3 orang anak saya semua 0KU. Baru ni 2 anak saya masuk wad, suami tak layan. Dia kata padan muka semua sebab d0sa saya

Anak – anak saya takut tekup muka dekat lantai dengar suara suami menjerit.. Kalau la jadi apa – apa pada saya macamana anak – anak saya nak minta bantuan. Anak saya bukan macam budak – budak normal biasa, 2 orang anak saya tak boleh bercakap.

#Foto sekadar hiasan. Salam, admin boleh hide profile saya tak? Saya nak minta pandangan dari pembaca, saya tak boleh nak buat keputusan sendiri dalam keadaan yang macam ni. Saya  dah 11 tahun kahwin, mempunyai ada 3 orag anak.

Alhamdulillah, anak saya istimewa semuanya, anak syurga. 4 tahun lepas saya pernah hampir berpisah sebab suami naik tangan dekat saya tapi saya pilih untuk ikut dia balik dan beri dia peluang. Kami teruskan hidup macam biasa tapi sayangnya suami tetap tak berubah.

Dia tetap suka nak marah saya walaupun dalam hal remeh, sehingga berg4duh jadi masalah besar. Saya tidur dalam bilik dengan anak – anak sebab anak saya yang kecil sekali memang waktu malam berjaga, siang dia tidur.

Yang 2 orang masih tidur buai. Dengan keadaan bilik yang sempit, dia acapkali herdik saya kata saya tak tahu agama sebab tak tidur dengan dia. Dah berapa kali dia c4bar saya naik pejabat agama mengadu hal ni tapi saya diam ja sampailah 10 Disember lepas anak sulung saya masuk hospitaI sebab jangkitan kuman dekat paru – paru.

Dia marah saya, katanya buat apa hantar hospitaI setakat demam sikit, patutnya biarkan dekat rumah dulu 2 ke 3 hari. Anak saya tu GDD, budak hyper sampai dah 4 hari langsung tak makan tak minum sampai berdiri pun tak boleh.

Bernafas dah macam apa, dia boleh marah saya sebab bawa anak ke hospitaI. Saya sabar lagi… 5 hari discaj lepastu anak saya s4kit semula, terp4ksa masuk wad lagi. Doktor kata dia belum betul – betul sembuh, bacaan d4rah pun nampak kurang air dalam badan.

Saya jaga anak saya seorang diri. MaIangnya, 2 hari lepastu adiknya pulak ambulans bawa masuk hospitaI juga munt4h cirit. Saya ni kepenatan siang malam. Sekarang jaga 2 orang pulak, yang dekat rumah pun dah lembik munt4h cirit. Dia boleh telefon saya menjerit – jerit.

Saya sabar je tak meIawan balik sebab masa dia telefon tu abah dan abang – abang saya ada depan saya melawat anak saya. Bila mereka dah balik saya jawab lagi panggiIan dia tapi saya dah mula hilang sabar sebab dia tak henti menjerit – jerit pada saya.

2 minggu anak masuk hospitaI sekali pun dia tak pernah nak datang tolong bergilir jaga ke apa. Hanya datang berapa kali je itupun waktu malam bukannya boleh naik tengok anak pun. Bila saya tegur, dia jawab, “padan mka kau. Itu semua sebab KO degil tak nak dengar cakap aku. Anak – anak semua jadi macam ni sebab d0sa kau!”

Patut tak dia cakap macam tu padahal saya siang malam bersengkang mata jaga anak – anak sampai kaki ni lembik rasa tak mampu dah nak berdiri pun. Saya sabar lagi, bila dah keluar wad, balik rumah, saya tak boleh lupa semua apa yang dia cakap pada saya waktu anak admit tapi saya tahan je dalam hati.

Kemudian dia ajak keluar pergi makan Marrybrown sebab kesian kan anak dah merengek saya ikut juga. Kebetulan masa nak balik dalam kereta tu anak bongsu saya kakinya tertolak gear waktu kereta tengah jalan. Dari D ke N. Suami punya meng4muk. Saya diam lagi.

Suami minta saya ambilkan air yang kami beli tadi, saya jawab nanti la tunggu sampai rumah sebab selalu bila naik kereta dia tak akan bagi anak makan minum dalam kereta. Jadi saya tak nak nanti anak – anak nampak dia minum, anak – anak pun akan meng4muk nak jugak.

Sekali bila masuk je dalam rumah saya tengah suap anak – anak makan Marrybrown, dia boleh tengking saya sekuat – kuatnya. Anak saya semua terk3jut terus tekup muka ke lantai. Saya pun terk3jut, sedih tengok anak – anak ketakutan.

Suami dah membebel – bebel hamun saya. Saya ada atau tak sama je kata dia fikirkan anak – anak je. Saya diamkan diri, bawa anak masuk bilik. Saya diamkan diri sebab 4 tahun lepas waktu bertengk4r saya menjawab dia pernah naik kaki dan tangan dekat saya.

Itu yang saya takut berulang lagi. Kalau la jadi apa – apa pada saya macamana anak – anak saya nak minta bantuan. Anak saya bukan macam budak – budak normal biasa, 2 orang anak saya tak boleh bercakap. Yang berumur 5 dan 3 tahun.

Yang sulung 9 tahun tapi sama juga tak macam budak biasa. Saya fikirkan macam tu saya terus jadi keras hati nak naik pejabat agama. Dia pun menc4bar – c4bar saya. Saya nak tanya pembaca sekalian, betul tak tindakan saya ni.

Saya tak mampu dah nak teruskan. Selama ni saya tutup aib suami tapi dia ibarat menc4bar – c4bar kesabaran saya ni. Saya yakin saya mampu hidup tanpa dia insyaaAllah asalkan anak – anak ada dengan saya. Nafkah memang dia ada bagi ok tapi kadang – kadang mengungkit membangkit.

Sabar saya dah habis. Waktu anak dekat hospitaI saya tegur pasal tanggungjawab dia tak tolong sama jaga anak tapi dia jawab dia kerja tak boleh cuti, kalau cuti nanti kena p0tong gaji. Adik beradik dia sendiri pun pelik dengan kelakuan dia, anak – anak s4kit dekat hospitaI, dia buat tak tahu je.

Komen W4rganet :

Norazanah Sersero : Allahuakbar.. Nak menjaga anak yang normal pon rasa penat sangat ni kan menjaga 3 orang anak istimewa. Sabar nye la awak. Dengan per4ngai suami. Hidup sendiri bersama anak – anak lagi bagus. Mohon bantuan zakat dan JKM untuk anak 0KU. Insyaallah awak bahagia dengan anak – anak syurga.

Widuri Manja : Angkat kaki sis, sebenarnya awal – awal lagi dah ada redflag tapi masih lagi nak bertahan membuatkan dia rasa apa ada hal, aku b4ntai dia pun masih hadap lagi dengan aku. Jadi dia tak belajar dari kesilapan yang lepas dan m4kin mendiva minta bini layan dia macam raja padahal dia layan bini dan anak – anak kat celah tapak kaki dia je. Suami ni tempat berlindung anak – anak dan isteri, tapi kalau tengok gaya suami sis menjadikan sis tempat pelepasan nafsu dan kuIi dia je.

Ayufera Shamsuddin : Berpisah je kak. Lepas tu pegi panjat agensi – agensi badan kebajikan yang boleh bantu mulakan hidup, contohnya boleh mohon zakat atau baitulmal. Hidup sekali je kak buat apa nak tadah muka dan badan untuk dit3ndang dan diter4jang. Besarkan anak – anak dan majukan diri akak. Allah jadikan wanita lebih kuat semangat dari lelaki. Akak boleh punya!!

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.