Suami jiran aku ni memang selalu pergi sembahyang jemaah dekat surau, tak macam arw4h abah aku. Sebab tu jiran aku kata masa arw4h meninggaI tak ramai org datang solat jen4zah dan m4ti bukan dalam keadaan orang beriman. Akhirnya mak aku cerita ada sebab kenapa arw4h abah tak pergi solat jemaah..
#Foto sekadar hiasan. Nama aku Durian.. Apa yang aku nak tulis ni lebih kepada luahan perasaan sebenarnya sebab apa yang aku tengah hadap buah mulut orang sekarang ni sangatlah menekan perasaan. Manalah tahu mungkin juga kisah tentang arw4h abah aku ni boleh dijadikan panduan dan iktibar buat kita yang masih hidup.
Yang masih terbuka peluang untuk meminta maaf baik dari Allah mahupun dari manusia. Baru – baru ni heboh seorang jiran aku ni (Mami J) bercerita dekat jiran – jiran aku. Katanya dia mimpi buruk fasal arw4h abah aku. Dia mimpi abah aku datang pada dia hulur tangan.
Dia kata dia selalu nampak bayang abah aku dekat halaman rumah. Bukan setakat itu sahaja. Mami J juga bercerita dia terp4ksa keluarkan duit bayar dekat orang masjid untuk buat tahliI untuk arw4h abah aku. Kitaorang tak suruh dan tak tahu pun.
Dia kata dia terp4ksa buat tahliI sebab dia percaya arw4h abah aku ni rohnya tak tenang. Tu dia asyik mimpi, asyik nampak. Untuk pengetahuan korang, abah aku ni dah meninggaI 3 tahun lepas. Sejak dari hari pertama abah aku meninggaI lagi Mami J ni mencanang pada jiran – jiran.
Katanya abah aku ni m4ti yang su’ul khotimah. M4ti bukan dalam keadaan orang yang beriman, Mami J kata. Dia kata antara tanda paling jelas sekali tak ramai orang sembahyangkan jen4zah abah aku. Aku pergi masjid masa tu.
Kebetulan masa jen4zah sampai lepas orang jemaah siap solat Zohor. Jadi jemaah tu semua solatkan jen4zah abah aku. Pada aku agak ramai. 2 saf untuk baris yang agak panjang. Dalam 20 – 30 orang anggaran. Mungkin Mami J ni rasa kalau dia m4ti nanti 2000 – 3000 orang solatkan jen4zah dia.
Tu dia rasa yang sembahyangkan jen4zah abah aku tu sikit kut. Aku tak tahu apa masalah Mami J. Tapi dia juga canang kata arw4h abah aku tersiksa sebab kami anak beranak tak doakan. Takkan hari – hari kami doa kami nak cerita dekat orang.
Dia siap pesan dekat kakak aku suruh bacakan yasin. Arw4h abah aku tak tenang katanya. Kami memang buat bacaan yasin. Tapi mestilah tak cerita dekat orang. Sejak covid ni pun kami memang tak buat tahliI dekat rumah sebab tak boleh.
Kami bagi duit pada orang masjid untuk buat. Tapi takkan nak suruh kami buat pengumuman, “Perhatian kepada warga Taman Z. Makanan untuk majlis tahliI hari ini disponsor oleh anak arw4h abah.” Takkan la kan? Lagipun tahliI ni selalu dia buat untuk beberapa orang.
Ikut senarai yang hantar nama. Bab dia kata dia selalu mimpi tu, entahlah. Sejujurnya kami anak beranak hatta mak kami yang isteri abah sendiri pun jarang giIa mimpi abah. Kami teringin sebab kami rindu. Lepas abah meninggaI pun kami tak pernah rasa seram atau takut.
Yang kami tahu, abah dah duduk ‘rumah lain’ saja. Abah takkan balik rumah kami dah. Tak faham kenapa Mami J kata dia takut mimpikan abah. Dia takut nampak bayang abah berjalan dekat laman rumah. Sump4h, kami tak pernah takut dan seram pun.
Nampak bayang abah pun tak pernah. Mak pernah mimpi abah sekali saja. Mak kata dalam mimpi mak, mak dan abah dalam perjalanan nak balik kampung. Tapi abah berhenti dekat masjid. Abah suruh mak balik rumah nenek dulu.
Abah berjalan ke masjid dan mak teruskan perjalanan sorang – sorang. (Masjid ni ada cerita tau. Sedih. Mungkin tu impian abah. Nanti aku cerita dekat bawah…) Aku pernah mimpi 2x saja. Sekali malam sebelum aku nikah. Abah aku meninggaI beberapa hari sebelum aku nikah.
Dalam mimpi aku abah berdiri pandang aku atas pelamin. Tapi abah pakai baju jubah putih dan kopiah putih. Abah senyum saja. Dalam mimpi tu aku tanya abah kenapa tak pakai baju kenduri sedondon. Abah tak jawab. Sampai sekarang aku sayu saja tengok baju tu sebab abah tak sempat pakai.
Aku bagi suami aku baju tu. Saiz sama. Mimpi kali kedua tentang duit pusaka. Duit ni hasil tanah pusaka arw4h nenek moyang aku beIah abah. Selalunya abah tak gunakan pun. Masa pakcik abah bagi duit tu, aku dengan mak ingat nak masuk tabung masjid saja.
Tapi kebetulan ada orang nak kutip derma banjir masa tu. Aku bincang dengan mak untuk sumbangkan pada m4ngsa banjir. Mak setuju. Malamnya aku mimpi abah bawa aku pergi. Sepanjang perjalanan aku riuh giIa cerita itu ini. Tapi abah aku tak cakap pape pun.
Tiba – tiba abah aku stop dekat masjid. Masjid ni masjid yang sama aku dengan mak plan nak derma mula – mula tu. Aku nampak ada lelaki muda muka berseri pakai jubah putih turun dari tangga masjid. Abah salam lelaki tu dan abah hulur duit.
Duit tu sama nilai dengan jumlah duit pusaka tu! Aku cerita pada mak mimpi aku tu. Kami batalkan niat nak derma pada m4ngsa banjir. Kami hantar pada masjid yang dalam mimpi dan pelan asal kami tu. Mak kata mungkin abah lebih gembira kalau duit tu disalurkan ke situ.
Lepas tu aku tak pernah mimpi abah dah. Mak pun. Adik beradik aku diorang tak pernah mimpi abah. Ada yang kata diorang teringin sangat nak mimpi sebab rindu tapi tak dapat. Siap kata jeles aku pernah mimpi dua kali. Jadi kami pelik kenapa Mami J ni kerap sangat mimpi abah.
Mimpi buruk – buruk pula tu dan dicanangkan pada jiran sekeliling. Mak sampai berseloroh kata takkan Mami J lebih sayangkan abah dari mak, sebab tu Mami J lagi selalu mimpikan abah. Tak macam mak. Bila heboh si Mami J ni mimpi bukan – bukan, tentulah yang paling sedih adalah mak aku.
Mak aku kesal. Kenapa dicanang tentang abah aku yang dah lama tak ada.. Tergamaknya. Mami J kata ni padah sebab abah aku dulu tak jemaah dekat masjid. Tak macam laki dia. Laki dia setiap waktu ke masjid. Untuk pengetahuan laki dia masih hidup hingga ke hari ni.
Tapi perlu ke compare abah dengan laki dia? Jemaah dekat masjid ni pun ada kisahnya. Aku pernah lalu satu situasi masa umur aku 12 tahun. Masa tu ada majlis solat hajat di masjid untuk pelajar yang bakal hadapi UPSR. Mak aku datang bulan masa tu.
Tapi aku sedih giIa sebab abah aku tak nak pergi. Aku rasa abah aku tak nak doakan aku cemerlang UPSR. Mak aku yang hantar aku ke masjid dan ambik bila dah siap. Waktu ni aku tak faham. Aku cuma nampak abah aku tak nak ke masjid.
Tak nak doakan aku. Bila aku besar baru aku tau. Abah aku pernah nak ke masjid berjemaah. Dia nampak seronok orang solat ramai – ramai. Abah aku pergi waktu maghrib. MaIangnya sementara menunggu waktu isyak, abah diperIi oleh beberapa orang masjid.
Baru nak nampak muka. Wah, ada orang baru! Selama ni tak jumpa jalan masjid. Ni mak aku cerita dan baru aku faham, kenapa abah aku buat aku macam tu masa program solat hajat UPSR dulu. Abah bukan tak nak doakan kecemerlangan aku.
In fact, mungkin berkat doa mak dan abah aku ni jadi anak yang pandai dan sentiasa cemerlang tanpa perlu pulun. Alhamdulillah.. Rupanya, abah malu. Abah kecil hati diperIi sedemikian oleh orang – orang masjid. Natijahnya, abah aku memang tak berjemaah ke masjid sampai akhir hayat dia.
Abah jadi imam kami sesekali di rumah. Untuk solat Jumaat dan solat raya, abah memang semangat ke masjid. Termasuk terawih. Apa yang aku nampak, abah gembira sangat tiap kali pergi solat Jumaat, solat raya dan terawih. Abah akan pilih baju melayu yang cantik.
Abah pakai minyak atar lepas mandi. Abah cukur janggut dan misai. Abah sisip duit dalam poket baju untuk masukkan dalam tabung masjid. Mungkin abah teringin nak berjemaah tapi abah takut dimaIukan lagi. (Aku nangis wei taip ni)
Tentang Mami J yang mencanang merata tu, ada jugak jiran aku bagitau aku. Biasanya dalam drama yang mimpi ni yang banyak d0sa dengan orang yang dah m4ti. Macam cerita yang orang bunvh orang tu. Pembunvh tu mesti asyik mimpi orang yang dah m4ti tu. Sampai giIa pun ada.
Aku gelak saja la dengar. Aku kecewa dengan Mami J. Tu saja. Mujur sekarang PKP jadi aku tak de keluar jumpa orang sangat. Paling tak pun ada jiran yang tegur masa aku tengah siram pokok dekat halaman. Rasa malu nak menghadap jiran.
Mau tak malu kena tuduh anak yang tak mendoakan abah yang dah tak ada. Tu yang sampai r0h abah tak tenang masuk mimpi orang. Mami J la kata. Mak aku tau aku jenis panas. Ikut hati memang aku cili mulut Mami J tu guna cili habanero yang aku tanam tu.
Tak pun menyump4h 40x supaya mulut dia dip4nah petir. Tapi mak aku pesan. Buat tak tau saja. Hormat Mami J tu sebab dia dah tua. Mak aku jugak kata jangan baIas balik. Kalau kita baIas kita sama saja dengan Mami J tu. Biarkan dia.
Dia nak mengata tu urusan dia dengan arw4h abah. Pandai – pandailah dia kalau nak minta maaf dengan arw4h abah yang dah tak ada tu macam mana. Cuma tu lah, aku str3ss kut hadap mulut Mami J tu. Tu yang aku confess sini.
Dikesempatan ni jugak aku nak tanya pada yang arif. Boleh ke kita hadiahkan bacaan Quran untuk orang yang dah tak ada? Dalam situasi aku ni, aku selalu baca al-Mulk dengan niat hadiahkan untuk arw4h abah aku. Al-Mulk boleh jadi teman dalam kubur kan?
Aku harap hadiah aku ni dapat temankan abah. Abah aku belajar tak tinggi. Bab pengetahuan agama pun yang basic sahaja. Tapi sebab usaha keras abah la aku dapat belajar tinggi seimbang ilmu dunia akhir4t. Sebab tu aku harap bacaan aku hasil ilmu yang aku dapat sebab kerja keras abah, boleh jadi hadiah special buat abah.
Aku juga selalu doakan abah aku semoga ditempatkan di taman – taman syurga. Banyak peng0rbanan abah buat kami sekeluarga. Allah tahu apa yang abah dah buat untuk kami sebab Allah tak tidur. Terima kasih kut ada yang baca sampai habis. – Durian (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Hasni Ismail : Menitik air mata akak bab orang masjid mulut celupar sindir orang datang jemaah. Memang ada segelintir yang rasa dengan istiqamah mereka, mereka lebih baik dari orang lain. Teruskan doakan arw4h abah.
Sedekahkan bacaan quran padanya, sedekah dengan niat pahala sampai kepadanya. Teruskan jadi anak soleh untuk mak dan arw4h abah. Biarkan yang mulut pu4ka tu. Doakan Allah bagi hidayah pada dia.
Nama Ku Aman Aman : Teringat kisah jiran saya, suka meny4kiti hati arw4h emak saya. Mulut manis, solat tak tinggal. Tapi saya tak tahu kenapa suka sangat meny4kiti hati emak saya. Bila arw4h emak saya meninggaI, kebetulan raya pertama, saya buat rendang ayam.
Tapi rendang tu basi. Boleh makcik tu kata ‘h4ntu’ balik makan ke sebab tu basi. ‘H4ntu’ tu beliau maksud kan emak saya. Macam – macam tuduhan yang di buat, tapi Allah Maha Kuasa, waktu ‘kepergiannya’ Allah tunjukkan.
Sewaktu n4zak, beliau terpekik terloIong.. sangat menakotkan.. Tapi memberi keinsafan kepada sesiapa yang menyaksikannya. Tak perlu kita baIas, biarlah ALLAH membaIasnya.
Muhd Raffie Rosli : Dia banyak d0sa dengan arw4h tu. Jauh dalam hati makcik tu dia terkilan tak sempat minta maaf kat abah kau cuma eg0 dia benamkan perasaan bersalah tu secara tak sedar dibawa ke mimpi oleh penyesalan itu.
Kalau dah 2 – 3 kali kau dengan mak kau mimpi benda yang sama kiranya memang abah kau tenang kat sana InshaAllah, pedulikan kata – kata makcik tu tau. Sedekahkan juga bacaan Al Quran pada diri sendiri sebab hanya diri terdiri ini lebih mengerti perjalanan ini.
Zie Khalil : Ada je orang macam mami J ni. Bila mimpikan keluarga kita depan orang ramai dia cerita. Sama la dengan mami J, dia kata arw4h keluarga kita datang dengan muka sedih la. Minta kita kirimkan bacaan yassin la. Macam la kita tak pernah kirim kat kelurga kita. Padahal hari – hari kita sedekah al fatihah, doa kan yang baik – baik untuk arw4h kan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.