
Adik lelaki 2 orang tapi pemalas abadi. Mak pun sokong anak lelaki pemalas. Anak perempuan jadi h4mba abdi dalam rumah. Aku d3ndam dengan mak bapak aku, tak bagi aku belajar. Lepas tu setiap bulan suruh bagi 1k. Bagi aku belajar tak nak, tapi minta duit sampai 1k!
#Foto sekadar hiasan. Assalam… mohon hide profile aku. Aku adalah seorang wanita bujang berumur 21 tahun dan mempunyai seorang anak luar nikah yang aku jaga sehingga sekarang. Daripada cerita – cerita yang aku dengar dalam media sosiaI ni membuatkan aku semakin takut nak berlaki, sebab pada aku semua lelaki tiada beza.
Ada yang lepas kahwin tidak mahu kerja, bini tanggung. Lepas tu ada yang kaki pukuI. Lepas tu mengungkit pasal nafkah, gunakan dalil tah apa – apa, tidak mahu tolong bini dekat rumah. Lepas tu ada anak lelaki didik pula supaya pemalas macam dia. Macam – macam. Aku jadi makin seram.
Walaupun duduk dengan mak bapak sendiri buat aku macam h4mba abdi dalam rumah ni. Adik aku ada 4 orang, dua lelaki dua perempuan. Sorang dah kahwin dah duduk jauh. Tinggal 3 dalam rumah ni. 2 ekor lelaki dekat rumah ni pemalas abadi.
Dah cakap pun tidak makan saman. Suruh buat apa, kadang – kadang buat kadang – kadang tidak. Handphone 24 jam dia hadap. Aku penat weh penat. Semua kerja aku buat. Mak aku start dia kerja, mana pernah nak buat kerja rumah. Semua aku.
Kadang – kadang anak aku sampai melalak dalam rumah masa aku sibuk kemas rumah. Tahu jelah kan budak kecil kalau dengan mak dia, mesti dia nak berkepit je. Aku faham sangat dan tak salahkan anak aku sebab dia kecil. Yang buat aku beng4ng, mak aku langsung tak menolong aku.
Cuti ke kerja ke, masa aku kerja pun aku buat juga kerja rumah. Bila aku tak buat, m4mpus kejap lagi kena maki hamun. Siap cakap aku menumpang. Menumpang apa weh? Duduk dengan mak bapak sendiri pun kira menumpang juga ke? Aku tak faham kadang – kadang.
Aku disahkan ada peny4kit dis0rder depr3ssion sejak mengandung lagi sebab aku terlalu str3ss. Mak maki aku setiap hari sampai nak masuk labour room pun kena maki lagi. Siksa hidup aku. Bukan saja – saja aku nak buat hal, tapi ada sebab.
Aku d3ndam dengan mak bapak aku, tak bagi aku belajar. Masa aku sekolah rendah dan menengah kerap suruh aku berhenti sekolah. Punca satu je, tak basuh pinggan. Habis 3 beradik tak pergi sekolah. Aku puas mend3rita. Tak sangka aku dapat jantan pun nak merosakkan hidup aku sampai aku beranak dia tak tanggungjawab.
Aku ingat dia nak kahwin dengan aku, lepas tu aku keluar dari ner4ka ni. Tapi tak, sampai sekarang aku masih mend3rita. Bapak aku ok, dah tak ada ungkit – ungkit. Tapi setiap kali mak maki aku pasal benda kecil, contoh tak basuh pinggan padahal anak – anak jantan dia buat sepah dapur dan alasan aku letih buat kerja rumah, habis semua dia ungkit sampai susu badan dia bagi aku masa kecil pun dia ungkit. Sampai suruh aku bayar balik duit yang selama ni dia besarkan aku.
Aku makan hati. Sampai hari ni aku tidak pernah minta apa – apa pun dekat mak walaupun aku tak kerja. Nak kerja mak aku tak bagi alasan tak ada siapa jaga anak aku dan tak ada siapa nak tolong aku hantar pergi kerja balik kerja. Kalau tak kerja pun kena maki juga cakap aku menyusahkan.
Aku tak kerja. Susu pampers anak aku pun aku simpan simpan sikit duit simpanan aku masa aku kerja dulu. Aku tak guna langsung. Duit tu lah buat belanja keperluan anak aku. Seluar dalam aku pun tak beli baru, pakai je lah yang lama sampai lusuh. Koyak – koyak pun aku pakai sebab aku fikir anak aku lagi penting.
Aku tak nak buat anak aku macam mana mak aku buat. Aku bukan nak jadi anak derh4ka tapi sikap mak bapak aku buat aku jadi giIa dalam diam. Aku member0ntak secara senyap, buat benda bukan – bukan sebab aku pun tidak ada kawan dengan orang sebab orang pun tak nak kawan dengan aku.
Mak aku akan maki siapa je yang aku kawan termasuk kucing aku. Sampai macam tu sekali min. Sampai sekarang aku mend3rita. Aku letih. Sampai satu tahap mak aku pernah halau aku. “Nak pergi berambus, pergi. Cucu aku jangan bawa.”
Anak aku. Aku yang beranakkan dia. Sampai hati cakap macam tu. Ikutkan hati memang aku nak berambus, tapi aku takut mak ugvt aku pisahkan anak aku dari aku. Aku tak ada sesiapa min. Ada anak aku je satu – satunya w4ris aku. Dah lah tidak ada siapa sayang.
Harapkan anak je nanti sayangkan aku. Dia tak bagi aku duit pun tidak apa min, janji dia sayang aku tidak buang aku macam mana mak aku buat aku. Pernah dia cakap dia menyesal lahirkan aku, sekolahkan aku. Bukan tu je, siap cakap besarkan anak ingat anak dah besar boleh bagi dia duit, tapi dia pula kerja kerja sampai m4ti sebab anak tidak bagi dia duit.
Nak duit bukan sikit – sikit. Nak 1k sebulan dari setiap anak dia. Aku ada 5 beradik maksudnya, dia nak 5k sebulan duit. Bagi aku belajar tak nak, tapi minta duit sampai 1k seorang. Ingat aku kerja jual body ke gaji besar besar sampai 30 40k sebulan. Sedih aku dengar. Dia minta aku ganti balik duit yang dia jaga aku dari kecil sampai sekarang.
Untuk makluman bawangrians sekalian, bukan masa aku dah buat hal ni je dia dah benci aku, tapi sejak aku kecil. Alasan mak aku sebab dia dari dulu sampai sekarang hidup merempat. Kami tidak ada rumah. Sampai mak bapak aku dah bercucu.
Dalam hati aku macam mana Tuhan nak bagi rezeki, hari – hari doa anak jadi tak baik, maki – maki, halau – halau sebab kekangan kewangan harian. Macam mana nak senang dengan anak buat musvh orang lain. Siap dia kutip orang masuk dalam rumah dia tinggal sekali dengan kami anak beranak.
Aku malas lah nak cerita berapa banyak dia kutip orang bawa masuk rumah sewa dia campur sekali dengan anak – anak dia ni. Aku cerita bapak aku dengan adik aku nombor 2 kena layan macam anak orang gaji oleh mak bapak sendiri. Sekian. Mohon pencerahan dari bawangrians sekalian. Apa patut aku buat?
Aku fikir bagi mak aku sedar yang dia tidak patut cakap macam – macam yang tidak elok dengan anak sebab aku tidak nak anak aku ikut per4ngai dia sebab aku duduk serumah dengan mak bapak aku. Tidak elok untuk anak aku.
Ulasan pembaca :
Anna Asmael : Tak payah fikir kahwin lagi dik. Fikir besarkan anak tu. Awak ni baik, kuat dan tabah. Awak jangan lemah. Sabar sikit je lagi dengan mak awak ye dik. Dia marah tak sudah tu sebab dia kecewa dengan awak, tapi dia sayang awak dengan anak awak. Sebab tu dia tak bagi awak kerja lagi, suruh jaga anak sendiri.
Salah satu sebabnya dia tak nak awak dih1na orang dekat luar sana. Adik kena faham kot – kot lah tempat kerja mak ada kawan – kawan sindir dia pasal adik. Maaf dik, adik kena terima kenyataan yang adik salah. Tapi tidak apa, tidak ada manusia sempurna. Jadi adik tabah lah ya. Kalau nak kerja, cuba bisnes online. Jadi dropship ke. Mana tahu boleh jana income.
Arbina Sweet : Allahuakbar, dah tahu mak macam tu angkat kaki lah dik. Adik layak bahagia bersama anak. Cari bilik sewa, cari pengasuh tumpang duduk dengan bilik sewa senang nak pergi kerja. Kata ada simpanan sikit, berhijrah lah.
Kalau adik nombor 2 perempuan, bawa lah dia sekali. Cari lah kehidupan yang tenang dan baik dekat luar sana. Sampai bila lah nak hidup bawah ketiak mak bapak yang tak layan anak macam anak. Perbaiki ekonomi. Dah banyak duit, dah ada kereta, balik lah sekali sekala dan bagi duit dekat mak. InsyaAllah mak ayah akan sedar betapa pentingnya berkasih sayang. Tolong lah berhijrah, jangan lah duduk rumah tu lagi.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.