Mertua sindir aku tak pandai masak, seolah aku gagaI dlm hidup nanti masuk ner4ka

Kisah cinta aku macam dalam drama dan novel, seorang wanita kaya yang sanggup berk0rban dengan lelaki kampung yang serba kekurangan. Aku ingat peng0rbanan aku tidur dalam kelambu, mandi guna air perigi, tanggung keluarga suami tu dah cukup. Rupanya tak, sebabnya aku tak tahu masak…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Dulu aku sangat kagum dengan orang khususnya wanita yang pandai masak, rajin masak, cekap masak. Mereka termasuk ibu mertua dan ipar duai aku. Tapi lepas beberapa tahun aku kahwin, aku akhirnya tukat pendapat aku bulan lepas.

Sebabnya species ni nampak gayanya rasa mereka sangat hebat, dan jika kita tiada minat nak masak atau tiada skill macam mereka, kita akan dianggap l0ser. Seolah – olah dah gagal dalam hidup, macam ner4ka menanti kita.

Flashback, kisah cinta dan perkahwinan aku macam novel atau drama. Betul, memang wujud anak orang kaya dan bandar yang kahwin laki dari kampung yang serba kekurangan. Aku ni anak orang kaya yang percaya cinta sejati tak mengenal darjat.

Aku sangka peng0rbanan aku tidur dalam kelambu sepatutnya dalam aircond, mandi air perigi kalau ikutkan aku boleh je mandi air suami guna water heater dan tanggung suami serta keluarganya yang susah tu dah cukup. Tapi sebenarnya tak langsung.

Dulu aku selalu je masak lauk – lauk simple tapi m4kin lama aku m4kin sibuk dengan kerjaya, lagipun aku ada pembantu rumah, dan kak ipar pun duduk dengan aku. Bagi aku buat apa aku nak masak sedangkan aku kerja dan ada dekat jalan boleh kata dalam 13jam.

Aku ada banyak mulut nak bagi makan, aku lah yang kena tanggung dan support kewangan keluarga. Memang setiap hari penat, jadi takkan lah tugas masak aku juga nak buat? Fast Forward, keluarga suami tahu aku dah beberapa kali ke Pejabat Agama, cari penyelesaian kepada perkahwinan yang berat sebeIah.

Aku  yang tanggung belaka tapi suami tak nak lepaskan pula. Aku rasa mereka patut malu sebab anak jantan atau abg mereka tak tanggung anak bini, wajib mereka tegur bab tu sebab dalam Al-Qur’an, jelas itu kewajiban suami dan ayah.

Cubalah pikir, aku salah ke tak masak kalau duit beli barang masak pun suami tak bagi. Alhamdulillah aku kerja, tidaklah kami kebulur. Lagi sekali, macam drama, selepas 11 tahun hidup dengan suami yang tak bertanggungjawab, akhirnya suami aku insaf dan mula beri nafkah, mulai tahun lepas.

So we moved on. Sekarang, aku ada cakap dekat suami dan anak – anak, kita kena balik kampung selagi ada orang tua, jadi masa cuti sekolah, kami ada balik kampung. Dan lagi sekali, aku kena sound pasal masak. Kita yang ajak balik, kita kena balik.

Mertua.. oh.. mertua.. Tapi kali ni, aku betul – betul rasa kesal. Dalam Islam ada sebut ke masuk syurga ni syaratnya masak untuk keluarga? Syarat nikah mesti terer masak ke? Dalam Islam, bab makan ni, aku tahu kena mencari yang halal, cukup, berkhasiat, tidak membazir.. tak tahu pulak kena masak sendiri.

Ye, memang betul mungkin aku tak bagi anak – anak aku makan guna air tangan aku setiap hari (aku ada je masak tapi jarang – jarang), tapi air mata dan air peluh aku keluar mencari duit selama ni untuk menyara keluarga, menyediakan keperluan tempat tinggal, makan pakai, pelajaran dan segalanya – adakah tidak ada nilai langsung?

FULL STOP. Aku boleh move on walau tak akan lupa apa suami dan family nya dah buat kepada aku, bukan tempat abadi pun dunia ni, tapi bila diorang sindiri cakap – cakap tentang aku tak masak memang amat meny4kitkan.

Punya banyak benda baik kita buat, yang satu perkara kita tak buat tulah dia nak sindir. Tolong paham, bukan isteri tu wajib masak. Jika dia tak masak tapi pastikan keluarga kenyang, apa masalahnya. Pembantu masak ke, tapau ke, makan luar ke, order online ke, makan kat kenduri ke, biarlah.

Tak susahkan orang lain pun. Yang penting ibu dah mainkan banyak peranan. Anak dididik dengan ajaran agama, disayangi dan dihargai, dijaga kebajikan dan kesihatannya, diberi perhatian bab sekolahnya, diisi perutnya dengan rezeki yang halal, dan lagi dan lagi..

Akhir sekali, aku harap aku tak penat berju4ng untuk  keluarga ini tapi untuk puaskan hati keluarga mertua? Aku rasa aku patut berhenti dari mengharapkan apa – apa dari diorang. Tak perlu harap yang mereka akan paham.

Bermula dari hari ini, aku berazam untuk berg4ntung harap kepada Allah semata – mata untuk aku terus bersyukur dengan apa yang aku ada, untuk sayang diri aku sendiri dan supaya tak sedih dengan tindakan dan per4ngai diorang.

May Allah make us better people, not judgemental and choose to see the good in others, always. Aameen. Moga confession ini membuka minda dan menjadi ilmu yang bermanfaat. – Inah

Komen Warganet :

Nur Khaleeda Baharuddin : Malam – malam, tiba – tiba teringat kata – kata Ayah; “Isteri – isteri orang Melayu ni banyak sangat habiskan masa di dapoq. Sebab apa? Sebab dok berat tang makan. Br3akfast saja pun gigih bangkit awai buat nasi lemak, bihun goreng, cekodok, etc. Makan tengahari dan malam pulak kalau takdak 6, 7 jenis lauk penuh meja tak sah.

Pahtu kalut nak tumbvk sambai apa semua. Dalam sehari 24 jam tu banyak masa dok abih tang makan. Walhalnya kita makan nie untuk kenyang saja. What you need actually healthy simple meals. Asalkan boleh bagi khasiat dan tenaga dah cukup

Cuba tengok omputih. Walaupun isteri depa tak kerja, those women ada masa membaca buku ilmiah, pi kelas – kelas ilmu like baking class ka sewing class ka, libatkan diri dengan aktiviti masyarakat dan aktiviti sekolah anak – anak.

They always keep things simple. Masak pun simple like grilled chicken with salad ka asalkan berkhasiat. Depa guna sebaik mungkin masa yang ada. Yang penting kualiti dalam setiap rutin. What you suppose to do is be a clever housewife. Bukan kata jadi housewife tu kena dok cerok dapoq ja.”

Naza AR : Tak kuasa la nk habiskan masa di dapur saja. Banyak lagi kerja dan aktiviti lain yang perlu dibuat. Saya senang saja, masak lauk yang simple untuk anak – anak dan suami. Balik kerja reheat lauk dan nasi. Makanlah lauk sama.

Kalau rasa jemu dengan lauk sama, tapau dari kedai. Tak payah serabut kan kepala untuk sedapkan lidah. Sedap sekejap aje. Suami kena sedar diri. Jangan dok pikir nak mengh4mbakan isteri kalau duit pon mengharapkan duit isteri. Biar tahu MALU.

Azreen Ismail : Typical malay sis. Menantu perempuan kalau tak pandai masak memang teruk dikecam berjemaah. Mertua dan ipar duai tag team mengecam. Tapi dia sendiri lupa anak lelakinya sendiri terkadang gagal menjadi imam untuk keluarganya. Something to ponder.

Adinda Rose : Bagi saya, masak dengan kasih sayang dan dihargai sungguhlah bahagia walaupun yang ringkas. Lama kelamaan tentu mahir masak demi kesayangan. Kutukan kepada mertua / menantu hanya cerminkan sikap buruk diri sendiri. Wanita kuat / hebat tidak pedulikan apa jua yang tidak membina hidupnya. Ada banyak yang indah dalam hidup sekeliIing kita saudari.

Mohd Syahir Alias : Wife aku dulu pun tak tau masak. Tak pernah aku marah atau sindir dia. Benda boleh belajar buat apa nak marah – marah kan. Tapi dalam hal ni aku salahkan laki ko. Kalo nak ko pandai masak, selalu masak untuk suami dan anak – anak. Dia  sepatutnya tanggung keluarga sepenuhnya. Kalo nafkah pun ke laut, family mertua kena lah faham.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.