Aku terus terang dekat isteri d0sa yg aku buat, aku pelik dia pulak yang minta maaf dekat aku

Aku tengok je isteri aku, dalam bilik aircond pun aku boleh berpeluh. Aku terus duduk dilantai tempat dia mengadap laptop, aku pegang kakinya. Aku terus terang d0sa besar yang aku buat sebab aku takut. Tapi aku pelik bila, isteri aku yang minta maaf. Aku rasa aku lah suami yang paling jahat..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Nama aku Shahril. Seorang suami kepada 2 orang anak. Semasa aku menulis ni mungkin ada yang dapat rasa atau kenal siapa aku, Tapi yang kenal – kenal tu diam – diam sajaIah.

Aku menulis bukan nak membuka aib sesiapa pun tapi hendak minta sokongan serta kekuatan para pembaca meniliti serta menilai dan terus mendoakan aku  serta keluarga aku diampuni oleh Allah S.W.T. Aku baru mula bertaubat.

Doakan aku supaya sentiasa istiqomah. Aku rasa aku lah Suami yang Paling Jahat kepada Isteri aku. Aku yang sendiri melebelkan diri aku seperti itu. Nak Tahu sebab apa? Sebab banyak Rahsia yang aku simpan elok simpan kemas daripada Pengetahuan isteri aku.

Tidak pernah kant0i atau terlepas daripada pengetahuan sesiapa termasuklah keluarga. Isteri aku sangat – sangat baik. Asal pun Dari kampung. Kami satu Universiti. Satu kelas dan kawan baik juga. Kami dah berkenalan 10 tahun sebagai kawan baik dan sudah berkahwin masuk tahun ke 5, alhamdullilah sangat bahagia.

Aku baik sangat – sangat bab dalam pemberian Nafkah. Cukup Makan minum duit belanja Isteri dan anak – anak. Oh anak aku sorang berumur 3 Tahun dan seorang lagi 1 tahun. Aku sediakan rumah yang selesa walaupun masih menyewa sampai sekarang.

Tido pun berEcon, menonton tv pun berEcon bahkan ruang makan pun berEcon. Aku seorang peniaga dan agak struggIe dalam mengumpul harta. Sudah lebih 5 Tahun aku berniaga start dari aku belum berkahwin dengan isteri aku lagi.

Alhamdullilah perniagaan aku sangat – sangat rancak. Pendapatan kasar sebulan tidak lari 30 ribu semestinya lebih. Sangat – sangat mewah. Setakat aku nak Reno dapur mak aku secara terus 10 ribu tu sekejap je selesai.

Aku anak lelaki pertama dalam keluarga walaupun aku ada kakak yang sulung. Tapi tanggungjawab aku sangat – sangat lah besar untuk keluarga aku. Semua mengharap pada aku. Alhamdullilah aku adik beradik sangat – sangat lah rapat.

Kami sangat – sangat menjaga hubungan kekeluargaan. Isteri aku pun mak aku sayang. Manakala aku pula juga menantu kesayangan kepada beIah keluarga isteri aku. Semua baik. Semua nampak elok. Isteri aku bersalin kedua – dua anak pun di HospitaI Swasta.

Untuk habiskan setakat 10 ribu untuk prosess setiap kali kelahiran anak, aku tak pernah berkira. Senyum lebar isteri sebab aku sentiasa ada di sisi. Baik aku sebagai suami. Aku sayang isteri aku. Sebab itu aku bertaubat kali ni aku perlu bagitahu isteri aku perkara sebenar. Baru hati lapang hati tenang.

Aku pernah cuba bertaubat banyak kali. Tapi aku telah buat semula perkara yang sama. Tidak menjadi taubatnya. Air mata pun sikit sahaja keluar. Tak ada feel orang kata tak akan menjadi. Betul? Aku dapat rasa Allah tidak terima doa aku.

Tapi rezeki tidak pernah putvs, aku sombong, eg0 berIagak dengan Allah pemberi Rezeki. C0vid-19 ni memang sangat – sangat membuka mata aku. Aku kembali pada ALLAH. Aku serik, Aku kecewa, Aku malu dengan Allah.

Rupanya selama ini rezeki yang Allah bagi adalah bukan rezeki aku tapi rezeki orang keliling aku yang baik hati. Isteri aku baik sangat. Jika ingat semula ayat isteri aku semasa aku mula bagitahu rahsia yang aku simpan lama ni.

Aku auto akan menangis semula dengan ayatnya. Tenang isteri aku cakap, dia kata SAYANG DI RUMAH JAGA SEGALA TANGGUNGJAWAB, JAGA AIB ABANG URUSKAN RUMAHTANGGA TANPA ADA RASA Menyesal.

ALLAHU terngiang – ngiang lagi ayat tersebut dalam kepala aku. Aku berd0sa Ya ALLAH ampunilah aku kasihanilah aku. Berilah rahmat kepada keluarga kecil aku ini. Tempatkanlah syurga buat isteri aku. Aku redha dengan segala apa yang dia lakukan untuk keluarga ini.

Balik dari kursus perniagaan 3 hari aku tak senang duduk. Aku tidak tido malam. Badan berpeluh. kepala pening. Isteri aku tengah tidur. Aku tengok wajah dia lena tidur sebeIah anak no 2 aku. Anak pertama memang selalu dengan aku.

Tapi malam tersebut walaupun berEcon masih aku berpeIuh. Aku rasa tidak sihat. Tepat jam 5 pagi wife bangun. Dia tak kata apa pada aku, dia bangun sebab nak sambung kerja dia yang tertangguh di ruang pejabat kecil di rumah kami.

Aku macam biasa ke hulu ke hilir depan dia. Dia tidak tegur. Aku buat – buat busy tengok phone dan kemas mainan anak – anak yang terabur kawasan pejabat tu sebab aku paham masa dia bekerja mesti anak temankan isteri aku buat kerja.

Isteri aku dah 2 tahun berhenti kerja sebab ingin bantu aku kembangkan perniaagaan kami. Dulu perniagaan AKU. Tapi aku dah ubah jadi perniagaan KAMI dan dia semangat untuk membantu. Kerja dia yang sudah cecah 4 tahun dia tinggalkan dan bantu aku berniaga menguruskan pekerja dan urusan – urusan dokumen yang lain.

Alhamdullilah agak baik perniagaan kami tapi tidak lama. Dalam baik aku rupanya aku kerap m4ki hamun, panas baran, herdik perIi semua mainan mulut aku. Atas alasan tidak mengapa dibenarkan kerana aku mengajar dia berniaga.

Silap sikit sahaja dalam perniagaan yang dia buat aku terus m4ki hamun tanpa sedar perkara tersebut dah sebati dalam keluarga kami. Allah malunya aku. Isteri aku yang lemah lembut sem4kin kasar. Mulut tak lekang b0doh paling biasa.

Sebab aku gunakan lesen berniaga sebagai peluang untuk m4ki hamun lepaskan str3ss dalam berniaga. Itu baru sedikit jahat aku. Belum lagi mengenai rahsia aku yang telah aku simpan lama. Selepas megumpul kekuatan aku terus duduk di lantai tempat isteri aku mengadap laptop.

Isteri aku pelik. Isteri aku duduk di kerusi, manakala aku di bawah memegang kakinya. Aku start bercakap tapi sekat – sekat. Aku tidak tahu hendak memulakannya macam mana tapi aku cuba lagi. Isteri m4kin pelik dia senyum.

Mata aku dah bergenang. Tapi aku cuba bertenang. Isteri tukar kedudukan. Duduk di bawah sama – sama aku bertentang. Ya abang ada apa ni. Kenapa nampak lain pagi ni. Jam dah tunjuk 6 pagi. Subuh nak masuk. Ermmm abang ade benda nak bagitahu.

Tapi abang tak tahu nak bagitau macam mana. Aku hampir tidak jadi bagitahu rahsia aku. Tapi aku tidak boleh lari dah. Isteri pujuk aku bagitahu lembut sahaja. Abang bagitahu saja sayang simpan rahsia. Kenapa ni abang.

Jangan buat sayang risau. Soal isteri aku. Isteri aku pujuk sampai lah aku berani untuk membuka rahsia yang aku simpan lama dari aku sekolah lagi. Abang sebenarnya ada buat d0sa besar sayang. Air mata aku dah keluar.

Abang kena juga bagitahu. Sebab abang tak berani dah nak buat. Abang takut. Isteri aku dah pelik dan pandang muka aku. Apa d0sa yang aku buat sampai aku nampak beria sangat. Sebab isteri aku tidak pernah mengganggap aku suami yang teruk.

Aku suami yang baik. Sedia segala nafkah zahir batin secukupnya. Rumah tak pernah putvs bekalan makanan. Anak – anak minum susu pun 5oo sebulan. Itu baru susu belum kelengkapan lain. Sedangkan isteri nak beli barang kosmetik pun aku hulur terus duit.

Kalo 3oo dia sebut itulah aku terus bagi. Tapi apa salah d0sa suami aku ni dia soal pada aku. Aku sungguh baik di mata dia. Rumah tak pernah aku tak kemas, baju tak pernah aku tak basuh. Baju anak – anak, baju dia dan baju aku semua aku yang lipatkan, tidak pernah isteri aku yang lipat.

Aku ringan tuIang tidak pernah aku tidak bantu urusan dalam rumah. Aku tarik nafas dan aku terus mulakan percakapan. SAYANG ABANG MINTAK AMPUN MINTAK MAAF SANGAT – SANGAT, SELEPAS NI KALAU SAYANG NAK MINTAK CERAI PUN ABANG TERIMA. ABANG AKAN TUNAIKAN.

Isteri aku dah start bergenang airmata. Aku teruskan juga sekali nafas. Aku kata sebenarnya abang kerap berzi1na dengan perempuan lain. Semasa aku terus terang dengan isteri, dia peIuk aku. Banjir airmata aku, berhingus teruk dan teresak – esak macam baby kecik di peIukan isteri.

Aku merayu memohon ampun sahabat. Perkara yang paling aku takut untuk mengaku kerana rasa risau isteri akan meninggaIkan aku selepas tahu perkara sebenar. Isteri aku nampak tenang tapi aku tahu apa yang dia rasa.

Aku Jahat! Sungguh Jahat. Aku Iukakan hati Isteri. Aku tak mampu menipu lagi. Aku bagitahu perkara sebenar dan dia terus memujuk. Tak mengapa abang Allah ada. Allah akan bantu kita. Kita buat sama – sama. Dia menangis bersama – sama.

Aku agak terk3jut apabila dia juga mohon ampun dan maaf atas khilafnya dia semasa menjadi isteri aku. Dia mohon maaf andai ada salah silap kerana tidak jaga aku betul – betul semasa menjadi isteri. ALLAH. Aku telah berterus terang dengan isteri dan menceritakan segalanya dengan isteri apa yang telah aku lakukan supaya dia dapat memaafkan aku sepenuh hatinya.

Aku dalam prosess yang agak menc4bar setakat ini berIawan dengan perasaan. Tapi sangat – sangat lega isteri sangat – sangat support dengan apa yang jadi sekarang. Isteri tak jemu menasihati aku. Sentiasa ada bersama aku. Tidak pernah meninggaIkan aku lagi berseorangan.

Aku bahagia dengan cara sekarang. Setiap kali balik rumah dari kerja mesti disambut dengan senyuman paling manis. Di rumah inilah syurga buat aku sekeluarga. Aku dah buat apa yang isteri suruh. Dia akan bantu aku untuk berubah termasuk keluarga aku yang sudah tahu.

Aku perIukan sokongan dan doa daripada ibu dan isteri aku. Setiap hari aku minta ibu dan isteri mendoakan aku dan ampunkan kesalahan aku. Kerana urusan aku dengan Allah masih jua saya akan teruskan sebaik mungkin.

Aku akan tetap mohon dari Allah untuk Taubat yang aku lakukan. Buat pembaca, sedikit nasihat dari aku. Jauhilah z1na jauhilah maksi4t. Berat kesannya pada kehidupan kita. Kesihatan lah paling utama untuk kita meneruskan hidup dan buat amalan ibadat.

Jangan sombong dengan Allah. Niat aku menceritakan hal di sini kerana aku rasa semua orang patut tahu ujian yang terp4ksa kita tanggung pada akhir zaman ini. Bantulah aku dengan mendoakan kesihatan dan kesejahteraan aku agar tidak mengulangi kesilapan ini lagi.

Inilah antara tujuan aku menulis dan mohon untuk doakan segala urusan aku agar dipermudahkan. Sememangnya ujian ini memang berat tapi aku dah lepas satu perkara dan aku akan teruskan lagi hadapi ujian – ujian yang mendatang lagi.

Kepada isteri aku, terima kasih ada bersama abang susah senang. Abang pun maafkan sayang dengan sepenuh jiwa raga. Biarlah j0doh kita ke akhir hayat. Maaf untuk ayat berterabur. Aku tak pandai mengarang tapi aku cuba.

Niat aku tulis ni untuk minta sungguh doa daripada kalian agar keluarga kami ni akan tenang dan dapat selesaikan masalah ini. – SHAHRIL (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Neesa Hamid : Alhamdulillah dah bertaubat. Moga terus istiqomah. Cuma pada pendapat saya bila dah sedar kesilapan tu, biarlah bertaubat dan memohon ampun pada Allah tanpa berterus terang pada isteri. Sebab perkara ni sangat perit untuk diterima oleh isteri, pasti akan menghantui dia sampai bila – bila.

Allah maha pengampun tapi manusia, kalau pun dia maafkan, pasti sangat sukar nak menerima kenyataan dan akan hilang kepercayaan. Apa – apa pun saya doakan isteri tuan berlapang d4da menerima, memaafkan, melupakan dan memberi kepercayaan semula pada tuan.

Semoga sentiasa kuat dan istiqomah, tolong jauhi kawan – kawan atau contact yang membawa kepada d0sa yang lalu tu, cut connection! Banyakkan puasa dan solat sunat untuk menjaga nafsu. Doalah banyak – banyak.

Noly Azlina Abd Rahim : Awak taubat bagus, isteri awak baik terima awak bagus. Allah masih bagi awak rezeki perniagaan yang baik bagus. Tapi kisah lama awak tu memaaaaaaaaaang TAK BAGUS! Nak kata lebih – lebih pun kita tak tau masa depan kita.

So, kisah awak ni jadikan pengajaran untuk kami semua. Awak taubat sebelum kant0i sebelum terduduk itu harus dipuji. Kadang – kadang manusia ni bila dah tersungkur baru nak reflect balik diri baru nak betulkan apa yang tak betul. Semoga tak cari betina lain lagi la ya.

Hara Humaira : Allah sayangkan kau ni bro sebab ko punya isteri, anak – anak dan keluarga keliling ko baik – baik semua. Sebabnya mereka semua selalu mendoakan kebaikan untuk ko dunia akhir4t. Tak sia – sia ko pemurah dengan keluarga ko sebab Allah baIas dengan jentik hati dan kurniakan hidayah buat ko.

Bukan semua orang akan dapat hidayah Allah swt. Ko salah seorang orang yang beruntung terpilih untuk hidayahNya, teruskan bro untuk bertaubat dan kembali semula ke jalanNya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.