Sebelum kahwin suami pernah mesej adik kandung aku ajak buat benda tak senonoh. Lepas kahwin, bila aku check telefon suami, kantoi…

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

check telefon suami

Aku masih tak dapat lupakan peristiwa lampau suami masa jadi pakwe aku dulu. Bila dah kahwin dan aku check telefon suami, hati aku sakit balik sampai aku jadi isteri yang baran dan kuat cemburu buta. Kali pertama aku angkat tangan dekat suami sendiri. Suami minta maaf dekat aku, dia menangis dan dia kata dia tak buat lagi..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum, hi min. Tolong hidekan profile aku, kawan aku minta tolong forward untuk min cerita dia dengan rumah tangganya. Aku nak minta pendapat atau nasihat sikit dengan orang yang dah lama kahwin dan yang berpengalaman.

Aku dan suami sudah 2 tahun berkahwin dan mempunyai seorang anak. Suami aku seorang yang rajin membantu aku di rumah dan boleh dikatakan penurut dengan bini. Dia yang cuci pinggan, masak nasi, cuci kain, lipat kain. Senang cerita, semua kerja yang sepatutnya aku buat, dibuat oleh dia hanya sebab dia takut aku marah sebab rumah semak.

Aku bahagia ada suami macam dia, tapi dalam semua tu aku masih tak dapat lupakan peristiwa lampau tentang dia semasa dia masih jadi pakwe aku. Bukan nak buka aib tapi waktu bercinta dia memang boleh dilevelkan lelaki yang mata keranjang dan gatal.

Banyak kali dia call dan video call bukan – bukan dengan perempuan lain tanpa pengetahuan aku. Satu hari tu dia pernah nak ajak aku buat benda tu dengan adik perempuan aku sendiri. Aku marah dia, kemudian aku putuskan hubungan aku dengan dia dan block WhatsApp, TikTok, Instagram semua berkaitan dengan dia. Aku marah, aku sakit hati, aku kecewa. Sekotor itukah pemikiran dia?

Hampir sebulan aku mengelak daripada dia, tapi dia tetap berusaha nak pujuk aku. Dia melutut minta maaf, dia kata dia nak berubah. Awal tahun 2024 dia datang melamar aku, aku percaya yang dia dah berubah. Selepas 2 minggu kahwin, dia kena balik ke tempat kerja dia di JB dan aku terpaksa tinggal di kampung sebab waktu tu aku sarat mengandung.

Empat bulan hubungan jarak jauh dengan suami, akhirnya bulan 4 tahun 2024 dia buat keputusan berhenti kerja dan duduk kampung, nak dekat dengan isteri. Mula – mula aku tak berani nak check telefon dia, tapi dia pun bila jalan dengan kawan tak bawa telefon.

Jadi, waktu dia main bola tampar dengan kawan – kawan setiap petang tu, aku akan ambil kesempatan untuk check telefon dia. Mungkin dia boleh padam sejarah – sejarah dalam telefon dia tapi aku pandai ambil balik data – data lampau. Bila aku check, terlalu banyak benda yang menyakitkan hati aku.

Dia tetap macam diri dia yang dulu, call dan video call bukan – bukan dengan perempuan lain. Bila download Telegram balik, semua video bukan – bukan ada. Di Facebook pun begitu. Bila aku tanya dia, dia tak nak jawab. Sampailah satu hari ni, aku dah tak tahan.

Aku screenshot semua bukti kemudian tampar dia. Itu kali pertama aku angkat tangan dekat suami sendiri. Aku kata nak cerai tapi dia tak nak. Dia kata nak balik rumah mak dia tapi aku tak bagi. Dia minta maaf dekat aku, dia menangis dan dia kata dia tak buat lagi.

Hampir 2 bulan rumah tangga kami tak baik. Masuk 6 bulan aku mengandung, nampak suami berusaha berubah. Aku pun cuba untuk terima dia balik. Alhamdulillah, sampaikan anak lahir, suami dah 99% tak macam dulu. Telefon dia dah tak pegang, keluar rumah pun jarang, lagi – lagi nak lepak dengan kawan. 100% dia bukan macam diri dia yang dulu.

Tapi salahnya di sini, selepas kejadian lampau, aku menjadi agak agresif dalam rumah tangga kami. Aku menjadi seorang isteri yang cemburu buta dan kuat marah. Sikit salah suami aku, aku akan marah dia habis – habisan. Setiap kali teringat perbuatan dia dulu dekat aku, hati aku akan jadi sakit kemudian lepaskan amarah tu dekat dia, lagi – lagi bab adik aku. Dah masuk tahun ketiga tapi sampai hari ni sakitnya masih membekas.

Aku sayang suami aku tapi sakit tu tak dapat aku buang. Sekarang bukan lagi masalah sikap dia, tapi sikap aku. Kadang – kadang aku rasa aku macam orang yang toxic person tapi semua ni kan berpunca daripada perangai dia? Entahlah, kadang – kadang aku rasa kasihan dekat suami aku, kadang – kadang aku benci dekat dia.

Aku dah hilang kepercayaan dekat dia. Terlalu sakit apa yang dia beri. Entahlah, kadang – kadang aku rasa nak give up dalam rumah tangga ni. Aku berusaha lupakan perbuatan suami aku tapi hasilnya tetap sama. Sakit yang berulang – ulang, sudah hilang kepercayaan aku terhadap dia. Sekarang aku masih bertanya, adakah dia sudah betul – betul berubah atau dia tetap sama? Tolong bagi nasihat untuk aku. Terima kasih min.

Komen netizen :

Yan Abdul Hamid : Move on dengan new chapter. Kenapa lah nak rosakkan hati jiwa untuk kisah yang lepas? Dia manusia, awak pun manusia. Masing – masing ada salah silap. Janganlah rasa diri tu cukup sempurna sampai asyik nak melekat nak ingat kisah yang berkurun tu. Awak dah sendiri akui suami awak sayang awak dan baik melayan awak. Habis apa yang awak nak lagi? Tanya diri awak sekarang isteri. Awak nak apa sebenarnya dalam rumah tangga awak? Adehh…

Azman Bin Salleh : Cerai je lah. Tak guna hidup bersama macam tu. Hal lama pun tetap ungkit tak habis – habis. Hal belum kahwin pun masih jadi isu walau dah ada anak. Siap tampar pula laki. Ishhh… Kalau jenis laki ungkit – ungkit bini takde dara sebelum nikah, ungkit – ungkit kisah silam bini, tu pun tak patut buat dekat isteri.

Sama lah macam kisah jenis bini tak habis – habis ungkit pasal kisah silam laki. Siap tampar laki? Sekadar tujuan hidup untuk hidup bersama sebagai laki bini je? Lepas tu nak kena pasangan perfect 100%? Hmmmmmm….

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5156 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.