Gaji aku berganda besar dari suami, tiap bulan aku bg nafkah RM600 kat suami

Aku rasa geram la sebab asyik aku je yang kena keluar duit. Aku cakap dekat suami dia tak boleh tidur hotel mahal – mahal tak boleh beli kasut setiap bulan, tak boleh shopping tapi semua gagal. Akhirnya aku buat keputvsan bagi dia nafkah RM600 sebulan..

#Foto sekadar hiasan. Semenjak dua menjak ni banyak cerita pasal gaji isteri lebih besar dari suami, dan aku pun ada dalam situasi yang sama. Aku seorang isteri dan ibu. Aku dan suami bekerja. Gaji aku boleh dik4takan berganda – ganda lebih besar dari suami.

Gaji hakiki ditambah dengan side income yang lumayan. 5 tahun aku pendam dilema “bergaji lebih besar” ni. Bukan tak pernah berbincang, tapi bila berbincang, tak berpenghujung. Setiap bulan akan hadapi perkara yang sama.

Suami aku, ada tanggungan kereta, rumah sewa (kami tinggal di negeri berasingan), minyak dan tol untuk balik setiap hujung minggu dan loan. Dan ada sikit baki untuk makan minum dia sorang. Aku pula, ada tanggungan rumah, kereta, rumah sewa, bil, pengasuh dan personal loan.

Itulah sedikit sebanyak komitmen bulanan kami. Dulu, pernah juga aku rasa geram sebab asyik aku kena keluar duit, asyik pakai duit aku je, kan “duit suami duit isteri, duit isteri duit isteri”. Tapi Alhamdulillah baru – baru ini aku jumpa jalan penyelesaian.

Hati aku pun m4kin bahagia. Setiap kali aku nak terbabas aku akan ingat benda ni “sebaik – baik sedekah seorang isteri, adalah kepada suaminya”. Dekat sini aku nak kongsi apa aku buat, dan aku harap, isteri – isteri “bergaji lebih besar” dekat luar sana tu, kalau ianya baik, ambillah kalau tak baik, jadikan iktibar.

1. Berbincang, visualize. Suami aku ni alhamdulillah boleh dibawa berbincang, tapi kena ada cara nak ajak bincang. Cara yang aku guna dulu, aku bagitau dia tak boleh tidur hotel mahal – mahal, tak boleh shopping, tak boleh beli kasut tiap – tiap bulan, tak boleh itu tak boleh ini, end up, tak jalan.

Mungkin sebab terlalu banyak “tak boleh”. Aku tukar taktik. Aku buat satu excel, aku tulis berapa banyak gaji aku, dan berapa banyak komitmen aku. Termasuk sewa, api, air, astro, pengasuh, belanja dapur, duit untuk mak ayah aku dan mentua, susu, pampers, loan, asb, takaful, SSPN, semua aku tulis. Dan ada satu lagi aku tulis nama suami aku dalam list komitmen aku tu. Aku letak RM600.

2. Kenang peng0rbanan suami. Nampak macam aku yang bagi nafkah dekat suami aku kan bila aku bagi dia RM600 tiap – tiap bulan? Aku beruntung, sebab gaji aku besar, tapi sebelum aku dapat duduk dekat position aku sekarang, suami aku lah yang banyak sokong aku.

Kalau bukan sebab dia, bukan sebab restu dia, aku tak sampai tahap ni sekarang. Jadi apalah sangat RM600 tu. Tapi sebenarnya, maksud tersurat aku, kalau dia nak shopping ke, nak holiday ke, nak tidur hotel ke, dia cuma ada RM600 untuk dia guna.

Jadi, tak adalah over budget, lepastu aku geram sorang – sorang bila over spend. Tapi sebenarnya, RM600 tu, guna untuk aku dan anak – anak juga.  Kadang – kadang suruh dia singgah kedai beli pampers, beli ikan, bayar dekat kedai makan, ataupun anak – anak minta beli biskut, beli roti canai pagi – pagi itulah duitnya.

3. Beri kuasa duit pada suami. Aku tak berapa suka cara pegang duit suami dan bagi dia belanja hari – hari. Sebab pada aku, orang lelaki ni (tak semua but mostly), dia ada eg0, dia ada maru4h. Tapi masih aku yang jadi menteri kewangan.

Kena tau ke mana duit tu pergi atau berapa banyak nak guna. Sebelum aku terima offer kerja sekarang, aku bagitau siap – siap pada suami aku yang aku tak nak dia rasa rendah diri atau rasa tak ada kuasa dalam keluarga hanya sebab “gaji aku lebih besar”.

Siapa ada duit, dia raja. Aku tak nak macam tu. Sebab, aku sendiri takut kalau aku jadi sombong dan tak hormat pada suami aku hanya kerana “gaji aku lebih besar”. Jadi, bila pergi kedai makan, suami yang bayar dekat kaunter, kan nampak elok, dia pun tak segan. Maru4h dia sebagai seorang suami pun terpelihara. Suami pun reti segan bila setiap kali keluar makan nak minta duit daripada isteri.

4. Redha. Yang ini atas diri sendiri. Ada orang mulut cakap ok, tapi dalam hati tak rela. Cuma apa yang aku perasan, bila aku redha, rezeki kami m4kin bertambah – tambah. Jangan sempitkan rezeki suami lagi, redhakan duit yang kita kongsi dengan dia.

Walaupun itu duit aku, aku tetap minta kebenaran suami untuk guna. Tanya dia boleh tak nak beli itu atau ini. Aku buat macam tu supaya aku hormat dia sebagai suami. Bila suami aku ada rezeki lebih, selalu je dia belikan aku hadiah mahal – mahal. Pokoknya, jangan berkira.

5. Tuntut nafkah. Yang ini memang aku tuntut tiap – tiap bulan. Aku akan minta duit yang dia keluarkan dari akaun bank dia sendiri. Walaupun 10 ringgit 50 ringgit, aku akan tuntut. Sebab aku yakin, kalau suami tak culas bagi nafkah, insyaAllah murah rezeki dia.

Dulu aku tak minta, dengan harapan dia akan bagi sendiri. Walaupun aku sendiri tau keadaan kewangan dia. Dan aku pun ada duit sendiri. Pernah dia bagi, tapi aku cakap tak payah aku ada duit. Lepastu sepi hidup aku tanpa nafkah bulanan.

Kawan aku ada takut – takutkan aku kalau tak ambik duit suami bagi nanti dia bagi nafkah dekat orang lain baru tau. Terus lepas pada tu aku minta tiap – tiap bulan.

6. Give and take. Yang suami pun, kalau isteri dah hulur – hulur tu, awak pun ringan – ringankan lah tuIang. Ini dah lah isteri tu tolong topup duit bulanan, kau per4ngai malas pulak tu, manalah isteri tu tak mengungkit.

Alhamdulillah, lepas aku bincang dengan suami pasal benda ni, suami pun rajin je membantu, mengemas semua memang serah dekat dia, perfect! Sebab, dia sendiri dah nampak, ke mana gaji aku pergi, berapa banyak duit aku spend untuk keluarga, berapa banyak aku tolong tanggung.

Pokoknya, kena berbincang, tulis terang – terang dan jangan simpan makan dalam sorang, kena tau cara nak berbincang dengan suami, cakap elok – elok insyaaAllah dia boleh terima dan bertolak ansur. Dan paling penting, redha.

Kalau bukan suami yang kita nak bahagiakan, siapa lagi. Untuk si suami pulak, kalau isteri tu dah bahagiakan kau, kau jangan nak “tolong bahagiakan” orang lain pulak. Reti? – Bukan Isteri Sempurna

Komen Warganet :

Munirah Mokhtar : 1. Perempuan kena kahwin dengan yang sekufu. Bila tak sekufu macam – macam masalah boleh timbul. Akan ada rasa tak redha. 2. Dah terkahwin dengan yang tidak sekufu, maka REDHA bila hidup hanya cukup insteaf of bermewah.

Nak redha senang je. HIDUP DI BAWAH KEMAMPUAN SUAMI. Gaji suami 2k, gaji isteri 10k. Maka, hiduplah seperti gaji 2k. Tu kalau si isteri rasa dia tak boleh redha kalau keluarkan duit sendiri untuk tmpung keluarga. Tapi kalau boleh seikhlas hati, maka terpulang laa.

3. Suami kena sedar diri. Gaji 2k jangan pk nak menumpang 10k gaji isteri. Jangan nak beli lot banglo 300k lepas tu istrei yang membayar. No no. Beli je rumah ikut kemampuan suami. 4. Isteri gaji 10k kena ingat yang awak keluar bekerja atas izin suami. Buat ape dapat duit 10k tiap bulan kalau sesen pun kedekut nak keluar untuk bantu suami? BANTU YE bukan tanggung.

Nurul Huda Bokhari : Bila kahwin kita ni satu team.. Be a good team player for each other ok. Lain team lain task dan test they will face.. Pandai – pandai la work it out together. Nak ada leader in the team ke..

Nak sama – sama buat keje ke.. up to you.. find out what works for both of you. Tahniah tt, I respect how you organize your task an tanggungjawab and eventually manage urusan hati dalam keluarga. Semoga terus bahagia.

Neuro Shewazni : For me lah, aku setuju kalau habis duit laki dulu baru guna duit kita. Ingat balik kenapa kita nak kerja. Sebab kita nak bantu suami bukan jadi tukang nafkah family. Tapi part pegang duit tu, aku kurang setuju.

Betul ada laki ada eg0nya. So, solusinya aku download app money manager. Aku p4ksa laki aku boh situ income berapa, expenses berapa. Nampak agak sesak baru aku hulur duit bantu apa yang takde dalam rumah. But not for the mewah – mewah.

Contoh kalau aku teringin nak makan KFC baru aku beli untuk 1 family. Kalau tak, tidak boleh. Tapi sebenarnya, pompuan bukan nak sangat duit suami lepas dah bantu. Cuma nak suami tolong uruskan hal rumah tangga. Jaga anak, asuh anak sama – sama. Ni tak, sama – sama keje kat luar tapi kat rumah salah sorang bajet nak layan macam raja. Kenn

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?