11thn kami bercinta, dah 3thn bertunang, saya masih belum bersedia nak kahwin

Satu hari papa pergi outstation, saya memang tak sedap hati bila ibu tak ada dalam bilik. Saya cuba cari dalam satu lagi bilik tapi kunci. Saya dah mula menangis. Saya buka semua lampu dalam rumah termasuk bilik air dan dapur. Saya pergi ruang tamu, saya pasang TV kuat – kuat. Tiba – tiba ibu keluar dari bilik…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sebab sudi baca and siarkan cerita saya. Macam biasa tolong hide detail saya. Saya cuma nak minta pandangan para pembaca di sini. Nak kata saya buntu macam ada masalah besar tu, tak ada lah buntu sangat.

Cuma kadang – kadang saya jadi putvs asa dengan keadaan sekeIiling saya. Saya berusia 33 tahun. Saya ada 5 adik beradik and kesemuanya sudah berumahtangga dan mempunyai anak masing – masing. Hanya saya seorang yang belum berumahtangga.

Saya mempunyai seorang tunang 5 tahun tua dari saya. Dia duda anak 2. Kami bercinta lebih 11 tahun and kami sudah mengik4t tali pertunangan selama lebih 3 tahun. Untuk saya, seriously saya dengan tunang saya tak ada masalah sebenarnya.

Memang betul tunang saya banyak kali cakap pasal kahwin tapi so far alhamdulillah dia faham yang saya masih belum bersedia. Kami masing – masing ada kerja tetap dan kami bukan jenis main – main dengan kerja. Setiap hari dia akan ambil saya pergi dan balik kerja.

Kami sudah beli rumah guna nama bersama (Dont ask me kenapa boleh lepas beli rumah nama bersama, padahal tak kahwin lagi. Itu rezeki kami.) Pada tahun lepas untuk preparation sebelum berkahwin dan saya sendiri ada buat pinjaman peribadi khas untuk majlis perkahwinan yang saya impikan dan untuk kegunaan hidup selepas kahwin nanti.

Family saya memang ok and sangat selesa dengan dia. Setiap kali family gathering atau family vacation, dia sentiasa ada. Dia sangat – sangat rapat dengan adik lelaki dan adik – adik ipar saya yang lain. Anak – anak dia pun ok dengan saya. Dorang selalu tanya saya “bila mummy nak kahwin dengan papa?”

Sebab mama dorang pun dah kahwin baru. Saya pun ok dengan anak – anak dia, semua dah besar and pandai bawak diri masing – masing. Bab family memang tak ada masalah. Ramai orang fikir, hidup dah stabil kenapa tak kahwin?

Mana – mana saya pergi, orang akan tanya benda yang sama. Kenapa kau tak kahwin – kahwin?? Bila nak kahwin?? Kenapa tak nak kahwin?? Kenapa takut nak kahwin?? Sebelum bertunang saya ambik masa hampir setahun untuk bersetuju dengan pertunangan tersebut.

Itu pun sebab desakan family dia dan family saya. Tipulah saya cakap saya tak teringin nak berumah tangga. Saya nak kahwin, saya nak sangat ada anak sendiri, lagi – lagi saya dah nak masuk pertengah 30-an, perasaan nak ada anak sendiri membuak – buak.

Tapi masa saya fikir jelah saya nak semua tu. Bila kembali di dunia yang nyata, saya hanya geleng kepala jelah. Saya memang selalu set dalam kepala “kalau aku nak selamat, aku tak boleh kahwin” dan saya p4ksa diri saya supaya tak fikir benda ni sangat.

KENAPA SAYA TAK NAK KAHWIN?? KENAPA SAYA TAKUT SANGAT NAK KAHWIN?? Sebab saya nampak kecurangan ibu saya dengan mata saya sendiri. Nothing br3ak a child’s heart more than finding out one of his / her parent cheating on their partner.

Especially when you are too young and you found out about it by yourself. The imp4ct / effect kekal sampai m4ti. Macam saya selalu cakap “kesan Iuka yang kekal”. Saya hanya berusia 14 tahun pada masa itu. Terus terang cakap rasa macam patah hati sangat – sangat bila dapat tahu ibu buat macam tu kat arw4h papa.

Arw4h papa sangat penyayang. Dia tegas tapi dia berfikiran terbuka dengan anak – anak. Masalahnya papa sangat – sangat murah hati. Dia sanggup susahkan diri dia untuk tolong orang lain dan saya faham kenapa ibu saya fed up.

Hidup kami sendiri pun kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang tapi dia tetap akan tolong orang sebab papa jenis tak sampai hati. Papa rajin kerja, bila ingat balik hal lama – lama macam ni, autom4tically air mata saya jatuh.

Ibu pulak suri rumah tangga sepenuh masa. Kami pindah KL sehelai sepinggang. Sebagai anak sulung, masa kecil saya, saya puas melihat kesusahan ibu dengan papa. Saya lihat macam mana susahnya papa dan ibu dari segi mentaI dan fizikaI.

Suatu malam saya terjaga dari tidur sebab saya terdengar orang berbual. Rupanya ibu tengah berborak dengan “kawan” dalam phone. Waktu tu papa out station, normally bila papa out station, kami 5 beradik akan tidur dengan ibu.

Saya tak boleh tidur and saya dengar segala perbualan mereka. Di situlah saya dapat tahu yang ibu telah menduakan arw4h papa dan bermulalah episod benci yang mendalam terhadap ibu saya. Saya jadi degil and meIawan cakap ibu tapi bila papa cakap, saya dengar. masa tu bila tengok muka papa, rasa sedih sangat – sangat.

Actually “kawan” tu bukan orang luar tapi salah seorang daripada family sebeIah papa jugak. So sebab tu “kawan” tu selalu ada di rumah kami. Setiap kali “kawan” tu datang, saya akan buat muka, memang saya sengaja tunjuk yang saya tak suka dia.

Satu hari tu arw4h papa kena out station. Saya memang tak sedap hati. Malam tu saya cuba tidur macam biasa, entah macam mana saya terjaga tengah malam. Saya tengok adik – adik saya je yang ada. Ibu saya tiada dalam bilik.

Hati saya berdebar – debar sangat. Saya keluar bilik, pergi ke ruang tamu, tak ada orang tapi bantal dengan tilam ada. Selalunya “kawan” tu tidur kat ruang tamu sebab rumah ada 2 bilik je. Saya pergi ke bilik kami adik beradik, tak boleh buka and tertutup rapat.

Saya dah mula menangis, saya harap sangat ibu tak buat apa yang saya tengah fikir. Saya buka semua lampu dalam rumah termasuk bilik air dan dapur. Saya pergi ruang tamu, saya pasang TV kuat – kuat (Saya 14 tahun, what do you expect? itu jelah cara budak – budak member0ntak.. hahaha).

Masa saya duduk kat ruang tamu sambil tengok TV. Tiba – tiba keluar bilik, dia tanya kenapa saya tak tidur?, saya cuma cakap saya tunggu dia balik sebab saya ingat dia keluar. Ibu senyum kat saya and ibu cuma cakap dia kat dalam bilik air.

Rumah tu ada 1 je bilik air, saya siap buka lampu bilik air. TAPI KENAPA SAYA TR4UMATIZE DENGAN PERKATAAN KAHWIN?? Sebab saya nampak arw4h papa menangis. Sebab saya nampak papa very frustrated. Sebab saya nampak papa yang saya ingat kuat tiba – tiba jadi sangat lemah.

Sampai hati ibu buat airmata papa jatuh. 1 malam papa menangis, tanpa saya sedar, saya pun turut menangis. Saya ada kakak sepupu yang tahu segala rahsia ibu, itupun sebab ibu selalu minta tolong dia. Sebagai contoh tolong belikan hadiah birthday untuk “kawan” tu.

Dan pada waktu tu ibu selalu suruh kakak sepupu saya beli card phone (seingat saya kalau nak call guna phone rumah, kena guna card tu untuk dapat harga lagi murah, so ibu selalu sangat beli card tu). Jadi semua yang berkaitan dengan “kawan” tu, ibu akan minta tolong kakak sepupu saya.

Entah macam mana satu hari tu, ibu berg4duh besar dengan kakak sepupu saya. Depan arw4h papa, kakak sepupu bagitahu yang ibu ada skandaI lain. Allah je tahu macam mana terkejut dan takutnya saya masa tu. Papa tanya cara baik, ibu mengaku.

Malam tu, papa tak boleh tidur. Dia duduk dalam bilik kami main komputer. Dia menangis, bila tengok dia menangis, saya pun autom4tically menangis juga. Raut wajah dia sangat – sangat kecewa. Masa tu saya harap sangat ibu dengan papa bercerai.

Andai kata mereka berpisah, sudah tentu saya akan ikut papa. Keesokan paginya, papa hantar saya dengan adik – adik pergi sekolah macam biasa. Sepanjang hari, saya tak focus dengan kawan – kawan, saya cuma nak balik tengok papa.

Balik sekolah papa ambik macam biasa. Saya tengok ibu dengan papa berkelakuan seperti biasa. Akhirnya saya dapat tahu yang papa tak nak fikir panjang. Dia ambil keputvsan untuk lupakan apa yang berlaku. Dia maafkan ibu dan ibu janji tak buat lagi.

Papa kata demi anak – anak sebab kesian anak – anak masih kecik katanya. Terus terang cakap saya tak setuju keputvsan papa (sampai hari ni, aku benci bila perempuan yang dicurangi masih bersama suami atas alasan anak masih kecil).

Dengan apa yang terjadi, kami meneruskan hidup seperti biasa kembali. “Kawan” tu pun dah lama tak nampak. Arw4h papa meninggaI dunia semasa saya berusia 18 tahun. Selepas papa pergi, ibu sem4kin berani menunjuk yang dia sedang hangat bercinta dengan “kawan” tu.

Satu hari ibu bertanya kepada kami 5 beradik, “boleh tak kalau ibu nak kahwin baru?”. Saya terk3jut, semua adik – adik saya setuju kecuali saya. Saya cuma bagi kata “Ibu boleh kahwin baru tapi dengan 1 syarat, kakak akan keluar rumah selama – lamanya.”

Ibu batalkan niat dia dan sampai hari ni dia tak pernah sebut perkataan “kahwin baru” depan saya. Dia tahu saya tak suka dia. Sehingga hari ini saya tak pernah cari dia, selalu dia je yang contact saya dan bertanya khabar. Saya sentiasa lebihkan adik beradik saya.

Semua harta, EPF, Insurans saya letak ke semua nama adik² saya dan tak ada satu pun harta saya atas nama ibu saya. Saya boleh beli emas untuk anak – anak buah saya tapi saya tak pernah beli seketul emas pun untuk ibu saya.

Saya tahu saya berd0sa sebab buat ibu yang mengandungkan saya 9 bulan macam tu tapi perasaan benci saya sudah tersemat di hati. Satu je cara saya berbakti kepada ibu, setiap kali dia admit hospitaI, saya akan ambil cuti seminggu dua hanya untuk menjaganya.

Saya tak izinkan adik-adik saya menjaga nya kerana saya tahu ini sahaja peluang yang saya ada. “Kawan” tu hidup lagi. dah terlalu lama saya tak jumpa dia. Sehingga hari ini saya tak jejak kaki kerumah nenek di kampung. Saya benci keluarga papa saya.

Sehingga sekarang saya tak bertegur sapa dengan sesiapa yang ada related dengan family papa. Semenjak arw4h papa meninggaI dunia, dari umur saya 21 tahun hingga sekarang 33 tahun, setiap tahun saya akan pulang ke kampung untuk menziarahi kubvr arw4h papa.

Setiap kali pergi, saya akan menangis mengenangkan nasib papa. Mulut saya tak lekang menyebut “sampai hati ibu buat papa macam ni”. Demi Allah saya sayang papa lebih dari nyawaku sendiri. Buat cinta hati saya papa, terima kasih sebab banyak berk0rban untuk kakak dengan adik – adik.

Maaf papa tak sempat rasa duit kakak, kakak tak sempat baIas budi papa. Tapi percayalah setiap kali solat, nama papa lah yang kakak doakan dulu. Let meet up in jannah one fine day. Aminn.. Kepada adik – adik kesayangan kakak, kakak doakan rumah tangga korang kekal sampai bila – bila.

Cuma kakak nak tanya, kenapa korang cepat move on dengan apa yang dah berlaku? Korang tak rasa marah ke dengan apa dah berlaku?? Buat tunang tersayang, terima kasih sebab bagi masa 11 tahun untuk saya. Saya cuma minta masa setahun je lagi.

Saya janji ini kali terakhir saya tangguh perkahwinan kita. Saya akan cuba kuakan diri untuk meneruskan perancangan kahwin kita. (ada sesiapa tahu kat mana nak cari pakar kaunseIing tak). Kepada ibu, jangan sesekali mempersoalkan kenapa kakak takut nak kahwin.

Sebab kakak takut kakak akan jadi macam ibu. Lebih teruk lagi, kakak takut kakak kena betr4yed macam papa. Mum, i really cant handle betr4yal. Thank you, – Gametophia Lady (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nur Dahlia : You were mentaIIy t0rtured, i faham. Tapi dengan terus berdend4m dan menidakkan perkahwinan bukanlah jalan yabg terbaik. Sebaliknya you boleh jadi the best dengan tidak mengulangi kesilapan ibu you. Tunjukkan pada dunia bukan semua manusia ada sifat curang.

Sue Emoqwin : Awak ni ada PTSD. P0st tr4umatic syndr0me dis0rder sebab u terk3jut ayah yang rapat dengan u dicurangi. Hal yang dah lepas jangan dibawa ke hadapan. You have a chance to make yourself happy.

You ada ketakutan untuk ambil risik0 tapi hidup beginilah, either u jadi berani dan ambil peluang jadi lebih baik atau u salahkan semua orang kerana u sendiri sebenarnya yang takut. Jumpa kaunselor untuk mulakan pemulihan.

Seorang SaFiza : Manusia mana yang tak pernah buat silap?? Siapa lah kita untuk menjatuhkan hukvm sesama manusia apatah lagi kedua ibu bapa kita? Sedangkan Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, mengampunkan doa manusia walaupon seluas lautan, apatah lagi kita yang manusia serba h1na serba kekurangan ni?

Janganlah ikutkan hati sangat. Apa yang berlaku pada ibu ayah awak tu adalah ujian pada rumahtangga mereka. Awak sepatutnya jadikan pengalaman itu untuk jadi yang lebih baik, lebih bertakwa. Sudah, sudahlah.

Bangun malam, buat tahajud, taubat dan hajat. Mohon Allah lembutkan hati awak dan diberikan hati yang penyayang sesama makhluk. Semoga hidup awak akan lebih tenang. Insya allah.

Sue Aya : Maaf itu eksklusif. Tak boleh dip4ksa dan dibuat – buat. Semua orang boleh cakap apa saja, hakik4tnya hati sendiri yang menanggung tr4uma. Cuma jangan terhukvm sekali orang yang tak terlibat dengan kecurangan ibu. Awak dan tunang berhak untuk bahagia.

Syuhana Hanamika : Sebab tu dalam Islam kita di ajar untuk membenci perbuatan d0sa bukan si pelaku. Sebab taubat tu peluang Allah bagi kat semua orang. Sampai bila sis nak menghukvm ibu sis.Itu bukan tugas sis. Menghukvm ni penat sis, dah hampir 20 tahun dah sis dok menghukvm.

Sampai bila? Adik – adik sis bukan cepat move on, tapi diorang cuma nak hidup dengan tenang. Sis patu buat perkara yang sama. Dengan terus membenci ibu itu bukan jaminan yang awak tak akan dicurangi oleh orang lain. Apapun, saya doakan kesembuhan hati dan kebahagiaan buat sis. Aamiin..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.