
Lepas 2 hari nikah masuk rumah baru, aku malamnya tersedar dari tidur pukul 3 pagi, macam ALLAH tu nak tunjukkan aku sesuatu. Esoknya aku diam je. Aku pergi kerja dengan mata merah, bengkak. Setiap minggu aku bawa dia jalan – jalan, berhabis duit untuk seorang janda. Apa salah aku…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Saja nak luahkan perasaan yang pendam dulu, time PKP dulu. Perkenalan aku dengan dia 2 tahun je, 1 tahun berkawan, 1 tahun tunang lepas tu terus nikah. Aku nikah dengan dia tak pandang pun rupa paras, duit, mahu pun umur atau status. Aku ni lelaki taw.
Dia beza tua dari aku 8 tahun. Nak cakap rupa dia, hmm, dulu time aku bercinta berkawan tak kisah la orang cakap kenapa aku pilih rupa macam tu dan ada yang lawa – lawa, kau kenapa nak perempuan macam ni. Aku cuma boleh cakap dengan kawan – kawan semua bukan paras rupa aku cari, tapi kesetiaan dia dapat bertahan dan percaya dengan aku masa aku jatuh terduduk.
Bila lagi 2 minggu nak nikah, aku tengah busy kerja dan balik kerja terus persiapkan barang – barang dalam rumah dan bagi dia dengan aku hidup selesa dalam rumah tu. Tapi dia pulak rupa – rupanya tengah duk buat maksiat. Patutlah sehari tu aku call, chat semua tak balas, keesokan hari jumpa katanya telefon rosak hantar kedai, telefon baru.
Tapi malas nak rosakkan hubungan dan fikir macam – macam sebab tinggal berapa hari lagi nak nikah. Lagi beberapa hari nak nikah, duit hantaran yang aku bagi 15 ribu hilang katanya. Dugaan aku dapat. Habis apa aku perlu buat, nak tak nak kena teruskan juga, buat majlis kecil je.
Aku perabis dekat perkahwinan tu 30 ribu lebih demi seorang janda yang aku anggap cinta terakhir. Lepas 2 hari nikah masuk rumah baru, aku malamnya tersedar dari tidur pukul 3 pagi, macam ALLAH tu nak tunjukkan aku sesuatu. Aku pun check la telefon dia, aku godeh telefon dia satu – satu dan aku check gambar – gambar dia buang ke dalam galeri.
Rupa – rupanya time dia bagi alasan telefon dia rosak tu, dia bersama dengan lelaki lain berpeluk dalam gambar tu. Aku check Google Map dia last tempat dia pergi dan check kat hotel pukul 12.30 malam. Malam lepas aku tengok semua tu, aku macam tak percaya.
Aku termenung dan fikir kat mana salah silap aku sampai dugaan macam ni jadi kat aku. Aku fikir kenapa ALLAH tu bagi petunjuk ni lepas aku nikah. Aku rasa macam tak adil. Lepas je kami tunang, aku memang tak check telefon dia langsung sebab orang – orang cakap kalau cintai seseorang tu tak payah la jeles ke kongkong sangat perempuan tu. Bagi kepercayaan pada perempuan tu. Aku ikut sebab aku percaya dengan dia.
Esok pagi nak pergi kerja aku diam je dulu. Aku tak cerita lagi kat dia apa yang aku tahu, aku cuba bersabar. Time kerja semua aku tak fokus sampai orang kat tempat kerja pun tanya aku kenapa kau kerja hari ni macam lain. Aku diam dan mata merah pun merah, orang boleh nampak.
Aku bagi alasan setiap minit nak masuk toilet nak basuh mata, aku tak nak bagi orang nampak aku menangis. Tapi aku tak boleh sabar nak tahan semua ni. Lepas balik kerja aku tanya dengan dia dengan suara nada rendah. Aku tanya dia kenapa dan tunjuk semua benda aku nampak dalam telefon dia. Jawapan dia diam je.
Aku tanya dan terus tanya dia kenapa dan kenapa, apa salah aku dan apa kurang aku bagi perhatian kat kau? Setiap minggu hari cuti 2 hari, setiap minggu aku bawa kau jalan – jalan, 1k tak habis setiap minggu. Aku bawa kau jalan – jalan pergi sana sini. Apa lagi kekurangan kat aku sampai kau buat aku macam ni? Jawapan dia tetap sama, takde salah apa – apa pun.
Habis tu kenapa kau buat aku macam ni? Dia tetap diam. Ni kalau lelaki lain kat tempat aku ni memang dah kaki kat muka dia, tapi aku ni jenis penyabar. Aku bagi dia peluang kedua. Berapa hari kemudian tetap dia chat lagi laki tu. Jadi jawapannya aku pulangkan dia kat orang tua dia.
Sampai la beberapa bulan, rupa – rupanya saudara mara dia selama ni ingat duit hantaran yang aku bagi tu mak dia cakap aku yang hilangkan. Bila aku cerita baru belah – belah dia semua tahu benda sebenar. Lepas kejadian tu PKP dan aku berhenti kerja 8 bulan. Aku bersedih, berfikir kat dalam rumah macam mayat hidup.
Kawan – kawan ajak lepak aku bagi macam – macam alasan. Time tu ALLAH je tahu rasa nak bvnvh diri tu macam mana, tapi aku bersabar dan bertahan. Segala simpanan aku habis semuanya sampai la aku makan pun setiap hari jajan je. Lepas 8 bulan tu baru aku dapat redha dan terima semua dugaan yang aku dapat ni.
Aku balik kampung dan mula hidup baru. Lepas balik kampung, perempuan yang bercinta dan nak pergi dari hidup aku. Aku dah tak rasa nak sedih dah sebab aku dah malas nak perjuangkan. Bagi aku ni la yang pertama dan terakhir perkahwinan aku.
Kalau la perkahwinan aku tu ada anak lepas tu berpisah lagi, so aku bersyukur sangat – sangat. Acc ni fake. Maaf mana yang baca panjang – panjang, cerita macam dalam movie ni. Pesan aku pada semua, ingat la kifarah tu ada, jangan nanti menyesal dah dapat pilihan yang bagus, cari yang lebih bagus lepas tu menderita.
Komen Netizen :
Mas Liyana : Sedih kan kalau ditipu pasangan. Setia mana pun kita dengan pasangan, pasti pasangan akan curang. Dalam perkahwinan saya dengan ex laki selama 30 tahun hancur sebab orang ketiga dan tak bertanggungjawab. Sekarang saya bahagia dengan cara saya sendiri. Apa yang penting anak – anak ada di sisi. Kalau soal jodoh, biar ayang Allah yang menentukan.
Zulkifle Mohamed : Biarlah bro, nak kata apa dah. Takdir Allah bagi ujian yang istimewa yang orang lain tak rasa, 1 dalam berjuta, sekali dengan kawan 2 je dalam 10 juta. Hahahaha. Pembalasan Allah yang seadil – adilnya. Moga orang perempuan ni takkan salah dalam melakukan dosa besar.
Percayalah apa yang kita pikirkan, hukuman Allah pasti Allah akan tunaikan kalau kita sedia untuk masuk neraka bersama dia. Tapi selagi kita tak redha dengan apa yang isteri kita buat, nescaya dunia akhirat hidup dia dalam serba tak tenang. Walau kita nampak dia tenang seperti cermin diri kita, namun dalam hati dia. Wallahu, hanya Allah saja yang layak menghukum. Wassalam.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.