Dia baru 25 tahun, sedangkan aku 38 tahun. Lagipun aku kenal dia dari kecil. Dari pakai pampers lagi sebab rumah kami tak jauh. Aku masih tak jemu Istikharah. Aku tetap berdoa agar pertunangan aku dan S terputvs. Aku bimbang jarak usia antara kami, nanti kalau aku 50 tahun, S baru 37. Semalam aku bagi mesej dekat dia..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku Ain. Januari depan, aku dah 38 tahun. Aku menulis di sini, adalah dengan harapan agar rasa yang bergejolak dalam hati aku bakal berkurang. Aku bertugas sebagai pensyarah di sebuah universiti awam di utara tanah air setelah pulang dari luar negara.
Syukur sangat sebab dapat kembali bertugas di kampung halaman dan menjaga mak aku. Tapi.. semua ini bermula setelah aku kembali ke tanah air. Usia aku time balik Malaysia, dah 34 tahun. Belum setengah tahun aku di sini, mak aku dah kaw – kaw bising suruh aku nikah.
Maklumlah, adik – adik aku pun dah berkahwin. Jujurnya, aku takut nak bernikah. Iya, kesilapan lama aku di luar negara buat aku bimbang penerimaan bakal suami. Selain itu, ovari sebelah kanan aku juga telah dibuang sewaktu di luar negara kerana Ovarian Cyst (Mak aku tak pernah tahu semua ni.)
Meskipun aku sudah bertaubat, namun rasa takut itu acapkali hadir. Jadinya aku beri alasan demi alasan pada mak aku. Namun, siapalah aku untuk meIawan takdir. Menjelang Ramadhan, mak aku jatuh s4kit. Masa ni aku takut sangat.
Maklumlah, zaman – zaman covid ni. Siang malam aku berdoa agar mak aku diberi kesembuhan. Jasa mak aku membesarkan aku 3 beradik setelah bercerai dengan ayah, mana mungkin aku baIas. Aku juga bernazar, andai mak aku sembuh dan ada yang masuk bertanyakan aku pada mak, maka aku akan terima tanpa alasan lagi.
Aku akui, waktu ni memang aku tak fikir panjang dah. Aku cuma nak mak aku kembali sihat. Dan Alhamdulillah, mak aku sembuh setelah hampir sebulan s4kit. Aku betul – betul bersyukur. Namun kesyukuran itu berubah pada hari raya Aidilfitri yang kedua tatkala BFF adik bongsu aku yang aku panggil S memaklumkan pada aku melalui WhatsApp yang dia dah lama sukakan aku.
Time ni memang aku gelak besar. GiIa. Usia dia lebih muda dari adik bongsu aku kot. Dia baru 25 tahun, sedangkan aku 38 tahun. Lagipun aku kenal dia dari kecil. Dari pakai pampers lagi sebab rumah kami tak jauh. Aku sangka, S beraIah bila aku menolak. Namun rupanya tidak.
Seminggu selepas aku tolak, mak dia datang rumah dah jumpa mak aku. Aku tak tahu apa yang dibincangkan sampai mak aku setuju agar S dan aku disatukan. Waktu ni, aku dah geIabah Biawak. Kerana nazar aku, aku serba salah. Nak tolak, mana mungkin.
Nak terima, aku takut. Dalam keterp4ksaan, aku hulur jari untuk disarung cincin oleh mak si S pada dua bulan lepas. Tanggal ditetapkan untuk aku bernikah, 16 September ni. Sebabnya, aku masih dalam cuti semester dan tak perlu buat persediaan mengajar.
Sesungguhnya, saban ketika, aku tak senang duduk. Nak lena pun payah. Aku tahu, S sempurna orangnya, kerja sebagai Jururawat di hospitaI dalam daerah aku ni. Satu tempat kerja dengan adik aku. Yang nyata, S memang caring dengan mak aku sedari dia kecil.
Maklumlah, adik aku (lelaki keduanya) dah berkahwin dan duduk asing. Waktu aku di luar negara, S ni kerap bercerita kegiatan mak aku berbanding adik – adik aku sendiri. Tapi maIangnya, aku tak pernah pandang dia sebaga ‘lelaki’ melainkan cuma ‘adik’ .
Sepanjang kami bertunang, dia tetap WhatsApp aku macam dulu – dulu. Yang berubah, panggiIan dia pada aku, daripada Kak Ain, menjadi Ain. Aku kerap ajak dia jumpa, untuk aku luahkan apa yang aku simpan, tapi dia menolak.
Katanya, walau apa alasan aku bagi, putvs tunang tak akan berlaku. Selain kesilapan lalu, yang membuatkan aku bimbang adalah jarak usia antara kami. 13 tahun tu. Nanti kalau aku 50 tahun, S baru 37. Sudahlah sebelah Ovari aku dah dibuang. Allahu..
Aku takut.. Takut memikirkan kemungkinan mendatang. Aku masih tak jemu Istikharah. Aku tetap berdoa agar pertunangan aku dan S terputvs. Namun.. Detik waktu tetap berjalan sehingga kini sudah hampir dengan tarikh perkahwinan.
Semalam, aku kirim WhatsApp pada S, terangkan yang aku pernah menghidap Ovarian Cyst, tapi dibaIasnya, “Anak itu amanah Allah. Diberi, bersyukur. Tak diberi, bermakna Dia tahu kita belum layak menjaga amanah.” Terkedu aku.
Sampai kini, aku tak reply lagi WhatsApp dia. Nak menangis pun, rasa ibarat dah kering air mata. Aku letih untuk berpura – pura seperti tak punya masalah depan mak aku sehingga aku memeruk di bilik. Aku benar – benar tertekan, namun tak ada tempat meluahkan. Kerana itu aku menulis di sini. Hurmmm.. Doakan aku kuat ya. Terima kasih sudi membaca.. – Ain (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Hazwani Mohd Dah : Ain, Moga jalan pernikahan ini mudah untuk Ain ya. Ain jangan tengok kekurangan ain sebagai musibah, tapi kasih sayang Allah. Kita tak perlu kesempurnaan untuk ada rumahtangga yang sempurna. Jadi diri sendiri saja.
Sangat beruntung bila ada yang sudi terima Ain sebagai diri ain. Sedangkan kat luar sana, sangat ramai yang mengharap ada pasangan begitu. Jangan terlalu takut dengan masa depan, hadapinya. Semua atas izin Allah. Kita teruskan berjalan saja dengan jiwa h4mba. Syukur sahaja semuanya, Allah akan tambah nikmat dan bahagia. Saya sayang Ain. Kerana Allah. Selamat pengantin baru, Ain!!!
Hanis Bakri : Sis, bini jep tu sariyanti pun ada sebelah ovari ja. Sekali rezeki dapat anak setahun sorang. Jangan fikir sangat sis, rezeki anak dan so on semua bukan kerja kita nak tentukan. Saya doakan moga dipermudahkan segala urusan sis hingga ke hari pernikahan.
Marina Ibrahim : Allahu Akhbar. Ain ni baik orangnya. Kenapa kak kata Ain baik? Sebab Ain dah bertaubat dan menyesal dengan apa d0sa Ain buat dulu. Jaga mak. Sebab tu Allah bagi j0doh yang baik, S. Istighkarah minta Allah beri perunjuk dan ketenangan.
Jangan minta untuk putvs. Jangan fikir benda – benda buruk yang mungkin berlaku (dan mungkin jugak takkan berlaku) in future. Terima dengan redha dan hati tenang. Minta baik – baik ja. Kalau ditakdirkan nak jadi benda yang sebaliknya. Masa tu baru fikir nak buat macam mana. Mudahan selamat semuanya.
Aton Omar : Makcik saya buang satu daripada ovari, mampu dapat 3 anak. Serah semua kat Allah, yang ada ovari lengkap pun kalau masih belum rezeki, tak dapat anak juga. Tadi baru baca cerita yang guru perempuan kahwin dengan student dia, jauh juga jarak umurnya. Apapun semoga pilihan yang awk buat akan membahagiakan dua- dua pihak dunia akhir4t.
Aimi Syahira Tajudin : Sebenarnya apa kisah silam awak sampai awak takut – takut nak kawen? Dalam Islam, suami / isteri tak perlu pon cerita kisah silam yang hitam kat pasangan. Tapi kalau awak rasa kena jujur dengan bakal suami awak tu terserah awak. Percayalah kalau dia dah betul suka awak, dia langsung takkan kisah pon baik buruk awak. Allah sayang awak sebab tu Allah hadirkan dia untuk awak.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.