Dulu aku mampu sponsor kenduri kahwin 40k, skrg duit dlm poket ada RM3, dgn kereta rumah tak berbayar

Suami aku berhenti kerja bank sebab nak mulakan perniagaan. Beberapa bulan selepas itu aku pula berhenti sebab mengandung dan ada masalah kesihatan. Keluarga dan orang sekeIiling mula pandang jeIik sebab kami miskin. Paling p3rit bila mak aku kata, kalau tau susah macam ni baik tak payah kahwin dulu.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan pembaca semua. Terima kasih kepada admin sebab sudi siarkan kisah aku ini mungkin untuk meringankan sedikit beban di d4da dengan nasihat yang baik dan berguna dari kalian.

Kisah ini tentang aku dan takdir aku. Setelah sekian lama memend4m rasa aku memilih untuk menc0ret kisah aku di sini. Aku seorang isteri, surirumah dan ibu kepada seorang anak. Sebelum aku menjadi isteri dan suri rumah, hidup aku boleh dik4takan sempurna.

Aku dapat peluang kerja di luar negara dengan pekerjaan yang sangat seronok dan bergaji lumayan. Cuma kurangnya waktu itu, aku tidak punya pasangan. Dengan kerja yang digiIai ramai perempuan dan lelaki, aku memang berkawan dengan ramai lelaki tapi masih belum jumpa yang sesuai hinggalah aku kenal dengan suami aku.

Jujur dulu aku memang mudah tertarik pada lelaki yang kacak, kerana itu aku tertarik dengan suamiku. Alhamdulillah ilmu agamanya baik dan pekerjaannya baik dengan bekerja di sebuah bank terkemuka di Malaysia. Dalam kejauhan aku di luar negara dan suami di Malaysia, semuanya baik – baik sahaja.

Tapi nak bagi drama berIiku – Iiku sebelum kami sah sebagai suami isteri, suami aku minta putvs tiba – tiba. Apa yang jadi pada aku?  Rasa nak balik Malaysia waktu tu jugak. Hahah tapi itu takkan merubah apa – apa pun dan aku pun mer0yan seketika sebab hubungan kami serius sebelum itu untuk kawen dan seterusnya.

Tiba – tiba putvs. Cis Sebab kisah kami bagaikan drama hindustan main tarik tali, kami bersama semula dah terus buat keputvsan untuk bertunang dan berkahwin. Dan di sinilah kisahnya bermula.. Suami aku akhirnya jujur apa punca dia tinggalkan aku dulu dan masalah yang dihadapi.

Puncanya hanya satu iaitu duit. Dia taknak aku berharap sebab dia tak bersedia dari segi kewangan untuk kahwin dan dia sedang menanggung beberapa hutang pada waktu itu kerana menangung keluarganya. Jadi apa aku harus lakukan?

Jujur aku bersyukur dia kembali. Aku sangat sayangkan dia dan mahukan dia sebagai suami aku. Aku beria – ria doa pada Allah untuk dimakbulkan doa supaya dapat bersama dia. Jadi, kerana duit gaji aku banyak aku tak pernah kisah mengenai gaji dia atau masalah yang dia hadapi tu semua. Asalkan kita bersama.

Dipendekkan cerita, aku sp0nsor semua majlis tunang, nikah dan sanding dikedua – dua beIah pihak dengan duit aku sendiri. Aku ambik masa 6 bulan untuk kumpul duit untuk segala belanja kahwin tu. Aku hanya mintak yang wajib sahaja pada suami aku iaitu mahar sebanyak 2 ribu.

Kenapa 2 ribu? Sebab aku boleh keluar belanja 40ribu takkan 2 ribu dia tak boleh usahakan. Aku bahagia menjadi isteri dia. Sebab itu yang aku mahukan dan idamkan. Tapi ujian pertama datang dalam rumahtangga kami. Sebab aku kerja jauh, bila aku balik cuti aku rasa sangat berat nak tinggalkan suami aku sorang – sorang di Malaysia.

Pengantin baru la katakan. Mengada lebih. Dalam waktu yang sama suami aku dah berhenti dari kerja bank untuk memulakan perniagaan sendiri dalam bidang pelaburan. Tapi biasalah kerja sendiri duit kejap ade kejap takda. Bukan mudah nak meniaga. B

eberapa bulan lepas tu aku pun mengandung dan aku berhenti dari kerja di luar negara atas faktor kesihatan. Maka episod duka bertambah duka. Dulu aku tak pernah langsung fikir pasal duit dan hidup susah sebab aku ade banyak duit.

Aku suka tolong dan tak kisah sangat pasal apa – apa kos sebab setiap bulan aku ada gaji kan. Aku balik Malaysia dengan simpanan 20 ribu tapi habis dalam masa kurang setahun. Sebab banyak tolong suami aku bayar hutang bulanan dia.

Aku takda banyak komitmen kecuali kereta dan mak ayah aku. Menjelang aku nak bersalin duit dah tak ada. Aku sabar dengan keadaan aku. Keluarga dan kawan – kawan membantu. Alhamdulillah. Suami? Suami aku baik. Dia jaga aku dengan baik cuma dia tak ada duit.

Dia kuat berusaha, kuat kerja tapi terlalu banyak ujian dan tak berhasil. Cuma 1, aku dan suamiku tak berminat dan dalam waktu yang sama tak dapat peluang nak kerja dengan mana – mana company semula. Kami cuba sebab keadaan terlalu mendesak tapi masih takda rezeki.

Kadang – kadang aku fikir, salahkah keputvsan aku kawen dengan suami aku. Hidup aku susah sekarang. Dulu tak pernah fikir pasal duit, sekarang setiap hari fikir pasal duit. Aku tau Allah sedang menguji aku. Kadang – kadang rasa putvs asa sangat dengan hidup ni.

M4kin kuat kami usaha, kami berdoa tapi hasilnya samar. Duit kadang – kadang habis langsung macam sekarang aku ada 3 ringgit je tinggal dalam dompet. Kereta aku dan suami tak bayar dari bulan lepas. Sewa rumah lusa nak bayar.

Aku tau mesti ramai lagi orang susah pada aku. Itu yang buat aku masih bersyukur dan teruskan hidup. P3rit, terlalu p3rit. Keluarga dan orang sekeIiling mula pandang jelik sebab kami miskin. Paling p3rit bila mak aku kata, kalau tau susah macam ni baik tak payah kahwin dulu.

Kerja je terus. Betul cakap mak, kalaulah anak mak tau masa depan dia begini. Dalam keadaan aku sekarang aku jadi buntu. Aku tak tau apa patot aku buat. Aku dan suami usaha keras untuk ubah nasib kami. Mungkin usaha tu lebih dari doa jadi Allah tak izinkan.

Ya Allah, kalau ada salah dan silap aku dan suamiku yang buat engkau murka dan marah, ampunkan kami. Tolong kami tunjukkan kami jalan yang perlu kami ambil. Kesempitan ini amat mem3ritkan. Pembaca semua, aku doakan Allah lapangkan jalan kalian semua dan selesaikan semua masalah yang dihadapi.

Aku sedar Allah ciptakan kita untuk diuji. Semoga aku kuat untuk lalui semua ujian ni dan dapat jalan keluar. In sha Allah, kalau aku ada rezeki lebih nanti aku nak tolong orang lain juga macam dulu. Salam.

Komen Warganet :

Mashinoda Mashi : Kesilapan utama suami puan berhenti kerja bank. Sekarang ni banyakkan bersabar. Saya pun pernah ada RM1 je nak makan tuk seharian, dah pernah rasa hidup susah.. Kurus kering tak cukup makan. Lama – lama Allah akan bantu kita.

Nabilah Zaki : Semoga dimurahkan rezeki confessor sekeluarga, aminn. InshaaAllah ada rezeki baby nanti. Jangan putvs asa, teruskan berusaha dan berdoa. Semoga segalanya dipermudahkan

Atiqqa Nur Natasha : Allah uji, sebab Allah tahu sis dan suami berdua boleh hadapinya. Cadangan saya, mungkin sis boleh start buat bis as dropship kecil – kecil. Jangan dengar – dengar ayat yang negative dari orang lain. Sis dan suami lebih tahu apa yang korang tengah lalui.

Lagi 1, jaga solat, jaga solat dan jaga solat! Keberkatan rezeki hadir bila kita betul – betul jaga solat. Bila kita jaga Allah. InsyaAllah Allah jaga kita sebaiknya. Jangan salahkan diri sendiri. Yang penting terus bangkit dan bangkit.

Nursarah Puteri : Adoi kenapa la berhenti kerja dua – dua sekali. Ingat senang ke nak buat bisnes. Patutnya kerja je dulu pastu kalau bisnes  dah ok baru berhenti. Saya faham sangat sebab suami saya pun masa baru kahwin berhenti kerja kat tempat lama dia sebab nak follow saya.

Saya kerja under kerajaan negeri tak boleh pindah negeri. Susah tau nak carik kerja dekat tempat baru. Memang ada plan nak bisnes tapi pun susah juga sebab tempat baru tak ada kawan, tak ada apa. Memang sekurang – kurangnya salah sorang kena ada income tetap.

Jangan harap sangat pada bisnes kalau memang baru nak mula. Cubalah cari kerja je untuk suami tu. Kerja je apapun jadi kuIi pun tak apa mula dari bawah semula pun takpe. Nafkah tu kewajipan suami. Semoga ada jalannya untuk awak sekeluarga.

Muhamad Hariz : Sebagai lelaki, maaf saya rasa kelemahan di pihak suami. Sebagai orang kerja bank, sepatutnya dia sedar banyak peniaga gagal membayar hutang bank. Berniaga perIukan masa yang lama untuk balik modal.

Dalam keadaan tanggung hutang family dan ada tanggungan isteri dan anak, sebaiknya dia start bisnes dia part time saja. Mungkin dia rasa yakin sebab puan juga bekerja dengan gaji yang besar masa tu. Tak apa, yang lepas jadikan pengajaran supaya lebih m4tang hadapi kehidupan.

Di belakang setiap lelaki yang berjaya ada wanitakan? Puan perlu beri sokongan untuk suami bekerja semula. Buat grab atau apa – apa kerja dengan gaji cepat walaupon sikit sementara mintak kerja lain. Bisnes tu buatlah sebagai part time.

Puan boleh belajar dan tolong uruskan sementara suami bekerja. Apa yang saya nampak suami puan ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Nak kahwin isteri sp0nsor. Sekarang sebenarnya fasa untuk dia belajar tanggungjawab dalam semua keputvsan dia.

Puan jangan offer diri untuk bekerja semula dan jangan biar suami terus dengan bisnes dia. Saya risau dia akan bertukar jadi biawak hidup. Potensi tu ada. Tapi saya rasa suami puan orang yang baik sebab dia cuba tanggung hutang keluarga.

Jika sebelum ni puan pegang watak wanita bekerjaya dan ada segala – galanya, sekarang puan perlu pegang watak wanita dan ibu yang lemah yang perIukan usaha 100% dari suaminya. Jika niat suami betul, inshaallah dan mudah mudahan pintu rezeki puan sekeluarga akan terbuka. Maaf sekiranya ada kekhilafan dan kelemahan saya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.