Kononnya aku la wanita paling bahagia, ibu kepada 3 orang anak. 6 tahun kahwin akhirnya suami kant0i bercinta dengan perempuan lain siap pergi ‘honeymoon.’ Aku tinggalkan rumah 3 hari dengan harapan suami akan insaf tapi suami balas balik, keluar rumah 5 hari tak balik..
#Foto sekadar hiasan. Salam admin. Terima kasih seandainya kisah saya ini disiarkan. Saya seorang isteri dan seorang ibu kepada 3 orang anak perempuan. Pada mulanya semuanya tampak seperti normal, bahagia. Aku lah kononnya wanita paling bahagia di dunia ini.
Tetapi bahagia aku tidak lama. Setelah 6 tahun kami bercinta, kami bertunang dan berkahwin pada tahun seterusnya. Bohonglah kalau masa di alam pertunangan tiada dugaan kan. Ye, sudah tentu ada. Kami hampir tak jadi berkahwin disebabkan si dia tak mahu meneruskan perkahwinan dengan aku.
Alasannya aku selalu berg4duh dengannya. Tidak mahu mendengar katanya. Ya, aku mengaku, aku seorang yang terlalu cemburu pada masa itu sebab aku terlalu sayangkan dia. Akhirnya, setelah aku pujuk, kami berkahwin. Rezeki aku mengandung awal, orang kata bunting pelamin lah kan.
Tapi aku keguguran. Tak lama selepas itu aku mengandung lagi. Alhamdulillah maka lahirnya puteri sulung aku. Nak dijadikan cerita di sini setelah 6 tahun kami berkahwin, aku dapat merasakan sesuatu yang aneh tentang dirinya.
Dia sem4kin menjauh dari aku. Apabila aku merajuk, aku tidak akan dipedulikan malah aku ditinggalkan sendirian. Episodnya bermula di sini. Pada suatu hari, aku memeriksa telefonnya, dan ya, dia curang di belakang aku. Setelah kant0i, kami berper4ng besar sehingga aku keluar meninggaIkan rumah selama 3 hari dengan membawa dua lagi anak aku.
Yang sulung dia jaga kan disebabkan anak aku meraung melihat kami berg4duh. Allah, berd0sanya aku tinggalkan anak aku pada masa itu. Aku tiada pilihan lain. Hati aku bagai dir0bek, h4ncur tak dapat digambarkan. Kemudian, dia datang mencari aku.
Aku pulang dengan harapan dia akan berubah tetapi aku merasakan aku lah isteri yang paling maIang. Dia masih tidak berubah. Si perempuan itu tahu dia bercinta dengan suami orang, tapi dia tidak kisah kerana katanya dia sayangkan suami aku.
Aku bagaikan orang giIa pada masa itu. Tidak lama selepas kant0i, suami aku sem4kin menunjukkan belang. Dia tidak pulang ke rumah selama 5 hari. Dan aku tahu mereka berjumpa di seberang. Sekali lagi hati aku h4ncur seh4ncur – h4ncurnya.
Dia menipu aku dengan mengatakan dia pergi untuk bekerja outstation. Firasat seorang isteri selalunya memang betul dan ya aku jumpa bukti dia ke sana. Aku masih bersabar, bagi peluang tapi sedikit pun dia tidak mempedulikannya.
Aku bagaikan seorang isteri hanya di atas sijil perkahwinan sahaja. Gambar mereka berdua bagaikan pasangan yang sedang berbulan madu. Air mata aku mengalir tidak dapat ditahan lagi. Suatu pengkhi4natan yang tak akan aku lupakan sampai aku m4ti.
Dua kali dia ke sana berjumpa si kekasih hati. Aku ditinggalkan bersama anak – anak yang masih kecil. Em0si aku berkecamuk. Hidup aku tak menentu. Tapi dengan kekuatan yang aku ada aku masih bertahan sehingga ke hari ini.
Sudah 2 tahun masa berlalu, aku masih di sini. Begini. Suami aku masih bercinta dengan kekasih hatinya. Aku nampak mereka mesej tapi aku pejamkan mata. Aku sudah malas berg4duh. Aku sudah tidak tahu apa yang harus aku lakukan.
PerIukah aku menamatkan sahaja perkahwinan ini?? Atau perIukah aku bertahan lagi demi anak – anak aku kerana semestinya suami aku tidak akan kembali lagi pada aku. Buat suami aku, terima kasih atas segalanya, aku redha sekiranya kalian mahu berkahwin dan aku izinkan tetapi lepaskanlah aku.
Biar aku mencari kebahagiaan ku sendiri. Terima kasih anda semua kerana sudi membaca coretan hati aku. Seorang isteri yang ters4kiti. Doakan aku bahagia ya selepas ni. – Wanita biasa
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.