya lakukan untuk mencari mana kesalahan saya namun tidak dibaIasnya.

Isteri saya juga tidak memberikan nafkah batin selama 2 tahun semenjak kelahiran anak kami. Saya juga kerap menjumpai whatapps isteri dengan anak murid yang mempunyai perkataan yang tak sepatutnya seperti Love, Rindu, jadi someone important dan sebagainya.

Sedangkan dengan saya, dia sudah berubah rentak dan bahasa. Pernah dalam whatapps saya menjumpai rekod panggiIan sehingga dua pagi. Isteri tidaklah pula berbuat sedemikian dengan saya. Saya sedih, bermacam – macam ikhtiar saya lakukan namun isteri hanya melakukan perubahan tapi tidak berkekalan lama.

Isteri juga kerap bermain video game pada henset sehinggalah pagi. Tiap kali saya ajak bersama. Jawapannya, “Kalau nak buat, kena lah ada perasaan cinta, kalau tak umpama main dengan patunglah”. 2 tahun saya dinafikan hak.

Saya selalu bertanya di mana kesalahan saya sehinggakan diperlakukan sebegini. Baru ini kami berg4duh kerana isteri masih melakukan perkara yang sama. Saya mempersoalkan adakah dia memperlakukan sedemikian untuk membuatkan saya marah dan bertujuan untuk memisahkan?

Isteri b3rang apabila menyebut perkara itu. Isteri terus m0gok. Tiada lagi pujukan kerana isteri tidak mahu lagi memberi peluang. Saya boleh bertoIeransi apabila isteri tidak melakukan kerja rumah, tetapi saya sangat b3rang jikalau isteri melakukan perkara yang menduakan suami seperti berborak dengan anak murid, scroll phone sedangkan saya berada di tepi untuk tidur dan tidak mempedulikan perkhabaran suami ketika bekerja di pendalaman.

Kini isteri dan saya sepakat untuk membawa perkara ini ke pejabat agama Islam. Dalam tak sedar tempoh kami berg4duh, isteri bercinta dengan anak murid. Saya sudah habis ikhtiar, beribu kemaafan sudah saya hulurkan namun hanya berbaIas dengan tidak berminat oleh isteri.

Sedarlah saya bahawa saya kini terbuang tanpa sedar. Bukan dalam tempoh saya berg4duh dengan isteri tetapi sudah dua tahun lagi. – Shah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Abell Nur : Allahuakabar. Dapat lelaki baik tapi sia – siakan pulak. Aku ni kalau boleh nak putar masa aku nak pert4hankan sehabis baik rumahtangga aku. Tapi nak buat macam mana campur tangan mertua dan hasutan mertua.

TaIak pun di tangan suami. Sedih tengok orang anggap perkahwinan ni main – main ja. Bro, cubalah bangun malam, solat sunat tahajud minta Allah lembutkan hati isteri kalau masih sayangkan isteri. Kalau tak jalan juga, ambillah langkah seterusnya. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Zulhilmi Jol Hassan : Isteri kata “kalau nak buat kena ada perasaan cinta, kalau tak umpama main dengan patung lah”. Saya baca part ni saja saya tau dah yang isteri kurang didikan. Nasihat saya confessor berpisah saja, sebab perkahwinan adalah amanah, it goes both ways.

Kalau tiada rasa cinta, tiada tanggungjawab dan tidak bahagia, untuk apa kita pert4hankan masjid yang dibina atas memori silam sedangkan pada masa kini dan masa depan segalanya tampak kelam.

Bercinta dengan anak murid adalah sesuatu yang tak patut. Terang – terang anak murid bawah 18 tahun. Anak murid sepatutnya diIindungi bukan diambil kesempatan atau diberi kesempatan. Berpisah sahaja bro, tapi jangan lupa tanggungjawab terhadap anak.

Itu harta dan amanah perkahwinan terhadap awak. Awak ada kerjaya, pr0fession pr0fessional, ramai perempuan yang idamkan lelaki berkerjaya dan stabil. Moga dipermudahkan.

نور الإيمان حسين : Jangan salahkan profesion guru, yang salah individu tersebut yang kurang m4tang. Jika sampai kepada pihak atasan, mungkin akan dikenakan tatatertib kerja kerana bermain cinta dengan murid. Apa pun, semoga Allah memberi penyelesaian yang terbaik buat encik ini. InshaAllah ujian buat encik ni, ada hikmahnya nanti.

AR Kurobe : Kang aku bagi petua kej4m orang marah, jadi ni je nasihat aku. Kau jangan bagi muka dekat bini. Bagitahu mak bapak bini yang kau nak pulangkan dia balik sebab dia curang. Simple. Anak pulak kau bagitahu nak ambil, lagi bagus kau tuntut penjagaan anak kau sebab nanti jadi macam kes anak kena bvnuh dengan mak kandung dan bapak tiri dulu.

Ugvt yang kau akan bagitahu pihak berkuasa pasal salah laku bini kau. Gerenti anak terus dapat. Lepas tu bila dapat anak kau tu, kau report pulak dekat kenalan kawan bini kau, (kalau mvsuh pun ok, senang cakap bini kau mesti ada orang yang anti dengan dia kan) pasal kau syak bini kau bercinta dengan anak murid.

Kalau orang perempuan paling benci dengan lelaki curang, kami yang lelaki ni pun benci perempuan curang juga. Lagi – lagi kalau spesis mak ikan ni. Kalau bini ko jenis suka budak bawah umur ada kemungkinan anak kau pun akan jadi m4ngsa. Jadi lebih kau seIamatkan anak kau tu dulu. Stay safe.

Kisah 2 : Kebelakangan ni banyak terbaca / dengar cerita tentang suami curang dan sebagainya. Jadi rasa terpanggil nak cerita kisah aku. Aku dan isteri sebaya. Isteri aku serius sangat cantik, dah tahap model gitu.

Dan aku agak banggalah jugak sebab aku berjaya pik4t dia, sedangkan classmate, senior, junior ramai yang tergiIa – giIakan dia. Kalau dalam kelas dulu, memang dia paling cantik dalam kelas. Aku puji bukan sebab dia bini aku, tapi dia memang cantik.

Aku anak dato’. Zaman degree bapak aku dah bagi pakai kereta mewah. Dan selepas graduate, aku dapat kerja di syarik4t besar. Aku terus pinang bini aku ni. Lepas nikah kitorang h0neym0on di eropah. Waktu tu ramai giIa member yang duk jeles kat aku.

Kira macam cukup pakej la aku ni. Ada rupa, anak orang kaya, gaji besar, bini persis model. Tapi tu dulu. Selepas 8 tahun kahwin, bapak aku mufIis. Jadi duit aku banyak aku habiskan untuk tolong keluarga aku. Tapi takpe je.

Sebab gaji aku besar, so tak terjejas pun. Bini aku, aku tak bagi kerja. Layanan dia high class. Dia rajin masak untuk aku. Selepas 13 tahun kahwin, kami diduga. Aku dibuang kerja. Aku try cari kerja tapi tak dapat. Duit yang aku dapat dari company, aku labur.

Dan maIangnya aku ditipu. Keadaan kewangan aku sangat kritikaI waktu tu. Sehinggakan dah tak mampu nak bayar rumah. Jadi kami berpindah dari semi-D ke apartment. Bini aku tak nak kerja, sebab dah terbiasa duk rumah.

Jadilah kami berdua penanam anggur di rumah. Anak 3 orang masih belajar, bayangkan betapa banyak belanja waktu tu. Aku banyak pinjam duit kat kawan – kawan dan keluarga sampaikan aku dah malu sangat – sangat.

Sejak aku menganggur tu, kitorang dah tak dapat pergi melancong, tak dapat nak belikan bini handbag. DAN LAYANAN bini aku seratus peratus berubah. Dia dah tak hiraukan aku. Cakap kasar. Dah tak masak. Malam – malam keluar dengan make-up tebal.

Bila aku mintak hak sebagai suami, macam – macam alasan dia bagi. Dan selalu jugak dia menengk1ng aku. Akhirnya, selepas 21 tahun usia perkahwinan kami, aku dah tak tahan. Aku ceraikan dia. Lepas cerai tu dia terus kahwin dengan lelaki kaya yang dah beristeri dua. 2 orang anak aku amik, seorang lagi dia amik.

Tinggallah aku bersama anak lelaki aku. Sekarang ni aku bawak teksi n petang – petang jual goreng pisang. Dah 3 tahun kami bercerai. Aku teringin nak berkahwin baru, tapi aku f0bia.

Komen Warganet :

Izzat Ruslan : Sedih baca kisah ni. Itulah setengah perempuan ni boleh diibaratkan seperti semut. Di mana ada gula which is kewangan, di situlah tempat dia hurung. Sebutir gula boleh dihurung oleh berdozen semut.

Perempuan ni tak nampak usaha kita dan susah payah kita. Tau nak senang je. Bukan semua tapi sesetengahnya macam tu lah, tak boleh nak hidup susah. I feel u bro.

Amirah Najwa : Dari confession bro, saya agak bro dalam 40an macam tu.. bagi saya, apa – apa pun kena ubah matlamat hidup, tu yang pertama. Saya baru dengar ceramah, pasangan, anak – anak, harta dan jiran tertangga ialah 4 ujian anak Adam.

Ujian utama.. jadi, betulkan hidup bro dulu, rapatkan diri dengan Allah.. banyakkan berdoa, in sha allah, dapat jalan keluar setiap masalah. F0bia pun boleh hilang. in sha allah. Sorry lah, saya pun budak mentah, harap nasihat ni dapat membantu bro. wasalam.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.