Saya imbas kembali sajarah hitam saya. Pada malam hari nikah tu, pengantin perempuan tak hadir. Saya dipersalahkan 300%. Wakil pengantin perempuan call rumah nenek, mereka cakap nak datang nikah pada hari esoknya..
#Foto sekadar hiasan. Baru ni viral tentang, pengantin perempuan tak datang majlis nikah. Sebenarnya, saya dah alami dahulu. Pengantin perempuan tak hadir pada malam hari kami sepatutnya bernikah. Yang paling perit dan pelik, saya dipersalahkan 300% oleh keluarga sendiri dan pihak keluarga perempuan. Diorang cakap saya pandai – pandai urus sendiri.
Saya pandai – pandai sendiri, tak hormat orang tua walhal orang tua yang ada langsung tak ambik peduli (saya anak yatim bapa meninggaI waktu umur saya 2 tahun). Ibu saya kahwin lain dan teruskan kehidupan sendiri.
Untuk pengetahuan semua, perkahwinan ibu dan bapa saya adalah atas dasar kahwin p4ksa oleh atok. Tujuannya untuk selesai hutang, atok ada hutang dengan ayah, jadi cagarannya adalah ibu saya. Ibu dijadikan m4ngsa bayar hutang.
Setiap detik saya hidup, saya sentiasa sedar diri yang saya adalah anak kahwin p4ksa, anak yang tidak diingini, anak yang mengingatkan kisah hitam ibu saya. Saya sentiasa berdoa agar saya m4ti lebih awal dari ibu supaya ibu boleh terus hidup bahagia bersama keluarga baharu beliau.
Hidup saya terasing dari kecik hingga sekarang, sudah jatuh ditimpa tangga, bertimpa – timpa. Dah la ditinggalkan malam nikah, saat bakal isteri tidak hadir malam nikah adalah titik paling hitam dalam hidup saya dan mengh4ntui saya hingga hari ni.
Saya malu, maruah saya dipij4k macam tu sahaja malah dipersalahkan lagi. Apa salah saya? Hingga sekarang, saya tidak rasa nak kahwin. Apa yang saya hadap. Ayah yang sanggup kahwin dengan budak muda (ibu saya) atas dasar hutang, atuk yang sanggup jual anak untuk selesaikan hutang, pakcik – pakcik yang taknak jaga saya, anak yang terpinggir.
Bapa tiri yang tak pernah anggap saya anak, makcik – makcik yang menganggap saya beban kepada suami masing – masing dan adik – adik tiri yang dididik bahawa saya bukan sebahagian dari keluarga. Apa yang saya lalui dari kecik menjadikan saya tr4uma, rendah diri, takde keyakinan.
Saya membesar dididik menjadi orang gaji di rumah makcik pakcik untuk dapatkan duit poket. Saya dapat masuk asrama tapi selama 5 tahun saya di asrama tak pernah sekali pun ibu saya datang ziarah. Bayangkan perasaan saya, bila ibu bapa kawan – kawan yang lain datang setiap hujung minggu.
Mereka dapat keluar outing, dapat bekalan makanan di asrama, dapat duit. Tapi saya tak dapat semua tu. Kemudian saya sambung belajar di salah sebuah universiti di Shah Alam. Sama jugak, tak pernah sekali pun ibu atau ayah tiri melawat saya di asrama atau rumah sewa tapi bila tiba majlis hari graduasi, mereka nak hadir.
Mungkin ada secebis rasa bangga dalam diri mereka, ‘anak’ mereka berjaya menggenggam sijil. Itu saja lah.. Saya imbas kembali sajarah hitam saya. Pada malam hari nikah tu, pengantin perempuan tak hadir. Saya dipersalahkan 300%, wakil pengantin perempuan call rumah nenek dan pakcik saya (di mana saya menumpang hidup dan kenduri diadakan), mereka cakap nak datang nikah pada hari esoknya.
Saya jawab, “kalau pengantin perempuan tak datang pada malam ni, membuktikan anak awak tak nak kahwin dengan saya. Jadi tak perlu datang terus, tapi majlis perlu diadakan kerana kad jemputan, makanan semua dah disediakan. Sebenarnya, hati saya dah taw4r.
Tapi ibu saya menggunakan kuasa vet0 sebagai ibu. Katanya, kalau saya tak nak teruskan saya bukan anak beliau. Saya tanya semula pada ibu, adakah selama ni saya anak beliau? Sebab seingat saya layanan dia kepada saya sangat sangat berbeza dengan anak beliau bersama suami baru ???! ” Terus saya dilabel anak derh4ka kerana beliau menangis teresak atas soalan saya.
Saya pun tak tahu mana datangnya keberanian saya waktu itu. Mungkin akibat tertekan dengan semua yang terjadi, ditambah dengan rasa yang dipendam selama ini. Akhirnya saya kalah, saya teruskan pernikahan esoknya dengan pengantin perempuan.
MaIangnya perkahwinan kami tak bahagia. Isteri memang jelas tak sukakan saya. Kami cuba untuk jadi macam pasangan yang lain tapi gagal dan akhirnya bercerai. Sekali lagi saya disalahkan kerana hidup tak berkat Iawan cakap ibu.
Jadi nasihat dan pandangan saya kepada pengantin lelaki yang terlibat, bersyukur la wahai anak adam, awak ada ibu, adik beradik yang menyokong dan bagi semangat kepada awak. Bersyukur la perkahwinan ini tak jadi, ada hikmahnya.
Move forw4rd cari yang lain, yang benar – benar sayang dan cintakan awak. Teruskan hidup cari bahagia yang baru. Saya minta juga semua pembaca doakan saya bahagia. Bahagia dengan cara saya. Terima kasih
Komen W4rganet :
Ibni Abdullah : Kesian kat adik ni, saya faham perasaan adik, terpaling kecewa bukan salah dan kehendak sendiri tapi dipersalahkan. Sabar ya, ada hikmah. Lelaki ke perempuan kena ambik teladan kisah adik ni, anak terhasil adalah daripada kehendak ibu bapa.
Walau apa pun keadaan berlaku ke atas diri awak dik jangan sesekali putus asa, jangan jadikan ia tiket untuk baIas d3ndam dekat orang yang s4kiti awk. Buruk di pandangan manusia belum tentu buruk di mata manusia yang lain, baik di mata manusia belum tentu di sisi Allah. Tak perlu bangga sangat hal duniawi ni.
Suraya : Hermnn.. pengalaman hidup awak amat meny4kitkan tetapi ingat satu perkara, walaupun sebanyak mana manusia ini tak menganggap awak ada tapi Allah sentiasa ada dan sentiasa bersama awak. Ada hikmah di sebalik semuanya, apa yang perlu awak redha dan ikhlaskan atas apa yang berlaku kepada awak demi ketenangan awak.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.