Jiran depan rumah aku adalah guru kelas anak aku sendiri. Mula – mula aku tak layan mesej dia, lama – lama aku tergoda. Kali pertama keluar pukuI 11.30 malam. Masa tu aku tinggalkan anak yang tengah tidur, demam. Dia bawa aku jalan – jalan..
#Foto sekadar hiasan. Asalammualaikum. Aku bercerita sebab ingin berkongsi rasa. Aku adalah seorang isteri dan mempunyai seorang anak perempuan. Suami masih berada di pusat integrasi penghuni di sebuah daerah di Semenanjung Malaysia.
Hampir 3 tahun aku ditinggalkan untuk mengurus rumah tangga tanpa bantuan suami. Penat? Mestilah, sampai satu tahap aku jalani jer la ikut aliran masa. Selama aku ditinggalkan oleh suami, semuanya berjalan keadaan baik .
Ujian susah tu mestilah ada, tapi bersyukur cukup, Allah izinkan. Nak dijadikan cerita, lagi setahun suami aku akan dibebaskan, dan di sinilah bermula ujian sebenar untuk aku bukan untuk suami. Berhadapan dengan rumah aku, ada jiran ni seorang guru lelaki, bujang dan guru kelas kepada anak aku.
Selama dia menyewa, jarang sekali aku bertegur sapa dan boleh dik4takan aku tak pernah ambil peduli pon dan dia juga tidak ambil kisah. Aku memang ada no telepon dia sebab pernah jadi guru class anak aku sewaktu darjah 2.
Memang setiap nombor guru class anak, aku simpan. Pada suatu hari, masa tu lagi beberapa hari nak raya, tiba – tiba jiran ni ada wasap aku, ayat dia berbunyi, “Kak, malam tadi tiada air ke?” Dia wasap waktu tengah malam dan aku sedar wasap tersebut waktu pagi, selepas sahur macam tu.
Aku terk3jut dan membaOas, yer cikgu, malam tadi tiada air. Tetapi hati kecil aku, ada berasa, cikgu ni mesti nak tanya sesuatu, tapi tak pe, aku biarkan. Tepat sekali benar, dia ada wasap lagi sekali kepada aku, dia bertanyakan hal suami aku.
Aku bagitau jer hal sebenar, aku pon tak tahu kenapa aku menceritakan hal sebenar. Dia ingat aku ni janda dan kononnya nak berkenalan la. Tapi aku bagitahu, aku masih isteri orang. Aku ingat hal ini stop sampai sini la. Rupanya tidak.
Dia cuba wasap aku banyak kali ajak keluar, lama kelamaan aku pon tergoda la. Aku pon keluar dengan dia buat kali pertama pada akhir hari raya. Aku keluar dalam jam 1130 malam, anak aku kebetulan tidur dan demam, dan tidak mungkin sedar, itu yang aku berani la keluar lewat malam.
Sekejap sahaja aku keluar dengan dia, 1 jam macam tu, dan kami hanya pusing – pusing area kawasan ini sahaja. Dijadikan cerita, aku keluar lagi untuk beberapa kali sehingga la ada satu hari tu, dia ajak aku makan pagi.
Kebetulan ahad anak aku sekolah dan aku tidak kerja pada hari minggu, maka aku ikutla. Dan disebabkan aku status bini orang, agak susah la untuk makan di luar, maklumlah takut terserempak orang yang mengenali. Kami bungkus makanan dan bersarapan rumah masing – masing. Tapi aku dapat wasap, dia ajak makan di rumah dia.
Aku terk3jut dan aku menolak, tetapi aku tidak tahu, bila desakan itu bertalu, aku pergi juga. Aku takut tapi aku pikir tak apa la, makan sahaja pastu balik, Memang betol la, bila berduaan ni, memang bah4ya. Dia cuba mendekati aku, pegang tangan aku, aku tepis, aku cakap jangan.
Tapi aku tidak tahu kenapa aku ikutkan sahaja arahan dia, duduk di sofa, berbual, m4kin lama m4kin rapat. Aku nak balik, dia kata janganlah, diam jer. Dia cuba buat lebih pada tu, aku sangat terk3jut dan kecewa. Memang niat aku hanya sekadar kawan – kawan untuk berborak, itu semua sia – sia.
Setelah berlakunya peristiwa itu, aku sedih, aku kecewa tapi aku tak mampu nak m4ki, marah dia sebab aku juga ada salah. Aku yang membuka ruang itu semua. Selepas kejadian itu, aku tanya dia, tak takut ke, dijawab takut apa, apa?
Aku jawab balik, abaikan, tapi aku tidak berpuas hati. Aku text balik, aku cakap aku tak suka la benda – benda macam tu, macam buat aku perempuian murah, jahat. Dan dia menjawab, lupakan ok? Buat macam biasa jer, relax.
Aku tak boleh terima sebenarnya, tapi dah terjadi kan?Apa aku boleh buat. Jadi, aku pon, takpe la, aku akan ingat la. Tapi aku masih terima ajakan dia untuk lepak keluar dan baru – baru ini, terjadi lagi. Aku tak nak pergi rumah dia, tapi aku ajak lepak rumah aku sebab ada anak aku, apa – apa senang.
Meleset yer, dia datang umah aku bila anak aku tiada dan aku tak tahu kenapa aku benarkan. Aku kena guna – guna ke? Kena sih1r ke apa? Aku pon tak tahu. Sampaikan bila fikiran aku tengah w4ras, apa jadi dengan aku ni, kenapa perkara itu berlaku? Aku bukan begini.
Aku kalau orang buat tak betul kepada aku, aku selalu marah – marah, bising, meng4muk, tapi dengan dia aku tak mampu, aku pun tak tahu kenapa. Dan dia pula sekarang, senyap, aku wasap dia, its ok, aku dah buang no phone dia dan aku tunggu nak block sahaja.
Sebab aku nak baIas d3ndam sebenarnya, aku jadi s4kit hati. Kau buat aku macam ni. Tapi aku tahu ini salah aku. Aku sampaikan hari – hari asyik fikir tentang dia, kenapa buat aku macam ni, sikit pon tak kesian kat aku ke?
Sampai aku tak ingat pun tentang suami aku. Doakan aku dikurniakan kemudahan dan dijauhi perkara ini. Aku penat dengan lelaki. Suami macam tu, dapat kawan pula, begini. Semua salah diri aku sendiri. – Rose’ (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Reen Rai : Maaf cakap, jangan play v1ctim sangat sis. Ni bukan sebab sih1r. Ini sebab awak sendiri yang kesunyian dan ingin mencari kawan tetapi tak tau batasnya di mana. Paling teruk lagi bila awak sanggup tinggalkan anak yang s4kit di rumah! Awak yang sebenarnya jiran / ibu dari ner4ka dan bukan si cikgu tu.
Noor Fathin Azlan : Gamak ye kak kau tinggalkan anak demam sorang – sorang kat rumah walaupun sejam. Dalam masa sejam tu macam – macam boleh jadi. Anak s4wan demam ke, rumah terbakar ke. Saya ni kak kalau anak demam, nak mandi, nak masak pun takut.
Sebab saya ada anak yang kalau demam walaupun suhu baru 37 pun dah boleh s4wan demam. Setiap kali demam setiap kali itulah s4wan. Seram pula baca tinggal anak demam demi nak pusing – pusing kawasan rumah dengan lelaki.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.