Saya menangis sebab teringin nak dpt hadiah mahal, tpi suami beli kek murah kecik je

Memang gaji saya banyak tapi suami pula tak pernah cukup duit nak bagi nafkah pada saya dan anak – anak. Kami dah lama tak pergi shopping sebab dia tak mampu nak bayar kalau saya ambil barang yang bukan – bukan. Mesti segan kan..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Saya sekadar ingin meluahkan apa yang berlaku pada saya ketika ini. Saya seorang isteri dan ibu kepada tiga orang cahaya mata. Suami berniaga tetapi pendapatan agak kurang sepanjang covid 19 meIanda muka bumi ini.

Sebelum tu pun pendapatan suami juga agak terjejas. Mungkin sebab berniaga sendiri, ada pasang surutnya. Tapi alhamdulillah saya juga bekerja jadi mungkin tak terkesan mana keluarga kecil kami ini. Sebenarnya isu duit ni bukan boleh diambil ringan.

Sebagai perempuan saya ni sememangnya mudah terpengaruh. Pertama sekali dengan emas. Saya cuba untuk tidak minat barang kemas, sebab saya tahu suami tidak mampu belikan. Untuk beli guna duit sendiri pula, saya rasa tak patut.

Mungkin segan nak tunjuk pada suami yang saya suka bazirkan duit sedangkan suami sendiri struggIe mencari duit siang malam. Yang keduanya hadiah mahal. Saya pernah menangis sebab teringin hadiah mahal. Tapi menangis sorok – sorok.

Apa yang suami mampu beli hanyalah kek yang murah dan kecil saja. Suami pula bila dia tertekan, dia akan tidur seharian. Contoh bila dalam seminggu tu tak ada job langsung. Memang akan s4kit hati la tengok dia tidur. Sampai tak ambil peduli semua benda.

Tahu tak apa saya buat. Saya mula cari g4duh. (Sebenarnya saya tak pernah minta keinginan saya pada suami) Sampai saya wasap suami untuk ceraikan saya. Saya cakap saya dah tawar hati. Suami cool je. Dia tak baIas pun. Bila balik rumah dia buat macam tak ada apa – apa yang berlaku.

Jadi kami masih menjalani kehidupan rumah tangga macam biasa. Saya nak tanya wahai kaum lelaki, mesti terasa hati kan anda bila isteri bagitahu yang dia tak perIukan anda pun. Ya. Saya cakap macam tu pada suami. Sampai saya rasakan tak perlu saya jadi isteri jika saya hanya menjadi isteri yang derh4ka kepada suami.

Suami tak pernah cukup duit untuk beri nafkah pada saya dan anak – anak. Dan kami pun sudah lama tak membeli beIah bersama – sama. Mesti segan kan. Sebab suami tak mampu nak bayar kalau isteri ambil barang yang bukan – bukan.

Realitinya gaji saya banyak. Pendapatan saya juga tetap. Entah la kenapa suatu hari selepas saya bersalinkan anak ketiga. Saya mula rasa simpati pada suami. Saya terfikir tak boleh ke saya bantu suami semasa dia susah ni.

Saya mula ingat balik, masa perniagaan suami maju. Sepenuhnya dia bayar segala hal. Duit saya untuk saya joIi saja. Mungkin keadaan ni adalah ujian bagi saya. Dengan rela hati saya transfer kan duit kepada suami. Siang tadi saya apply moratorium supaya kurang sikit komitmen saya.

Walaupun saya kerja tetap mampu bayar semua. Tapi saya fikir kali ni saya nak tolong suami. Entah macam mana, hilang sudah rasa tawar hati tu. Dah boleh rancak bersembang di rumah. Walaupun masih lagi suami ada buat per4ngai.

Yela mungkin dia masih rasa dia ada kekurangan. Tak mampu nak sediakan semuanya untuk isteri dan anak – anak. Tapi mungkin yang Maha Esa beri kelebihan pada saya ini untuk tidak lupa diri. Saya sayangkan suami saya. Saya tak pernah melayan mana – mana lelaki pun.

Tetapi sebab pengaruh media. Saya pula nak jadi isteri derh4ka. Apa salahnya saya bantu. Duit saya tak luak pun. Saya tak tahu la macam mana hukvmnya. Buat masa ini saya yang menanggung semuanya. Tapi barang dapur suami tak pernah miss untuk beli.

Guna duit dia sendiri. Dan kalau bulan ni saya tak perlu bayar loan. Saya nak bagi sedikit hadiah cash money buat suami. Kesian suami. Dari kecil dia susah. Mesti ada barang yang dia teringin beli. Tapi tak mampu. Dulu dia kuat berbelanja.

Bila tak da duit macam ni, dia la paling berjimat cermat. Bersyukur la anda ada suami yang mampu beri segalanya. Kereta besar, barang kemas dan jambangan duit. Suami saya tak mampu. Jadi biar lah kami buat seperti orang tak mampu. Terima kasih. Saya Ina, isteri yang mudah terpengaruh. – Ina (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ezd Airaniez : Dalam perkahwinan kena ada give and take. Tak boleh memberi banyak sangat dan tak boleh juga mengharapkan yang baik – baik saja. Suami memang wajib bagi nafkah walaupun RM10 asalkan isteri redha, Insya-Allah rezeki akan berkat dan bertambah.

Dalam kes puan ni baguslah puan nampak kebaikan suami, walaupun ada kekurangan. Tapi asalkan dia selalu ada di rumah dan ada bila kita perlu itu sudah cukup. Semoga terus berbahagia.

Kameena Ismail : Apa kata awak tanya kenapa suami nampak risau. Tanya la kenapa suami tidur je. Risau ke? Kalau awak tanya dia boleh kongsi dengan awk. dia boleh bercerita. kalau dia bercerita at least kurang sikit rasa risau dia.

Just offer him your assurance, I think it is enough to make him feels a little better and less intense with whatever he is going through. Mesti dia rasa lebih bersemangat nak cuba lagi. Ada idea – idea baru yg boleh dia fikirkan untuk perniagaan dia.

Saya, kalau suami bunyi macam mengeluh kecil sikit, saya akan tanya, dia akan cerita. Saya cuma dengar dan cuba faham dan berikan pendapat dan nasihat dari pandangan saya. Saya tahu dia rasa sedikit okay lepas dia cerita.

Kadang – kadang saya offer duit nak tolong pun dia akan cakap, “it’s okay, I tahu apa nak buat”. Dia terus nampak bersemangat. Kadang – kadang saya fikir, dia bukan nak sangat duit isteri, cukup dengan sokongan moral dan understanding dari orang terdekat dengan dia dah boleh bantu dia lebih fokus dan cari solusi. Dia bukan org lain, suami kita juga.

Hafiz Aiman : Saya dan isteri beginilah hidup kami. Rumah nama isteri. Beras saya beli. Masak pun sendiri. Itulah pilihan isteri. Kami suami isteri buat hibah untuk pasangan kami suami isteri. Isteri tak pernah minta apa – apa daripada saya tapi cukuplah fahami dan terima hidupnya di hospitaI.

Saya juga tak pernah minta apa – apa daripada isteri saya tapi cukuplah memudahkan perjalanan hidup saya di hari akhir4t. Saya sering lupa tarikh – tarikh penting dalam hidup saya. Samada tarikh lahir saya, tarikh lahir isteri saya, tarikh lahir anak saya dan tarikh ulangtahun perkahwinan kami suami isteri.

Tapi dengan adanya seorang isteri yang baik isteri saya selalu ingatkan abang lagi 3 hari adalah hari ulangtahun perkahwinan kita. Ini senarai bahan yang sayang mahu belikan untuk menyambutnya. Bahan yang mahu dia belikan tidak mahal tidak murah hanyalah cake.

Isteri saya sibuk di hospitaI kerana banyak dia pergi kerja jam 6 pagi dan balik jam lewat malam. Jadi dekat rumah sayalah yang jadi house husband. Saya miliki 3 orang anak yang berusia 9 tahun, 6 tahun dan 2 tahun 6 bulan.

Kesemua anak saya ini saya didik dan latih bermula usia 2 tahun untuk buat kerja rumah. Alhamdulillah hari ini mereka banyak membantu saya dalam melakukan kerja – kerja rumah. Bila ibu mereka balik kerja keadaan rumah sudah pun kemas, bersih dan tenang. Hal itu memberi kebaikan untuk ibunya supaya selepas balik kerja terus mandi dan tidur. Give and Take.

Ann Fardan : Ramai dari isteri tidak sedar. Kadang – kadang rezeki banyak. Keje bagus.. Duit lbh itu semua ada bahagian suami atau anak – anak melalui kita. Allah uji ramai isteri dengan mendapat suami yang kurang mampu.

Untuk melihat ketaatan isteri kepada suami sekaligus menilai ketaatan isteri pada Allah. Dan ramai isteri yang gagal. Justeru sekiranya suami kalian melayan kalian sebaik – baiknya. Berusaha lelah tanpa putvs asa untuk cukupkan kalian semampunya.

Wajib kita taat pada suami. Nak bantu boleh tapi kena ikhlas. Nak bantu elok tapi bukan memanjakan. Nak bantu tak salah tapi mampu kah kalian redha? Syurga itu mahal puan – puan. Moga isteri – isteri yang masih berk0rban menanggung belanja keluarga mendapat baIasan redha suami. Redha Allah dan mampu benar – benar redha demi ketenangan hingga ke akhir hayat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?