
Tahun ni suami buat balik per4ngai yang sama. Halau aku, tukar kunci mangga rumah tak bagi aku masuk ambil barang aku dan anak – anak. Puncanya, dia p4ksa aku bayar semua hutang dia, bayar kereta..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, admin tolong sembunyikan profil aku. Aku terlalu pendam benda ni dah lama dan bertahun – tahun sekarang baru aku nak luahkan. Ini adalah tentang suami aku. Kenal suami tahun 2020, merisik tahun 2022, nikah tahun 2023, sekarang dah ada dua orang anak.
Masa mula kenal suami, dia sangat beria ajak kahwin, tapi aku bagi masa untuk mengenali dan dia terima semua keadaan aku dan keluarga, begitu juga dengan dia (mak ayah dia bercerai berai). Pada awalnya aku ingat semuanya akan berjalan lancar, sebab dia nampak baik dan bertanggungjawab. Tapi semua tu berubah bila aku mengandung anak pertama.
Tr4uma aku bermula bila mengandung anak pertama. Dia dah berani dah nak gunakan kekerasan dekat aku sebab aku tak ikut apa dia nak (kes lama aku pun tak ingat sangat). Kepala, rambut aku jadi sasaran. Lepas aku lahirkan anak, aku bekerja dan kebanyakan hal anak aku uruskan guna kereta dia sebab dia kerja di dalam mall pukuI 10 pagi sampai 10 malam. Manakala aku pula kerja pejabat 8.30 pagi sampai 5.30 petang.
Perg4duhan kami banyak ke arah tak sefahaman, asyik berg4duh walaupun tentang hal kecil. Kebanyakan masa aku yang ajak berbincang, banyak kali aku yang mula conversation tentang anak, banyak hal rumah tangga yang aku akan mula berbincang.
Barang anak banyak aku yang belikan. Sampai satu masa, tercetuslah kes yang paling aku tak boleh lupa. Aku sikit – sikit mula nampak kelakuan mertua yang suka masuk campur urusan rumah tangga kami. Kunci rumah kami pun dia ada (suami bagi tanpa bincang dengan aku) dengan alasan takut apa – apa jadi pada aku dan anak semasa dia tak ada, sedangkan dia kerja dalam kawasan yang dekat saja.
Sikit demi sikit aku jarakkan diri daripada mertua sebab kami suami isteri kerap berg4duh dan suami suka buat keputusan tanpa bincang dan tak fikir aku sebagai isteri dia. Lama kelamaan aku jadi str3ss sebab aku letih suami tak bantu dari segi jaga anak, kewangan pun dia gagal.
Aku tak merasa nafkah daripada dia langsung. Makan duit minyak semua guna duit aku sendiri, barang anak semua duit aku sendiri. Ada satu masa, aku buat keputusan untuk keluar dari rumah terus akibat perg4duhan besar dengan dia dan dia halau aku dari rumah sebenarnya. Dari sini bermula cerita perit aku.
Aku emosi sebab dimental t0rture oleh dia boleh dik4takan berminggu berg4duh tak selesai masalah. Mertua pula minta suami failkan cerai di mahkamah sebab aku keluar rumah. Banyak conversation mereka anak beranak aku baca dan nampak mertua hasut suami untuk lepaskan aku, tapi suami tak nak buat dengan alasan aku tak tahu kenapa.
Aku tekanan dan aku bertindak untuk punggah barang dalam keadaan menangis dan meng4muk g4duh dengan dia. Dia bertindak kasar dalam keadaan aku yang tengah mengandung tu. Perut aku pun dia buat macam bola.. Aku dah lembik aku call sepupu untuk call polis, tapi sepupu kerja dalam mall tak dapat keluar dan suami call ambulans dan tipu pihak ambulans cakap aku terkena sawan dan tak sedarkan diri.
Dalam ambulans aku terus inform pihak ambulans yang aku dipukuI oleh suami, terus buat report dan failkan cerai. Aku buat aduan di pejabat agama, tapi tak guna sebab aku dalam keadaan mengandung (susah untuk cerai dan banyak masalah melanda ketika ini).
Jadi aku berbincang dengan dia untuk anak dalam perut dan suami minta maaf, minta untuk berbaik balik dan minta aku balik dengan dia. Aku hanya fikir, sebab anak aku bertahan sekejap dulu, lepas lahir nekad untuk pisah. Untuk kes pukuI dia tak dapat masuk lokap sebab dia ada bukti dan buat report cakap aku prov0ke dia yang menyebabkan dia marah dan pukuI aku. Hebat betul permainan dia kan?
Aku bersabar dan tahan lagi. Aku tak kerja satu tahun sebab aku dah tak larat bekerja kerana sarat. Dia mula – mula terima, lama – lama dia h1na cakap macam – macam pada aku kerana tak bantu dia dari segi kewangan. Boleh dik4takan dia banyak kali halau aku keluar dan banyak kali juga dia tukar kunci rumah, buat aku macam bukan isteri dia.
Bila dia rasa dia dah lega, dah cool down, baru dia suruh aku balik rumah. Di tahun ini 2025, dia buat balik per4ngai yang sama. Halau aku, tukar kunci mangga rumah tak bagi aku masuk ambil barang aku dan anak – anak, berg4duh besar mak dia masuk campur.
Aku dihalau dan dimental t0rture lagi dan lagi kerana dia mem4ksa aku membayar kereta dia dan hutang – hutang dia. Tentang kereta aku hanya pakai untuk pergi kerja dan urus anak saja. Aku dah tak tahan terus failkan cerai dan sekarang duduk di rumah family.
Sekarang sudah dua bulan dia tak bagi nafkah anak (kalau aku nak nafkah anak serahkan anak pada dia – syarat dia bagi). Tapi aku sebagai ibu yang lebih pada anak – anak, aku tahu anak aku takkan makan bila dia jaga dan keperluan anak banyak aku yang penuhi dan jaga diorang.
Sekarang dia banyak prov0ke, h1na, caci m4ki h1na keluarga aku dan macam – macam lagi, menyalahkan aku keluar dari rumah sedangkan aku dihalau oleh dia. T0xic family memang wujud. Apa yang aku rasa adalah aku dah taw4r hati, rasa terani4ya banyak kali, maruah dipij4k berkali – kali.
Aku memang takkan ampunkan dia dan keluarga dia sebab anak – anak aku masih kecil lagi. Dia memilih ego diri dia berbanding anak – anak sendiri. Dia cakap aku dan dia tak ada apa – apa dan dah tak ada jodoh antara kami. Kadang – kadang aku fikir, ada ke bahagia untuk aku?
Kesiannya anak – anak membesar tak ada bapa yang matang untuk handle diorang. Tak ada kasih dari bapa yang memikirkan perasaan mereka. Untuk makluman aku dah buka fail cerai dan dia ada bagi talak kinayah pada aku. Dia tak hadir bulan lepas dan bulan ni bicara kali kedua.
Doakan aku kuat dan tempuhi benda ni secara tenang dalam lindungan Allah SWT. Apa yang buat aku terkilan adalah lima tahun bukan sekejap dan aku adalah bukan wanita yang senang menerima orang dalam hidup aku. Segala peng0rbanan aku, aku anggap ini pengajaran dalam hidup.
Terkadang tak kuat, cuma buat – buat kuat saja demi anak kecil yang tiada d0sa. Aku independent woman, mak ayah tua, ada abang OKU dan adik OKU. Banyak benda dia mental t0rture sampai aku hilang diri aku sendiri. Aku berharap ada kebahagiaan untuk aku kemudian hari.
Masa aku belajar dulu pun aku dah lalui macam – macam. Aku pernah kena berhenti sekejap sebab masalah kewangan keluarga. Masa tu aku kena berjaga malam, kerja sambilan siang untuk tampung yuran sendiri. Kadang – kadang makan pun berpuasa sebab tak cukup duit.
Masa tu aku selalu rasa sedih tengok kawan – kawan lain seronok belajar, ada yang ditaja, ada yang mak ayah bagi duit bulanan. Aku pula kais pagi makan pagi, tak ada orang nak tolong, cuma doa pada Allah supaya kuat. Semua tu buat aku matang.
Semua tu buat aku terbiasa berdiri atas kaki sendiri. Jadi bila aku kahwin, aku sangka aku dapat sokongan daripada seorang suami. Rupa – rupanya aku diuji lagi. Ujian yang lebih berat. Kadang – kadang aku rasa macam hidup ni tak adil, tapi aku tetap cuba redha sebab aku yakin Allah ada perancangan untuk aku dan anak – anak.
Aku harap satu hari nanti ada bahagia untuk aku dan anak – anak. Aku harap anak – anak aku membesar jadi anak soleh solehah, jadi insan yang faham perasaan ibu mereka, yang tak ulang kesilapan bapa mereka. Aku juga doa supaya hati aku pulih, supaya aku boleh teruskan hidup dengan lebih tenang walaupun penuh Iuka.
Komen Netizen :
Zurin Zurin : Bismillahirrahmanirrahim. Dik, kawan aku ni tiga kali kahwin dan tiga kali cerai. Senang proses cerai dia walaupun tak ada kes kena pukuI pun. Itu kalau awak nak bercerai ya. Sebelum failkan cerai tu, mohon doa dulu, buat teknik bayangan. Bayangkan proses itu berjalan dengan lancar.
Dik, lupakan kes suami tak bagi nafkah ya. Nanti penat emosi awak, badan pun letih. Lupakan tau sebab ramai saja isteri – isteri tak dapat nafkah, maksud aku ramai yang senasib dengan awak. Bila awak dah lepaskan semua tu, InshaAllah hati awak akan tenang dan awak boleh teruskan hidup yang boleh bagi kebahagiaan.
Hidup ni Allah yang aturkan. Kadang – kadang ada peristiwa kita rasa perit, tapi sebenarnya itu yang terbaik untuk kita supaya kita lebih dekat kepada Pencipta kita. Semua ni aturan Allah, dan aturan Allah semuanya sangat sempurna. Solat dan ibadah wajib jangan pernah tinggal ya sayang. Ibadah sunat pula buatlah sebanyak yang mampu dengan daya Allah. InshaAllah, sikit lagi awak akan jadi wanita yang paling bahagia dengan daya Allah, Ya Waduud Ya Karim.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.