2 tahun lepas, masa umrah suami doa supaya aku lembut hati untuk poligami. Pelik, bila aku dah setuju, perempuan tu kahwin dengan orang lain

Aku suruh suami pilih antara aku atau skandal dia. Da meng4muk. Suami terus tarik tangan aku c4mpak beg pakaian aku dan anak – anak untuk keluar dari rumah. Suami p4ksa aku kemas beg pakaian. Anak – anak tengah tidur. Sampai hati…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Setelah sekian lama aku memendam untuk bercerita tetapi baru saat ini aku diberi kekuatan untuk mengekspresikan apa yang terbuku dalam hati. Aku Anne seorang suri rumah, mempunyai 4 orang cahaya mata.

Aku cukup sayang keluarga aku, anak – anak aku. 10 tahun lebih usia perkahwinan aku. Beza umur aku dan suami aku, dia 4 tahun lebih tua dari aku. Aku gelarkan dia K. Sebelum berkahwin aku pernah bekerja. Selepas kahwin, hidup aku hanya fokus pada keluarga semata.

Bukan aku tak mahu bekerja, tapi disebabkan jarak anak – anak rapat dan masih kecil aku membuat keputusan untuk fokus sahaja pada anak – anak, kini anak sulung 10 tahun, yang keempat jarak jauh sedikit berumur 10 bulan. Long short story, aku tak tahu nak mula dari mana, tapi setiap kali aku teringat namanya di mana – mana hatta nama masjid sekalipun buat diri aku tr1gger, teringat benda – benda yang boleh buat hati aku terh1ris seperti disi4t – si4t.

Aku terfikir, adakah aku salah berdoa? Terlalu sebut tak tahu makna, atau kebetulan? Aku selalu berdoa minta diberikan hidayah dan taufiq dalam hidup aku. Dalam tak sangka, Allah betul – betul hadirkan seorang wanita bernama Hidayah.

Sebagai skandal suami aku sendiri. Lucu bukan? Tapi itulah hakik4tnya. Semuanya bermula bila K membeli kereta baru dan K cuba nak connect usb telefon dengan player kereta, pap! muncul satu nama perempuan di situ. Aku tak tegur, aku diam jelas nama “Hidayah”, K pula tak panik tenang. Cepat – cepat dia cabut.

Anak sulung aku menyebut “eh siapa Hidayah tu ayah?” Tiada balasan. Sunyi. Aku bukan sejenis cemburu buta. Aku tak kisah kalau itu sekadar rakan sekerja. Dan aku tak menyoal satu pun dan aku ignore. B0doh rasanya teringat balik kenapa aku tak cepat – cepat ambil nombor yang tertera di skrin tu.

Sehinggalah saat waktu ulang tahun kelahiran aku, K ajak aku dan anak – anak celebrate bersama, aku dan anak – anak seronok makan bersama seterusnya shopping, K belikan kasut sneakers kesukaan aku walau harganya cecah RM400, lagi bertambah gembira dan sayang aku pada K. Akan aku jaga kasut ini sebaik – baiknya aku nekad.

Pulang sahaja ke rumah, aku berdua dengan K di bilik, aku mengusik, berseloroh, aku ada request satu lagi untuk hari jadi aku hari ini. K bertanya, jika boleh dia akan tunaikan. Aku minta untuk check telefonnya. Terus wajah K berubah. Aku cuba memujuk dan mengusik lagi, K macam endah tak endah tanpa memandang wajah aku, aku dapat agak hint tu.

Aku bertanya lagi jika tiada apa – apa, kenapa perlu sorok? K menjawab memang tak boleh kalau request telefon banyak rahsia kerajaan. Okey. Terus aku direct “abang, ada perempuan lain ke selain sayang?” K terdiam. Lama aku tunggu jawapan. Pujuk dan pujuk akhirnya K mengaku ya, ada. Aku masih tenang, aku tanya siapa? kenal di mana? bila?

K menjawab semua pertanyaan aku dengan jujur tanpa rasa bersalah K meluahkan hasrat ingin berkahwin dengan H. Aku? Tergamam! Diam. Mengalir air mata aku sederas – derasnya. Rupanya sudah lama melamun cinta dengan H sejak ada anak nombor 3, hampir 6 tahun. Aku kecewa, aku rasa tertipu aku rasa aku dikhi4nati.

Kasut tadi, aku rasa nak c4mpak je. Aku jadi hilang pertimbangan. Ya, memang salah aku sebab aku yang tanya. Tapi aku ambil peluang ini sebagai pillow talk dengan K memandangkan moodnya ok. Tapi aku tersilap, akhirnya menjer4t diri sendiri.

H muda setahun dari K, H dan K hampir cecah usia 40an. Masih anak d4ra. Aku terkedu. Kenapa H? K cerita H dulu adalah crush junior di zaman universiti. Jadi mereka berjumpa bertembung di masjid salah satu universiti itu beberapa tahun lepas. Aku hanya senyum sinis.

Malam itu aku hilang pertimbangan, aku jadi benci tengok K sangat – sangat benci. Walau K cuba memujuk. Aku tetap diam seribu bahasa. Aku tak meIawan cuma aku ignore. Aku cuba korek lagi rahsia K dan H, paling aku sedih ketika aku dan K tunaikan haji 2 tahun sebelum itu, di padang Arafah, aku bersungguh – sungguh minta maaf salah silap aku sepanjang aku jadi isteri K, apa kesalahan aku nak aku baiki, tegurlah aku.

K hanya ignore. Dan aku bertanya K jika dia ada apa – apa nak bagitahu atau luah pada aku. K hanya menggeleng. Bila malam kejadian tu, K cerita semula dan jawab pertanyaan aku K bagitahu waktu Arafah tu K doa agar aku lembut hati untuk terima H dalam hidup aku.

Lagi bertimpa – timpa beban atas kepala aku bila aku dengar dari mulut K sendiri. Bertambah benci membuak – buak rasa amvkan dalam diri aku. Tapi aku masih kawal, sebab aku masih nak korek hingga aku dapat kenal wajah H. Aku minta maaf aku tak boleh cerita details, sangat panjang untuk aku ceritakan.

Sampailah beberapa minggu aku masih benci dengan K, aku cuba kawal marah aku, aku jaga anak – anak, masak, urus rumah tangga seperti biasa. Cuma K aku tak boleh tengok. Sedih orang yang aku sayang susah senang dari kami zero bersusah payah dan berkahwin senang – senang tipu aku main belakang aku hidup – hidup.

Oh ya, kadang – kadang K offshore, K pernah cerita waktu offshore K pernah video call dengan H. R3muk h4ncur hati aku macam – macam aku terbayang. Satu soalan aku tanya K, pernah terIanjur? K jawab tak. Sedang diri aku terumbang – ambing huru – hara uruskan anak – anak sendirian, ketika K offshore atau outstation, K masih berani main belakang aku.

Sangat k3jam! Masih ada masa terluang. Bukan sibuk seperti didakwa! Kalau sibuk tiada masa untuk semua benda remeh ini. Aku senang je, aku bukan menafikan hak berpoligami, tapi aku marah sebab aku dikhi4nati. Tempoh percintaan mereka 4 tahun.

Bayangkan ibarat kau b0doh sayang dia seorang sedangkan hati dia ada orang lain. Sangatlah b0doh. Sehinggalah aku confront sekali lagi dengan K, walau suasana memang tegang, aku tanya K jika diberi pilihan, K memilih aku atau H. Kalau K memilih H, aku minta dilepaskan.

Tanpa berfikir panjang, K terus tarik tangan aku c4mpak beg pakaian aku dan anak – anak untuk keluar dari rumah, K seolah – olah dirasuk. Anak – anak waktu itu sudah tidur, K mem4ksa aku kemas pakaian, sehinggalah aku sendiri menangis kenapa kerana H kita berantakan.

K memberi amaran kalau aku tak keluar, dia sendiri akan keluar. Biar dua – dua tak dapat jerit K. Aku tetap berkeras tak keluar rumah, akhirnya K yang keluar dan K balik 2 hari selepas aku pujuk anak – anak rindu dan tanya di mana K. Aku cuba cari apa salah aku, aku gagal ke? Aku tak cantik di mata K? Aku dah tak berharga untuk K lagi ke? Sehingga aku tak putus asa aku confront lagi entah kali ke berapa tanpa aku serik untuk diherdik, selagi K tak ceritakan punca utama K jadi begitu.

Akhirnya K bagitahu, setiap kali pulang rumah topik aku cakap hanya rumah anak – anak, itu sahaja. Sedangkan H macam – macam topik saling bertukar idea dalam bekerja. Buat pengetahuan H bukan sama bidang K. Dan bukan satu tempat kerja. Seorang barat seorang timur.

Aku seolah – olah rasa aku ni aneh, bosan betul aku ni sampai tak ada topik untuk aku borak punca isu K ada skandal. Aku cuba selepas itu cari satu atau dua topik hal semasa sebagai buah bicara sebaik sahaja K pulang rumah. Mungkin boleh berubah. Sama sekali tak.

Sebenarnya aku masih menjaga penampilan aku, walau aku di rumah. Bukan masih bau bawang atau selekeh. Aku sentiasa ready. K hanya makan, masakan yang baru masak. Jadi aku akan pastikan aku akan masak timing K nak dekat balik rumah. Semua tersedia. Lauk nasi masih panas.

Sampai satu tahap aku dah tak boleh tahan per4ngai K ignore aku, selepas kes keluar rumah tempoh hari. K dingin dengan aku. Tak bercakap. Hanya anak – anak K melayan. Aku dah tak boleh nak tanggung keseorangan. Terasa giIa. Kadang – kadang ada waktu kami baik, kadang – kadang kami g4duh. Sehinggalah aku disahkan mengandung anak keempat.

Sebelum kantoi skandal aku dah 2 kali keguguran, aku tahu akhirnya jawapan aku terjawab. Allah nak tunjuk, K ada perempuan lain. Allah tolong aku waktu itu. Tapi bila mengandung kali ini hidup aku double str3ss. K masih contact H. Aku mengalah, aku turutkan hasrat K untuk ambil H jadi madu aku tapi aku nak balik rumah mak aku dan anak – anak untuk bertenang. Seminggu anak – anak tak ke sekolah atas masalah sampah ini.

Aku biarkan H buat keputusan, aku sudah lelah penat dengan semua ini. Dengan syarat, aku minta K bagitahu H yang aku tengah mengandung. K setuju. Mak ayah aku hanya turutkan keputusan aku walau mereka tetap bantah tindakan aku. Aku fikir anak – anak aku. Aku tak akan mengalah.

Aku minta K bawa aku berjumpa H, jika dia betul – betul serius dengan hubungan ini. MaIangnya, K maklumkan pada aku H sudah ada calon yang dicari oleh orang tua H. Aku seolah – olah tak percaya, tak mungkin secepat itu, bukan ke bercinta bagai serius hingga nak kahwin. Atau mereka berdua mereka – reka cerita untuk jaga perasaan aku.

Sehinggalah pada itu aku dah tak tanya lagi tentang H, aku selamat bersalin secara c-section, padahal anak – anak aku sebelum ini semuanya normal. Alhamdulillah aku masih diberikan nyawa untuk jaga anak – anak aku. Menangis aku terkenang adakah kerana asbab d0sa aku meIawan K selama ini.

K menjaga aku sangat baik waktu aku berpantang, ya hikmah aku nampak aku bersalin c-section, berbeza layanan K waktu anak – anak sebelum ini bersalin normal. Dulu – dulu semua mak aku yang uruskan. Aku ingat dengan aku mendiamkan diri selama ini, dan H pun sudah berkahwin, K tak lagi contact H, ternyata sangkaan aku itu meleset.

Selepas beberapa bulan kemudian, waktu itu K bawa aku anak – anak seharian keluar. Malam tu K minta untuk keluar atas alasan ada kerja perlu diselesaikan oncall meeting dari platform. K tak boleh buat kerja di rumah kerana ketika itu aku di rumah mak aku dan ada adik beradik lain riuh rendah berkumpul.

Okey tak mengapa aku faham kerja dia. Aku hulur tangan salam dan pesan pada K lepak mana – mana maklum pada aku. Dan jangan balik lewat sangat. Setengah jam kemudian, aku check telefon K masih tak bagitahu lokasi dia lepak, dan aku mesej K sepatah.

Aku terdetik teringat telefon anak aku siang tadi tertinggal dalam kereta dan aku check location telefon ternyata K going somewhere by LRT. Aku sangat terk3jut, hati aku bercampur baur. Masih pilih untuk tenang tanpa sp0ilkan mood family adik – adik aku lain di rumah.

Aku perhatikan lokasi telefon hampir sejam tempat yang sama. Kemudian barulah K reply, dia lepak area kawasan rumah aku sahaja. Aku hanya menggeleng kepala mem4ki dalam hati. Masih tak jujur lagikah? Sampailah K tiba di rumah, lewat satu pagi aku bertanya K ke mana, jawapan masih sama.

Lepak area kawasan berdekatan. Dua, tiga kali aku minta K jujur, K masih lagi menafikan. Aku bagitahu telefon anak dalam kereta, jangan tipu aku, terus air muka K berubah. K mengaku K pergi berjumpa H. Sekadar hantar barang “back support waist”, K pernah cerita H ni ada s4kit kr0nik, selain tulang belakang bermasalah. Entah betul ke tak aku pun tak tahu.

Oh ya, alasan kedua K kenapa pilih H, sebab K dan H plan untuk buat satu company bersama dan invest, share ideas untuk jangkaan masa hadapan. Sangat tipikal lucu bukan? Invest dengan skandal? Isteri depan mata tiada masa depan ke? H1na betul diri aku rasa. Zero betul aku depan mata kau kan K.

K terus tak boleh tidur bila tahu kantoi b0doh macam tu, K masih ego, masih tak minta maaf hingga kini. Tapi aku pilih sabar, aku fikir anak – anak aku. Sekali lagi K buat, aku akan terus bangkit tanpa menoleh lagi. Walau hidup aku ni dih4ntui bayang – bayang curiga, aku tetap nak bagitahu perasaan aku ni valid, apa yang aku rasa ini tak salah.

Dan selepas – selepas ini K outstation ke mana aku tak nak ambil tahu dan peduli, jujur jujurlah, tipu tipulah. Aku dah letih, penat. Aku sayang diri aku. Anak – anak aku. Apa – apa aku dan anak – anak aku utama. Buat H, andai betul anda seorang pes4kit kr0nik, baik anda jaga kesihatan anda baik – baik, jaga suami anda baik (kalau betul anda dah berkahwin). Kalau anda tipu, aku tak ada hak, aku serah bulat – bulat pada Allah.

Terima kasih atas kes3ngsaraan kau pada aku. Terima kasih atas tr4uma kau berikan hingga saat ini. Aku tak salahkan kau seorang aku salahkan K juga. Tapi kalau dah tahu suami orang kenapa masih melayan? Kalau ajak berjumpa baik – baik kenapa masih menyorokkan diri tapi masih berani berjumpa lelaki orang? Suami sendiri tahu kah?

Jangan lupa Allah tak tidur. Allah سميع وبصير. Aku harap aku berdoa aku tak sebut lagi berikan hidayah, aku akan doa kau, K dan aku diberikan petunjuk dan taufiq oleh Allah. Maaf aku tak boleh lupa apa kau buat. Tak akan! Aku harap suami kau tak buat pada kau. Sekian… – Anne (Bukan nama sebenar)

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :