
Duit pencen beratus ribu, satu sen pun tak dibahagi. Tak ada seutas emas walau sepasang subang hadiah untuk aku. Kalau beli barang dapur dia bagi duit tapi baki kena bagi balik. Dia beli rumah, aku tak boleh ubah apa – apa pun dalam rumah. Dia pernah marah aku sebab g4ntung cermin di ruang tamu..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Terima kasih sudi siarkan luahan hati aku. Andai apa yang aku tuliskan membuka aib suami aku, moga Allah ampunkan aku. Allahu. Sebak, sedih, kecewa, putus asa, hilang arah dan d3rita, tu yang aku rasa saat ni.
Ujian Allah buat aku sejak kecil. Hilang kasih ayah ibu, hidup penuh dengan kemiskinan sehingga kini usia aku mencecah 40an. Tak henti – henti Allah uji aku. Allahu, sayangnya Allah pada aku sehingga usia aku saat ni tak pernah aku rasa sekelumit pun bahagia walau sudah 20 tahun hidup dalam alam perkahwinan.
Sudah ada 4 orang cahaya mata, namun setiap hari tak pernah kering air mata dengan sikap suami, anak dan kesusahan hidup yang serba sederhana. Allahu. Masa aku masih kecil aku sentiasa cakap pada diri sendiri, “Hari ni aku susah, miskin tak ada ibu bapa. Aku harap di usia tua aku nanti aku akan bahagia penuh dengan limpahan kasih sayang.”
Aku silap. Allah masih sayang aku, sebab tu aku diuji dengan suami yang berkira dan kedekut. Selalu meny4kitkan hati aku. Boleh dikatakan aku ni tak pernah dianggap sebagai isteri, hanya sebagai orang gaji dan peneman tidur. Urusan duit semua dia pegang.
Duit pencen beratus ribu, satu sen pun tak dibahagi. Tak ada seutas emas walau sepasang anting – anting hadiah untuk aku. Kalau beli barang dapur dia bagi duit, tapi baki tetap dia ambil semula. Dia beli rumah, tapi aku tak boleh ubah apa – apa pun dalam rumah.
Pernah aku g4ntung sebiji cermin di ruang tamu, seharian aku kena bebel. Sebab dia pernah kata rumah tu rumah dia. Emm, mungkin betul sebab aku tak boleh buat apa – apa dalam rumah ni tanpa izin dia. Duit bulanan dia bagi aku RM200.
Duit tu pun aku bayar untuk wifi. Maklumlah dalam rumah aku ni anak pakai internet kadang – kadang untuk cari informasi di internet sebab rumah kami jauh dari bandar. Dengan duit RM200 tu aku bayar bil, sebab dia kata, “Awak yang nak pakai, awak yang bayar.”
Baru – baru ni dia buat pinjaman dapat RM30,000. Sampai saat ni satu sen pun tak bagi pada aku. Dah banyak kali aku minta, bagi lah aku walau RM1,000 aku nak buat belanja. Dah macam pengemis aku ni. Dia buat b0doh saja sambil cakap, “Duit tu banyak lagi aku nak pakai. Aku nak buka bisnes tau.”
Sambil menitis air mata aku berkata, “Berkat kalau awak bagi aku walau sedikit. Anggaplah awak sedekah pada aku. Sebab aku pun tak kerja. Kalau nak isi minyak kereta pun minta duit dengan awak.” Aku ni satu lipstik pun tak ada.
Bedak, minyak wangi pun tak ada. Syampu rambut pun pakai sabun basuh. Aku nak juga berbelanja barang mekap seperti wanita lain. Beli produk, kain baju atau tudung sehelai pun. Sepanjang hidup aku asyik mengemis minta baju dengan adik sebab adik alhamdulillah seorang wanita yang berjaya dalam perniagaan.
Adik lah banyak membantu dari segi kewangan sebab dia tahu suami aku jenis berkira dengan aku. Jawapan suami aku, “Okey aku bagi kau RM1,000. Nak tengok berkat bagi pada bini yang kau cakap tu.” Pernah tak sahabat yang baca luahan aku ni terfikir, hidup aku penuh d3rita dan air mata, kenapa aku tak bvnvh diri saja?
Anak – anak pun sudah dewasa, dah bekerja. Nak hulur pada mak RM50 pun tak pernah. Mungkin ikut per4ngai ayahnya. Jadi untuk apa hidup aku di akhir usia ni? Hanya menghabiskan sisa hidup dengan penuh d3rita, tangisan dan air mata?
Aku bangun di pertiga malam memohon pada Allah, “Allah bantu h4mbamu ni. Aku letih. Aku tak inginkan perkahwinan seperti ni lagi ya Allah. Tiada kasih sayang dan cinta antara suami. Berikanlah jalan penyelesaian untuk aku.” Andai Kau ambil nyawa aku, beri aku sedikit rasa bahagia di akhir usia aku. Allahu. Sayangnya Allah sehingga setiap saat aku diuji dengan suami dan anak. Diuji dengan tangisan dan d3rita. Aku dah biasa menangis sendiri. S4kit aku pergi klinik sendiri.
Aku dah biasa semua masalah aku tempuh seorang diri. Aku tahu Allah sayang aku. Allah uji aku dengan suami yang tak menyayangi aku. Berapa kali dia curang aku masih bertahan. Beribu kali dia Iukakan hati aku, aku masih bertahan.
Kalau dulu setiap kali aku menangis depan arw4h abah, dia akan lap air mata aku. Kini biar sampai basah baju aku dengan titisan air mata, suami cuma buat tak tahu saja. Aku rindu arw4h abah. Sayang abah pada aku ibarat menatang minyak yang penuh. Tak pernah sekali pun dia biar air mata aku jatuh ke bumi. Abah.
Sahabat sahabat, doakan aku kuat meniti usia aku. Kuat dengan ujian Allah buat aku. Moga aku tak sesat dengan hasutan sy4itan agar aku habiskan hidup aku di dunia ini. Allahu. Aku tak kuat.
Ulasan Pembaca :
Song Onim Circle : Bangunlah kak. Kalau adik berjaya, mintalah pertolongan dia sebelum akak mampu bina hidup sendiri. Dapatkan kerja dan nikm4ti hidup yang sudah terlepas sebelum ni. Bahagiakan hati sendiri selepas penat jaga hati orang. Anak dan suami, biar Allah balas segala perbuatan mereka.
Nur Syaa : Percayalah tak ada keberkatan hidup suami yang tak pernah bahagiakan isterinya. Satu masa nanti dia akan terduduk dengan perbuatan dia pada isteri. Sis mampu berdoa dan jangan putus asa berdoa. Lambat laun Allah akan kabulkan juga. Bvnvh diri bukan jalan terbaik. Berpisahlah walaupun perit untuk tinggalkan. Tak ada guna kita biarkan hidup kita sendiri h4ncur. Carilah kebahagiaan sendiri.
Azian Ahmad : Menitis air mata aku baca. Usia awak lebih kurang aku rasa hampir separuh abad. Jangan fikir singkat nak bvnvh diri tu bukan jalannya. Rasa kalau awak cerai pun awak boleh hidup lagi. Awak masih ada adik beradik kan.
Awak boleh keluar dari manusia yang tak menghargai tu. Awak ada hak untuk bahagia. Keluarlah dari belenggu kesedihan tu. Kesian sekian lama awak dah tanggung perasaan awak tak dihargai. Cuba cari jalan keluar insyaAllah. Mulakan hidup baru.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.